Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 25 February 2013

PRU 13 : BN P.Pinang berdepan kekalahan?





APAKAH BN MAMPU MERAMPAS PULAU PINANG DARI DAP?

PRU13, Pulau Pinang amat kritikal kerana perpecahan  Melayu menjadi 4. UMNO, PKR, PAS & DAP.

Apa yang membimbangkan, keadaan  nampaknya agak sukar memihak kepada BN dalam PRU ini. Kenapa saya berkata begini? Pertama kerana pengundi Cina majority beralih kepada DAP.

kedua kerana cara gerak kerja kepimpinan UMNO/BN masih lagi lemah dan perlahan.Kebanyakkan Program-program yang dilakukan UMNO terutamanya dikawasan tertentu banyak yang tidak diketahui umum.


Semasa program  ceramah Hassan Ali &  terbaru Lokman Nor Adam  serta Ketua Pemuda UMNO P.Pinang.

Apa yang menyedihkan,. kebanyakkan masyarakat setempat kursusnya di Bayan Baru, Bayan Lepas, dan berbagai-bagai lagi kawasan tidak mengetahuinya..


UMNO P.Pinang dilihat buat kerja takut-takut walaupon di kawasan UMNO sendiri.Bukannya tidak ada group facebook. malahan berlambak-lambak group fb BN yang boleh dikongsi. Bukan itu saja. malahan fb group PEMUDA UMNO BALIK PULAU sendiri hanya cuma 31 orang dan tidak hidup. Lebih ramai pemalas didalam UMNO rupanya.

Rakyat Pulau Pinang harus disedarkan dengan fakta.

Kebanyakkan program-program  UMNO ini tidak ramai yang  dihadiri terutamanya masarakat setempat. Tidak berbaloi rasanya bilangan kehadiran yang kurang jika dibandingkan dengan penceramah yang hebat.

UMNO P.Pinang harus berani & perlu bergerak lebih agresif.
Bayangkanlah bagaimana anda mahu menawan hati masyarakat di Pulau Pinang ini lebih-lebih lagi dengan menguasai media selain membantu dalam program kemasyarakatan. Mungkin UMNO mempunyai cara yang tersendiri. namun program UMNO ini harus di tunjukkan. bukan disimpan.

Jika kita melihat kepada situasi sekarang, peranan  media baru ini bergerak tanpa henti dari Blogger, Cybertropper.Apa yang menyedihkan ada juga sebilangan blogger-blogger di Pulau Pinang tidak diendahkan malahan tidak mendapat kerjasama bersama UMB tertentu.


Boleh baca tulisan seorang blogger Penang disini: http://blogpendekarsiber.blogspot.com/2011/07/umb-oh-umb.html

                                                        UMB UMNO Negeri Pulau Pinang

Kenapa UMB di bawah UMNO & Media baru dilihat kurang  membantu..??

Itu baru seorang. bagaimana lagi dengan yg lain?? PR melancarkan gerak kerja  lebih kuat dengan blogger & cybertropper yang membantu mereka siang dan malam dalam media alternatif ini selepas menyedari beberapa kelemahan mereka.

                    

Sebab itu tatkala ini. PR menguasai media.

Persoalannya.Apakah Media UMNO dikuasai pihak-pihak tertentu dalam mencari keuntungan?? Sepatutnya UMNO perlu bergerak bukan sahaja mengharapkan UMB yang dipelopori pihak-pihak tertentu, malah UMNO harus mewujudkan plan media baru yang lain,

Sebab apa??

Sebabnya ramai jugak yang ada krisis dengan UMB seterusnya mengambil jalan mudah  bergerak sendiri.Sebab itulah fenomena yang berlaku pada hari ini ialah blogger-blogger & cybertropper mengalami  kesukaran mendapatkan maklumat secara terus dan lebih detail. Kebanyakkan mereka berusaha & cari maklumat sendiri tanpa dibantu mana-mana pihak.

Dan gua hairan jugak masih ada blogger-blogger tertentu yang pernah marahkan  individu terbabit yang mengambil artikelnya sedangkan ia hanyalah sebuah artikel & satu perkongsian untuk semua. Gua percaya artikel itu mungkin bagus dan niat individu yang mengambilnya hanya bertujuan mahu  menyampaikan kepada orang lain, namun tak sangka perkara sebegini pun masih menjadi  kontroversi. Bukannya individu terbabit dapat apa-apa pon disebalik artikelnya.


Untuk penulis terbabit,.lebih baik anda  menulis didalam kelambu tanpa  di ganggu sesiapa.

Kehilangan 2/3 kuasa Parlimen harus dijadikan Iktibar buat UMNO, namun masih kurang efisien dan pendekatan yang dilakukan.Tun M sudah beberapa kali mengingatkan tentang pentingnya 2/3 kerusi Parlimen ini. Tun M juga sering kali menegur beberapa kepincangan yang berlaku didalam UMNO, namun masih ada juga sesetengah pihak yang yang tidak boleh ditegur.


Smasa kempen PRU12 yang lalu, kebanyakkan calon-calon Pakatan Rakyat  menggunakan internet & lebih banyak menonjolkan diri. Hal ini amat berbeza berlaku  pada calon ahli-ahli UMNO & BN sendiri.

Tak ramai ahli politik BN yang mempunyai blog & website sendiri.Kemungkinan besar mereka yang tidak menonjol ini jika bertanding pada PRU 13 yang akan datang akan kalah. 

Mengapa??

1) Kebanyakkan Pengundi BN termasuk juga atas pagar dan pembangkang tidak tahu diri mereka.
2) Tidak ada keyakinan  kerana langsung tak pernah nampak muka.


Sebab itu, lihatlah semasa PKR & DAP berkempen di Pulau Pinang,. mereka lebih menonjol.

UMNO harus akur dengan masyarakat setempat yang mahu dijaga & mengetahui pekembangan terbaru bukan hanya semata-mata mengharapkan media laporan akhbar harian.


Selain dari itu, gerak kerja Pakatan Rakyat juga terserlah dengan hebahan bacaan bagi setiap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Buletin Mutiara antara salah satu bahan bacaan yang memberi kesan kepada penduduk di Pulau Pinang.DAP mengharapkan sokongan Melayu di Pulau Pinang. Sebab itu rata-rata masih ramai orang Melayu di Pulau Pinang  terus tertipu dengan fitnah dan tuduhan yang melulu. Saya kira, awalaupon fitnah & tuduhan itu dijawab oleh blogger BN, namun masih ramai yang tidak mengetahui cerita sebenarnya kerana hebahan UMNO  tidak sampai terus kepada masyarakat.!

Logik fikir apakah kita tahu setiap hari cerita terbaru didalam blog?? Jika tiada Internet apakah kita mampu mengetahuinya sebab media bacaan tak banyak yang menyiarkannya.


Kelihatan beberapa individu menyebarkan risalah bacaan kepada orang ramai


Setiap ceramah Pakatan akan dimasukkan jarum  & racun minda medium bacaan dari Pakatan Rakyat.


Buletin Mutiara antara salah satu medium terpenting bagi DAP Pulau Pinang untuk terus bertapak memerintah di Pulau Pinang.

UMNO/BN banyak membuang masa dan suka gerak kerja pada " last-last minuted".Mengapa ahli-ahli UMNO  baru tunjuk muka bila ada orang besar turun?


Berapa ramaikah yang benar-benar berjuang didalam UMNO?


Melalui penyebaran risalah, ceramah.. Mungkin bagi yang  tak melihat akan mengganggap ini satu fenomena biasa.

Saya nak beri tahu. ini bukanlah satu fenomena biasa,  bahkan inilah satu jarum halus yang  akan mencucuk minda masyarakat setempat.

                             

Jika hanya sebuah maklumat  penyebaran ini boleh menyebabkan  3 sehingga 4 orang terpengaruh, bayangkanlah jika ianya beribu-ribu? Setiap ceramah Pakatan  walaupun tak ramai, tetapi jika dalam 200-300 orang yang hadir. setiap yang hadir akan diberikan medium bacaan tadi. Jika seorang mewakili sebuah rumah, Apakah sebuah rumah itu hanya mempunyai seorang sahaja?

Begitu juga  gambar yang saya ambil diatas, jika sebuah motosikal ini mewakil sebuah keluarga, apakah sebuah keluarga itu tidak ada ahli keluarga yang lain?

Apakah dari 100 orang tadi tidak  berkembang menjadi beratus-ratus? Jika beribu orang bagaimana pula?
Pakatan Pembangkang dilihat sedang berusaha menguasai minda masyarakat.



Pepatah pernah berbunyi: Ketajaman lidah mengatasi ketajaman mata pedang. 

Bukankah lidah itu bermula dari pemikiran? 

Bukankah apa yang anda lihat  membuatkan  anda berfikir?


Jika sebarang risalah ini mengandungi bahan penulisan yang tidak betul, walaupon tak benar, masyarakat amnya  tetap akan mempercayai? kenapa? kerana apa yang ditulis dalam blog-blog  Pro UMNO di Internet tidak disebarkan kepada masyarakat melalui penyampaian bacaan.

Baca apa yang saya tulis sebelum ini disini:

http://darah-satria.blogspot.com/2012/06/umnobn-harus-peka-terhadap-media-bacaan.html


Saya dah cakap banyak kali, medium penyebaran melalui bacaan amat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Jika ada pon penyebaran yang UMNO/BN lakukan, mesti tak lekang dan tak lari dari muka-muka artis.!

Alasan yang diberikan mahu tarik pengundi atas pagar. tetapi sedarkah  berapa ramaikah pengundi atas pagar yang  berminat dengan hal politik?

Lebih baik ambik pendekatan buat blog tentang hiburan  & selitkan cerita politik..

Ini sebenarnya sudah pun dibuat oleh Pakatan Rakyat.


Inilah sebabnya Sabah & Sarawak bergolak, kenapa? kerana selama ini UMNO/BN  banyak mengharapkan  penyampaian melalui Internet.

Saya nak tanya. 

Apakah di kawasan Sabah & Sarawak  mudah didapati "Internet" ??Jika PR masuk di Sabah dengan membawa cerita dari akhbar-akhbar & UMNO masuk di sana dengan cerita dari Internet. tetapi bila masuk kependalaman Kampung yang tiada Internet, bolehkah mereka mengakses "network" ketika itu??

Jawapannya sudah tentu tidak. Jadi Medium bacaan yang di gunakan oleh Pakatan Rakyat ini amat membantu dalam menguasai pemikiran masyakat bukan??


Mengapa orang sekarang tidak lihat tv bahkan naik meluat dengan cerita dalam televisyen ketika ini?

Baca juga apa yang saya tulis disini:

http://darah-satria.blogspot.com/2012/12/cadangan-ini-datang-dari-orang-yang.html


                             

Media bacaan PR (Buletin Mutiara) yang menonjolkan muka ADUN-ADUN yang kononya bekerja keras.


Tun M pernah menegur cara kerja UMNO, Apa katanya??

                           
                                                  
 "Saya agak berpuashati dengan gerak kerja PM Najib namun  agak sedikit gusar dengan bahagian bahagian umno yang masih tidak bergerak untuk bekerja bagi menghadapi pilihanraya. Masih lagi terdapat pihak pihak di peringkat bahagian yang lebih mementingkan untuk menjadi calon melebihi kemenangan parti."



Apakah BN mampu merampas semula Pualu Pinang dari DAP jika masih tidak berubah?

Jawapannya ada pada diri anda sendiri.


Ini hanya secebis penyampaian yang ingin disampaikan kepada anda diluar sana. kadang-kala penyampaian ini  menjadi tidak penting kepada  ahli-ahli UMNO. Mereka kebanyakkannya lebih mementingkan program-program makan angin. ( tak semua ye..yang berkenaan sahaja.)

                 
PRU 2008, 5 negeri dikuasai pembangkang. berapa ramaikah yang berfikir apakah penyebabnya?

1) Kerana kelemahan Pentadbiran  Abdullah Ahmad Badawi
2) Harga minyak dunia melambung pada tahun 2004
3) Kesempatan ini digunakan oleh pembangkang dalam membuat segala isu
4) Membebaskan Anwar dari Penjara
5) Harakah yang di sekat oleh Tun M semasa PRU 11 di benarkan semula dicetak  oleh Abdullah Ahmad
    Badawi

Akibat kesan penyebaran  bahan  bacaan inilah antara faktor yang membantu  kekalahan 5 negeri semasa PRU 12.

Sebab itulah kita lihat, semasa menghadapi PRU 13 ini. Pakatan Pembangkang mengeluarkan dana yang banyak untuk membiayai bahan bacaan ini termasuk juga membela blogger & sebilangan Cybertropper PR.

Sebab itu hari itu keluar surat mengenai pembayaran blogger ini di Internet.

         

Ameno World juga telah mengaku dibayar oleh pihak PR ini.


Dimana mereka terima wang ini jika tidak melalui saluran Anwar Ibrahim, Anwar pulak menerimanya dari luar, Ditaja oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan agenda "regim change" di Malaysia.

Lihat betapa banyaknya wang yang diterima Anwar dan Anwar terus mendiamkan diri tentang hal ini

http://tangisanmelayu.blogspot.com/2012/06/dari-mana-sumber-kewangan-dato-sri.html


Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).
NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.



Kini medium cyber merupakan satu media yang hebat namun tidak digunakan sepenuhnya oleh BN

PKR-Suara Keadilan
PAS-Harakah
DAP-Roket kini
                                 

Ini belum lagi ditambah dengan risalah bacaan didalam negeri pentadbiran pembangkang.

Saya juga persoalkan, UMNO boleh membuat program-program makan angin yang berhabis ratusan ribu ringgit dalam tempoh yang singkat, namun tak mampu nak membiayai askar-askarnya di Internet.
Terus-terang saya katakan, jika Blogger-blogger @ cybertropper  yang membela UMNO ini tiada, mungkin segala janji, fitnah & segala tuduhan pembangkang yang dibuat akan dipercayai oleh masyarakat.


Cuba bayangkan jika tiada video yang merakam DOA UMNO KO, BN KO. Agak-agaknya ramaikah orang diluar sana yang  tahu perangai sebenar PAS? 

Bukahkah media  ini amat berperanan dalam membantu bukan??


Sesiapa yang terasa dengan penulisan saya kali ini. padan dengan muka anda.!


Saya melihat dari sudut yang berbeza.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya