Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 22 February 2013

Serangan Halus DAP mengatasi PKM !!


                     

                              



DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya (PKM). Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Jika PKM, semua mengetahui yg mereka menggunakan taktik kekerasan untuk merampas negara ini. Dan tidak sukar untuk kerajaan menanganinya. Hantarkan saja askar-askar untuk menghapuskan mereka.

Tapi bagaimana untuk menumbangkan DAP ini? Bolehkah kerajaan menghantar askar untuk mengalahkan mereka. Sudah pastilah tidak. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Baca juga disini: http://darah-satria.blogspot.com/2012/09/dap-teruskan-perjuangan-komunis.html

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu. Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Sikap org Melayu yg mudah tertarik dengan individu bukan Melayu/Islam yg mesra ajaran Islam @ budaya Melayu turut menyumbang kepada 'kehebatan' DAP ini. Percayalah DAP tidaklah sekuat mana. Sebenarnya sikap umat Melayu Islam lah yg menyebabkan DAP merasakan yg mereka mampu menakluk Malaysia ini.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah ini? Untuk menumbangkan ideologi DAP ini, selain perpaduan umat Melayu Islam yg sering diperkatakan, cara lain ialah dengan memiliki pengamatan politik yg tajam dan dapat membaca dengan baik segala strategi politik parti komunis ini. Jangan bersangka baik sangat dengan segala tindak-tanduk DAP.

                            

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.


Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam? Senang saja dan tidak memerlukan bayaran satu sen pun. Apabila PRU 13 tiba nanti, anda undi @ pilih saja BN. Hanya BN yg mampu menjaga kestabilan negara dan memastikan Malaysia terus aman. Mungkin ada yg akan mengatakan bahawa BN pun bnyk melakukan kesalahan. Ya, BN diterajui oleh manusia yg tidak lari dari kesilapan. Tapi tidak semua yg melakukan penyelewengan. Hanya segelintir saja yg melakukannya.


Sekurang-kurangnya BN tidak membuatkan satu-satu kaum @ penganut agama di negara ini berasa terancam di bawah pemerintahannya. BN juga tidak mengamalkan politik rasis seperti DAP yg sering memperlekehkan org Melayu dan Islam. BN juga tidak seperti DAP yg sanggup memecahbelahkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi meraih undi. Dan yg penting BN bukan komunis seperti DAP!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya