Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 23 March 2013

Apa punca Melayu P.Pinang menjadi minority??



Statistik tahun 2010
                           

Jika pada tahun 2009, jumlah masyarakat Melayu Pulau Pinang melebihi kaum Cina tetapi statistik 2010 menunjukkan jumlah tersebut berkurangan daripada 654,300 orang kepada 636,136.

Sebaliknya, kaum Cina kini sah merupakan kaum majoriti di negeri ini selepas merekodkan kependudukan sebanyak 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri tersebut, ataupun 2.2 peratus melebihi kaum Melayu.

Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 636,136 orang Melayu pada tahun lalu.

Dari segi peratusan, kaum Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh kaum Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India (9.8 peratus).

Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk.

Laporan bertajuk Taburan Penduduk dan Sifat-Sifat Asas Demografi 2010 itu adalah berdasarkan banci yang dijalankan di seluruh negara pada tahun lalu.

Pada 2009, penduduk Melayu adalah sebanyak 654,300 orang, melebihi orang Cina seramai 651,600 atau perbezaan sebanyak 0.1 peratus.

Ia turut menyatakan masyarakat India meningkat daripada 153,100 orang kepada 155,600 orang pada 2009.

Penduduk Pulau Pinang berkurangan sebanyak satu peratus berbanding dengan tahun lalu.

Kumpulan pada peringkat umur 25 hingga 29 tahun mempunyai bilangan penduduk paling ramai iaitu 151,735 orang.

Bilangan lelaki melebihi wanita di negeri tersebut dengan lelaki mencatatkan sebanyak 782,061 orang manakala wanita (779,322 orang).

Laporan tersebut boleh diperoleh di laman web jabatan http://www.statistics.gov.my/portal/index.phpoption=com_content&view=article&id=363&Itemid=149&lang=en#8.

                                                

Apakah puncanya Melayu P.Pinang berhijrah keluar? mungkinkah ini adalah satu agenda DAP yang mahu mendominasi negeri ini?? Apabila semua kaum Cina bersatu bersama DAP dan meninggalkan MCA & Gerakan yang dibawah BN. risiko DAP untuk turut memerintah seterusnya amatlah tinggi ditambah perpecahan Melayu yang berpihak kepada PAS & PKR didalam Pakatan Rakyat.



Lihatlah berapa kerusi Parlimen Bn di Pulau Pinang. hnaya 2 kerusi. DAP & PKR memang semua kerusi 7 & 4.


Perpecahan Melayu di Pulau Pinang kepada beberapa puak menyebabkan Melayu menjadi minoriti, apabila sudah menjadi minority, kuasa Melayu semakin hilang. Perpecahan ini akan berjaya memudahkan DAP menguasai P.Pinang dan pakatan Rakyat, sebab itulah ketika hampirnya PRU 13, PR  begitu agresif membuat beberapa ceramah  di segenap  kawasan di Pulau Pinang termasuk juga di seluruh dunia.


Kita jangan anggap ceramah-ceramah PR ini satu fenomena biasa kerana PR telah berjaya menghasut rakyat Sabah & Sarawak bencikan BN.. Jarum-jarum halus inilah  yang perlu dijaga. .


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya