Blog ini akan ditutup kerana sudah meluat dan naik menyampah dengan Pentadbiran dibawah Najib Razak

Blog ini akan ditutup kerana sudah meluat dan naik menyampah dengan Pentadbiran dibawah Najib Razak
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Thursday, 14 February 2013

Kisah mengenai Lee Kuan Yew & PAP Singapura.


                                                     

Lee Kuan Yew dari keturunan Hakka dari China. Beliau adalah generasi ke-4 yang berhijrah ke Singapura. Moyangnya Lee Bok Boon berhijrah dari daerah Dapu Guangdong ke Negeri-negeri Selat pada 1862. Ibunya Chua Jim Neo adalah Nyonya Hokkien .

Beliau merupakan anak sulung kepada Lee Chin Koon dan Chua Jim Neo. Lee Kuan Yew telah dilahirkan di 92 Jalan Kampung Jawa, di Singapura. Semasa zaman kanak-kanak, beliau amat dipengaruhi oleh budaya British terutama dari datuknya, Lee Hoon Leong yang memberikan pendidikan Inggeris.

Datuknya memberi tambahan nama "Harry" pada nama Cinanya (diberi oleh bapanya) Kuan Yew. Dia lebih dikenali sebagai "Harry Lee" . Dia mula menggunakan nama Cinanya setelah menceburi bidang politik. Namanya kadangkala disebut sebagai Harry Lee Kuan Yew, walaupun nama ini jarang-jarang digunakan dalam majlis rasmi.

Lee dan isterinya Kwa Geok Choo telah berkahwin pada 30 September 1950. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

                                

Beberapa anggota keluarga Lee memegang jawatan terkemuka dalam masyarakat Singapura. Anak lelaki sulung iaitu Lee Hsien Loong seorang bekas Brigadier-Jeneral telah menjadi Perdana Menteri Singapura semenjak tahun 2004. Beliau juga menjadi Timbalan Pengerusi Perbadanan Pelaburan Singapura (GIC). Lee Hsien Yang juga bekas Brigadier-Jeneral merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai SingTel, sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Singapura dan terbesar dalam Bursa Saham Singapura, SGX. 56% daripada saham SingTel dimiliki oleh Temasek Holdings, syarikat induk yang mengawal syarikat seperti Singapore Airlines dan Bank DBS.

                                                               

Temasek Holdings diketuai oleh CEO Ho Ching, isteri Lee Hsieng Loong. Anak perempuan Lee, Lee Wei Ling berkhidmat di Institut Neurosains Kebangsaan. Isteri Lee, Kwa Geok Choo menjadi rakan kongsi bagi syarikat terkemuka Lee & Lee. Abang-abang beliau iaitu Dennis, Freddy dan Suan Yew menjadi rakan kongsi firma tersebut. Beliau juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Monica.

                                   

Lee telah dididik di Sekolah Rendah Teluk Kurau dan Raffles Institution. Pendidikan universiti beliau telah ditangguhkan sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 sehingga 1945 berikutan pendudukan Jepun di Singapura. Semasa pendudukan Jepun, beliau menjalankan perniagaan pasar gelap menjual ubi kayu perekat dipanggil Stikfas. Beliau menjadi penyunting bahasa Inggeris di bahagian propaganda Jepun, Hodobu bermula pada tahun 1943 hingga 1944 kerana kebolehan beliau berbahasa Cina, Jepun dan Inggeris.

Selepas perang, beliau belajar undang-undang di Kolej Fitzwilliam, Cambridge di United Kingdom dan mendapat ijazah kelas pertama. Beliau kembali semula ke Singapura pada tahun 1949 sebagai peguam di Laycock & Ong.

Pengalaman pertama politik Lee di Singapura adalah sebagai ejen pilihanraya bagi bosnya John Laycock di bawah sepanduk Parti Progresif yang pro-Britain dalam Pilihanraya 1951 . Bagaimanapun, akhirnya Lee sedar parti politik tidak mungkin dapat banyak sokongan.

                                                          

Baca detail disini

Barisan Sosialis



Pada 12 November 1954, Lee bersama lelaki kelas pertengahan berpendidikan Inggeris, menubuhkan kelab "sosialis" PAP. Perikatan ini telah digambarkan oleh Lee sebagai satu kahwin mutaah (sementara) , kerana kumpulan berpendidikan Inggeris diperlukan untuk berhadapan dengan kumpulan pro komunis yang semakin kuat di Singapura dan Tanah Melayu ketika itu. Rakyat Singapura mahukan pemerintahan sendiri dan menamatkan pemerintahan Britain. Satu persidangan sulung telah diadakan di Dewan Peringatan dan dihadiri lebih dari 1,500 orang penyokong dan kesatuan sekerja.


 Lee menjadi setiausaha agungnya sehingga tahun 1992. Pemimpin UMNO, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin MCA Tan Cheng Lock telah dijemput sebagai tetamu untuk memberi kredibiliti kepada parti baru.

                                

Lee memenangi kerusi Tanjong Pagar dalam Pilihanraya 1955. Dia menjadi ketua pembangkang menentang David Saul Marshall dari Parti Buruh. Dia seorang daripada wakil PAP yang terbang ke London bagi membincangkan status dan perlembagaan Singapura. Ketuanya ketika itu adalah Lim Yew Hock. Dia sering menyerang pemimpin sebagai tidak cekap dan rasuah. Kedudukan Lee dalam PAP terancam pada 1957 apabila pro komunis mengambil alih jawatan kepimpinan dengan menyerap ahli-ahli palsu.

Lim Yew Hock mengarahkan penahanan beramai-ramai mereka yang pro komunis. Lee kembali memegang jawatan sebagai setiausaha agung. Beliau menang di Tanjong Pagar dalam Pilihanraya kecil 1957. Ketika itu diadakan mesyuarat rahsia dengan pemimpin komunis bawah tanah, Fong Chong Pik untuk membentuk kuasa.

Dalam pilihanraya pada 1 Jun 1959, PAP memenangi 43 daripada 51 buah kerusi dalam dewan perundangan. Singapura dibenarkan menjalankan pentadbiran dengan kuasa autonomi kecuali dalam bidang pertahanan dan hal-ehwal luar negera. Lee menjadi Perdana Menteri Singapura pertama pada 5 Jun 1959 dan mengambil alih dari jawatan dari Ketua Menteri Lim Yew Hock. Sebelum dia mengambil alih, Lee menuntut pembebasan bersyarat Lim Chin Siong dan Devan Nair, yang telah ditangkap lebih awal oleh kerajaan Lim Yew Hock.


               

Lee berhadapan banyak masalah selepas kerajaan sendiri Singapura daripada Britain. Ini termasuklah penyediaan infrastruktur pendidikan, perumahan dan pengangguran. Lee telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), sebuah agensi yang menyediakan program pembinaan perumahan awam besar.

Pada 1961 Perdana Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang akan termasuk Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak yang kini dikenali sebagai Malaysia.

                                 

Apabila Malaysia terbentuk pada tahun 1963 di peringkat awal keadaan berjalan lancar. Menjelang tahun 1964 Lee Kuan Yew melahirkan rasa tidak puas hati dengan hak orang Melayu dan mencadangkan konsep Malaysian-Malaysia. Lee turut berkempen untuk percantuman dengan Malaysia dan menamatkan pemerintahan penjajah British. Dia menggunakan keputusan pungutan suara pada 1 September 1962, di mana 70% undi-undi menyokong cadangannya.Semasa Operasi Coldstore , Lee berjaya menghancur puak prokomunis yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif.

                      

Pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan. Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang bimbang dengan kemasukan Singapura kerana majoriti Cina dan cabaran politik PAP di Malaysia. Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.

                                             

Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul . Lebih banyak rusuhan meletus pada September 1964. Perusuh merampas kereta-kereta dan kedai-kedai, memaksa kedua-dua Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew turun padang untuk menenangkan keadaan.Harga makanan juga naik secara mendadak .

                                                
Akibat tidak mampu menyelesaikan krisis itu, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Keputusan itu dibuat oleh Tunku semasa beliau sedang dirawat di London. Lee berkeras dan cuba untuk kompromi, tetapi tidak berjaya. Dia kemudiannya telah diyakinkan oleh Goh Keng Swee kerana pemisahan tidak dapat dielakkan. Lee Kuan Yew menandatangani satu perjanjian pemisahan pada 7 Ogos 1965 , yang membincangkan pemisahan Singapura jdengan Malaysia tetapi meneruskan kerjasama perdagangan dan pertahanan.

Baca juga disini: http://darah-satria.blogspot.com/2011/09/ini-jawapan-mengapa-singapura.html

Lee mengumumkan pemisahan Singapura daripada Perdsekutuan Malaysia di televisyen pada 9 Ogos 1965.Kegagalan penggabungan merupakan pukulan berat kepada Lee , yang percaya kerana ia penting untuk kewujudan Singapura. Pemisahan ini bukanlah dengan sengaja diadakan dan beliau bukan sengaja memulakan keruntuhan Malaysia.

Sebab lain pemisahan ialah Lee Kuan Yew juga menubuhkan cawangan Parti PAP di Semenanjung Tanah Melayu yang diberinama DAP.


                                                  

Apabila keadaan menjadi semakin genting , Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu menyingkirkan Singapura dari Malaysia walaupun Lee Kwan Yew tidak mahu perkara itu berlaku. Hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan turut terkubur. Langkah berbahaya yang cuba dilakukan oleh Lee Kuan Yew dengan mengajak Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bergabung dengan Singapura membentuk negara baru. Mujurlah idea ini tidak mendapat sambutan pemimpin negeri berkenaan.

                                          

Akhirnya pada 9 Ogos 1965 Singapura telah dipisahkan dengan Malaysia. Sejak dari itu hubungan Malaysia dengan Singapura seringkali berlaku pasang-surut mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kedua-dua rakyat sama ada Malaysia dan Singapura.
Sejak tahun 1965 hingga 1980 Malaysia lebih bersikap lembut tetapi dalam era Mahathir, Malaysia lebih keras hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan negara.


Lee Kuan Yew memang tidak setuju dengan cadangan untuk merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan baru. Tun Dr Mahathir Mohamad telah berunding dan berutus surat dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong pada 4 Mac, 2002. Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak. Lee berkali-kali menyatakan tidak.

Baca surat yang dikarang oleh Tun Mahathir disini:

 http://darah-satria.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-mahathir-jambatan-bengkok.html

                                        

Kerja merobohkan Tambak Johor akan menyebabkan operasi paip air dari Johor ke Singapura akan terganggu. Sedangkan Malaysia bertanggungjawab di bawah Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

                                       

Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB) bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok.


Pada 2 Oktober 2006, Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menuduh masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik. Tuduhan itu dibuat semasa berbincang dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Larry Summers. Setelah Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi memohon penjelasan , Lee kemudian meminta maaf. Beliau menyatakan bahawa beliau tiada ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia dan malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia.


Hakikatnya beliau kurang bercakap berbanding apa yang tertulis di dalam buku beliau yang diterbitkan pada 1998. Hubungan Singapura dengan Malaysia memang bermasalah selama sedekad sebelum Abdullah. Surat mohon maaf itu dihantar ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen


Baca detail juga disini:

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 1


sehingga habis Part 12

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanggah tohmahan Lee Kuan Yew. Beliau menyatakan bahawa orang Cina di Malaysia menyandang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya tetapi tidak bagi orang Melayu di Singapura. Malah pendapatan per kapita amat jauh lebih tinggi berbanding dengan orang Cina di Singapura. Orang Melayu Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas. Dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia.

Kini Lee Kuan Yew (PAP)  mendidik Lim Guan Eng (DAP) cara menawan hati Melayu & mendapatkan Malaysia.


Lim Guan Eng (DAP) menyambung peranan Lee Kuan Yew (PAP) Singapura.!



Kerana itulah Lee Kuan Yew mempunyai agenda tersendiri berbaik dengan Nik Aziz

Baca disini: http://darah-satria.blogspot.com/2012/10/lee-kuan-yew-telah-mempengaruhi-nik-aziz.html

                                               

Melayu harus sedar!!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...