Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Friday, 8 February 2013

Larangan Hadis jatuhkan Pemerintah Islam.!




قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ


“Dengar dan taatlah pada pemerintah (Islam) walaupun punggung (iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah ia.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, No. 1847. Didhaifkan Dr Yusof Qardhawi)

Kita selalu dengar Anwar Ibrahim seringkali menaja dan menggunakan  nama Dr. Yusuf Al Qardhawi, namun  itu semuanya hanyalah silap mata yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam menipu penyokong mereka.

Saya juga percaya Anwar tidak  membacakan sanad diatas ini kepada pengikutnya bukan?


Walaupun mereka memukul kita secara zalim, selagi mereka Islam dan selagi mereka solat, haram kita menggulingkan kerajaan. Dalilnya:

“Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)
                       
                                                    

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

Dengarkan dan taatilah, sesungguhnya mereka (pemerintah) akan bertanggungjawabkan atas semua perbuatan mereka sebagaimana kalian juga akan bertanggungjawab di atas semua perbuatan kalian (Hadis sahih Muslim dan Tirmidzi)

Bagaimana pula jika undi dilakukan dengan jujur dan ‘BERSIH’ tetapi orang kafir yang berkuasa?

Politik demokrasi mengambil satu dasar, yang dihidupkan seorang Yahudi untuk menghalalkan cara. Jadi, semua parti yang melibatkan dirinya dalam demokrasi, mereka tidak dapat melepaskan diri mereka dari penipuan (cheating).

Sesiapa kata mereka tidak menipu dan mereka berlepas diri dari penipuan, itu karut dan bohong. Sekali lagi saya ulang, sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan demokrasi sama ada demokrasi Islam, demokrasi sosialis, demokrasi komunis, liberalis, pluralis dan apa sahaja bentuk dan nama, akarnya ialah penipuan.

Oleh sebab itu, perbuatan Ambiga yang menyibukkan diri menuntut demokrasi bersih, sudah tentu apabila dia melibatkan diri dengan politik sudah tentu dia akan terlibat dengan penipuan secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Perlu diingatkan, demokrasi pasti wujud demonstrasi. Itu hakikatnya yang tidak dapat dipisahkan walaupun kita tahu apabila demonstrasi, pasti wujud di sana percampuran lelaki perempuan, kerosakan harta, kerosakan jiwa, kecederaan (malah kematian) dan kerosakan akhlak semasa berdemonstrasi sehingga difatwakan haram. Janganlah terikut-ikut dengan diayah orang-orang kafir yang ingin melihat robohnya penyatuan umat Islam Malaysia.

Tidak menjadi seorang itu ahli politik (politician) melainkan dengan menipu. Persoalannya, Bagaimana Jika Pemerintah Mendapat Kuasa Dengan Cara Penipuan? Kalau itu sudah terpaksa untuk memelihara Islam dan negara dari jajahan kafir laknatullah, maka hukumnya menjadi wajib.

Janganlah terikut-ikut dengan diayah orang-orang kafir untuk menjatuhkan pemerintah kononnya pemerintah tidak adil. Jika tidak adil dan menipu sekali pun, tetapi yang penting yang memerintah dan yang menjadi ketua secara mutlak adalah orang Islam. Kita tidak mahu orang kafir memerintah.

Cuba lihat negara Islam yang diambil oleh orang kafir seperti Singapura, Pattani, Palestin, Mindanao (Kepulauan Sulu) dan lain-lain lagi, apa sudah jadi kepada mereka? Ketahuilah saudaraku, Amerika dan Israel akan sentiasa tolong-menolong untuk merobohkan penyatuan umat Islam. Ketahuilah juga, Amerika dimonopoli oleh Yahudi.

Negara yang paling dirakusi dan menjadi perhatian umum ialah Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara  Islam yang aman yang tidak pernah berlaku di dalam dunia masa kini. Dua negara yang dicatatkan sebagai negara aman ialah Malaysia dan Mekah.

Subhanallah, kita tidak menghadapi masalah untuk keluar waktu malam sebagaimana di Mekah juga. Cuba kita pergi di Pakistan, India, Iraq, Eropah, Amerika, Brazil dan lain-lain negara, adakah kita akan berasa aman keluar pada waktu malam? Jika kita ‘check in’ hotel, pasti penjaga atau receptionist hotel menasihati jangan keluar waktu malam. Apa yang tidak ada di Malaysia? Golden Chersonese? Emas di tepi jalan? Kemewahan? Keamanan? Ketenangan? Peluang pekerjaan? Subsidi? Pencen? dan bermacam lagi...

Kata Ibnu Taimiyyah, negara yang ada pemerintah (Islam) tetapi kecoh adalah lebih baik dari negara yang tidak mempunyai pemerintah yang mana orang kafir menantikan tiba masa dan peluang untuk menjajahnya. Negara kita aman, ada pemerintah Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu Islam, menterinya yang majoriti Islam. Memang sering kita  (yakni pembangkang) mempersoalkan riba, penipuan, pecah amanah, rasuah dan politik wang, ketahuilah itulah kenyataan demokrasi.

Itu hakikat demokrasi yang kita mahu. Kita renung kembali kata Winston Churcill, apabila ia memegang Al-Quran dengan tangan kiri dan kaki kanannya memijak kubur Syeikh Salahuddin Al-Ayyubi, dikatakan kepada orang Yahudi, “Give them a toy, to play with” yang bermaksud, berikan mereka ini (orang Islam) barang permainan untuk mereka bermain dengannya. Inilah yang dicatatkan oleh orang Islam ketika mendengarnya bagi mendedahkan diayah Yahudi kepada Islam.

Ertinya, apabila mereka (yakni orang Islam yang dijajah orang kafir) ingin merdeka, mereka memberikan dengan syarat iaitu mengamalkan sistem demokrasi. Demokrasi adalah kekalahan orang Islam. Demokrasi adalah barang mainan (toy) orang kafir terhadap 
orang Islam. Apabila wujud demokrasi, wujudlah riba, rasuah, politik wang dan penipuan. Demokrasi meruntuhkan sistem kekhalifahan.

Imam Syafii mengajarkan kita untuk mengetahui definisi sesebuah istilah serta menggalakkan kita mempelajari istilah sebelum bercakap mengenai. Oleh itu, penting di sini kita ketahui apa itu demokrasi, sosialis, komunis, liberalis, pluralis dan lain-lain istilah dalam politik.

Demokrasi datang dari perkataan greek, δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat”. Tujuannya untuk apa? Untuk rakyat demi rakyat. Sedangkan di dalam Islam, di dalam solat kita sendiri, kita mengakui bahawasanya:
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.

Adakah Demokrasi Halal Dilaksanakan di Malaysia?

Persoalannya, adakah halal demokrasi yang diamalkan di negara Islam dan khususnya di Malaysia? Maka kita jawab kepada mereka, “Demokrasi terpaksa walaupun ulama salaf tidak pernah menghalalkan demokrasi. Tidak pernah halalkan!”

Jika bertanya kepada saya, sudah tentu saya jawab demokrasi tetap haram. Tetapi keadaan menjadikan kita terpaksa menerimanya tetapi saya tetap berkata, demokrasi haram. Ini kerana kita telah diajar di dalam Islam mengenai istilah darurat dan rukhsah.

Sebagaimana kita tahu ada rukhsah apabila darurat, seekor binatang bernama babi haram dimakan tetapi apabila kita sesat di hutan, tiada sumber makanan untuk kita terus menegakkan tulang punggung kita melainkan dengan memakan sedikit daging yang hanya ada ketika itu binatang babi, maka kita dimaafkan untuk mengambilnya sebagai makanan (asalkan tidak berlebihan).

Begitu juga halnya sutera bagi lelaki, jika terkena penyakit kulit seluruh badan atau kusta, lelaki dimaafkan untuk memakai sutera. Begitu juga wanita hafizah yang datang bulan, demi menjaga hafazannya dirukhsahkan untuknya membaca Al-Quran. Perbuatan yang saya sebutkan tadi semuanya haram jika tiada darurat di sana.

Begitu juga halnya dengan riba, riba tetap haram! Tetapi jika kita terpaksa untuk melakukan, maka di sana ada kemaafan. Saya sendiri terlibat dengan riba, iaitu pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Untuk memiliki rumah agar ada tempat berlindung, kita perlukan duit. Apabila tiada duit, kita perlu meminjam atau kita tiada tempat berteduh. Islam tidak mengajar untuk menyeksa diri dan keluarga.

Pinjaman yang disediakan adalah dalam bentuk riba. Ini kerana, kerajaan juga terpaksa membuat pinjaman dari negara maju dan kerajaan juga dikenakan riba dari pinjaman itu. Untuk mengurangkan kerugian, sebahagian riba itu dialihkan kepada rakyat.  Maka, hendak atau tidak, terpaksa kita terimanya.
Apabila terpaksa (tiada jalan lain), maka itulah rukhsah yang sementara buat kita. Apabila tiada darurah, hukumnya akan kembali kepada asal.

Tidak berhukum dengan hukum Allah itu hukumnya kafir?
Apakah hukumnya jika tidak berhukum dengan hukum Allah?
Ada juga masyarakat dan ustaz instant yang mulutnya lancang berkata, “Tidak berhukum dengan hukum Allah itu hukumnya kafir”.

Saudaraku yang dikasihi Allah, saya hendak bertanya di sini, demokrasi itu hukumnya apa? Demokrasi sendiri bukan hukum Islam. Islam mengajar satu prinsip dalam pemerintahan iaitu melaksanakan hukum hudud sekiranya keadaan mengizinkan ia ditegakkan.

Siapa yang tidak menggunakan hukum Allah, maka dia kafir?

Malangnya mereka juga terlupa, mereka menggunakan sistem orang kafir yakni politik demokrasi. Makanya, jika hendak melaksanakan hukum hudud, tetapi mereka menggunakan sistem orang kafir  (demokrasi) untuk menggulingkan kerajaan, itu namanya apa?

Saya memohon maaf kepada Tuan Guru Nik Aziz, ingin sekali saya katakan, dengan mewujudkan demokrasi pilihan alternatif iaitu keluarnya PAS dari UMNO suatu ketika dahulu, ianya tindakan yang memalukan agama Islam.

Sedangkan berapa ramai khalifah Islam pada suatu ketika dahulu dibantu oleh ulama di dalam pemerintahan mereka, tetapi PAS pula memilih untuk berpaling tadah dan membiarkan pemerintah terkapai-kapai tanpa bantuan ulama.

Mujurlah hidayah itu bukan milik PAS, Allah telah datangkan bantuan kepada pemerintah dengan masuknya beberapa ulama muda ke dalam UMNO yang mana antara mereka ialah Ustaz Fathul Bari, Dr Fadlan Mohd Othman dan lain-lain lagi.

Bukankah Tuan Guru juga tahu, membantu pemerintah untuk menegakkan Islam adalah lebih baik? 

Lupakah kisah Sayidina Umar dengan kaum Qibti di Mesir suatu ketika dahulu? Kerajaannya tidak dilucutkan, tetapi Islamnya diterapkan. Maka berduyun-duyun kaum Qibthi memeluk islam selepas itu.

Politik adalah salah satu hukum dan fiqh di dalam sistem pemerintahan Islam tetapi bukannya demokrasi. Politik Islam adalah sistem yang diajar oleh nabi shallalllahu alaihi wasallam yakni khalifah yang kuasa lantikannya di dalam majlis syura yang mana ahli majlis itu ialah ulama dan ilmuan yang alim di dalam bidang agama dan fiqh kemanusiaan, bukannya orang jahil (yakni rakyat jelata) diberikan kuasa melantik pemerintah.

Kata Imam Syafii, “siasah untuk mengatur manusia adalah lebih sukar dari mengatur haiwan ternakan”. Siasah yang dimaksudkan di sini ialah mengembalikan dan menyatukan manusia kepada Al-Quran dan As-Sunah.



                                      
Manifesto 1986: Hudud? 
Hukuman penzina di kelantan masih lagi dalam bentuk kompaun sedangkan kerajaan negeri boleh mengarahkan para penzina yang ditangkap itu dikenakan sebatan syar'ie.

Jika dilakukan pada suatu ketika dahulu, Mat Sabu agaknya orang pertama yang dikenakan hudud. Malah jika dilaksanakan sekarang juga, ramai orang PAS dikenakan hukuman bakar hidup-hidup kerana adanya orang Syiah di dalam PAS. (Hudud bagi penganut Syiah ialah dibakar hidup-hidup, itu kata Sayidina Ali radiallahu anhu ketika mengarahkan rakyatnya menangkap Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang pertama membentuk agama Syiah)


Apabila tiba masanya, Hukum Hudud & Qisas akan merangkumi semua Bukan Islam. Ini saya petik kata-kata TG Hj Hadi tahun 2002 tetapi Buku Jingga terang-terangan menolak hukum hudud Pas sebagai prioriti asas.

Ikhwan Muslimin di Mesir juga menangguhkan perlaksanaan hudud (hampir 55% jumlah undi dikatakan milik mereka yang pasti menjadikan mereka bakal pemerintah). Sedangkan merekalah yang sibuk hendak melaksanakan hudud sebelum Hosni Mubarak digulingkan.


Apa itu negara Islam?

Dalam hadis yang disahihkan oleh Al-Hakim dan Albani yang diriwayatkan oleh Ahmad,

حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ سُلَيْمَانَ بْنَ حَبِيبٍ حَدَّثَهُمْ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim telah menceritakan kepadaku 'Abdul 'Aziz bin Isma'il bin 'Ubaidillah bahawa Sulaiman bin Habib menceritakan kepada mereka dari Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: “Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Ia di ibaratkan dengan tali, ambillah 10 tali dan ikatlah dengan satu tali serta peganglah ia dengan jarimu. Tanggalkan ikatan dan jatuhkan satu persatu, apa yang akan tinggal? Yang tinggal hanyalah satu tali. Satu tali itulah perumpamaan bagi solat.

Di akhir zaman, semuanya akan terlucut satu persatu dalam sesebuah pemerintahan Islam melainkan dengan adanya solat, maka negara itu tetap menjadi negara Islam walaupun mereka telah meninggalkan hukum Islam yang lainnya.

Kita dilarang mengkafirkan sesama Islam (ahlu sunah wal jamaah) selagi mana mereka bersolat. Maka haram hukumnya berkata, Tun Mahathir kafir, Najib kafir, Nik Aziz kafir, Haji Hadi kafir. Jika semua kafir, siapa pula Islam? Kamu? Jika kamu yang berkata orang lain kafir, maka kamulah khawarij kerana menganggap dirimu sahaja yang tidak kafir.

Al Ismaili Rahimahullah berkata:
“bahawa sesebuah negara di namakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan di dirikan solat dengan terang terangan dan penduduknya (rakyat) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Ammaitu Ahlu Hadis, hlm 50)

Menurut Muhammad Abu Zahrah (Imam Fuqaha Al Azhar):
“Darul Islam (negeri atau negara Islam) setiap negara yang di perintah dan di kuasai oleh Islam (umat islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat islam. Inilah bentuk negara yang wajib di pertahankan oleh setiap umat Islam. (Abu Zahrah hlm: 377)

Justeru itu, sila beritahu kepada saya, adakah kamu selesa bersolat di tepi pantai, di tepi KLCC, di tepi pondok perhentian bas, di dalam kereta api? Adakah ada yang mengganggu/mengancam kamu? Jika tiada, maka ini bermakna negara kita negara Islam.


    Wajib hukumnya PAS
menyertai   UMNO
Di sini solusi yang baik untuk elakkan kita terjerumus dengan demokrasi.
Setelah saya bentangkan semua ini, maka hukumnya adalah Wajib PAS menyertai UMNO untuk mengelakkan umat Islam berpecah sekali gus dengan penyatuan ini dapat menyatukan umat Islam. 

Pemerintah harus dibantu, pemerintah sangat genius dalam mentadbir dan memajukan negara tetapi mereka kurang islamik dari segi agama, misalnya.

Maka di sini saya hendak nyatakan bahawa, berapa banyak pemerintah khalifah dibantu oleh ulama hingga mereka cemerlang di dalam semua aspek pemerintahan walhal ada di antara pemerintah khalifah (yakni selepas zaman khulafa ar-rasyidin) yang pemerintahnya tidak mempunyai agama yang kuat sebagaimana sahabat-sahabat nabi yang dijanjikan syurga. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

“Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: Az-Zuhud 2/602. Hannad)

Dengan adanya parti Islam lain, ini akan menyebabkan demokrasi terus wujud di negara ini kerana rakyat mempunyai alternatif dan rakyat diberi mandat kuasa untuk memilih. Bukankah saya sudah jelaskan tadi apa itu demokrasi?
Ketahuilah dah fahamkanlah, pemerintah kita sekarang adalah parti dominan Islam.

Majoriti pengundinya adalah Islam, sebahagian penyokongnya adalah Islam. Ketahuilah di Perak sewaktu kemenangan pakatan rakyat, dominannya ialah orang kafir. Begitu juga Pulau Pinang sekarang.

Malah Pakatan Rakyat juga didominasi oleh orang kafir, adakah kita (yakni saya merujuk kepada PAS) ingin menyeru kepada orang Islam agar menyayangi dan membantu orang kafir? Apakah di sana tidak layak kita menyayangi orang Islam?

Akhir sekali saya ingin memetik satu hadis dari sahih Muslim,

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

"Suatu saat nanti akan terjadi bencana dan kekacauan, maka siapa saja yang hendak memecah belah persatuan umat ini penggallah dengan pedangmu, siapa pun orangnya. " (Hadis sahih riwayat Muslim, matan dengan lafaz berbeza juga diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ahmad)

                                   

Saya tidak dibayar untuk menulis artikel ini, saya juga tiada kepentingan peribadi, jauh sekali untuk mengampu. Sama-sama kita renungkan dan sama-sama kita doakan agar Malaysia terus direzekikan oleh Allah dengan keamanan yang berpanjangan. Wallahu musta’an

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...