Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Friday, 13 September 2013

Bahaya: Langkah DAP jadikan Malaysia negara Kristian.!




Semasa PRU 13 yg lalu, masih ingatkan anda  tentang video ini? 


Kenapa Kristian begitu mengharapkan kemenangan PR dalam PRU 13 yg lalu dan apakah kaitannya dengan persepakatan Pakatan Rakyat mengenai ini?



Ada ku menyentuh tentang DAP dan peranan Israel dalam mendapatkan Malaysia,

     
 Israel sudah bertapak di Singapura, kini agen-agen Israel bergerak melalui DAP utk mendapatkan Malaysia, selepas dapatkan Malaysia adalah begitu mudah utk dapatkan Indonesia, seterusnya mereka akan terus berkembang melalui Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar dan negara-negara serantau melalui penyebaran Agama Kristian dinegara tersebut..


 


Tidak susah untuk mengkristiankan penganut Hindu & Buddha tetapi amat sukar nak kristiankan Melayu yg beragama Islam.
Jika perkara ini berlaku, maka lenyaplah kuasa Melayu & Islam.

  Mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia Semua orang Melayu dikira beragama Islam

Sebab itu persoalan ini timbul dalam perbincangan bersama Nurul Izzah  dan dia telah mengeluarkan kenyataan  Melayu sepatutnya diberikan kebebasan beragama.

http://darah-satria.blogspot.com/2012/11/nurul-izzah-penyambung-ideologi.html
http://1christians.blogspot.com/2012/11/nurul-there-should-be-no-compulsion-in.html

Tahukah anda jika Perkara 160 ini dihapuskan, maka sudah tidak ada lagi Melayu adalah beragama Islam.!


Pembinaan gereja terbesar juga mempunyai kaitan dgn hal ini, nanti aku ceritakan tentang hubungan pembinaan gereja & penyebaran mubaligh ini.









PAS melalui suara PR adalah salah sebuah pengikut Syiah. nak marah kan aku?? nanti aku kasi bukti dalam part-2 berkaitan ini ! http://darah-satria.blogspot.com/2013/03/bukti-persamaan-pas-dan-syiah.html
let we see macamana korang nak panas telinga yer.


Kenapa krstian mahu sangat mengkristiankan penduduk di Malaysia ini?
Kerana di Indonesia, salah satu langkah yg paling startegik adalah dgn menggunakan nama Allah untuk gereja.

Lihatlah beberapa gereja yg menggunakan nama Allah di Indonesia.



Bila agenda di Indonesia sedang berjaya sedikit demi sedikit, kita lihat kitab2 bible dlm tulisan Indonesia mula di import ke Malaysia..



Bancian pada tahun 2006 mendapati penduduk yg beragama Islam adalah seramai 87.2% berbanding kristian 9.9%

Tetapi setelah melakukan beberapa perubahan termasuklah menggunakan Nama Allah pada Gereja, peningkatan penduduk menjadi Kristian  meningkat 2 kali ganda.Bilangan gereja juga turut bertambah sehinggakan gereja juga dibina ditepi Masjid.



Dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.
Hasil Kajian yg dilakukan mendapati Indonesia bakal menjadi negara Kristian pada tahun 2035.


Proses Kristianisasi di Indonesia lebih mudah berbanding Malaysia yg mempunyai sistem Raja berpelembagaan kerana Indonesia melalui pemerintahan secara Republik, sama seperti Singapura.

 Islam Di Malaysia ini terpelihara kerana mempunyai sistem Raja berpelembagaan , lebih sukar lagi adalah  Raja-Raja Melayu ini adalah seorang Islam. situasi ini tidak sama seperti Thailand yg mana rajanya adalah beragama Buddha.


Kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme,

 Sabah & Sarawak juga adalah aset kepada DAP kerana majority penduduk disana adalah beragama Kristian. 
Di Sarawak, penduduk Kristian merupakan golongan terbesar dengan 42.6% dari jumlah penduduk negeri.

1,052,986 orang Kristian, iaitu 42.6% daripada jumlah besar penduduk di Sarawak seperti tercatit dalam Banci 2010, yakni 2,471,140 orang (meliputi 2,354,048 warga Malaysia dan 117,092 bukan warganegara Malaysia).


Jumlah itu kini telah meningkat pada tahun 2013 dan bakal terus meningkat ketahun-tahun akan datang jika Kerajaan tidak lakukan sesuatu terutamanya dalam menyekat gelombang hiburan yg menjadi pengaruh kuat kepada hal ini.

Sebab itu telah aku katakan, penyebaran melalui tv salah satu faktor utama pengaruh ini berkembang. kita lihat juga semasa pentadbiran Tun Mahathir, hiburan dikaca-kaca tv ini tidak begitu teruk macam hari ini.,

Filem-filem yg disiarkan juga begitu teruk sama sekali baik cerita-cerita tempatan, tidak ada unsur kebaikkan melalui siaran ini melainkan hanyalah siaran-siaran dan drama yg lebih syok sendiri. jika ada pun ianya kurang memberi impak yg begitu berkesan. contohnya lihat semasa  Bulan Ramadhan, siaran-siaran ini hanyalah sama seperti apa yg disiarkan sebelum bulan Ramadhan, Jika ada pun drama lebih menceritakan tentang kehidupan orng kaya.

Mungkin Kerajaan menyediakan ceramah-ceramah.. itu bagus.. tetapi dizaman ini, ceramah tidak mampu untuk menarik sebilangan besar penduduk tempatan kerana majority anak-anak muda tidak lagi mahu mendengar, mereka lebih suka melihat.

Jika anda tidak percaya kepada kata-kata saya ini, lihatlah bagaimana medium penyebaran ini yg digunakan oleh pihak Barat untuk mempengaruhi minda penduduk setempat.

Lihatlah juga bagaimana caranya P.Ramlee di sanjung melalui cerita-ceritanya. Bukankah Barat telah meniru gaya dan langkah  seperti P.Ramlee dalam membuat filem yg berkualiti ini?


Berdasarkan kepada statistik diatas, Agama Islam adalah majority, jadi tidak hairanlah kita Agama Islam adalah Agama rasmi dalam Malaysia bukan?

soalnya sekarang bagaimana proses menjadikan Negara Kristian ini bakal dibentuk?

Jalan yg terbaik adalah mengkristiankan seramai mungkin penduduk yg beragama Buddha, Hindu dan lain-lain etnik.

Jika Keseluruhan penduduk sudah menukar Agama Buddha & Hindu Kepada Kristian, Maka peningkatan Agama Kristian bakal mendadak sekaligus.

Buddha (19.8% )+ Hindu (6.3%) + 0.5%+ 0.7%+ 1.3% = 28.6%

28.6 % +  (9.2%) =Kristian (37.8%)

Walaupun jumlah keseluruhan agama ini menjadi Menjadi Kristian, namun ianya masih kekal Minority. Jadi apakah langkah seterusnya yg perlu dilakukan oleh DAP?

Tak lain tak bukan adalah dengan mengkristian orang-orang Melayu yg beragama Islam.



Agenda ini sedang berjalan rapi.













Sebab itulah kita lihat dalam isu DUMC, kelihatan orang-orng Melayu yg cuba di Murtadkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian.



Apa yg didedahkan oleh Hassan Ali , bekas exco Agama Islam di Selangor?





Statistik Murtad sehingga tahun 2010.



Sebab itulah desakan demi desakan datang dan mereka yg mahu sangat menggunakan Kalimah Allah, ditambah pula dengan desakan DAP yang mahu Bible dalam bahasa Melayu di cetak.

Inilah sebab utama kenapa mereka mahukan ini semua.

Ketika isu Kalimah Allah ini berlangsung di Mahkamah lebih 300 badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Macma  ini masih berdiri dibelakang Kerajaan.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, tahukah anda bahwa NGO2 seperti ini akan diharamkan. ISA akan diwujudkan semula dan kekerasan lebih keras akan digunakan bagi menghalang umat Islam yg ingin mempertahankan Agama Islam sendiri.

Sedangkan PAS yang mengakui lebih Islam dari Kerajaan juga turut bersekongkol membenarkan Kristian guna Kalimah Allah, apakah yg akan terjadi jika mereka memerintah kelak?


Agenda memurtadkan seramai mungkin orang-orang Melayu yang beragama Islam sedang rancak berjalan.Fikirlah juga kenapa mereka mahu bible ini dicetak dalam bahasa Melayu kenapa tidak bahasa India & Cina? target adalah pecahkan Melayu yang beragama Islam memeluk Kristian.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dap-mahu-pusat-benar-guna-kalimah-allah-1.115162

Apabila target semua penganut Buddha, India & lain-lain ini telah menjadi Kristian,



Maka  62% Melayu yang beragama Islam ini perlulah dipecahkan sekurang-kurangnya 14 atau 15 %


Jika agenda ini berjaya, Melayu yg bernama Islam ini hanyalah tinggal 47%. Sudah boleh masuk dalam kategori  minority berbanding Kristian yg sudah mencapai  majority bagi penduduk di Malaysia.



Jadi apabila Kristian yang menjadi majority mengatasi Islam yang minority, maka begitu mudahnya sebuah Negara Kristian Bakal terbentuk di Malaysia ini.

Hasil penelitian & kajian yang mendalam mengenai fenomena ini,  maka dalam tempoh 20 tahun dari sekarang 2013+20=2033 secara rasminya negara Kristian akan terbentuk begitu mudah di Malaysia iaitu lebih awal 2 tahun  berbanding Indonesia pada tahun 2035. 

Kesimpulannya, agenda kristianisasi akan berlaku serentak di Indonesia & Malaysia jika kedua-dua negara ini masih terus leka dengan keadaan sekeliling yang merupakan perangkap bagi menghapuskan kuasa Melayu serta merta melenyapkan Islam yg bakal bangkit disebelah timur.


Sabda Nabi Muhammad saw:

"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi ". (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)



Mengenai kaitan bangkitnya pemuda bani tamim dari timur ini, ada diceritakan di  blog aku satu lagi..



 Bukankah tidak ada lagi negara Islam yang lain disebelah Timur ini melainkan hanya Indonesia & Malaysia sahaja.?

Negara di ambang bencana besar.! Fikirkan dan lakukanlah perubahan dari sekarang jika tidak mahu perkara ini menjadi kenyataan..!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...