Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 15 February 2013

Mat Sabu bakal disaman sebab biadap.?


                                    Timbalan Pengerusi SPR mahu saman Mat Sabu


 Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.

"Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Dalam laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi.

             


Muka pon tak de seri gua tengok. mau xseri. hari2 dok fitnah & ceramah maki hamun saja.



Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.


Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja.

"Ini pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa kempen untuk pancing undi.

"Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.

Sebelum ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu bahawa beliau pernah terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

                                

Katanya, beliau bertugas sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat ketika tempoh yang dimaksudkan itu dan "kenyataan itu jelas memberi tafsiran kononnya saya mendalangi konspirasi jahat memenangkan BN dalam pilihan raya itu."

"Saya tidak pernah bertugas di Sabah sepanjang karier saya dan bagaimana Mat Sabu menuduh saya terlibat (dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah)," katanya yang mula berkhidmat dengan SPR sebagai setiausaha SPR pada 1998.

Dipetik Bernama, beliau berkata, individu 'Wan Ahmad' yang didakwa Mohamad Sabu itu bukan dirinya tetapi bekas pegawai SPR Sabah pada ketika itu, Wan Ahmad Wan Yusof.

"Itu Wan Ahmad lain, beliau kini sudah meninggal dunia. Bukannya Wan Ahmad saya," katanya.

Wan Ahmad berkata beliau menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mohamad Sabu dan empat lain membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas.

Ditanya mengenai jumlah ganti rugi yang dituntut, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.


Saman saja.. jangan kaisi AMARAN lagi macam menteri AMARAN. tegas sikit. baru dieorang kecut.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya