Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 29 April 2015

Kemana hilangnya 27 Bilion ringgit dari 1MDB ??




 

Najib terus mendiamkan diri dalam persoalan melibatkan 1MDB, manakala kaki-kaki pengampu mula membidas Tun Dr Mahathir kerana dianggap menjatuhkan Najib.. Nampaknya, keadaan semakin teruk, huru hara  selepas Najib mengambil alih pemerintahan dari PakLah.  kehidupan rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat naik..

Majoriti rakyat sudah mula menolak Najib serta UMNO& BN.. ini satu petanda BN bakal terkubur dalam PRU 14 akan datang kerana masa selama 2-3 tahun selangkah menuju ke Pilihanraya Umum sudah tidak jauh dari masa sekarang. Mereka tidak mementingkan masa depan, malahan mereka terlalu mementingkan diri sendiri serta kuasa yang ada pada mereka..

 
1MDB



1- Pengurusan kewangan negara diurus tadbir melalui undang-undang, peraturan dan tindakan. Sistem yang sama juga digunapakai oleh syarikat-syarikat tetapi kerajaan menguruskan jumlah wang yang jauh lebih besar iaitu wang rakyat. Oleh yang demikian, adalah penting bagi pengurus wang tersebut untuk mematuhi peraturan dan undang-undang.

2- Rasuah berlaku di dalam mana-mana kerajaan. Tetapi kebiasaannya hanya melibatkan jumlah yang kecil. Adalah tanggungjawab auditor bersama dengan agensi anti-rasuah untuk memastikan penyalahgunaan wang kerajaan oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan dikurangkan sebanyak mungkin.


3- Kerajaan boleh kerugian wang hasil daripada pelaburan yang salah. Setidak-tidaknya kita tahu di mana perginya wang yang rugi itu. Tetapi apabila jumlah wang yang terlalu besar telah hilang, mereka yang diamanahkan perlu menjawab ke mana wang itu pergi. Wang yang hilang adalah berbeza dengan wang yang rugi. Kehilangan wang bermaksud wang yang telah lesap dan tidak boleh dijejak kembali. Ini hanya boleh berlaku apabila wujudnya kecurian atau rasuah.


4- Di Malaysia, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memegang lebih daripada satu portfolio kementerian. Biasanya adalah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Kadang-kadang sementara memilih calon yang bersesuaian, Kementerian Kewangan dipegang oleh Perdana Menteri. Tetapi Dato Sri Najib lebih gemar memegang Kementerian Kewangan sepanjang masa. Beliau juga melantik Menteri Kewangan Kedua. Memang benar ini adalah hak beliau tetapi ini tidak menafikan bahawa beliau perlu bertanggungjawab ke atas kewangan negara.


5- Perkara pertama bagi menguruskan wang kerajaan adalah melalui belanjawan tahunan. Ia Disediakan oleh Kementerian Kewangan melalui input daripada semua kementerian dan jabatan. Kemudian belanjawan ini akan dibawa ke Kabinet dan apabila diluluskan, barulah dibentangkan di Parlimen.

6- Kerajaan dijangka akan membelanjakan wang tersebut berdasarkan belanjawan. Jika belanjawan tahunan tidak dapat memenuhi keperluan mendesak kerajaan, kabinet boleh membentangkan belanjawan tambahan di Parlimen. Draf belanjawan ini akan disediakan oleh kementerian. Kerajaan boleh mencari wang melalui cukai. Kerajaan juga boleh memiliki perniagaan khusus seperti Petronas yang mana boleh menyumbang kepada belanjawan.


7- Di Malaysia, terdapat juga dana selain daripada belanjawan yang tidak dibentangkan di Parlimen tetapi masih tertakluk kepada pemantauan dan kelulusan Kabinet.


8- Minit mesyuarat kabinet adalah rahsia kerajaan. Tetapi di dalam hal 1MDB, pembentangan dan kelulusan oleh kabinet seperti tidak jelas. Ia seolah-olah seperti ada usaha untuk berselindung di sebalik rahsia rasmi kerajaan.



9- Sungguhpun begitu, apa yang diketahui adalah 1MDB mempunyai penasihat yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Adalah tidak logik jika pengurusan 1MDB yang dilantik oleh Perdana Menteri akan menolak nasihat beliau. Seperti mana Penasihat British satu ketika dahulu, nasihat oleh penasihat adalah arahan.


10- Sejak penubuhan 1MDB, sudah tiga orang CEO meletak jawatan tanpa penjelasan. Adakah ianya kerana mereka tidak boleh menerima nasihat?


11- Kerajaan melaburkan RM1 juta ke dalam 1MDB. Mengikut rekod rasmi, 1MDB telah meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 billion.



12- Syarikat yang memiliki modal sejuta ringgit dan tidak memiliki aset tidak boleh meminjam 42000 kali ganda daripada modalnya melainkan melalui jaminan. 1MDB boleh melalukan hal sedemikian kerana ia mempunyai jaminan daripada kerajaan.


13- Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang. Jika 1MDB kerugian, kerajaanlah yang terpaksa menanggungnya. Tetapi operasi 1MDB tidak dipantau oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan wang kerajaan.

 



14- Mengapa 1MDB menjadi kontroversi? Di mana silapnya?


15- Sejak awal permulaan lagi 1MDB sudah silap. Ia bermula sebagai dana di luar belanjawan dan tidak dibentangkan di Parlimen.


16- Duit telah dipinjam. Oleh itu ia bukanlah kekayaan negara (sovereign wealth) sebaliknya hutang negara (sovereign debt).


17- Bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs lebih mahal berbanding dengan pinjaman kerajaan. Kadar faedah 5.9% adalah terlalu tinggi. Biasanya pinjaman kerajaan mengenakan faedah 3% atau lebih rendah.


18- Di samping itu, komisyen sebanyak 10% telah pergi kepada Goldman Sachs. Ini bermaksud 1MDB hanya mendapat 90% tetapi 1MDB perlu membayar 100% hutang tersebut. Ini sekaligus meningkatkan kadar faedah kepada 6.6%. 6% faedah bagi pinjaman RM42 billion adalah RM 2.5 billion setahun. Sejak 2009, 1MDB tidak mempunyai pendapatan daripada asetnya. Oleh itu 1MDB perlu meminjam RM2 billion lagi bagi tujuan membayar faedah sahaja.


19- Jumlah pinjaman sekarang adalah 42,000,000,000 (42 billion). Setakat yang diberitahu, pinjaman ini digunakan bagi tujuan:


a) Pembelian Tanjong Energy (sekarang dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan berjumlah RM8.5 billion- Lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen IPP ini sudah hampir tamat tempoh.


b) Pembelian Genting Sanyen Power (sekarang dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant) berjumlah RM2.3 billion. Juga lebih tinggi daripada harga pasaran dan lesen IPP ini hampir tamat tempoh.



Kenapa Najib suka sangat menipu Rakyat serta media ?

Kenapa Najib back-up kuat sangat ye? Adakah  lebihan wang telah digunakan untuk tujuan lain ?


Mungkin kerana Najib tak mahu namanya terlibat dalam salah laku pengurusan 1MDB ?


Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan dari Jho Low yang mendakwa menerima kelulusan  dari PM Najib Razak sendiri berkaitan wang 1MDB ?? Adakah Jho Low tak terlibat  dalam soal ini wahai  Najib ?? 





c) Pembelian Jimah Energy berjumlah RM 1.2 billion.


d) Pembelian 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (TRX) pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi. Transaksi terakhir hartanah di kawasan tersebut adalah RM7,000 per kaki persegi.



e) Pembelian 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Tentera Udara Sg Besi (Bandar Malaysia) pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Jika mengikut harga pasaran, ia lebih kurang RM1,000 per kaki persegi,


f) Pemberlian 234 ekar tanah di Air Itam di Penang pada harga RM 1.38 billion iaitu RM135 per kaki persegi.


20- Perlu diingatkan bahawa tanah di TRX adalah berdekatan dengan tanah yang telah dijual pada harga RM7000 per kaki persegi. Jika diambil harga pasaran pada RM3,000 per kaki persegi sekalipun, nilai tanah TRX adalah RM 6 billion. Oleh itu kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM5 billion kerana 1MDB hanya membayar sejumlah RM320 juta.

21- Bagi tanah di Lapangan Terbang Sg Besi pula, 1MDB membayar RM363.5 juta untuk 495 ekar tanah (RM91 per kaki persegi). Jika diambil harga pasaran sekitar RM1,000 per kaki persegi, kerajaan telah kehilangan pendapatan lebih kurang RM20 billion.


22- Tanah di Penang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih 1000 penempatan setinggan. Tetapi 1MDB membayar sebanyak RM1.3 billion iaitu RM135 per kaki persegi. Mengapa lebih mahal berbanding tanah premium di TRX dan Bandar Malaysia?


23- Ini adalah pembelian yang diketahui. Jika dicampur kesemuanya menjadi RM14.7 billion. Jadi terdapat lebih RM27 billion yang tinggal.


24- Dikatakan lebih daripada USD 1 billion dibayar kepada PetroSaudi tanpa pengesahan adakah bayaran ini digunakan untuk membayar nilai syarikat tersebut ataupun membayar kepada nilai aset mereka.


25- Di manakah wang yang selebihnya?

 

26- Terdapat sejumlah wang yang didaftarkan di Kepulauan Cayman. Apakah kegunaan wang tersebut? Apa yang dibawa balik ke Malaysia? Apa yang dibawa balik dan didepositkan di Bank Swiss di Singapura? Mengapa? Dari mana wang tersebut dibawa balik? Mengapa wang ini tidak digunakan untuk membayar faedah RM2 billion? Mengapa Bank Negara membenarkan sebahagian wang dibawa kembali ke Malaysia tetapi sebahagian yang lain tidak? Sekarang Bank Swiss telah memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen berkaitan wang 1MDB tidak berasal daripada mereka dan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai aset 1MDB. Jadi di manakah wang yang dikatakan telah didaftarkan di Kepulauan Cayman dan di bawa balik?


27- Amat jelas bahawa 1MDB tidak mendapat apa-apa pulangan daripada pelaburannya. Bukan sahaja mereka kerugian bahkan kerajaan juga telah kehilangan pendapatan apabila 1MDB hanya membayar RM683 juta bagi TRX dan Sungai Besi. Jumlah kerugian keseluruhan bagi kerajaan adalah sebanyak RM25 billion.


28- 1MDB menilaikan kesemua asetnya pada jumlah RM52 billion. Ianya tidak mustahil memandangkan tanah kerajaan telah dibeli pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. 1MDB boleh menggunakan wang daripada aset ini hanya apabila ia berjaya menjual tanah tersebut ataupun selepas tanah itu dibangunkan. Tetapi kerja-kerja pembangunan di TRX amatlah perlahan dan di tanah Sungai Besi pula tiada langsung kerja-kerja dilihat. Semasa pembangunan, wang tidak diperolehi sebaliknya yang ada hanyalah aliran wang keluar.


29- Ini adalah kehilangan wang pinjaman pada jumlah yang begitu banyak oleh 1MDB dan kegagalan menjawab persoalan ke mana wang tersebut pergi menyebabkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Mereka individu UMNO baik dari semua negeri serta semua Daerah lebih memilih untuk menjatuhkan UMNO dengan mengekalkan kepimpinan yang ada dengan corak yang sama semasa pemerintah Najib ini.. Orang-orang UMNO melakukan kesilapan besar kerana bersama-sama menjatuhkan BN pada masa hadapan.. mereka lah yang perlu dipertanggungjawabkan..  saya dah malas nak ulas banyak hal ini.. meluat sudah..

tanggunglah kesilapan terbesar kamu wahai UMNO serta orang Melayu.. tunggulah masanya anak cucu kamu pula menghina kamu kerana membiarkan BN & UMNO sekaligus melenyapkan kuasa Melayu dalam negara ini..  itulah jasa terbesar mereka, nasihat sudah tak makan, bila diberi nasihat di kutuk macam-macam.. malahan disindir ..



Memang benarlah... Melayu itu terlalu mudah menjadi pelupa.

Sunday, 26 April 2015

Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.




Terima kasih  kepada blogger Din Turtle kerana upload dalam blog dan masukkan kedalam Youtube serta menjadi tontonan kepada umum ..

Saya yakin ulasan begini tidak akan masuk didalam TV serta media kerajaan ..









sediki gambar kehadiran para hadiran dalam sesi bersama Tun Dr Mahathir.

kredit for Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad






 








sumber : Bicara Negarawan Tun M

Friday, 24 April 2015

Ulasan mengenai Jambatan Bengkok, Tambak Johor serta kegagalan Najib.




Najib terus gagal. walaupun gagal memenangi pilihanraya ke13 melebihi Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendapat 140 kerusi.. Najib hanya mendapat 133 kerusi.

Walaupun menyedari prestasi beliau lebih buruk,, tetapi terus tidak mengendahkan segala nasihat yang diberikan kepadanya,,

Tun Mahathir yang terus mendesak agar PM Najib letakkan jawatan langsung tidak dipedulikannya, malahan, mengganggap teguran Tun adalah utk kepentingan peribadi.. Inilah dia pemimpin yg tak cukup akal nak pikir jauh.

Kritikan-kritikan terdahulu boleh dibaca disini;

Najib terus megelak Soalan Tun Mahathir
Najib PM Paling teruk dalam Sejarah Negara


Ada beberapa rahsia yang tidak boleh dijelaskan kepada umum mengapa Jambatan Bengkok ini perlu diteruskan dan tembok Johor perlu dirobohkan, saya pernah menjelaskannya dalam facebook saya sebelum ini, tetapi  akaun saya  telah dirampas dan dihilangkan  tanpa dikesan. Mungkin ada sesuatu agenda terahsia yang takut diketahui umum..


 Saya juga  pernah menyuarakan beberapa hasrat dan ada jalan-jalan tertentu untuk menyekat pengaruh Singapura  yang berada di selatan Johor.. Malaysia berada pada kedudukan startegik, namun amat malang kerana pemimpin hari ini begitu dangkal dan lembab berfikir.. pemimpin lebih gila nak jadi popular..!! kesannya lihatlah, Ekonomi semakin jatuh, nilai ringgit jatuh merudum dengan teruk, mengakibatkan kesan yang amat bahaya kepada   ekonomi negara, jumlah hutang mencecah paras  melebihi RM800 bilion.. Amatlah rugi sekelian rakyat jika tidak mengendahkan saranan Tun Mahathir ini dan kesannya akan  dilihat dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.. Negara akan kehilangan satu persatu kawasan demi kawasan, perairan demi perairan..



Kritikan terbaru tulisan Tun Mahathir boleh dibaca dibawah,.






 “Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.




 Sewaktu negara ditadbir oleh Tun Dr Mahathir dulu, ada cadangan oleh kerajaan untuk membina Jambatan Indah (scenic bridge) bagi menggantikan Tambak Johor. Malangnya disebabkan projek jambatan itu tidak disetujui oleh Singapura (negara itu enggan meroboh bahagian Tambak Johor di bahagian sempadan negaranya), kerajaan Malaysia terpaksa mengubah rekabentuk jambatan itu menjadi Jambatan Bengkok (crooked bridge). 

Kerja-kerja awal (menanam cerucuk jambatan) sempurna pada 10 Mac 2006. Malangnya, atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003), projek Jambatan Bengkok itu telah dihentikan pada April 12, 2006. Ini kerana Tun Abdullah mempunyai penasihat dari kalangan orang yang mempunyai kepentingan pada negara Singapura. 
Begitu juga apa yang berlaku semasa pemerintahan Najib, ia memiliki penasihat dari luar negara dan tidak percaya kepada bangsa sendiri lebih-lebih lagi pada nasihat Mantan PM Tun Mahathir. 

Sejarah  bakal berulang.


Isu Jambatan Bengkok ini cukup memberi kesan kepada Tun Dr Mahathir. Beliau pernah kata , "Saya cuba menahan diri untuk mengkritik, tapi bila kerajaan ketika itu tunduk kepada Singapura dan mengorbankan kedaulatan negara, saya tak boleh diam lagi,"


Pada masa itu apabila ada orang bertanya kenapakah projek Jambatan Bengkok itu dibatalkan, antara sebab yang diberi adalah kononnya “orang Johor tak mahu projek jambatan itu diteruskan” – satu jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan satu pendustaan kepada orang Johor.!! Alasan ini antara alasan yang diberikan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Alasan ini juga diguna sama seperti alasan PM dibawah Pak Lah. kata mereka itu merupakan satu pembaziran.. tetapi pembaziran yg dilakukan oleh pemimpin mereka langsung tak disentuh pula?? pembelian pesawat peribadi dgn nilai jutaan ringgit, BR1M nilainya berbilion ringgit langsung pulak tak dikatakan membazir ?? malah banyak lagi pembaziran-pembaziran mega yang belaku sehingga sekarang.



Pada awal Ogos 2013, ketika bercakap dengan wakil media yang hadir di upacara pelancaran buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" (disunting oleh Bridget Welsh and James Chin) Tun Abdullah berkata “Sekiranya saya ikut kata Mahathir, Malaysia akan jadi bankrap” (If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt) Benarkah Malaysia akan bankrap jika mengikut haluan mantan PM itu?? bukankah negara telah  mengeluarkan kos yang lebih tinggi apabila jambatan ini tidak dibatalkan?  bukankah nilai disitu telah menyebabkan kosnya menjadi lebih tinggi berbanding kos membina jambatan ini ?? Apakah Negara tidak Bankrap apabila menjual pasir kepada Singapura serta membenarkan ruang udara Johor diceroboh tentera Singapura ?



26 Jun 2010: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.


"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.


Jadi kenapa Media TV memainkan isu jambatan ini tidak perlu sedangkan Sultan Johor pernah menyuarakan hasrat mahukannya?? Mereka menggunakan saluran media untuk menipu rakyat.!! Kerajaan Pusat yang dikepalai  Najib mempunyai agenda tersendiri apabila tidak mahu menunaikan hasrat Sultan Johor ini.


Hasrat Sultan Johor yang mahukan Jambatan Bengkok adalah sama seperti hasrat kesultanan Kedah yang mahu mengambil alih kembali Pulau Pinang kerana P.Pinang masih dibawah jajahan Kerajaan Kedah.!!tetapi Kerajaan Pusat juga masih berdegil.. 



Najib pemimpin yang telah menderhaka kepada SULTAN dan RAJA?? adakah pemimpin seperti ini perlu terus memerintah negara?? 



Najib, kenap diam tak memberi sebarang reaksi ?? adakah kamu tidak malu menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi memanipulasi kemahuan sebenar rakyat serta permintaan Sultan  ? apakah kamu memang muka tak malu ?




Tambak Johor (yang kini berusia hampir 9 dekad) telah sekian lama menyebabkan pencemaran air dan marin menjadi begitu teruk lagi, kerana kewujudannya menghalang air mengalir dari barat (Selat Melaka) ke timur (Laut Cina Selatan). Bila nanti seluruh kawasan pantai dari pusat Bandar Johor Bahru ke Danga Bay terus dibina dan dibangunkan ala Hong Kong, keadaan di sini pastinya menjadi lebih buruk lagi.



Ini sudahpun di 'plan' sejak awal lagi.



Pada  12 April 2006  Pak Lah telah membuat pengumuman ; 

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.  Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.” 


Kawasan pembinaan adalah dalam kawasan Malaysia, apakah hak Singapura untuk membantah? Tidakkan kita  fikirkan sikap Singapura yang tidak mempedulikan jirannya apabila menambak laut di sebelah timur laut Singapura iaitu di Pulau Tekong Kecil dan Pulau Tekong Besar yang dahulunya dua pulau kini dah jadi sebuah pulau dan saiznya dah menjadi dua kali ganda, menyebabkan perairan di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor menjadi makin cetek dan boleh menjejaskan operasi perkapalan di sana? 



Kenapa perlu tunduk dengan Singapura?
Apakah pemimpin sekarang begitu bacul dan hanya tunjuk berani setiap kali berucap saja?nk jadi hebat ?? 



26 Jun 2009 Tun  pernah mengulas mengenai tambak Johor


1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.


2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.


3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.


4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

Kesesakan yang teruk  pada laluan ini, Menteri tak peduli hal ini sebab mereka naik pesawat. Mereka pentingkan diri sendiri. 


5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.


6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.


7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan – sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.


8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.


9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.


10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.


11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).



12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.

Kenapa Singapura begitu takut dengan idea Tun Dr Mahathir




Pada persepsi Singapura, meruntuhkan Tambak Johor walaupun dibahagian Johor sekalipun adalah dipercayai akan membawa kemudaratan yang cukup besar kepada mereka. Kenapa ?? Tambak Johor yang dibina British telah menyebabkan adanya sekatan laluan bagi sebarang pergerakan kapal kecil mahupun besar.

Rahsia tersuratnya disini-

"Seandainya separuh daripada tambak Johor diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah jambatan baru yang akan bercantum kembali dibahagian tambak disebelah Singapura, maka laluan Selat Tebrau akan terbuka dan bersedia untuk dilalui oleh kapal-kapal perdagang.!!!  Ini bemakna, Pelabuhan Singapura akan menjadi lumpuh secara tak langsung.!!!   Ekonomi Singapura yang terkenal sebagai pusat pelabuhan antarabangsa akan tergugat. Kapal-kapal besar yang melalui Selat Melaka  dan ingin menuju ke Laut China Selatan akan dapat memendekkan tempoh perjalanan dengan mengambil 'jalan pintas' di Selat Tebrau tanpa perlu mengelilingi Pulau Singapura yang kecil itu.! 



Tun melihat dengan pemotongan Tambak Johor itu akan menguntungkan ekonomi Malaysia  dengan berkembangnya aktiviti-aktiviti di Pelabuhan Pasir Gudang dan juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). 



Namun begitu, Najib  menjaga hati Singapura  dengan mengekalkan Tambak Johor dan membina jambatan ke-3 pula.. Pihak Singapura begitu gembira kerana  Selat Tebrau tidak boleh dilalui oleh kapal pedangang! Pada 18 Jun 2009, Tuanku Sultan Johor melalui Mahkota Johor bertitah tidak berkenan dengan sebarang usul untuk membina jambatan ke-3. !


Kini, Selepas Pak Lah tunduk kepada Singapura, kini tiba pula giliran Najib yang hanya ikut kemahuan kaki pembodek dan penjahanam negara,. Malahan lebih buruk tidak mempedulikan sebarang nasihat Tun Mahathir yang dikenali sebagai "Bapa yang membawa pemikiran Genius yang Strategik". tidak cukup dengan itu,  Najib menggunakan pengaruh orang dibawah dia dengan cuba mencemarkan imej Tun Mahathir pula.. Menggunakan media, menggunakan pemimpin-pemimpin UMNO, menggunakan menteri- menterinya untuk mengekalkan kedudukannya sekaligus menjadi penyebab kepada kegawatan ekonomi akibat terlalu boros dan gila nak jadi popular.!


“Episod memalukan ini tidak cukup untuk Tun menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan Tun  sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika Tun  menjadi Perdana Menteri, Tun  mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu Tun  bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,”


Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.


“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.


“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.


“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,


Tun  turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.


“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

                      
“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya.


Tun  turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.



“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” 


Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.


Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.


“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.


“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-berundur-jika-gagal-dalam-pru-13-kata-dr-m

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.




“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,




Sebelum ini, Tun juga ada menulis kritikannya yang terdahulu.


Bagitu pedas dan terasa sekali, tetapi Najib selaku perdana Menteri Pekak Badak tak ambil peduli itu semua.. yang penting dia terus menjalankan agendanya menjahanamkan negara.. Well done Najib kerana anda telah menyebabkan  BN bakal tumbang dalam PRU 14 akan datang.. Itulah jasa  Najib sekaligus meletakkan dia  antara PM terakhir Barisan Nasional.


SOAL TAK JAWAB

 1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.


2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.


3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.



4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.


5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.
-Soal ini langsung tak dijawab Najib.



6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.



7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.


8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.


9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.


10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.


11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.


12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.
-part ini adalah bahagian yang begitu memalukan sekali.. tetapi Najib muka tak malu


PM yang gila popular memang muka tak malu walaupun kalah dan terus dengan agenda menjadikan dirinya popular.kasihan pda orang-orang UMNO yang hanya menjadi pak turut kemahuan Najib Razak. 

Sekarang adalah pada tahun 2015, lagi 2 atau 3 tahun akan melangkah ke Pilihanraya Umum ke-14.. Masa ini adalah terlalu singkat untuk memperbetulkan keadaan tatkala kepimpinan negara masih lagi leka dgn agendanya yang membodohkan rakyat sepanjang tahun..


~Ikuti sambungannya dalam 1MDB.  


biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya