Friday, 8 May 2015

Krisis 1MDB semakin parah.!




 Belum lagi reda dengan isu 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib Razak selaku PM serta Menteri Kewangan, kini timbul pula krisis berhubung Tabung Haji.

Tun Dr Mahathir dalam penulisannya yang terbaru  mempersoalkan  tentang salah laku urus wang yang berlaku didalam Tabung Haji.. Kenapa Tabung Haji terlibat dalam 1MDB ?? sedangkan wang itu adalah wang dari pencarum untuk menunaikan Haji, Tabung Haji hanya lah satu badan yang ditugaskan untuk menjaga amanah mereka yang mencarum didalam Tabung Haji dengan niat untuk mereka mengerjakan Haji.


Baca kenyataan ini.


 1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.


3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.


5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.


6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.




7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.


9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.


10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!


Tabung Haji


 Ini wang Haji.. bukan wang untuk bisnes serta digunakan untuk tujuan Politik !!!
Sepatutnya SPRM menyiasat perkara serta salah laku ini. Mungkin kaedah untuk menyelamatkan hutang yang berbilion ringgit dari 1MDB tidak berjaya digunakan dalam KWSP, kini wang dalam Tabung Haji pula disentuh..Ini satu perkara yang perlu dipandang serius!!






Hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion (ini angka di dewan rakyat pada bulan Jun 2012). Manakala jumlah hutang kerajaan Malaysia pada Jun 2012 adalah sebanyak RM470.6 bilion. Sekarang ini, jumlah hutang kerajaan Malaysia  data November 2012 daripada BNM menunjukkan sudah pun mencecah RM484.5 Bilion. Itu tahun 2012.. sekarang? Hutang Kerajaan sudah melebihi RM800 bilion.!!



Mungkin selepas ini wang zakat pula akan digunakan untuk membayar  hutang 1MDB !! Gila punya pemimpin!! 


 

 Patutla beberapa bulan yang lalu, 1MDB membuat kenyataan berhasrat hantar beberapa orang menunaikan haji.Mungkin dengan kenyataan sebegini membuatkan 1MDB dianggap satu badan yang prihatin serta mengambil berat tentang orang lain.. Persoalannya, pencarum wang di tabung haji bukan sahaja terdiri dari Tok Batin  malahan setiap lapisan masyarakat,


Patutla timbul keraguan mengapa Tabung Haji perlu meng 'hadkan' kuota jemaah Haji setiap tahun.. mungkin kerana wang-wang pelabur sudah tidak cukup untuk menampung mereka menunaikan haji kerana wang mereka telah disalah gunakan  dalam menyelamatkan hutang 1MDB.!!




Kaki-kaki pengampu bijak memainkan peranan mengampu walaupun kenyataan itu agak kelakar. 


Siapa yang melakukan ini semua? Atas arahan siapa perkara ini berlaku ?? 



 Adakah sama seperti Jho Low yang menerima arahan dari Perdana Menteri untuk  meluluskan pinjaman sebanyak USD 1 bilion ringgit  ??


" Businessman Jho Low told the managers of Saudi energy company PetroSaudi in 2009 that he had approval from prime minister Najib Razak for a US$1 billion loan to the company in 2010, according the Sarawak Report."


 1USD= RM3.6 (sehingga May 2015). Ini bermakna, nilai pinjaman yang diluluskan oleh Najib adalah sejumlah RM3.6 bilion.. itu tidak termasuk dengan nilai-nilai pinjaman lain yang belum lagi di kira. Kemana Jabatan Audit?? adakah pengawai-pegawainya menerima arahan untuk menutup mulut ??


Bagaimana pula dengan pembaziran seperti ini Najib?



Adakah benar kerajaan tidak terlibat dalam skandal salah laku rasuah?? Hasil laporan WSJ, mendapati negara Malaysia diantara yang tertinggi dalam salah laku rasuah.

 


 

Nama negara Malaysia menjadi malu apabila dilaporkan terlibat dalam salah laku rasuah paling tertinggi. PM Najib Razak juga tersenarai diantara pemimpin paling boros didunia!! mana nak letak muka?? ada kah Najib ni jadi PM untuk kayakan diri serta kroni sendiri atau benar-benar bekerja untuk rakyat?? kenapa bebankan rakyat dgn penarikan subsidi kepada rakyat?? bebanan GST yang tidak masuk akal serta kenaikkan harga minyak setiap tahun secara mendadak.?


Tabung Haji telah membeli tanah RM188.5 juta, Ianya sama nilai faedah 1MDB. Jadi, ini bermakna 1MDB sudah tidak ada wang.!! kemana wang ini hilang??

kenapa SPRM tidak siasat?? adakah SPRM juga terlibat dalam salah laku menerima Rasuah??Patutla negara kita adalah paling tertinggi salah laku rasuah.!! 

Satu soalan kepada Najib, Mengapa laksanakan GST ketika ekonomi negara sedang gawat?? adakah GST satu kaedah terbaik untuk membayar hutang 1MDB yang mana pembayarnya adalah dikutip dari rakyat??


Bukankah pada PRU 13 yang lalu anda mengatakan faham tentang kos sara hidup ?? 


apa yang anda faham?? sebab anda tak pernah hidup susah.!!!


Hal ini melibatkan pemimpin atasan.. Najib terlibat dalam penyelewengan wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar nilainya.. Digunakan untuk menambah pesawat baru, mengubah suai, memberi wang semasa kempen kepada ahli-ahli BN serta memboros sebanyak mungkin. yaa.. Kamu takkan mengalah.. tetapi kamulah penyebab utama BN tumbang dalam PRU14 akan datang..

Teori RAHMAN itu berasas dengan meletakkan Najib adalah PM terakhir kepada Barisan Nasional.!!

No comments:

Post a Comment