Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 5 April 2013

Dedah : Kalimah Allah jalan terakhir PR dapatkan undi Sabah & Sarawak.!





                                   

Cuba anda lihat gambar diatas. Mungkin rasanya anda boleh faham  dengan apa yang ingin saya bagitahu kepada anda..

Melihat kepada Gabungan PKR, PAS & DAP yang  hampir sama menyerupai kekuatan UMNO.
Sabah & Sarawak selama ini menyokong  kepimpinan Barisan Nasional.

Namun dalam pencaturan PRU ke-13 ini. Pakatan melalui gabungan PAS, PKR & DAP akan mengambil kerusi di Sabah & Sarawak.

Mengapa di Sabah & Sarawak?  kerana mubaligh Kristian kini sedang memurtadkan orang-orang dipedalaman Sabah & Sarawak Mubaligh kristian yang berselindung disebalik DAP Sarawak & Sabah turut menjalankan agenda memurtadkan orang-orang Iban, Kadazan, Dusun dan berbagai etnik disana.

Masih ingatkah apa yang berlaku dalam isu DUMC di Selangor?

Ingatkah kita semasa Pilihanraya Sarawak, DAP hanya kalah 3 kerusi daripada  15 kerusi yang ditandingi.


                 image


BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.



                                     image

                                               image

                                               image

                                               image

                                              image


                                 

DAP membangkitkan isu kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

Isu agama dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.


Kira-kira 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalangan peribumi dan Cina adalah penganut Kristian.



Lihat bagaimana DAP meneruskan langkah & tapak di Sibu semasa tahun 2010


Kita juga harus faham mengapa Pakatan giat berkempen di Sabah & Sarawak





                  


Penduduk Kristian merupakan golongan kedua besar dengan 26.6% daripada jumlah penduduk negeri.

853,726 orang Kristian, iaitu 26.6% daripada jumlah besar penduduk di Sabah seperti tercatit dalam Banci 2010, yakni 3,206,742 orang (meliputi 2,316,963 warga Malaysia dan 889,779 bukan warganegara Malaysia).

Sebab itulah PKR telah menegaskan akan bertanding  10 kerusi Parlimen di Sarawak.Apakah BN mampu mengekalkan 29 kerusi  dari 31 kerusi Parlimen selepas isu Kalimah Allah ini diminta oleh Pakatan Pembangkang dalam menarik sokongan rakyat Sabah & Sarawak yang majoritinya beragama Kristian??

                                  


Di Sarawak, penduduk Kristian merupakan golongan terbesar dengan 42.6% dari jumlah penduduk negeri.

1,052,986 orang Kristian, iaitu 42.6% daripada jumlah besar penduduk di Sarawak seperti tercatit dalam Banci 2010, yakni 2,471,140 orang (meliputi 2,354,048 warga Malaysia dan 117,092 bukan warganegara Malaysia).



Sebab itulah Anwar menggunakan isu Kalimah Allah semasa berkempen untuk DAP di Sarawak dalam menarik golongan Kristian menyokong DAP & PKR.!



Ini juga kempen yang dilakukan di Iban oleh Anwar Ibrahim



Anwar telah menggunakan masa yang ada secukupnya pergi keseluruh genap negara  memasang jentera dan berceramah  di Sabah & Sarawak tatkala orang-orang UMNO masih ramai  yang sedang tidur dibuai lena..


 Aktiviti DSAI  8 April 2011 (Miri)

jam 1630- Ceramah Kg Luak, Dun Senadin.

jam 1745- Hi-tea d Kg. dagang, Dun Bekenu.

jam 1845- Solat maghrib d Kg. Dagang, Dun Bekenu.

jam 2000- Ceramah d Kg Tengku Abd Rahman, Dun Lembir.

jam 2300- Ceramah perdana PR di Senadin, Piasau & Pujut).

Sedarkah korang sekelian di kawasan-kawasan yang di hadiri itu  adalah tempat-tempat kubu kuat BN.



                                         


Kemudian.. DAP melalui suaranya Malaysiakini dengan penulisnya pon saya tidak pasti seorang Buddha atau Kristian turut menggesa Kalimah ini oleh dipakai oleh bukan Islam




Sabah & Sarawak adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.. Mengapa??


Jika anda belajar Sejarah. anda akan tahu satu fakta yang orang tidak begitu tahu. apa dia tu?


Pengunaan Nama "Allah" ( yang menjadi isu besar rakyat semenangjung malaysia ) merujuk kepada Tuhan Orang Kristian Hanya dibenarkan di Sarawak dan juga Sabah kerana Rakyat disana telah menggunakan semenjak lebih dari 300 tahun sebelum pembentukkan Malaysia 1963.

Satu lagi fakta yang anda harus tahu, di Sarawak Rakyatnya tiada agama rasmi. 


Mengapa di Sabah & Sarawak tiada agama rasmi??


Pembentukan Malaysia 1963

Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. 


Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. 

sebab itulah jika kita fikirkan, jika PR tidak dapat menawan Sabah & Sarawak , mereka mendesak agar Sabah & Sarawak keluar dari Malaysia.

 Baca semula tulisan saya disini:
 Kenapa Pembangkang mahu Sabah & Sarawak dikeluarkan dari Malaysia??

Berdasarkan kepada fakta Sejarah, pemerintahan sendiri yang  di amalkan di Sabah & Sarawak adalah jenis Autonomi.

Kuasa Autonomi ini jika kita kaji sedalam-dalamnya, ia boleh menubuhkan sebuah negara sendiri seperti yang berlaku di Singapura.

Baca apa yang telah saya tulis mengenai Permintaan DAP terhadap Pulau Pinang

             



Andai kata Sabah & Sarawak jatuh ketangan Pembangkang.

Pemerintahan secara sendiri yang telah dipersetujui  semasa Pembentukan Sejarah yang lalu akan dilakukan atas dasar Pembangkang yang memerintah.

Secara tak langsung, Sabah & Sarawak  yang sudah dikuasai pembangkang yang majoritinya DAP yang beragama Kristian dan saya tidak menolak kemungkinan juga Sabah & Sarawak tak mustahil boleh dikeluarkan  dari Malaysia & seterusnya bergabung bersama Singapura.

Jadi jika mereka tidak dapat menawan Putrajaya, amat dibimbangi mereka akan menawan Sabah & Sarawak. Jika ini berlaku, wilayah Malaysia  satu persatu bakal hilang.

Ketika itu, maka habislah Malaysia kerana gabungan yang besar antara Sabah & Sarawak yang sudah bersama Singapura akan terus-menerus menjadikan Melayu minoriti di Semenanjung.

      


Jadi Wilayah Melayu yang diberi nama Malaysia ini hanyalah  tinggal Semenanjung..


Inilah satu andaian yang cukup takut saya beri pada hari ini. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi jika  perubahan kuasa berlaku.

Hayatilah pepatah ini,

Jika kamu mahu menjadi pemimpin, belajarlah dari Sejarah..





No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya