Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 20 August 2013

Kerajaan lemah kerana sering ikut desakan pembangkang.!



 Setelah sekian lama gua mendiamkan diri selepas menulis dlm entri yg agak panas dan pendedahan yg begitu berani,  kini gua tampil semula ingin memberikan hujah2  yg selama ini gua fikirkan.

Bukan apa, gua kadang-kala naik meluat dgn kerajaan yg terlalu slow, ingatkan selepas PRU 13, makin kuat, rupa-rupanya semakin lemah., bnyk idea2 bernas yg sebelum ini gua telah pon fikir.. namun ianya tenggelam dalam masa yg telah ditinggalkan dek kerana sesekali merasakan begitu panasnya hati ini apabila melihat seperti  kerajaan sudah pon hilang taringnya.Lagi satu.. gua bukannya dibiayai mana2 pihak.. so ikut suka hati gua la nak tulis bila-bila pon.. TIBAI PR pon orng2 BN  x pernah hargai, bila gua TIBAI BN, orng2 BN kata kat gua ni perosak, pelingkup, apa lagi?? hahaha...  lantak korang lah nak cakap kat gua apa pon..

kadang kala juga gua  melihat sebahagian pihak yg begitu mempertahankan 1 Malaysia konsep Najib Razak seperti tidak releven.. sebab  itu bagi gua.. konsep 1 Malaysia ini adalah gagal kerana  pembangkang menggunakan konsep 1 Malaysia ini dgn  menggangap ianya adalah semua sama bagi semua kaum.

1 Malaysia=Malaysian Malaysia

sebab itu mereka begitu berani mempersoalkan hak Melayu & Islam.

Paling ketara apabila kerajaan tunduk pada desakan-desakan Pembangkang yang mahu dihapuskan segala akta-akta penting. Sebelum PRU 13, Pembangkang mengadakan desakan agar ISA di Mansuhkan..Selang setahun kemudian, Kerajaan turut memansuhkan ISA kononnya digantikan dgn Akta Baru yang lebih tegas.

Pembangkang telah pon membuat satu persediaan yg begitu rapi. setiap desakan2 yang datang dari Pembangkang ini, jika dituruti bakal membawa padah kepada negara sendiri.

http://www.suaram.net/?page_id=4281
http://gerakanmansuhkanisa.blogspot.com/
http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=1587



Pembangkang membuat demonstrasi untuk mendesak agar kerajaan memansuhkan ISA,  forum demi forum dilancarkan untuk menekan Kerajaan memansuhkan ISA.






Akhirnya kerajaan pimpinan Najib Razak tunduk juga atas segala desakan mereka ini bukan?



Lihatlah selepas mansuhkan ISA apa yg berlaku?

Polis ditendang ikut suka





Kerana  begitu lembabnya menteri KDN sebelum ini iaitu Kerismuddin or Menteri Amaran, biarpon mereka membuat huru hara & tak patuhi undang2. setakat denda yg begitu tak jadi hal untuk dibayar..



Yang menjadi mangsa adalah pihak polis,, senang mendapat terajang dari penyokong pembangkang bukan?

Itu baru gua kasi satu  isu tentang Bersih. belum lagi isu2  yang lain yang kalu dikupas kat sini, 3 hari 3 malm pon tak habis.

Bukankah ISA ini nak menghukum mereka yg bersalah tanpa dibicarakan bukan?

lebih menjimatkan masa dan ruang dengan menggunakan ISA untuk menghukum pesalah-pesalah yang ingin menjatuhkan Kerajaan. 

Kerajaan & Najib Razak juga turut dihentam teruk oleh pembangkang  selepas Mansuhkan ISA.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5498-mengapa-najib-terpaksa-mansuh-isa
http://anwaribrahimblog.com/2011/10/03/mansuh-isa-najib-gagal-umum-tarikh/


Mana perginya Undang2 baru yang  dikatakan lebih tegas??




Ramai tak setuju Najib mansuh ISA sebab ini bukan perjuangan Umno tapi tuntutan pembangkang


Sila lawat dan berikan sokongan anda terhadap page ini. Isu2 selepas Mansuhkan ISA juga bnyk diselitkan

https://www.facebook.com/kembalikanIsa


Apa pula teguran Tun M??

Kuala Lumpur: Pemansuhan beberapa akta menjurus kepada pencegahan sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerapan berlakunya jenayah di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, punca peningkatan jenayah disebabkan kurangnya tindakan pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO).

“Akibat kurangnya tindakan pencegahan, menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Saya lihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan.

Kita wujudkan ISA kerana ada sebab...kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah.

“ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah.. ia bukanlah undang-undang yang tidak baik. Tetapi ia (ISA) menjadi tidak baik jika disalahguna,” katanya.



Apa jadi selepas ISA dimansuhkan??

-Pencerobohan di Lahad Datu
-Berleluasanya kejadian tembak menembak
-Surau sudah dijadikan Tokong,
-Melayu dikaitkan dengan Pendatang dan mencetuskan isu perkauman
-Agama Islam dipermainkan
-Kalimah Allah didesak untuk digunakan oleh Kristian
-Bible dalam  bahasa Melayu
-Wang Zakat juga diminta diberikan kepada Agama lain



 Apa lagi?? bnyk lagi kalu nak disenaraikan.





Selepas ISA  dimansuhkan,  Akta Hasutan juga turut menerima nasib yang sama.

Apakah ini satu tuduhan melulu?


Ini faktanya:

8 Julai 2013- Pembangkang melalui suara Nurul Izzah Anwar mendesak agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan.


"Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan seperti mana komitmen perdana menteri dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Menurut Izzah, Akta Hasutan 1948 diwujudkan oleh pihak kolonial British dan mempunyai peruntukan yang menyekat hak Perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

"Bahasa yang diguna pakai di dalam Akta tersebut adalah terlalu luas hingga mencangkup segala kritikan serta ucapan yang menyoal atau mengkritik kerajaan walaupun dasar serta tindakan kerajaan itu mungkin tidak menguntungkan negara atau rakyat.

"Pengalaman lampau dan terkini pemimpin PR serta aktivis tempatan membuktikan bagaimana Akta ini disalahguna demi menghukum individu yang tidak bersetuju dengan kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa sekiranya Akta Hasutan dimansuhkan tidak ada undang-undang yang boleh menjamin masyarakat selamat dari tindakan mereka yang cuba menghasut.

"Saya berpendirian bahawa undang-undang sedia ada mencukupi, sebagai contoh Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) mampu menangani kenyataan-kenyataan yang mungkin mengakibatkan ketakutan dan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya.

Oleh itu, Izzah berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyatakan pendirian muktamad mengenai janji memansuhkan Akta Hasutan ini.

"Perdana Menteri perlu bersuara dan nyatakan pendirian, supaya integriti serta kredebiliti kerajaan tidak dipersoal oleh rakyat," katanya.


 3 hari kemudiannya, kerajaan turut ikut telunjuk pembangkang yang  memansuhkan Akta Hasutan ini. 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

"Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Ini disuarakan sendiri oleh salah seorang  Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Tidak sedarkah apa yang dinasihati oleh Tun M tentang ini?? 

Jangan Mansuh semata-mata desakan lawan.!


Nampaknya, selepas BN menjadi Kerajaan, PM Najib Razak langsung tidak ikut cakap Mantan Perdana Menteri ini & juga beberapa idea Veteran UMNO, Tun Daim.

Lihatlah apa yg telah berlaku selepas Kerajaan memansuhkan akta2 yang penting ini?

Mereka semakin berani menghasut kerana apa?? kerana undang-undang untuk mendakwa didalam akta tersebut sudah dimansuhkan bukan?


Adakah ini caranya mengejar Transfromasi??


Tun Daim juga pernah menegur tentang kepimpinan Najib Razak..



Bukankah selepas memansuhkan Akta Hasutan ini, filem Komunis "The New Village"mula di tayangkan bukan??


Agenda menyerap idelogi Komunis dinegara ini melalui perfileman sudah  tdk boleh didakwa  diatas akta hasutan  bukan kerana Aktanya sudah pon dimansuhkan bukan?


Mereka cuba  memutar belit fakta sejarah tentang kekejaman Komunis ditanah Melayu.. apa yang memuskilkan, kenapa Filem Komunis ini dilepaskan tetapi filem Melayu Tanda Putera menerima penangguhan?


Fikir tengok.. kenapa melalui filem ini, ditekankan tentang Polis British? 

Masih ingatkan anda tentang kenyataan Mat Sabu yang mengatakan  Mat Indera adalah pejuang sebenar?


DAP cuba menyerap ideologi Komunis dinegara ini dengan mengaitkan seorang barua Komunis "Mat Indera" kononnya dianggap Pejuang.



That y dalam filem The New Village ini, mereka cuba memainkan  agenda  memutar belitkan sejarah kononnya  Komunis lebih baik dari British. pegii daaa.!

Kekejaman Komunis.



Jadi selepas Akta Hasutan juga dimansuhkan, bukankah mereka yg cuba mencetuskan isu perkauman & menjalankan agenda hasut menghasut  tdk dikenakan tindakan undang2 kerana  Akta ini sudah pon dimansuhkan bukan??

Mungkin PM Najib Razak menganggap Akta Harmoni yg di gantikan dgn Akta Hasutan ini mampu membuahkan satu Transfromasi yg berbeza.. Pada aku, tdk sesekali. 

Mungkin juga beberapa idnividu yg berfahaman Chauvinist yg mengajak uamt Islam berbuka puasa bersama "bak kut teh" boleh dianggap satu perkara yg harmoni dlm mengejar Transfromasi Najib Razak.

Mungkin juga penceroboh Sulu itu boleh dianggap sebagai badut selepas menceroboh Sabah dgn berbekalkan senjata canggih selepas ISA dimansuhkan.

Mungkin juga mereka yg menghasut agar Sabah & Sarawak di keluarkan dari Malaysia boleh dianggap sebagai satu perkara yg harmoni oleh kepimpinan lembik Najib Razak.!




Bacalah apa yg di tulis oleh seorang individu yg menyelar kepimpinan Najib Razak yg sering ikut telunjuk pembangkang.!


Lihatlah juga beberapa prtscreen  gua yg menyatakan tidak akan sokong BN lagi kerana pemimpinnya ikut telunjuk pembangkang.!



Agenda-agenda  pembangkang dgn mendesak kerajaan memansuhkan beberapa akta penting adalah salah satu jalan  untuk menjatuhkan Kerajaan dibawah pimpinan BN itu sendiri. 

Perkara ini sebenarnya sedang disusun rapi oleh DAP-PAP yang mahu mentadbir negara.

Baca apa yg gua tulis tentang ini.


Nanti gua terangkan revolusi ini.. kupasan yg menarik menanti anda semua..
tunggu...


2 comments:

Anonymous said...

Hebat, berani, tepat, lengkap dan ikhlas... itulah butir bicara tuan yang dapat saya nilaikan.
saya juga penyokong BN yang teramat amat amat amat kecewa dgn Najib Razak. Saya seolah olah baru mengenal PM ini selepas PRU13, saya rasa menyesal mengundi BN walaupun saya sangat menyokong umno, tapi saya membenci sikap Najib.
kalaulah TDM mengambil alih semula UMNO, maka saya pasti 90% penyokong umno akan kembali bersemangat. Yang lagi 10% itu kita tolak kerana mewakili penyokong berkepentingan...

Darah Satria said...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOdalamkeadaankukuhdanahlimahubeliauterusketuaiparti_Najib/Article/?bh

Najib buat kenyataan Syok sendiri dgn berkata semua orng akan sokong dia.. kepala hotak dia lah..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya