PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 26 April 2013

Gunting kad ahli DAP.kaum India mula buka mata.




Kebencian yang semakin terhadap DAP kini semakin diperlihatkan hari demi hari.
Semua kaum, Melayu, India & juga Cina mula membenci dengan sikap DAP dan Pakatan Pembangkang yang dilihat  lebih mementingkan diri sendiri.

Tindakan keluar parti dan masuk BN ini lebih baik dari mereka terus berada didalam DAP dalam tempoh yang lama, tetapi langsung tak dipandang.


DAP & PKR adalah perjuangan anak beranak. begitu juga dengan PAS yang meletakkan anak Nik Aziz, Nik Abduh yang bertanding di Parlimen Pasir Mas.

PR dilihat gagal menunaikan janji-janjinya, malah dalam PRU 13 kali ini, lebih banyak pulak janji yang ditaburi PR termasuk yang paling kelakar bagi gua adalah  menurunkan harga minyak.

ek eleh.. Mungkin mereka ingat harga minyak ini di kawal oleh Anwar kot.

Pergilah research dan buat perbandingan sendiri tentang  manifesto PR yang tunggan terbalik tue.

semuanya banyak yang tak betul..

PRU 13: TOLAK PAKATAN RAKYAT.!

Thursday, 25 April 2013

Hudud: Apa yang ditipu oleh PAS.?





Ramai yang tidak tahu terutama generasi muda yang mudah ditipu Pas bahawa Draf Hudud Pas pernah dihantar oleh juak Pas semasa zaman pentadbiran Dr. Mahathir untuk diteliti oleh para ulama' dan Majlis Fatwa, tetapi hakikatnya draf Pas itu banyak yang tidak betul dari sudut Hukum Hudud itu sendiri. Antaranya ialah;

1. Pertikaian yang melibatkan soal hakim iaitu dalam Enakmen 68 Kelantan dan Enakmen 70 Terengganu menggariskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Malaya boleh menjadi Hakim Mahkamah Hudud. Ia nyata bertentangan dengan Islam kerana hakim Mahkamah Tinggi Borneo ada yang terdiri daripada hakim wanita dan bukan Islam. Rasional Pas ketika itu mudah saja iaitu kerana mengikut keadaan semasa. Boleh ka macam tu? Jelas bahawa Pas sebenarnya cuba meminda Hukum Allah.

2. Seterusnya berkenaan Enakmen 52 Perkara 1 dan Perkara 2 iaitu dalam Perkara 1, hanya Orang Islam sahaja yang dikenakan Hudud, tetapi dalam Perkara 2, orang bukan Islam bebas memilih sama ada nak ikut Hudud atau tidak. Ternyata ini amat bertentangan dengan hukum Hudud sebenar yang menegaskan Hudud perlu dikenakan ke atas semua umat manusia. Pas sanggup lakukan ini semata-mata untuk menjaga hati orang bukan Islam demi undi dan kuasa.

3. Berkenaan isu Mukallaf, tafsiran Pas dalam Draf Hudud menyebut bahawa mereka yang berumur 18 tahun dan sempurna akal boleh dikenakan Hudud, walhal dalam Sirah Nabi, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa seseorang itu Mukallaf jika umurnya sudah mencapai 15 tahun dan telah bermimpi. Jelas draf ini bertentangan dengan penjelasan Nabi dalam tafsiran dan nas yang Nabi sebut sendiri.

Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Pas sengaja lakukan dalam Draf Hudud ciptaan mereka. Antaranya pernah dibangkit dan disebut oleh Zulkifli Nordin dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini sebagaimana yang diketahui umum.


Hakikatnya, Draf Hudud Pas yang dipohon kepada Kerajaan Persekutuan sebenarnya Bukan Untuk Diterima, tetapi Pas dengan SENGAJA MEMBUAT KESALAHAN dan KESILAPAN dalam draf tersebut kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan menolak draf yang jelas bercanggah dengan hukum syarak tersebut.

Dan apabila ditolak, maka senanglah juak Pas menuduh kononnya UMNO menolak Hudud, UMNO kafirlah, Mahathir kafirlah etc. semata-mata kerana ingin menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik kotor mereka.


Maka berterusanlah umat Islam di Malaysia berpecah-belah akibat manipulasi hukum Hudud tajaan Pas.


PAS is DEAD

Jawapan balas Tun Dr. Mahathir kepada Lim Kit Siang!



Tun M antara individu yang amat digeruni oleh Pakatan Rakyat kerana beliau seringkali tidak akan tunduk dengan apa-apa desakan Pembangkang.
Beliau lebih arif dalam arena politik, jadi beliau lebih tahu perjalanan selok belok politik.

Perkara ini amat berbeza dengan PR yang cakap tak serupa bikin.


Apakah kata-kata Tun M ini tidak benar?

korang fikirlah sendiri. Lim Kit Siang sama seperti  Nik Aziz yang takreti-reti nak tarik diri walaupun mereka sudah lanjut usia.

Orang tua-tua kata, rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tapi tuelah.. depa syok dok kutuk UMNO & mahu menukar BN. Sebelum kamu mahu menukar UMNO/BN, kamu haruslah menukar pemimpin-pemimpin kamu yang dah tua-tua bangka tue.


tengok! dah tua-tua dah tak larat tue mau duduk rehat la kat rumah buang.

Baru-baru ini juga, sebuah video memaparkan kapal Sink juga terjatuh tersembam.


KARPAL SINGH TERGOLEK JATUH


Anwar juga pernah terjatuh.




Adakah ini petanda PR bakal nak lingkup??

PAS berubah kerana DAP.


Dulu PAS jaja cerita hudud, sekarang PAS bawak Roket pulak.


Sebab itu Parti Keadilan Rakyat mahu bertanding, DAP mau bertanding, PAS nak tanding walaupun dahulunya ada persetujuan tetapi masing-masing fikir itu tidak terikat,

Ibrahim Libya menentang kerajaan kerana fatwa Hj Hadi.Ibrahim Libya beranggapan menentang kerajaan sebagai jihad kerana menetang kafir ajara fatwa Hj Hadi.

Hari ini Hj Hadi melanggar fatwanya bekerjasama dengan orng kafir.Malah mahu meletakan calon bukan Islam mewakili PAS di Serawak!


1.Setelah Ibrahim Libya di angkat sebagai mati syahid kerana perjuanganya untk menetang kekafiran dan menegakn negara islam,apakah statu syahid arwah bila PAS menukar kepada negara berkebajikan dan bekerjasama dng DAP kafir harbi serta boleh menerima bantuan syaitan menurut TGNA?

2.Kemanakah duit tabung memali yng tidak sampai ke pada mereka yng sepatut menerimanya.Siapakah yng telah metekedarah duit anak2 yatim ini,adakah umno telah terlibat mencuri duit tabung memali yng di wujudkan oleh PAS?

3.Kerajaan adalah petabir yng sah di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya.Sebarang tindakn subversif oleh elemen yng menggugat ketenteraman awam perlu di pantau krn itu tanggong jawap mereka.Kematian Ibrahim Libya adalah sesuatu yng malang ttp kematian anggota polis utk menangkap Ibrahim Libya adalah lebih malang.Utk saudara jng lupa siramkan minyak wangi di perkuburanya bila singgah Memali.

4.Bila saudara ada kelapangan baca surah al hujarat ayat 8-11.Fahamkn isinya.Tanyakan pd pucuk pimpinan saudara adakah di kira mungkar seandainya menolak penyatuan dan persaudaraan islam seperti yng di lakukan oleh TGNA?

Wednesday, 24 April 2013

Bekas ahli DAP (ADUN Teratai) hentam DAP pulak?






Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa sikap angkuh dan amalan kronisme segelintir pemimpin tertinggi DAP menyebabkan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, sikap pilih bulu yang diamalkan dalam parti oleh sesetengah pemimpin itu tidak selari dengan slogan ketelusan yang sering dilaung-laungkan.

"Ada seorang pemimpin tertinggi dalam DAP yang secara terbuka menyerang saya dengan pelbagai tohmahan tanpa sebarang bukti kukuh, pemimpin lain dalam parti cuma mengikut kehendaknya yang tidak mahu mencalonkan saya....

"Adakah ini adil? Adakah ini dinamakan demokratik dan telus? Bagaimana seseorang itu boleh sesuka hati memfitnah tanpa bukti dan semua pemimpin lain tanpa menyiasat terus bersetuju dan menggantikan calon 'payung terjun' demi memastikan karier politik saya hancur,"


 DAP menggugurkan beberapa calon popular parti tersebut termasuk penyandang DUN Kota Alam Shah, M. Manoharan; penyandang DUN Pandamaran, Ronnie Liu dan penyandang DUN Damansara Utama, Dr. Cheah Wen Yin.

Yang turut digugurkan ialah penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez, penyandang kerusi DUN Mengkibol, Ng Lam Hua dan calon DAP untuk kerusi Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Tambah Jenice, DAP tidak layak mengkritik Pendaftar Pertubuhan (ROS) kononnya telah menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat dahulu berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti sedangkan dirinya yang telah difitnah sesuka hati tidak diambil tindakan.

"Bersih dan betulkan sistem dalam parti sebelum menuduh orang lain tidak betul. Dalam kes saya, hukuman dijatuhkan tanpa sebarang keadilan, namun tiada siapa kisah. Apabila ROS ambil tindakan, mereka kata tak adil. Hipokrit!,"

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya segera menarik diri daripada menjadi calon Bebas menentang calon DAP.

"Mengapa saya harus tarik diri? Penduduk Teratai memerlukan khidmat saya. Saya tidak akan sesekali mengkhianati pengundi saya apatah lagi calon DAP adalah calon 'kegemaran' pemimpin tertentu dan bukan pilihan rakyat,


Sementara itu, penyandang kerusi Kota Alam Shah, Manoharan berpendapat, DAP berkemungkinan besar bertindak menggugurkan beliau kerana lantang menyoal isu-isu berkaitan masyarakat India.

"Saya rasa itu mungkin antara sebab saya digugurkan, namun saya tidak pasti kerana sehingga saat ini panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dilayan oleh mana-mana pemimpin.

"Adalah tidak adil untuk membiarkan kami tertanya-tanya mengapakah kami digugurkan oleh pimpinan atasan. Ini juga antara punca ramai menjadi calon Bebas,

Penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez yang baru-baru ini membuat kejutan keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas pula menganggap kepimpinan DAP ketika ini sudah hilang arah tujuan.

"DAP sudah berubah, mungkin juga kepimpinan ketika ini jauh terbabas dengan prinsip asal, laungan parti semua kaum tidak benar sekali apatah lagi kaum India dipinggirkan,".



Lihatlah. seorang demi seorang giat menghentam PR, bermula dengan keluarnya beberapa ahli PKR, begitu juga dengan PAS, kini suasana menjadi lebih meriah dengan  pengishtiharan beberapa ahli DAP.


Pinjam Ayat Anwar jap. "Ini kalilah kita mau TUKAR ", hehe. jangan marah haa..

Perbezaan antara Ahli Sunnah & Khawarij Syiah




Pikir sendiri. malas nak tulis.

Mat Sabu bersama pemimpin Assad Syiria (Syiah dibawah regim Assad)




Paparan degambar para pejuang kebebasan yang di bunuh dengan kejam oleh regim Assad. Mahfum, inilah keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad (sejak Pak dia – Hafiz dan kini dituruti oleh anaknya Bashar) yang zalim dan seluruh umat Islam kecam.

Dalam pada kecaman masyarakat antarabangsa terhadap regim Assad ini tersebar pula rakaman video Mat Sabu melawat Damsyik dan bertemu dengan pimpinan kanan Assad. Video di Youtube ini bertarikh 19 September 2012.

Lebih sebulan sebelum itu gua pernah bertanya Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? Sebab gua bertanya adalah kerana orang ramai sudah mahfum Mat Sabu penganut Syiah yang kufur hukumnya.

Dengan penyiaran video lawatan Mat Sabu bertemu junta tentera pro-Iran di Syria mengesahkan segalanya.

Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:


Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)


Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit ”bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu  


Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri

Nururl Izzah memasak di kawasan arak?






Lihat disini: memasak di tempat arak


Gambar kat atas tue sebuah gambar yang menunjukkan Nurul Izzah sedang memasak dikawasan yang agak kurang elok. Mungkin lepas ini, Nik Aziz cuba memusing & membawa fatwa-fatwa baru..

Tak percaya korang tengok la nanti yer.

Mungkin Nik Aziz tidak berapa faham apa yang dikatakan wine


Antara beberapa gambar yang perlu kita lihat.

Photo: Chef Hui Ping at work. Chef busy dishing out home cook meal.

Uitt.. teresa kok pon ada?

Photo: Patrick Tan,  CIMB IPO head



Kita jangan buat-buat lupa, pembinaan gereja terbesar yang kini sedang dibina adalah di tempat Teresa Kok sendiri! Sebab itulah tak hairam jika DAP giat mempromosikan arak.


Photo: You can learn a lot from the wine maker himself

We did hear about turning water to wine. But can we turn basketful of wines to groceries?..........Yes, in BoardROOM we are lookingg for creative ways to get groceries out from your wine purchases? Can these wines turn into Tesco Vouchers?

Photo: We did hear about turning water to wine. But can we turn basketful of wines to groceries?..........Yes, in BoardROOM we are lookingg for creative ways to get groceries out from your wine purchases?  Can these wines turn into Tesco Vouchers?
Dalam banyak-banyak tempat boleh masak, kenapa Nurul Izzah mencari tempat sebegini?

Mungkin kerana ia tidak kisah tentang pluralisme yang berlaku didalam PKR, namun beliun harus mengambil kira  pandangan segelintir pihak yang sensitif tentang perkara ini.


Inilah akibat terlampau mengikut jejak langkah bapanya yang mengamalkan Pluralisme.



Kerana Politik, dia sanggup berbuat apa sahaja.

Nurul Izzah akan bertanding daam Parlimen Lembah Pantai melawan Raja Nong Chik
Jadi serangan fitnah Perobadi keatas lawan mula  ditimbulkan untuk menjatuhkan Raja Nong Chik




Inilah serangan demi serangan yang sering dilakukan oleh Pakatan Pembangkang

Anda diluar sana fikirlah sendiri.


BN-Melawan dgn Fakta
PR-Melawan dgn Auta


Katakan Tidak Kepada PR!


Tuesday, 23 April 2013

Perebutan kerusi: PAS masih tunduk kepada PKR & DAP.






Sebelum ini, sebuah kenyataan yang datangnya dari majlis Syura menegaskan bahawa  menjelang PRU13 nanti akan menyaksikan ramai calon-calon PAS yang akan digugurkan.

Kemudiannya perkara ini cuba disembunyikan oleh pucuk pimpinan PAS dengan menggunakan spinning mereka yang sudah biasa dilakukan untuk menipu pengikut mereka yang taksub.

sudah gua katakan sebelum ini yang DAP bakal tarik kerusi PAS & PKR.

http://darah-satria.blogspot.com/2013/02/dedah-dap-bakal-tarik-kerusi-pas-pkr.html

Lihatlah apa yang sudah jadi dengan pembahagian kerusi DUN Sg.Acheh, Che Gu Bard akhirnya merampas kerusi PAS disini, sudahlah kebas kerusi PAS, lepas tue kutuk PAS pulak.. alahai..



Inilah balasan yang diterima PAS, kerusi diberi kepada raan kesayangan, namun dihargai pun tidak.Malah dikutuk pulak.

Perebutan kerusi antara PAS, PKR & DAP menjadi semakin hangat sekarang ini, Paling aku kasihankan ialah PAS, mereka  dilihat begitu teruk dibuli oleh PKR & DAP.

sedar-sedarlah PAS.

Pemuda PAS pukul jurugambar sehingga mati.!!





Ini adalah report polis yang telah dibuat oleh Isteri mangsa ,


Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.


Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.


Inilah yang berlaku dalam PAS, mereka terlalu taksub, kerana Politik sanggup bertengkar dengar orang lain walaupun orang itu lebih berumur.PAS seharusnya meneyadri bahawa perjuangan mereka bukanlah untuk Islam, tetapi perjuangan mereka adalah untuk kepentingan peribadi.


PAS semakin sesat!!

Lagi kaitan PAS & Syiah.!!





http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12826-ayatollah-khamenei-selar-kepemimpinan-diktator-pbb

PAS menyiarkan artikel berkaitan Abdullah Khamenei seolah-oleh memperakui kekuatan Ulama' Syiah ini.

 Kalau nak tahu siapa Ayatussyaitan Ali Khamenei ni, lihat gambar screenshot twitter dia. Dia ni maharaja lawak. Antaranya:
wali keramat:

Gambar 1: Ayatussyaithon Ali Khomenie: Aku sedang duduk bersama anak perempuan kecilku dan tiba-tiba ular besar melintas depan kami. Kami terlalu takut dan aku cuba membunuhnya. Ular itu melihat aku dan berkata "aku tidak akan mencederakan kau". Maka aku pun membiarkan ia. Kemudian ular itu menangis dan memukul dirinya dengan ekornya. Aku menangis menyaksikan kejadian itu.

Komen Syeikh Syaithan Hasan as-Safar: wahai wali Allah, jangan kau ceritakan itu kepada orang awam, nanti ramai akan jadi gila kerana mendengar kisahmu itu

Gambar 2: "Masih aku ingat suatu keadaan sukar yang terjadi kepadaku pada hari berlakunya letupan bangunan pada 11 September, ketika itu aku sedang berada ditingkat paling atas bangunan tersebut. Tika itu aku melihat sebuah kapal terbang datang. Lantas aku pun menyebutkan "Ya Husain", kemudian aku pun menukarkan serbanku menjadi payung terjun dan aku telah mendarat dengan selamat."

Gambar 3: hari ini saya pergi ke pantai di mana perairannya begitu masin dan tiada siapa yang suka pergi ke sana kerana kemasinan, apabila aku celup kaki aku tiba-tiba kemasinan telah hilang, saya menoleh ke belakang dan berkerumun ramai orang di belakang saya kerana hendak mandi di pantai ini!

Gambar 4: keratan akhbar harakah. Kononnya la dia menyelar, tak tahukah syiah ni taqiyyah?

Gambar 5: "Aku rindukan Sayyid Ayatullah Zahrsyadi. Tiba-tiba aku melihat beliau di dalam TV di siaran al-Kautsar sedang menyampaikan muhadharah. Lalu beliau pun tersenyum kepadaku, lalu aku pun memasukkan kedua tanganku ke dalam skrin TV, kemudian aku pun bersalaman dengan beliau.

Persoalan yang harus dibaca: menagapa Lidah rasmi PAS (Harakah) menyiarkan tentang Ulama Syiah ini?

Bukankah selama ini sering kita lihat Ulama' Syiah ini berdampingan dengan kempimpinan PAS?




Apa kata Imam Malik??


Syiah sedang berusaha menyebarkan pengaruhnya..

Berhati-hatilah kerana Fahaman Syiah ini begitu merbahaya sama sekali.


PAS tak hargai calonnya sendiri?





 Keadaan kini dilihat amat gentig bagi PAS, PKR & DAP, bukan genting sebab hujah ribut, tapi  kerusi-kerusi PAS, PKR & DAP masih menjadi perebutan   bagi pihak masing-masing.
.

Mungkin PAS terlalu berlembut sehingga membiarkan beberapa kerusinya dikebas oleh PKR & DAP. Tak hairan jugaklah PAS  yang selama ini menjadi Parti Angguk Saja hanya mempu membiarkan kerusi mereka di kebas oleh rakan sekutu mereka sendiri.

Ambik habuan!! padan dgn muka PAS.! PAS lebih  mementingkan individu ditempat lain dari ahlinya. Lihatlah sebagaimana beberapa calon PAS yang akhirnya dipinggirkan oleh PAS sendiri seperti di Parlimen Jempol, meletakkan Aisyah yang hanya sebagai penyanyi menggantikan Fairuz yang selama ini bekerja untuk PAS. Inilah yang dikatakan PAS alaf baru.


Ingatlah, Nasharuddin & Hassan Ali yang berpuluh-puluh tahun didalam PAS dipinggirkan begitu sahaja, jadi tak mustahil PAS boleh bertindak kepada ahli-ahlinya yang lain bukan??


Monday, 22 April 2013

Best. Tun Mahathir perli hudud PAS.





Korang tengok lah macamana Tun beritahu tentang hudud,

PAS tetap menggunakan Spinning untuk menyalahkan orang lain.

PAS adalah Parti Aliran Syiah.



Sunday, 21 April 2013

Fitnah PKR kembali untuk jatuhkan Nong Chik ??





Keadilan Daily kini mengorak langkah  menjatuhkan musuh mereka dalam pencalonan di Lembah Pantai kali ini, tetapi cara PKR ini kurang disenangi kerana  membawa beberapa isu fitnah yang dikaitkan dengan Anak Nong Chik. Sama seperti isu NFC yang dikaitkan dengan Shahrizat, kini  isu serangan peribadi & fitnah semakin menjadi satu trend kepada PKR. Kenapa mereka melakukan serangan peribadi? Apakah kerana Nurul Izzah mahu tetap berkuasa di Lembah Pantai seperti sebelum ini? Inikah caranya PR mahu mendapatkan kuasa??

kenapa apabila berhadapan dengan penyokong mereka, mereka mengeaskan menolak fitnah2 yang dibawa oleh  parti lawan?? namun berbeza dengan keadaan disebalik tadbir.


Dalam PRU 13  kali ini, menyaksikan pertembungan 3 penjuru di kawasan lembah Pantai.


 statistik pengundi pada PRU 12 tahun 2008 di Lembah Pantai.

 

 Sedarkah Nurul Izzah bahawa ahli PKR dibawahnya sudah mula meluat dengan perangainya yang  dilihat tidak turun padang ??



Mesej yang disampaikan dari penduduk Lembah Pantai.


Ingatkah anda kenyataan Nurul Izzah baru-baru ini??





Jawapan Nurul Izzah ini akhirnya menimbulkan kontroversi   kerana mengatakan Melayu bebas memilih Agama.



Akibat merasakan dirinya ditolak dan turut dikecam beberapa pihak, akhirnya serangan peribadi  perlu  dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan dalam PRU 13 kali ini.

Adakah ini caranya reformasi yang di perjuangkan Pakatan Rakyat?

Lihatlah berapa banyak fitnah dicipta untuk menjatuhkan Najib Tun Razak dalam isu Altantuya.

walaupon Najib Razak pernah bersumpah mengatakan tidak mengenali Altantuya di Masjid Guar Perahu, namun hakikatnya masyarakat ditipu dengan fitnah-fitnah jahat seperti ini. Pakatan Pembangkang menggunakan serangan fitnah dalam menjatuhkan lawan.

Inilah dia perangai Pakatan pembangkang. apakah anda perlu menyokong PR kali ini??

Anda diluar sana nilailah sendiri hakikat & perbezaan antara BN & PR.




Calon Pakatan Rakyat tak dihargai oleh pemimpin PR punca bertelagah?


 

 Anwar Ibrahim yang sebelum ini menegaskan bakal bertanding di Perak, namun disaat-saat akhirnya, dia sendiri bertanding di tempat asalnya iaitu di Permatang Pauh. Apakah yang  terjadi sebenarnya didalam PR sekarang ini?

Ini semua tak lain tak bukan  PR berhadapan dengan masalah pembahagian kerusi, begitu juga yang terjadi di Johor. PKR Johor bertelagah dengan DAP.

Akhirnya akibat tidak tahan  polemik ini melanda PR, beberapa ahli PR banyak dilihat membuat pengumuman bertanding atas tiket Bebas &  ada yang menarik diri sekaligus menyebabkan beberapa calonnya keluar Parti.

 Pakatan pembangkang terutama DAP menerima tamparan hebat selepas seorang demi seorang pemimpinnya yang tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas.

Malah, penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon itu turut bertindak menamakan calon pilihan mereka untuk bertanding atas tiket Bebas.

Perkara itu terbukti selepas penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak disenarai pucuk pimpinan parti bagi mempertahan kerusi tersebut.

Selepas menghantar surat keluar parti baru-baru ini, John turut mengetuai lima lagi pemimpin masyarakat India sebagai calon Bebas bagi merampas beberapa kerusi DUN yang dimenangi pembangkang di negeri itu sebelum ini.

Malah, DAP Negeri Sembilan terus bergolak selepas bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan mengejutkan banyak pihak ekoran keputusannya bertanding sebagai calon Bebas di DUN Bukit Kepayang kerana mendakwa DAP meminggirkan kaum India.

Perkembangan sama berlaku di DUN Nilai selepas Naib Ketua Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher mengumumkan bertanding atas tiket Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan muka baharu, Gan Chee Bioe.

Seorang lagi ahli DAP yang keluar parti baru-baru ini, R. Sasikumar akan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Temiang sekali gus menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Jason Lee Kee Chong dan DAP, Ng Chin Tsai.

Turut mengambil tindakan serupa ialah penyelaras pusat khidmat DUN Kepayang, R. K. Muthu, berikutan perbalahannya dengan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang didakwa beliau cuba memusnahkan reputasinya.


Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu dijangka berdepan laluan sukar di kerusi DUN Seri Andalas selepas bekas Bendahari PKR, K. S. Kottapan mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas.

Kottapan bertindak demikian bagi menyekat calon PKR, Dr. Xavier Jayakumar memenangi kerusi DUN itu kerana bekas Exco kerajaan negeri tersebut didakwa beliau gagal menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Pergolakan dalam pakatan pembangkang turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas bekas ADUN Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada PKR baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR dalam pemilihan calon sekali gus akan bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.


Parti itu semakin parah selepas Ketua Cabang PKR Tapah, Perak, Ridzuan Bani mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas gara-gara kecewa dengan tindakan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas pemimpin Hindraf, K. Vasanthakumar sebagai calon PKR di Parlimen Tapah.

Sementara itu, keputusan Pas mencalonkan semula Saiful Bahrin Mohamed bagi kawasan DUN Selising di Kelantan turut mendapat tentangan sebahagian besar ahli dan penyokong tegar parti tersebut.

Sebagai membantah keputusan pucuk pimpinan parti itu, Setiausaha Pas Cawangan Danan Timur yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas kawasan, Ibrahim Ismail bertindak bertanding merebut kerusi tersebut atas tiket Bebas.


PKR melihat ramai antara calon-calonnya keluar parti dan bertanding atas tiket BEBAS, disebabkan itulah PKR membuat satu undang-undang baru  dimana menegaskan calon2 PKR yang menerima watikah jika mendapati mereka melompat parti atau berbelot, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM 5 juta!

sanggupkah calon-calon PKR membayar denda sebanyak ini hanya kerana keluar parti?

Daripada mereka membayar wang pampasan sebanyak RM 5 juta, lebih baik  gunakan sahaja wang itu untuk kepentingan peribadi dari pentingkan parti mereka itu yang mengamalkan Kronisme.!

Video Lim Guan Eng maki ROS?





PRU13: DAP akan guna lambang PAS


 DAP di bawah suara Setiausahanya Lim Guan Eng dengan nada yang agak marah  mula  menyalahkan ROS semula akibat ROS tidak mengiktiraf  pemilihan CEC

 Pemilihan CEC parti itu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu.

Ddalam satu sidang akhbar di sini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa menerima surat ROS bertarikh 17 April, yang diterima melalui faksimile, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13.

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.

Apa yang megejutkan gua. fedback dari ketua  Menteri ini juga ada mengeluarkan beberapa perkataan yang kesat. lihat pada link video terbabit, lihat pada minit 3:00 dan seterusnya. kata-kata seperti  "Bapak dia", " celaka " ini sendiri keluar dari mulut Lim Guan Eng.


Apakah ini caranya kepimpinan Umar Abdul Aziz?? Dia tahu kah sejauh mana pendirian Kalifah Umar?
 Sendiri salah lepas tue cari salah orang lain pulak., Inilah pemimpin kesayanag PAS selama ini kan??


 PRU 13: Wajib Tolak PR


biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya