Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 13 February 2013

Sejarah mengajar kita lebih berwaspada.




KITA PERNAH TUMBANG DALAM PILIHANRAYA 1969


                                  

                                  

Selasa 19 April - Pola Pengundian & sokongan Pengundi dalam PRN 10 Sarawak 2011 menyamai senario PRU 4, 10 Mei 1969 di mana pengundi Melayu Islam/Bumiputera & India menyokong Parti Perikatan/Barisan Nasional dan pengundi Cina menyokong Pakatan Pembangkang/Pe...mbangkang.

Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%. telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi bagi pembangkang

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dalamPerlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, danParti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negaraKuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.




Perbezaan antara kedua2 Pilihanraya tersebut adalah dari sudut bilangan kerusi yang diperolehi oleh kedua2 pihak. PRN Sarawak menggambarkan sebuah kerajaan yang kukuh (2/3) di mana pendekatan berprinsip dan tegas perlu dilaksanakan demi memajukan dan memartabatkan pengundi2 dan penyokong2 yang senantiasa menyahut seruan dan aspirasi kerajaan negeri, sementara PRU 4 (10/5/1969) menggambarkan sebuah kerajaan Persekutuan yang lemah (majoriti tipis) dan memerlukan toleransi yang tinggi untuk menjayakan sebuah Negara yang bersatu padu.

2 comments:

Gerakan Timur said...

salam perjuangan,

gua dah follow n link lu punya blog...

kasi lunyai sama itu hamsap!

Darah Satria said...

orait bebeh..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya