Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday 1 November 2011

PAS dan Bulan ada cerita menarik di sebaliknya.

 


Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.

Mari kita mulakan ayat pertama dengan ayat pertama dalam Surah Bulan.

Dalam Surah AI-Qamar ayat satu, Allah berfirman:

Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan [Yang dimaksud dengan "saat" di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w]

Dalam Surah Al-Qamar atau Surah Bulan ini Allah telah menceritakan kehancuran enam kaum iaitu: kehancuran kaum Nuh a.s., kehancuran kaum 'Aad, kehancuran kaum Tsamud, kehancuran kaum Luth dan kehancuran kaum Firaun.

Dan dalam bahagian terakhir surah tersebut Tuhan memberikan peringatan kepada kaum musyrikin bahawa mereka tidak lebih kuat dari umat-umat yang telah dihancurkan oleh-Nya.  Dan Allah juga mengingatkan balasan terhadap orang yang berdosa dan pahala bagi orang yang bertaqwa.

(Surah AlQamar ayat 43)
Apakah orang-orang kafirmu (hai kaum musyrikin) lebih baik dari mereka itu, atau apakah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam Kitab-kitab yang dahulu [Maksudnya lebih baik tentang kedudukan duniawi, kekuasaan dan kekuatan.]

(Surah AlQamar ayat 44)
Atau apakah mereka mengatakan: "Kami adalah satu golongan yang bersatu yang pasti menang."

(Surah AlQamar ayat 45)
Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.

(Surah AlQamar ayat  46)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit.

Kita kata orang Jepun kafir kerana mereka memuja matahari naik, bagimana pula kita yang memuja bulan, apakah tidak mustahil bila PAS memerintah nanti PAS akan buat tugu bulan yang terbesar di dunia.  Hari ini kalau kita kumpul bendera PAS yang dipasang seluruh negara PAS boleh dapat pengiktirafan sebagai parti politik yang paling banyak tampal lambang bulan di dunia.

Pernahkah mereka duduk diam-diam seorang diri dan bertanya pada diri sendiri apakah mereka yang ada di dalam kumpulan orang yang mendewa-dewakan bulan mengambang ini orang yang bertaqwa atau orang yang berdosa?  Apakah PAS lupa bagaimana Allah mengkaitkan bulan dengan kehancuran-kehancuran kaum-kaum yang engkar?  Bila lagi pengikut para pemimpin superficial ini akan terjaga dari tidur dan sedar bahawa simbol bulan adalah simbol kehancuran zaman berzaman.

Orang gila disebut sebagai lunatic dalam bahasa Inggeiis.  Selain dari perkataan "moon", bulan juga disebut lunar.  Perempuan pula bila "datang bulan", lampu merah, tak boleh didekati, Danger Zone! "Mood" pun lari, salah allignment lah kerana ada bulan kecil di bawah.  Tunggu!  Tunggu anak bulan.  Lagi ada bulan dibawah no way brother.

Parti KeAdilan pula memilih simbol gerhana matahari.  Astghafirullah eloklah tu....

Narnun bagi pemimpin PAS yang tak pakai cermin mata hijau, mereka tahu kenapa keADILan tak pakai lambang dacing seperti Semangat 46 dahulu, tak pakai nama lain kerana jika BN menang, tak dapat majoriti anggota keADILan akan menyertai BN seperti Ku Li dan lain-lain pemimpin 46 masuk semula dalam UMNO.  Apakah orang PAS kenal dan sudah teropong siapa pemimpin keADILan sebenarnya?  Kawan atau musuh dalam selimut?  Janganlah asyik nak tengok bulan dan mata Anwar yang lebam saja.  Anwar pun pemain silap matajuga.  Dengan ular mesti kena jaga-jaga.

Bulan mengambang bukan sahaja menggambarkan perkara-perkara yang tidak baik dalam Islam, malah menjadi simbol berbagai-bagai petanda dan alamat yang tidak baik.  Bila bulan mengambang, kena puasa tau.  Puasa sunat tiga hari.  Begitu juga dengan gerhana.  Sebab itu Nabi menyuruh kita sembahyang sunat dua rakaat tatkala terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari agar kita dijauhkan dari segala bencana.  Yang kita pergi ikut simbol yang ditakuti dan membawa mudarat pada manusia, pasal apa?  Akal kita bubuh kat mana?  Kalau tanah, api, air dan angin dijadikan simbol o.klah kerana empat element ini ada dalam diri kita.

Bulan ni kalau kita ikut sejarah hikayat Nur Muhammad, bendanya kecil sangat.  Mukjizat Nabi kita masukkan bulan ikut jubah lengan kanan, keluar ikut lengan kiri.

Bagi orang-orang Melayu dulu pula, cerita pontianak keluar waktu bulan mengambang, begitu juga dengan harimau jadian.  Kalau di Barat ada orang yang boleh berubah menjadi 'werewolf' ataupun serigala jadi-jadian waktu bulan mengambang.  Air pasang surut pun ada kaitan dengan waktu bulan mengambang.  Dan sesetengah orang menjadi tak siuman atau disebut sebagai 'lunatic' waktu bulan mengambang penuh di atas langit.  Apakah tidak mustahil, hari ini ramai yang sudah semacam tidak siuman, sudah salah allignment, sampai ada yang bunuh bini, bunuh diri, bunuh macam-macam lagi, sampai sembahyang hajat suruh pemimpin mati akibat terlampau banyak tengok lambang bulan yang bergantungan siang hari.

Maka sebab itulah Tuhan memilih bulan untuk menunjukkan kemusnahan enam kaum dalam sejarah Islam.

Mungkin sebab itulah orang Cina merasakan simbol ini mereka buat kuih bulan.  Mereka makan itu kuih bulan.  Takut silap-silap haribulan itu bulan gantung-gantung kena makan naga.  Naga cukup suka ini macam punya bulan.  Roket tak ada tempat mahu landing.  Roket DAP bukan kuat sangat, tak ada enjin.  Cukuplah setakat landing atas bulan mengambang.  Bukan tinggi sangat.  Paling tinggi pun atas pokok kelapa.  Itu pun ada yang dah panjat pokok yang tinggi terpaksa panggil kren untuk turun.  Nak dapat RM150.00 kena bayar RM250.00, semua bulan punya pasal.

Tapi sungguhpun Tuhan sudah menurunkan ayat-ayatnya untuk dijadikan panduan bagi semua hambanya di muka bumi ini, namun ada juga segolongan dari hamba-hamba-Nya itu yang masih tidak mengindahkan ayat-ayat Allah SWT itu.  Mereka terus Ialai dengan perjuangan mereka yang menggunakan simbol bulan mengambang.  Mereka terus membawa manusia supaya cintakan bulan.  Tanda orang Melayu sudah hampir rosak juga sudah jelas.  Tuhan suruh tidur di waktu malam atau beribadat.  Tuhan tak suruh tengok bulan.  Tuhan tidak suruh dengar ceramah dibawah cahaya sinaran rambulan.  Puak-puak pemuja bulan ini suruh dengar ceramah, sikit punya gila ke terpaksa mengikut hawa nafsu hingga mereka terlupa firrnan Allah mengenai kehancuran musuh Muhammad SAW.

Surah Al-Qamar Ayat 3

Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya.

Itulah kerja orang-orang PAS yang kini dibantu oleh puak-puak keADILan.  Mereka mendustakan pemimpin-pemimpin Melayu yang juga beragama Islam kerana menurut hawa nafsu mereka di atas alasan mahu membela keadilan ke atas Anwar Ibrahirn dan mengembalikan sistem kerajaan yang kononnya sudah tidak adil di mata mereka.  Mereka terlupa bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang telah ditetapkan.  Kononnya PAS mahu memperjuangkan sebuah negara Islam, iaitu negara Islam mengikut tafsiran PAS.  Orang PAS ini faham ke, tahu ke bahawa agama yang bermula dari Adam a.s. hinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW berlaku secara proses evolusi yang memakan masa ribuan tahun dan bukan menerusi ceramah politik dengan menggunakan akhbar, buku atau Intemet yang memakan masa yang singkat dan mendadak.

Para pemimpin PAS kena ingat untuk mencapai cita-cita ini, orang-orang PAS yang bertopengkan identiti Islam tak boleh menjualkan ayat-ayat Allah dengan sewenang-wenangnya.  Orang Melayu hari ini bukan bodoh, mereka akan memberontak bila merasakan diri mereka diperbodohkan.  Sesungguhnya perbuatan suruh pengikut jadi macam kambing biri-biri yang ikut saja ke mana gembala pergi adalah lebih buruk lagi dari apa yang dilakukan oleh Salman Rushdie dalam bukunya Surah Syaitan kerana ia telah menghina manusia yang dijadikan sebagai semulia mulia dan seindah-indah kejadian Tuhan.

Ingatlah ketika Allah menerangkan kehancuran kaum Nuh dalam Surah AI-Qamar ayat 3 itu, Allah SWT telah berfirman:

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Jelas sungguh para pemimpin PAS yang bersimbolkan AI-Qamar telah tidak mengambil pelajaran dari ayat-ayat Allah kerana mereka tutup pintu ijtihad para pengikut.  Mereka rampas kuasa berfikir dari para pengikut hingga mereka membuatkan pengikut tertidur lena.

Bulan yang digunakan oleh PAS sebagai simbol parti mereka itu bukanlah bulan yang digunakan untuk simbol Islam.  Bulan Islam adalah bulan sabit.  Dan bagi umat Islam seluruh dunia bila mereka menyambut kedatangan bulan yang mulia seperti bulan Ramadhan atau pun bulan Syawal, mereka melihat anak bulan dan bukannya bulan mengambang.

Kenapa Islam memilih anak bulan untuk dijadikan simbol?  Kenapa tak pilih bulan mengambang penuh?  Tentu ada sebab musababnya.  Cuba kita perhatikan bulan mengambang.  Dia mengambang untuk satu malam sahaja. Selepas itu dia beransur-ansur mengecut atau saiznya menjadi kecil dari semalam ke semalam.  Tapi cuba kita lihat anak bulan.  Kemunculan menandakan satu bulan yang baru. Semakin hari anak bulan semakin membesar.  Dan ini menandakan satu proses evolusi yang memakan masa yang panjang dan juga kemajuan.  Jadi yang manakah lebih baik.  Sesuatu yang berkembang atau sesuatu yang akan mengecut.  Sebab itu popularity PAS tidak pernah tahan lama.

Kita tahu benda yang kecil dia akan membesar tapi benda yang alih-alih saja sudah besar tak boleh jadi lebih besar lagi.  Dia macarn belon, sama ada dia meletup atau kempis.  Cuba fikir apa yang ada dalam belon kalau bukan angin.  Bayangkan berkawan dengan orang yang banyak angin.  Sialap-silap bau melantung aje.

Hari ini tanda-tanda PAS akan meletup macam belon getah sudah nampak.  Tapi belon PAS bukan pecah kerana ditiup terlampau besar, tetapi kerana banyak sangat kempas-kempis yang menyebabkan belon itu hampir hendak bocor.

Menyentuh pasal kempas-kempis ini, hanya benda yang bulat macam bulan PAS sahaja yang boleh kempas-kempis.  Allahyarham Pak Zubir Said ada mencipta lagu yang liriknya di tulis oleh Hamzah Hussein.  Lagunya bertajuk kempas-kempis dan dinyanyikan oleh kanak-kanak 40 tahun dulu seperti ini.

Kempas-kempis, kempas-kempis
Kempas-Kembong
Dari kecil jangan suka cakap bohong
Sudah besar orang pulau satu kampong.

Itu 40 tahun dulu, Pak Zubir Said, tokoh muzik Melayu pun sudah lama meninggal dunia dengan memberikan sumbangannya kepada dunia muzik Melayu.  Pak Hamzah Hussein, tokoh sasterawan Melayu Asas 50, masih lagi aktif.

Berbalik kepada cerita bulan tadi, ada satu cerita untuk orang PAS.  Cerita ini cerita lama.  Lebih lama dari parti PAS sendiri.  Cerita ini berasal dari negeri orang putih.  Waktu dulu-dulu, malah waktu sekarang pun bila orang putih nak tidurkan anak, mereka nyanyikan satu lagu dari Nursery Rhymes.  Lagunya begini:

Hey diddle, diddle
The cat and the fiddle
The cowjumps over the moon
The cat and the dog laugh too see such sport
The cup run away with the saucer
Hey diddle, diddle.

Lagu atau cerita yang dipetik dari Nursery Rhymes (cerita kanak-kanak) ini kalau nak terjemahkan, berat sikit.  Tapi biar bagaimanapun, mesej yang nak sampaikan ialah kalau lembu pun boleh melompat di atas bulan, ini bermakna lembu yang sebodoh-bodoh binatang itu lebih bijak dari bulan.  Mungkin lembu ini kepunyaan Si Warso yang pakai cermin mata hijau, kepunyaan Datuk Sanusi Junid.  Jangan marah.

Tak tahu tiba-tiba saja teringat malam pelancaran buku Mahathir Di Ambang Senja.  Pertanyaan dibuat pada Presiden PAS, apakah saya orang yang pertama akan disimpan di dalam ISA bila Barisan Altematif memerintah negara nanti?  Jawab Datuk Fadzil Nor Barisan Altematif akan menghapuskan ISA dan akan memberikan kebebasan akhbar sepenuhnya.  Saya harap mereka tak berbohong. Namun terlebih dahulu mari kita tengok apakah reaksi mereka terhadap penulisan ini?  Jangan nanti mereka emosi dan tak benarkan ahli PAS dan keADILan membaca penulisan ini.  Mahu perintah negara mana boleh emosi?  Sekarang mereka sudah berkempen, penyokong dan rakyat jangan baca akhbar utama dan tengok berita di TV.  Malah ada fatwa baru jangan baca akhbar utama macam Utusan Malaysia, Berita Harian dan berbagai-bagai akhbar utama yang lain nanti buta hati.  Apakah PAS takut rakyat buta hati atau takut penyokong berubah hati kerana membaca kemungkaran dan pembohongan PAS, keADILan, DAP dan Anwar.  Atau PAS nak cari untung hasil penjualan Harakah.

Haji Hadi dan orang-orang PAS janganlah terpesona dengan bulan walaupun R Ramlee ada menyanyikan lagu-lagu yang menceritakan tentang keindahan bulan seperti: "Engkau Laksana Bulan, Bulan Dipagar Bintang dan Sri Bulan" kerana angkasawan-angkasawan Apollo 11 telah pun membuktikan betapa hodoh dan berbenjol-benjolnya wajah bulan itu yang sebenarnya.

Cukuplah perjuangan PAS sampai di sini sahaja kalau tujuan perjuangan semata-mata untuk mempergunakan agama.  Hari ini orang sudah naik ke bulan.  Mudah-mudahan para pengikut PAS tak jadi macam pungguk merindukan bulan.  Lagipun hari ini bulan PAS sudah pecah tiga, liberal, radikal dan ulama.  Kini wujud pula PAS Baru ekoran tindakan pemimpin PAS menggugurkan matlamat untuk menubuh negara Islam dan mendaulatkan undang-undang Islam semata-mata hendak memenuhi tuntutan dan kehendak Barisan Alternatif terutama DAP.  Dalam PAS sendiri sudah berpuak-puak, perebutan kuasa dalam PAS lebih teruk dari dalam UMNO.  Hasad, dengki, iri hati dan cemburu masih menebal di hati pengikut yang merasakan adanya ketidak adilan dalam pembahagian kayu balak dan lain-lain.

Di akhir kata sukalah dinyanyikan lagu Ghazal, "Pak Ngah Balik", ciptaan Allahyarham Pak Lomak atau Major Lomak dan dipopularkan oleh Zainuddin Md Dom dan lagu ini istimewa ditujukan untuk parti bulan dengan ucapan "Pak Ngah Balik".  Mudah-mudahan mereka akan balik ke pangkal jalan, balik ke pangkuan UMNO.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya