Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 28 February 2013

PRU12: Kuasa Media yang menjatuhkan BN.




                                   keputusan pilihanraya 12


Jika pilihanraya pada 2004 dulu menyaksikan BN mendapat 219 kerusi di parlimen, tapi pada PRU 12  kali ini BN hilang beberapa kerusi dengan mendadak sekali. Pada kali ini mereka hanya mampu mendapat 140 kerusi sahaja.

Apa yang menarik pada PRU 12 i ialah kekalahan teruk yang dihadapi oleh pihak Barisan Nasional. Inilah pertama kali BN tidak berjaya mendapat majoriti kuasa 2/3 di Parlimen. Malah yang lebih mengejutkan, pihak pembangkang menyapu bersih kesemua kerusi parlimen di Pulau Pinang yang mana selama ini lebih didominasi oleh pihak Gerakan (Barisan Nasional).

Jika sebelum ini pembangkang hanya lebih berkuasa di beberapa buah negeri sahaja, tapi pada kali ini bukan satu, dua atau tiga, tapi lima buah (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor).. Negeri Kedah contohnya tidak pernah dimiliki oleh PAS sejak pilihanraya dilakukan. Tapi PRU 12 menyaksikan ,kemenangan besar telah diperolehi.

Mereka (BN) ‘terleka’ dan tidak berusaha sebaik-baiknya di beberapa negeri yang jatuh. . Saya tahu bagaimana orang UMNO berpolitik dan cara UMNO kurang mendapat sambutan masyarakat setempat.. Mereka (BN)suka buat kerja last-last minit apabila pilihanraya semakin hampir. Tapi semuanya sudah terlambat..

Mengapa??
Persoalannya, mengapa ini semua berlaku? Mereka masih kurang mencari jalan penyelesaian. . Salah satu faktornya ialah penggunaan media Internet dan media alternatif yang lain. 

Sejak beberapa tahun lepas, pihak pembangkang sudah mula agresif di dalam menggunakan Internet terutama penggunaan blog, laman web, youtube dan beberapa portal. Mereka juga menggerakkan  Pihak PAS contohnya mengambil inisiatif kreatif dengan mewujudkan TVPas sebagai satu saluran penyampaian berita terkini politik terutama bagi pihak PAS untuk melawan pihak BN yang menguasai media perdana yang sedia ada.

                              

Manakala, begitu ramai mereka yang menyokong Pakatan Pembangkang  mempunyai blog sendiri untuk menyampaikan berita dan info yang menyebelahi pihak pembangkang. Kita lihat sahajalah selepas program BERSIH dianjurkan pada tahun lepas, tidak banyak video yang berkaitan keluar di media utama seperti TV dan akhbar harian. Sebaliknya, begitu banyak video mengenai BERSIH ada di YouTube dan gambar-gambar pula ‘berselerakan’ dipaparkan di laman web dan blog.

Rakyat Malaysia termasuk ke dalam ‘jerangkap samar’ pihak pembangkang. Di laman web seperti itu, begitu banyak sekali video, bahkan pihak pembangkang telah mendominasi YouTube. Sebaliknya di pihak BN, mereka masih kurang serius dalam melaksanakan media, jika ada pun hanyalah didominasi beberapa pihak tertentu, ramai antara penyokong UMNO bergerak sendiri sedangkan dipihak BN mereka punyai dana yang besar untuk melakukan perkara ini.

Pelajarilah seni ‘peperangan siber’ ini daripada pihak Pembangkang  kerana terbukti mereka mempunyai kemahiran ini. Malah apa yang berlaku sekarang ini juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah ramai menggunakan Internet dan celik IT.

BN harus mengambil pelajaran ini diambil jika mahu kekal menang pada PRU 13 nanti. Ia sudah tidak semudah itu kerana suara mereka di parlimen bukan lagi kuasa 2/3 menunjukkan mereka sudah mempunyai beberapa kelemahan.


Lihat sahaja di YouTube, tidak banyak video dari pihak BN, sebaliknya banyak video pihak pembangkang. 

 BN perlu bekerja lebih kuat , tapi masih ramai lagi antara ahli-ahli BN terutamanya beberapa YB dan ADUN2 terlibat tidak memainkan peranan dalam menguasai media massa ini.

Mereka lebih suka dengan program-program basi yang  kurang mendapat sambutan penduduk setempat.

Rakyat Malaysia pada zaman ini bukan lagi seperti pada 10 tahun yang lepas yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja. Pihak BN perlu akui dan sedar dengan kenyataan ini. 

Kuasa Internet memang hebat. Namun masih tidak ramai yang menguasainya pada hari ini terutamanya ahli-ahli BN.

                                        
Mereka juga tidak ada pelan atau gerak kerja yang disusun lalu disampaikan kepada orang untuk dinilai. Mereka lebih suka membuat kerja tanpa memberitahu orang lain.. Jadi anggapan masyarakat, mereka tidak yakin jika YB, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN ini bertanding dalam PRU 13 kerana mereka sendiri tidak dikenali penduduk setempat.

Masih ramai ahli UMNO yang tidak sedar hakikat kekalahan untuk mencari kemenangan. Mereka juga tidak belajar dari kelemahan. Itulah kesilapan yang paling besar.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya