Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 29 October 2013

Sindiran Tun M terhadap Kaum Cina yg tuduh Melayu tiada kualiti..



By Che Det.

 1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.


4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.


-Saya tidak hairan dengan kenyataan Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, mahupun Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng bahawa bumiputera tiada kualiti kerana itulah mentaliti dan cerminan pandangan kaum itu terhadap bangsa Melayu dan bumiputera selama ini.

Meritokrasi sebenarnya hanyalah camourflage untuk mengaburi mata orang lain khususnya di luar negara mengenai sikap rasis mereka sebenarnya terhadap bangsa Melayu.Pengalaman saya sendiri bekerja dengan pekerja kaum Cina membuktikan sebaliknya bahawa kaum Cina bukanlah kaum yang rajin seperti yang diwar-warkan selama ini.

Sebenarnya maksud istilah meritokrasi orang Cina terhadap bangsa Melayu ialah satu usaha hasad dengki perkauman yang bersifat keterlaluan bagi menyekat peluang dan kemajuan terhadap bangsa Melayu di negara mereka sendiri.


Kita selalu dengar mengenai diskriminasi di sektor swasta terhadap pekerja Melayu bagaimana pekerja Melayu yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi dibayar gaji yang lebih rendah daripada kaum Cina yang berkelulusan lebih rendah.

http://www.theborneopost.com/2013/07/10/kontraktor-melayu-johor-kecewa-kurang-peluang-dalam-projek-mega/

Selain itu, kenaikan gaji tahunan yang berbeza antara pekerja Melayu dan Cina dan jawatan tepu yang paling tinggi boleh dijawat oleh orang Melayu di sektor swasta. Salah satu sebab kaum Cina tidak mahu bekerja di sektor awam ialah kerana gaji yang lebih rendah berbanding di sektor swasta dan kalau bekerja di sektor awam sebagai contoh dalam pasukan keselamatan pun hanya mahu sebagai pegawai polis/tentera dari pangkat inspektor/leftenan ke atas.


Kesetiaan terhadap negara mahupun keselamatan negara boleh dipertikaikan atau diletakkan di tempat nombor dua dalam falsafah hidup mereka kerana kekayaan dan keselamatan diri sendiri dan keluarga lebih penting daripada negara.

Sebab itu sekarang imbangan bangsa Melayu dan kaum lain di sektor awam begitu juga sebaliknya di sektor swasta tidak mencerminkan imbangan penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Malangnya, ramai pemimpin politik Melayu, lebih-lebih lagi di pihak pembangkang gagal untuk menerima hakikat bagaimana perkara ini berlaku.

Pihak pemimpin politik Cina yang rasis dan disertai pemimpin pembangkang Melayu yang oportunis menggunakan ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam ini untuk mendakwa kononnya ketidakadilan di pihak kerajaan dalam mengambil pekerja bukan Melayu dalam sektor awam dan kononnya ada diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja awam.

Malangnya, pemimpin kerajaan sendiri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berbangsa Melayu turut terpedaya dengan dakwaan pihak pembangkang tersebut dan seperti cacing kepanasan kini mula merekrut kaum bukan Melayu dalam sektor awam tanpa mengambil kira faktor-faktor diskriminasi di sektor swasta oleh kaum Cina mahupun kekurangan pekerja kaum Cina di sektor awam adalah berpunca daripada kaum itu sendiri disebabkan faktor-faktor seperti yang saya sebutkan tadi.

Disebabkan mahu memikat hati kaum lain seperti yang berlaku sebelum PRU-13 lalu, ramai anak Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara ini akan menganggur nanti.itu sudahpun terjadi.

Hendak memohon di sektor swasta, anak Melayu kena ada kelulusan bahasa mandarin dan kalau Melayu kata mereka boleh dan fasih berbahasa mandarin, majikan Cina pula akan bertanya balik boleh menulis tak dalam bahasa mandarin? (Sedangkan majikan yang bertanya tadi sendiri mungkin tidak tahu menulis dalam bahasa ibundanya sendiri.)

                                  

Jika anak Melayu mahu memohon di sektor awam pula nanti, semua jawatan telah penuh diiisi kerana terpaksa mengikut kuota perkauman yang dibuat oleh kerajaan sendiri yang syok sendiri cuba memikat hati kaum yang tidak sudi. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?

Sebenarnya bangsa Melayu adalah setanding atau lebih hebat bukan sahaja daripada kaum Cina malah kaum lain jika diberi peluang untuk bersaing dengan kaum lain tanpa ada diskriminasi mahpun halangan meritokrasi ala kaum Cina.

Malangnya , sikap segelintir orang Melayu sendiri kadangkala merosakkan imej majoriti bangsa Melayu yang suka bekerja keras dan bersaing dengan kaum lain.

Ibarat kata pepatah Melayu, “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”.

Monday, 21 October 2013

Cina Malaysia tak sedar diri- Ye Lin Sheng, tapi Najib sayang




1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:


2.Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)


3.Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)


5.Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

Ali rustam yg cuba  dijatuhkan oleh kepimpinan Najib Razak dari menjawat jawatan tertinggi dlm UMNO.


7.Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)




8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)


Walaupon terang-terang orang Cina sendiri tidak suka kepada bangsa mereka, namun berbeza dgn sikap Najib Razak yg terlalu menjaga kaum ini lebih sudu dari kuah,, apa saja yg mereka mahu Najib Tunaikan.. akhirnya undi tidak pon diberi kepada Kerajaan. begitulah caranya Najib kena tipu dengan puak ni.

Nasib baik ada undi dari orang2 Melayu yg selalu teraniaya utk BN terus memerintah. tetapi kerajaan terus membiarkan orang2 Melayu ini terabai. bantuan2 kepada mereka juga banyak yg tidak dapat.. lihat sahaja isu JKM tak henti2 sampai sekarang ini..

Najib sebagai pemimpin Melayu juga dilihat gagal dalam menjalankan agenda untuk orang Melayu, jika hanya sekadar bergegar-gegar melaungkan hidup Melayu & membuat program pemerkasaan bumiputera, namun kesannya tidak nampak sama sekali. malahan orng Melayu turut menerima padah apabila mereka melakukan kesalahan. Hari ini tangkap, esok boleh masuk penjara.!!






Inilah yg dikatakan 1 Malaysia.!! Pegi jahanam sama 1 Malaysia lu Najib..!!

Monday, 14 October 2013

Hisyammudin, Zahid Hamidi & Shafie kekal Naib Presiden ??





  Datuk Seri Najib mahu gandingan ketiga-tiga Naib Presiden Umno yang ada sekarang dikekalkan. Namun ianya disangkal oleh beberapa unit media UMNO (UMB) dlm menyatakan ianya tidak benar.. jika ianya tipu belaka, kenapa ura-ura kedengaran sedemikian rupa?

amboi... kuatnya UMB mengampu Najib yer?? berapa yg diterima UMB untuk menangkan calon2 pilihan Najib sendiri..


Kenapa begitu teruk sekali UMNO dibawah era Pentadbiran Najib ketika ini ?

Tahukan anda bagaimana caranya PM  mahu kekalkan Hisyammudin selaku menteri AMARAN ini didalam jawatan berkenaan?? dgn cara menggunakan beberapa unit media UMNO terutamanya  blogger no 1 UMNO
baca jgn tak baca : http://www.papagomo.com/2013/10/hishammuddin-hussein-pejuang-yang-bukan.html

kenapa blogger2 UMNO yg dipergunakan pihak-pihak tertentu dan  tampil membuat sokongan terhadap orang-orng tertentu?? kenapa  calon-calon naib Presiden UMNO yg lain seperti Ali Rustam, Mukhriz mahathir tidak pulak disentuh? Apakah mereka juga tidak ada jasa? kenapa beberapa blogger UMNO sendiri hanya mementingkan satu pihak sahaja dan  apakah agenda perjumpaan bersama Menteri AMARAN ini?



Kenapa juga Utusan mengeluarkan kenyataan Ali Rustam Menarik diri? http://ww3.utusan.com.my/utusan/Politik/20130921/po_01/ dan akhirnya dinafikan oleh Ali Rustam sendiri?

http://my.news.yahoo.com/ali-rustam-nafi-spekulasi-tarik-diri-tanding-jawatan-093650454.html


Cuba tengok apa game yg sedang dilakukan kepada Ali Rustam  terhadap borang itu? apakah sedang berlaku sabotaj pihak-pihak tertentu dari dalam kepada beliau?

Apakah agenda disebalik tadbir yg dilakukan oleh PM Najib sendiri untuk memastikan  penyandang ini terus kekal ?

Zahid mungkin dikekalkan kerana ramai yg mahukan ketegasannya. Namun Najib begitu bimbang dgn sokongan orng Sabah jika  Shafie tidak menjawat jawatan ini kerana Sabah merupakan sumbangan besar kemenangan BN. Jadi ura-ura untuk mengekalkan Syafie itu ada dlm percaturan politik. Begitu juga dengan Menteri AMARAN.

Cuba lihat Menteri AMARAN ketika menjadi menteri KDN. begitu teruk implikasinya sama sekali. namun didalam beberapa keputusan tdk rasmi, Najib terus  mahu mengekalkan Hisyammudin didalam KDN tetapi ditentang oleh beberapa bukan blogger pengampu  UMNO  sendiri.

Akhirnya hisyammudin AMARAN ditukar dan  dinaikkan pangkat menjadi  Menteri Pertahanan menggantikan Zahid Hamidi & juga menteri pengangkutan.

Masakan Hisyammudin tidak diperlukan namun jelas meletakkan dia  didalam 2 jawatan Kabinet menimbulkan persoalan banyak pihak... SIAPAKAH PENENTU HALA TUJU KERAJAAN SEBENARNYA ??

Kenapa Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan serasi bersama Hisyamuddin??

http://semuthitam80.blogspot.com/2013/10/zahid-hamidi-kata-dia-serasi-dengan-h2o.html

Timbul juga  persoalan kenapa ketika Mukhriz mahu bertanding Naib Presiden, Zahid menyuruhnya agar meminta pendapat kepada Najib Razak??

http://www.sinarharian.com.my/karya/mukhriz-perlu-minta-nasihat-najib-dulu-1.202044

Sejak bila kah, apabila seseorang bertanding, terlebih dahulu mendapat masihat? Bukan kah maksud pemilihan parti itu, untuk mencungkil barisan Pemimpin parti, yang dikehendaki oleh ahli? 

Apa sebenar maksud TERSIRAT daripada KENYATAAN Zahid itu? Apa kah pada PANDANGAN Zahid, belum masanya bagi MUKHRIZ untuk bertanding Naib? Atau apa kah? JIKA Mukhriz masuk GELANGGANG, AKAN mengenepikan SALAH seorang PENYANDANG Naib yang INGIN mempertahankan JAWATAN?.

Perlu diingatkan ketika berlangsungnya PRU 13, jika Kedah jatuh ketangan BN, Mukhriz akan dijadikan menteri besar Kedah.?? akhirnya menjadi kenyataan.


Jadi game didalam UMNO ini sedang berlaku  Kita lihat kembali 2 calon antara Ali Rustam & Mukhriz Mahathir yg boleh menggugat jawatan Naib Presiden yg sedia ada sekarang ini.


Ali rustam disabotaj melalui borang yg silap.
Mukhriz perlu meminta kebenaran dari Najib


 Tun Razak yang dimarahi perwakilan kerana menyebut nama Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad ketika mereka bertanding jawatan Naib Presifen Umno pada tahun 1975.

Secara terang Razak menyebut ketiga-tiga nama itu dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno tersebut. Perwakilan Umno bagaikan kerbau dicucuk hidung. Maka ketiga-tiga nama itu menang dan menyebabkan Datuk Harun Idris dan Tan Sri Ghazali Shafie kalah.

Pada tahun 2009, perwakilan dipanggil oleh pihak atasan supaya menangkan Zahid-Hishamuddin-Shafie. Maka kalahlah Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Khaled Norden, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Isa Samad.

Jika perwakilan pada tahun 1975 marah dengan UMNO, mereka masih boleh memilih berdiam diri dari mengundi @ pon membuat undi protes, namun perlu tahu ketika pada tahun tersebut, yang ada hanyalah Parti PAS sebagai sebuah parti pembangkang yg boleh menyebabkan mereka keluar UMNO & masuk PAS.Jika dahulu Melayu berpecah kepada 2 kumpulan, namun ketika  ini, Melayu berpecah kepada 4 termasuk DAP  yg cuba menambahkan bilangan calon Melayunya.

Namun jika ianya berlaku pada hari ini dimana pembangkang yg mewakili PAS & PKR untuk melayu, apakah ianya tidak akan berlaku kepada ahli-ahli UMNO yg menolak calon2 tersebut? jgn salahkan ahli UMNO jika mereka keluar UMNO & masuk PR apabila pemimpin atasan UMNO dipimpin oleh seorang yg lembik.

Nampaknya, selepas PRU, tidak ada apa yg berubah didalam UMNO, Najib semakin teruk dengan mahu kekalkan individu tertentu mengikut corak & terus berharap pada slogan 1 Malaysianya.

BN diambang kejatuhan kerana pemimpin-pemimpin sebegini terus memerintah negara.


biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya