Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 12 March 2013

Kenapa ayah Saiful tidak mahu bersumpah??






Melihat kepada sidang akhbar dan kenyataan bapa Saiful, Azlan, semacam mengelak dari menjawab apa-apa soalan yang ditanya oleh wartawan.lihat video dibawah.


Anda juga nilaikan sendiri perbezaan antara 2 individu terbabit.


Selama ini bapa Saiful sentiasa bersamanya dalam kes liwatnya. Namun selepas itu, keluarga mereka diganggu dan didatangi individu tertentu.

Apakah yang menyebabkan Bapanya menukar fikiran menyokong PKR?

Dalam sidang media bersama bapa Saiful, tidak mengatakan bahawa kes liwat ini untuk menjatuhkan Anwar, Namun Keadilan daily suara PKR memusing semula fakta ini.

Inilah yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam mencetuskan satu fenomena baru.


Kenapa bapanya berkata sedemikian sedangkan selama ini bapanya sentiasa dilihat menyokong Saiful Bukhari??


Dan jika Saiful Bukhari dipergunakan pihak tertentu, kenapa  membiarkan anaknya mengangkat sumpah &  bersamanya  ketika itu??

Kenapa tidak dedahkan waktu dahulu tetapi kenapa baru sekarang?

Satu info juga mendedahkan dari saudara Saiful yang mengatakan ayahnya mempunyai masalah kewangan.


Mungkinkah PKR menyalurkan bantuan kewangan dengan syarat-syarat tertentu??

Inilah masa yang terbaik untuk memusing cerita, kesempatan inilah yang harus digunakan sebaik mungkin oleh Anwar Ibrahim.

Mereka boleh menipu manusia tetapi mereka tidak boleh  menipu pencipta, sebab itulah mereka yang  salah takut bersumpah.

Dan persoalan mengenai sumpah yang dikatakan tidak relevan diamalkan dinegara ini, apakah sumpah & menjunjung Al-Quran ini tidak relevan??


Jika mereka mengatakan Mahkamah ini tidak adil, apakah Mahkamah Allah (Sumpah menjungjung Al-Quran) juga tidak adil??

Mereka juga memusing cerita mengenai sumpah ini dengan mengatakan,  jika sumpah diamalkan, kiranye semua hukuman terlepaslah..

Satu soalan yang gua nak  tanya, 

Apakah sumpah ini termasuk didalam satu rang undang-undang dalam negara  untuk menghukum mereka yang bersalah atau tidak??


Jawapannya tidak ada sama sekali bukan??

Jadi bersumpah itu adalah salah satu caranya menyerah diri kepada Allah atas tuduhan yang dibuat.

Bukan itu sahaja, Anwar juga tidak mahu bersumpah atas tuduhan Datuk Eskay yang mengatakan Dia bersama Anwar ketika itu.


Eskay bersumpah memegang Al-Quran petanda berani kerana benar!


Anwar Ibrahim pulak??

Tak berani.





Kenapa Eskay berani?? Bukankah orang ketiga didalam video tersebut  adalah Datuk Eskay?




Lihat perbezaan antara Ustaz Kazim Elias & Ustazah Nurul Izzah dalam kes sumpah ini

Siapa yang boleh dipercayai??



Sebagai seorang Islam, Jika manusia mengatakan Undang-undang ini tidak benar & tipu sama sekali, bukankah adanya jalan penyelesaian menurut kaedah Islam??

Apa susahnya. Anwar turut mengangkat Sumpah dalam Kes liwat atas tuduhan yang dibuat.

Begitu juga Anwar perlu mengangkat Sumpah atas tuduhan seperti yang dilakukan oleh Datuk Eskay.

Selesai sahaja sumpah, serahkan kepada Allah taala semula.

Tak perlu lagi mencanagkan kepada orang lain & menuduh orang lain itu ini tak betul,


Korang nilaikan lah sendiri mane yang hak dan mana yang batil.







2 comments:

Anonymous said...

Yang takut bersumpah itu sebenarnya tidak takut dengan Allah SWT tapi takut jadi sesumpah. Bila-bila masa boleh tukar warna. Siang alim ulamak, malam selusuri bilik hotel dengan bini orang. Siang sexy-maxi malam beri caramah cam ustazah. Semalam kata tak boleh, hari ini kata boleh pulak. Siang pembela bangsa, malam penjual bangsa.

Anonymous said...

senang je make it simple berani kerana benar
jahat mana pun seseorang individu bila dia minta dri dia dilaknat andai kate menipu takut juga dia
so dah tahulah sapa benar sapa salah kan

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya