Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 29 October 2013

Sindiran Tun M terhadap Kaum Cina yg tuduh Melayu tiada kualiti..



By Che Det.

 1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.


4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.


-Saya tidak hairan dengan kenyataan Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, mahupun Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng bahawa bumiputera tiada kualiti kerana itulah mentaliti dan cerminan pandangan kaum itu terhadap bangsa Melayu dan bumiputera selama ini.

Meritokrasi sebenarnya hanyalah camourflage untuk mengaburi mata orang lain khususnya di luar negara mengenai sikap rasis mereka sebenarnya terhadap bangsa Melayu.Pengalaman saya sendiri bekerja dengan pekerja kaum Cina membuktikan sebaliknya bahawa kaum Cina bukanlah kaum yang rajin seperti yang diwar-warkan selama ini.

Sebenarnya maksud istilah meritokrasi orang Cina terhadap bangsa Melayu ialah satu usaha hasad dengki perkauman yang bersifat keterlaluan bagi menyekat peluang dan kemajuan terhadap bangsa Melayu di negara mereka sendiri.


Kita selalu dengar mengenai diskriminasi di sektor swasta terhadap pekerja Melayu bagaimana pekerja Melayu yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi dibayar gaji yang lebih rendah daripada kaum Cina yang berkelulusan lebih rendah.

http://www.theborneopost.com/2013/07/10/kontraktor-melayu-johor-kecewa-kurang-peluang-dalam-projek-mega/

Selain itu, kenaikan gaji tahunan yang berbeza antara pekerja Melayu dan Cina dan jawatan tepu yang paling tinggi boleh dijawat oleh orang Melayu di sektor swasta. Salah satu sebab kaum Cina tidak mahu bekerja di sektor awam ialah kerana gaji yang lebih rendah berbanding di sektor swasta dan kalau bekerja di sektor awam sebagai contoh dalam pasukan keselamatan pun hanya mahu sebagai pegawai polis/tentera dari pangkat inspektor/leftenan ke atas.


Kesetiaan terhadap negara mahupun keselamatan negara boleh dipertikaikan atau diletakkan di tempat nombor dua dalam falsafah hidup mereka kerana kekayaan dan keselamatan diri sendiri dan keluarga lebih penting daripada negara.

Sebab itu sekarang imbangan bangsa Melayu dan kaum lain di sektor awam begitu juga sebaliknya di sektor swasta tidak mencerminkan imbangan penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Malangnya, ramai pemimpin politik Melayu, lebih-lebih lagi di pihak pembangkang gagal untuk menerima hakikat bagaimana perkara ini berlaku.

Pihak pemimpin politik Cina yang rasis dan disertai pemimpin pembangkang Melayu yang oportunis menggunakan ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam ini untuk mendakwa kononnya ketidakadilan di pihak kerajaan dalam mengambil pekerja bukan Melayu dalam sektor awam dan kononnya ada diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja awam.

Malangnya, pemimpin kerajaan sendiri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berbangsa Melayu turut terpedaya dengan dakwaan pihak pembangkang tersebut dan seperti cacing kepanasan kini mula merekrut kaum bukan Melayu dalam sektor awam tanpa mengambil kira faktor-faktor diskriminasi di sektor swasta oleh kaum Cina mahupun kekurangan pekerja kaum Cina di sektor awam adalah berpunca daripada kaum itu sendiri disebabkan faktor-faktor seperti yang saya sebutkan tadi.

Disebabkan mahu memikat hati kaum lain seperti yang berlaku sebelum PRU-13 lalu, ramai anak Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara ini akan menganggur nanti.itu sudahpun terjadi.

Hendak memohon di sektor swasta, anak Melayu kena ada kelulusan bahasa mandarin dan kalau Melayu kata mereka boleh dan fasih berbahasa mandarin, majikan Cina pula akan bertanya balik boleh menulis tak dalam bahasa mandarin? (Sedangkan majikan yang bertanya tadi sendiri mungkin tidak tahu menulis dalam bahasa ibundanya sendiri.)

                                  

Jika anak Melayu mahu memohon di sektor awam pula nanti, semua jawatan telah penuh diiisi kerana terpaksa mengikut kuota perkauman yang dibuat oleh kerajaan sendiri yang syok sendiri cuba memikat hati kaum yang tidak sudi. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?

Sebenarnya bangsa Melayu adalah setanding atau lebih hebat bukan sahaja daripada kaum Cina malah kaum lain jika diberi peluang untuk bersaing dengan kaum lain tanpa ada diskriminasi mahpun halangan meritokrasi ala kaum Cina.

Malangnya , sikap segelintir orang Melayu sendiri kadangkala merosakkan imej majoriti bangsa Melayu yang suka bekerja keras dan bersaing dengan kaum lain.

Ibarat kata pepatah Melayu, “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”.

1 comment:

Anonymous said...

Baru sahaja terbaca, dan saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Tun M. Sebab saya sendiri mengalaminya. Gaji pekerja Melayu di salah sebuah syarikat/kilang memang lebih rendah, bonus pun dapat kurang, sama ada satu atau dua pertiga sahaja.

Taktik mereka ialah melambakkan kerja dan membiarkan pekerja Melayu itu terkontang-kanting melaksanakannya dengan cara yang susah, selagi boleh disembelih diberikannya sehingga orang itu hilang motivasi. Kemudian bos akan kata, dia ini tak boleh buat kerjalah, maka diberi pada bangsanya. Pekerja itu pun buat, nampak macam efisien dan bagus, namun sebenarnya pekerja itu teelah dipanggil, diajar, dididik dengan dengan cara atau teknik yang betul.

Seseorang yang saya kenali berdarah Cina dan beragama Islam mengakui hakikat itu. Dia diberikan tunjuk ajar berkali ganda berbanding rakan-rakannya yang lain hanya disebabkan bangsanya.

Pekerja Melayu dan India biasanya diajar untuk kekal sebagai kuli je...

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya