Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 9 February 2013

Lagi ahli PAS tolak DAP.!






Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

 Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.

 Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut.

 "Pucuk pimpinan Pas juga perlu bertegas dalam perkara berkaitan dan jangan bercelaru semasa mengeluar pendangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Demonstrasi Membantah Lim Guan Eng: Isu Kalimah Allah di pekarangan Masjid Sungai Kob, Karangan bermula pukul 3 petang ini.

Beliau berkata, pucuk pimpinan Pas perlu serius dalam menangani sebarang kerenah pemimpin-pemimpin DAP yang sering mengguris hati umat Islam. Abdul Manaf berkata, walaupun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan, tetapi akar umbi parti itu masih belum berpuas hati selagi pemimpin-pemimpin DAP belum memohon maaf secara terbuka.

 Justeru tegasnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjadi pengecut dalam isu berkenaan atau terlalu berlembut dengan para pemimpin DAP.

 "Kami juga minta Pas keluar dari pakatan pembangkang jika DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdegil dalam isu kalimah Allah," katanya lagi. Beliau menegaskan, dalam keadaan sekarang pemimpin Pas tidak perlu berasa takut kepada DAP atau Guan Eng dalam isu-isu berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya