Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 24 April 2013

Bekas ahli DAP (ADUN Teratai) hentam DAP pulak?






Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa sikap angkuh dan amalan kronisme segelintir pemimpin tertinggi DAP menyebabkan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, sikap pilih bulu yang diamalkan dalam parti oleh sesetengah pemimpin itu tidak selari dengan slogan ketelusan yang sering dilaung-laungkan.

"Ada seorang pemimpin tertinggi dalam DAP yang secara terbuka menyerang saya dengan pelbagai tohmahan tanpa sebarang bukti kukuh, pemimpin lain dalam parti cuma mengikut kehendaknya yang tidak mahu mencalonkan saya....

"Adakah ini adil? Adakah ini dinamakan demokratik dan telus? Bagaimana seseorang itu boleh sesuka hati memfitnah tanpa bukti dan semua pemimpin lain tanpa menyiasat terus bersetuju dan menggantikan calon 'payung terjun' demi memastikan karier politik saya hancur,"


 DAP menggugurkan beberapa calon popular parti tersebut termasuk penyandang DUN Kota Alam Shah, M. Manoharan; penyandang DUN Pandamaran, Ronnie Liu dan penyandang DUN Damansara Utama, Dr. Cheah Wen Yin.

Yang turut digugurkan ialah penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez, penyandang kerusi DUN Mengkibol, Ng Lam Hua dan calon DAP untuk kerusi Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Tambah Jenice, DAP tidak layak mengkritik Pendaftar Pertubuhan (ROS) kononnya telah menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat dahulu berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti sedangkan dirinya yang telah difitnah sesuka hati tidak diambil tindakan.

"Bersih dan betulkan sistem dalam parti sebelum menuduh orang lain tidak betul. Dalam kes saya, hukuman dijatuhkan tanpa sebarang keadilan, namun tiada siapa kisah. Apabila ROS ambil tindakan, mereka kata tak adil. Hipokrit!,"

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya segera menarik diri daripada menjadi calon Bebas menentang calon DAP.

"Mengapa saya harus tarik diri? Penduduk Teratai memerlukan khidmat saya. Saya tidak akan sesekali mengkhianati pengundi saya apatah lagi calon DAP adalah calon 'kegemaran' pemimpin tertentu dan bukan pilihan rakyat,


Sementara itu, penyandang kerusi Kota Alam Shah, Manoharan berpendapat, DAP berkemungkinan besar bertindak menggugurkan beliau kerana lantang menyoal isu-isu berkaitan masyarakat India.

"Saya rasa itu mungkin antara sebab saya digugurkan, namun saya tidak pasti kerana sehingga saat ini panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dilayan oleh mana-mana pemimpin.

"Adalah tidak adil untuk membiarkan kami tertanya-tanya mengapakah kami digugurkan oleh pimpinan atasan. Ini juga antara punca ramai menjadi calon Bebas,

Penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez yang baru-baru ini membuat kejutan keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas pula menganggap kepimpinan DAP ketika ini sudah hilang arah tujuan.

"DAP sudah berubah, mungkin juga kepimpinan ketika ini jauh terbabas dengan prinsip asal, laungan parti semua kaum tidak benar sekali apatah lagi kaum India dipinggirkan,".



Lihatlah. seorang demi seorang giat menghentam PR, bermula dengan keluarnya beberapa ahli PKR, begitu juga dengan PAS, kini suasana menjadi lebih meriah dengan  pengishtiharan beberapa ahli DAP.


Pinjam Ayat Anwar jap. "Ini kalilah kita mau TUKAR ", hehe. jangan marah haa..

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya