Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 20 March 2013

Bukti ancaman DAP kepada Melayu




DAP mengawal sepenuhnya negeri Pulau Pinang dengan beberapa kerusi Exco. Didalam Pakatan Rakyat, DAP adalah berkuasa penuh, dengan sebilangan DUN dikuasai ahli dari DAP sendiri.

Sejak memerintah P.Pinang. DAP cuba bermain api dengan minggu pertamanya ingin memansuhkan DEB (Dasar Ekonomi Baru), Pilihanraya Masjid yang dilihat akan turut memecah belahkan umat Islam.

DAP juga tidak membina rumah kos rendah sejak memerintah P.Pinang, Namun memberi laluan kepada projek-projek mega. Pemaju yang mendirikan rumah kos rendah ditekan habis-habisan  sehingga menyebabkan beberapa projek berkenaan terbengkalai & menunggu  peralihan campurtangan kerajaan Negeri bagi menguruskan  projek terbabit.

Perkara ini berlaku kerana proses DAP untuk menghalau Melayu secara halus akan menyebabkan peratusan Melayu di P.Pinang dapat dikurangkan, Jadi apabila berlakunya Pilihanraya, Melayu sudah menjadi minority namun secara tak langsung, kuasa Melayu didalam UMNO akan berkurang secara tak langsung.


Begitu juga yang terjadi di Perak.

Semasa perlantikan PAS sebagai Menteri Besar di Perak., DAP tidak bersetuju kerana  mandat negeri dibawah Sultan  berpegang dengan syarat, Menteri Besar haruslah seorang Melayu & beragama Islam.

Namun kemudian DAP bersetuju setelah beberapa kerusi Exco DAP memegang portfolio terpenting bagi Kerajaan Negeri Perak.



Buat pertama kalinya, Di Selangor PKNS dilantik dari bukan Melayu setelah DAP berkuasa disana walaupun MB diangkat dari Menteri Besar PKR Melayu.


Teresa Kok adalah seorang individu yang beragama Kristian.
Jadi segala perancangan untuk agama Kristian menjadi satu cabang keperluan DAP kearah itu.




Peruntukan rumah Ibadat di Selangor dinaikkan dari RM3 juta sehingga RM8 juta.


Menjadi tanda tanya juga  Pembinaa Gereja Terbesar Asia yang sedang dibina dikawasan ADUN Seputeh, Teresa Kok. Mereka (Pakatan Rakyat) mengatakan Projek ini didalangi UMNO/BN sewaktu memerintah. Namun kenapa projek ini mulai dibina pada tahun 2008 setelah Exco Hartanah & Perumahan diterajui oleh barisan kepimpinan DAP??



PAS membela DAP bagai nak rak. namun Kerusi PAS langsung tiada ketika DAP memerintah. PAS masih juga tak sedar diri sehingga hari ini.

Inilah betapa bodohnya perjuangan PAS pada hari ini terutamanya di Pulau Pinang.

Cukup sekadang menipu  tentang pemberian dana yang kononya untuk umat Islam di sini, namun perlaksanaanya kurang memberangsangkan dan banyak mengharapkan bantuan dari Kerajaan Pusat.


LGE dengan angkuhnya menolak mendiami kediaman di Seri Teratai sebaliknya beliau menyewa banglo mewah di jalan Ping Hong dengan segala kos ditanggung Kerajaan Negeri.

Lim Guan Eng yang menjadi Menteri P.Pinang juga bukanlah berasal dari sini tetapi berasal dari Melaka.
Bagaimana seorang  dari luar boleh menjadi Menteri Besar di tempat lain?

Kenapa mereka tidak mempertikai hal ini??


10 Ogos 2010- LGE melarang 27 peniaga Melayu berniaga dikawasan KOMTAR sedangkan sebelum ini dibulan Ramadhan, disitulah tempat peniaga Melayu mencari rezeki.


16 Februari 2009 -Sebanyak 80 premis perniagaan Melayu telah dirobohkan yang telah diusahakan sejak 30tahun lalu telah dirobohkan di Batu Feringgi.


5 Januari 2010-Tabika Kemas di Bayan Baru telah ditutup oleh kerajaan negeri.Mengapa KEMAS dijadikan sasaran?? kerana KEMAS antara sebuah Jabatan yang mendidik anak-anak tentang tata cara  menghargai perjuangan Negara & juga antara sumber Intelektual yang dianggap Lenturan dari rebung..



 Pada 25 April 1964 – Lee Kuan Yew mencalonkan calon-calon PAP bertanding dalam PRU ke-3 di Tanah Melayu dengan semua jentera Pilihanraya didatangkan dari Singapura, namun PAP hanya menang di Bangsar (Devan Nair). Ianya adalah percubaan penting Lee Kuan Yew dan PAP untuk menguasai politik Tanah Melayu.




DAP meneruskan agenda PAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia iaitu satu slogan hak sama rata.



Lee Kuan Yew memegang jawatan PM selama 31tahun, kemudian anaknya Lee Hsein leong pada tahun 2004 sehingga ke hari ini,

Lee Hsein Leong adalah anak sulung Lee Kuan Yew yang juga merupakan seorang General .Jadi pemerintahan PAP Singapura dijalankan secara kroni anak beranak. Situasi ini sama dengan DAP yang juga dikawal oleh anak beranak Lim Kit Siang & Lim Guan Eng.

Baca disini untuk maklumat lanjut: 

Jika Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan  memansuhkan perkara 3 iaitu Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Mansuhkan perkara 38 berkenaan Institusi Majlis Raja2.

Mansuhkan perkara 152 berkaitan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan

Mansuhkan perkara 153 berkaitan Hak Keistimewaan org Melayu & Bumiputera.


Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah, DAP yang menjadi tampuk dalam PR akan lebih berkuasa, dan secara keseluruhannya DAP akan memastikan niat Lee Kuan Yew, mantan Presiden Singapura ketika itu untuk memiliki Malaysia akan berjaya dengan penggabungan Singapura & Malaysia.







1 comment:

Gelombang Anak Muda said...

blog yang bagus, sudah saya pautkan link tuan ke blog saya, mohon tuan paut kan blog saya juga ya?

g-anakmuda.blogspot.com

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya