Thursday, 2 April 2015

Najib Razak PM paling teruk dalam sejarah negara. !!




 Teguran buat Najib Pekak oleh Tun Dr Mahathir Mohamed

UMNO dan PRU 14




 1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
-Ramalan ini akan dikupas secara terperinci didalam blog ini. tunggu.... 

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.


5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.


7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/redeemed-cayman-island-funds-to-pay-off-1mdb-debt-interest-ceo-says


9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.


11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.


12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.


13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.



Inilah orang kepercayaan kuat Najib pekak dalam mengurus aset dana 1MDB. 
Tun Mahathir atau Tun Daim yang bijak pandai tak mahu diambil  untuk urusan yang penting. Najib lebih mementingkan kroni.


14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?


15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.


16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.



http://www.bharian.com.my/node/41379
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perolehan-pesawat-baru-bertujuan-kurangkan-kos-jpm-55776


17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.


Time mengundi memekak-mekak slogan kononnya HIDUP MELAYU.!! HIDUP RAKYAT.!! LEPAS SAHAJA HABIS MENGUNDI BERBILION-BILION WANG DI BAZIRKAN BEGITU SAJA.!!

PEGI JAHANAM BUANG SAMA PEMIMPIN TAK GUNA NAJIB RAZAK.!!


18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.


Nama Najib tersenarai antara 5 pemimpin dunia paling boros. apakah tidak, dialah selaku Menteri Kewangan. boleh menggunakan kewangan negara sesuka hati mak bapak dia.!!


19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.


21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-minyak-jatuh-bantu-tingkat-ekonomi-negara-1.339880
Dalam UMNO dah tiada yang cerdik pandai. kaki pengampu saja bersepah,!

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.



Kerajaan telahpun membazir jutaan ringgit semata-mata mempromosi GST.


tatkala rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kerajaan bersenang-lenang membazir wang begitu saja.. adakah ini yang dikatakan 
 Kami DENGAR MASALAH ANDA??
Pemimpin-pemimpin BN kuat menipu.!


Walaupun beribu-ribu teguran diberikan, namun Najib tetap membuat pekak. Selaku Perdana Menteri paling tak guna dalam sejarah negara, beliau tak ambil peduli semua itu. beliau hanya mementingkan diri sendiri serta akan menyalahkan pihak lain jika  menegur kerajaan,. Blogger-blogger tersebut pulak disifatkan 
seperti BANGANG olehnya semasa berucap dalam PAU UMNO yang lepas.

Oleh yang demikian, Beliau akan menggunakan kuasa wang untuk memastikan dirinya sentiasa dibackup oleh kaki-kaki pengampu beberapa pihak blogger serta menteri-menteri yang hanya
 akan menyokong usahanya melingkupkan negara. 

Page yang paling kuat mengampu Najib Razak setakat ini adalah  Friend of BN.Masih ramai lagi yang belum didedahkan.

Bukti ??


Barisan Sayap Kanan BN menggelar Tun Mahathir sudah tua dan sudah nyanyuk ?

Inilah sebenarnya barisan SAMPAH. !!! 


Satu dunia mendedahkan tentang serangan Tun Dr Mahathir kepada Najib Razak kini.
Apakah Najib tiada langsung perasaan malu?




22 comments:

  1. Pemerintah akhir zaman adalah Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain. Malaysia dgn pemerintahan PM sekarang dan terdahulu tlh berkerja keras dgn menutup Tuanku supaya tidak diiktiraf dimalaysia. Tetapi penutupan itu tidak akan sekali Kali menghalang tentuan perjlnan Allah terhadap Sultan Nusantara pilihanNYA. Semakin ditutup akan bertambah parahlah Malaysia dan rakyatnya. Maka kembalilah kita kpd alquran dan sun ah.

    ReplyDelete
  2. Nabil Raja Lawak pun nyesal woooo terlibat dlm iklan GST agaknya.

    ReplyDelete
  3. Selagi Najib memerintah,semua rakyat akan kerana.jd dgn senang hati @ rela hati,turunlah dari takhta perdana menteri.kalau tak,mmg Najib akan buat anak cucu kita semua akan kerana dan menyumpah kita pada masa ini kerana biarkan Najib masih lagi memerintah dan membiarkan negara dijajah semula.

    ReplyDelete
  4. walau macam mana pn kita mengundi yang lain.. tp org yang mengira undi tu pn org kerajaan juga.. walau bagaimanapn kta nak dia letak jawatan.. takkan dapat pn.. sbb smua benda pn dia yang control.. tp najib ni lupa kuasa Tuhan.. kebesaran Kuasa Tuhan akan kita tengok satu hari nnti.. dia duduk senang kat rumah.. tidur lena tak pikir hutang.. tak pikir mcm mna nak bg kluarga makan.. tak pikir psal hutang sana sini sbb hutang yang bkeja utk dia.. mana dia nak faham ksusahn org lain.. asal dia senang sudah la.. tu yang dia pikir.. kalau dia ada pikir pasal rakyat mmg dia tidak akan duduk diam tengok rakyat susah.. pas tu tak malu lagi dengan teguran Dr. Mahathir.. kalau dia punya hati yang baik dia mmg malu ngn teguran tu.. tapi tidak plak.. dia minta plak dr Mahathir utk bckap lebih berhemah.. masa masih Dr. Mahathir pegang negara dulu mana ada isu agama.. isu bangsa.. bebas dulu.. skrg.. smua ada isu.. ntah apa yg najib pikirkn.. kalau sedar sedar la dia.. kalau tak.. hemmm.. semoga tuhan menyentuh hati n pikiran dia utk sedar n brubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm tu susah nk sedar rsnye....

      Delete
    2. Dulu masa Dr mahathir kite melayu dok aman ngn org China ngan Indian. X ade pon percakapan kesat tau racist. Pastu ade rse mcm Malaysia nih let membangun jadi 1st world country tapi lpas najib jadi pm rse tu dah xde. Sedih giler. Lagipon bukan nk kata ku ni racist ke ape tp byk pulak org bangla dtg Malaysia dpt layanan istimewa dr gamen.

      Delete
  5. Harap segala teguran DS Najib dpt ambil and buat perubahan semampunya. Pemimpin terdahulu termasuk TD Mahathir bersusah payah dlm membangunkan hak2 melayu dia dok senang2 nk musnahkan segalanya. Harap Allah beri jalan petunjuk

    ReplyDelete
  6. Dye xd sifat sygkn parti... dye tau BN akn kalah pd PRU14...tp ap dye kesah....yg pnting dye kaut kaw2 skunk

    ReplyDelete
  7. Sorry bn .. many of my BN friend say they will not support for pru14 .. cancel tht gst or atleast decrease tht percentage now .. do tht when near next pru14 ...no more for BN .. we know ur acting tht time

    ReplyDelete
  8. Rindu dgn pentadbiran Tun M...Tun D...& idea Pak Ungku....

    ReplyDelete
  9. Ntah ble da nk dekt pru14 nti gst dmnsuhkn...sbb nkkn undian...sbb nk meng...sbb nk kuassssssse!!! 😈😈😈

    ReplyDelete
  10. Percayalah . . Perang akan berlaku balik . dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  11. baru jumpa blog ni,saya bersama2 anda menyokong dr m....semoga Allah menumbangkan pemimpin2 yg menzalimi rakyat

    ReplyDelete
  12. Ajib dlm ucapan tbaru mengajak sama2 melawan ombak dn karam bersama...klu x silap...Terang2 dy dh ajak tengelam bsama... Tu pn menteri x prasan lg....ikuttttt je.. Susah bila pemimpin2 yg di wakilkan rakyat lebih mementingkan diri sendiri...semua jd penajut dn pak turut.

    ReplyDelete
  13. Anak - Anak Tun Mahathir serta keluarganya menjadi JUTAWAN tak menghairankan rakyat, jika dia kaya sudah sewajarnya,,( Sudah menjadi kebiasaan JIka sesorang itu Berkuasa ia akan membantu ahli keluarganya dahulu,,, itu perkara biasa....pada zaman pemerintahan Mahatir Rakyat Tak SUSAH, berbeza pula dengan Najib Yang banyak Meyusahkan Rakyat pada masa kini,,

    ReplyDelete
  14. NAJIB PERJUDIKAN NEGARA DAN NASIB RAKYAT DEMI 1MDB JIKA DIBIARKAN MALAYSIA BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI GREECE BAHKAN MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI...

    HOIIII!!!!!!! NAJIB
    TURUN KAU SEBELUM KAU DI TURUNKAN .. MANUSIA DURJANA

    ReplyDelete
  15. Hidup Tun M!!!Ahli syurga

    ReplyDelete
  16. Moga2 Najib akan ditempatkan di Neraka Jahanam paling bawah di akhirat kelak...

    ReplyDelete
  17. mampos kau Najib.!! PUIH. !!!

    ReplyDelete
  18. Banyk isu yang tak terjawb sebenarnya.

    ReplyDelete