Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 21 April 2013

Calon Pakatan Rakyat tak dihargai oleh pemimpin PR punca bertelagah?


 

 Anwar Ibrahim yang sebelum ini menegaskan bakal bertanding di Perak, namun disaat-saat akhirnya, dia sendiri bertanding di tempat asalnya iaitu di Permatang Pauh. Apakah yang  terjadi sebenarnya didalam PR sekarang ini?

Ini semua tak lain tak bukan  PR berhadapan dengan masalah pembahagian kerusi, begitu juga yang terjadi di Johor. PKR Johor bertelagah dengan DAP.

Akhirnya akibat tidak tahan  polemik ini melanda PR, beberapa ahli PR banyak dilihat membuat pengumuman bertanding atas tiket Bebas &  ada yang menarik diri sekaligus menyebabkan beberapa calonnya keluar Parti.

 Pakatan pembangkang terutama DAP menerima tamparan hebat selepas seorang demi seorang pemimpinnya yang tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas.

Malah, penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon itu turut bertindak menamakan calon pilihan mereka untuk bertanding atas tiket Bebas.

Perkara itu terbukti selepas penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak disenarai pucuk pimpinan parti bagi mempertahan kerusi tersebut.

Selepas menghantar surat keluar parti baru-baru ini, John turut mengetuai lima lagi pemimpin masyarakat India sebagai calon Bebas bagi merampas beberapa kerusi DUN yang dimenangi pembangkang di negeri itu sebelum ini.

Malah, DAP Negeri Sembilan terus bergolak selepas bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan mengejutkan banyak pihak ekoran keputusannya bertanding sebagai calon Bebas di DUN Bukit Kepayang kerana mendakwa DAP meminggirkan kaum India.

Perkembangan sama berlaku di DUN Nilai selepas Naib Ketua Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher mengumumkan bertanding atas tiket Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan muka baharu, Gan Chee Bioe.

Seorang lagi ahli DAP yang keluar parti baru-baru ini, R. Sasikumar akan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Temiang sekali gus menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Jason Lee Kee Chong dan DAP, Ng Chin Tsai.

Turut mengambil tindakan serupa ialah penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang, R. K. Muthu, berikutan perbalahannya dengan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang didakwa beliau cuba memusnahkan reputasinya.


Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu dijangka berdepan laluan sukar di kerusi DUN Seri Andalas selepas bekas Bendahari PKR, K. S. Kottapan mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas.

Kottapan bertindak demikian bagi menyekat calon PKR, Dr. Xavier Jayakumar memenangi kerusi DUN itu kerana bekas Exco kerajaan negeri tersebut didakwa beliau gagal menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Pergolakan dalam pakatan pembangkang turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas bekas ADUN Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada PKR baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR dalam pemilihan calon sekali gus akan bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.


Parti itu semakin parah selepas Ketua Cabang PKR Tapah, Perak, Ridzuan Bani mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas gara-gara kecewa dengan tindakan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas pemimpin Hindraf, K. Vasanthakumar sebagai calon PKR di Parlimen Tapah.

Sementara itu, keputusan Pas mencalonkan semula Saiful Bahrin Mohamed bagi kawasan DUN Selising di Kelantan turut mendapat tentangan sebahagian besar ahli dan penyokong tegar parti tersebut.

Sebagai membantah keputusan pucuk pimpinan parti itu, Setiausaha Pas Cawangan Danan Timur yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas kawasan, Ibrahim Ismail bertindak bertanding merebut kerusi tersebut atas tiket Bebas.


PKR melihat ramai antara calon-calonnya keluar parti dan bertanding atas tiket BEBAS, disebabkan itulah PKR membuat satu undang-undang baru  dimana menegaskan calon2 PKR yang menerima watikah jika mendapati mereka melompat parti atau berbelot, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM 5 juta!

sanggupkah calon-calon PKR membayar denda sebanyak ini hanya kerana keluar parti?

Daripada mereka membayar wang pampasan sebanyak RM 5 juta, lebih baik  gunakan sahaja wang itu untuk kepentingan peribadi dari pentingkan parti mereka itu yang mengamalkan Kronisme.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya