Seperti yang telah dikatakan, ringgit jatuh makin teruk, nilai ringgit sudah merudum teruk, Najib selaku PM paling pekak tak hirau semua itu, yang dia pentingkan kedudukan dia sebagai PM dan Pengerusi UMNO perlu ditetapkan walaupon menyedari ramai yang tidak sukakan dia.Perdana Menteri yang pentingkan diri sendiri dan pandai berlakon. Berita ini tidak sekalipun masuk didalam tv3 agen terkuat pengampu Najib yang telah diberikan Rasuah untuk mengampu bos besar mereka.
Ikuti perkembangan berita tersebut.
KUALA LUMPUR: Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memulihkan ringgit agar ekonomi terus berkembang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Kita tidak perlukan apa-apa lagi skandal. Kita tidak perlukan ketidaktentuan politik.
"Apabila kesemua isu berkenaan 1MDB diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan pemulihan ringgit," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB.
Berita yang tidak disiarkan oleh TV3 medium pembodek Najib.
"Kami telah serahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.
Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.
Najib sebelum ini pandai menipu.. dia cukup hebat dalam tipu menipu rakyat.. katanya aset 1MDB melebihi hutang tetapi melihat kepada penyata 1MDB tersebut, hutangnya begitu tinggi. Rakyat dikerah membayar hutang tersebut dengan dilaksanakan GST, bebanan kenaikkan minyak, tol dan gas dan berbagai-bagai lagi kenaikkan..
Lihatlah bagaimana Najib Razak selaku Presiden UMNO menipu orang ramai.
Kata orang tua-tua. selalu menipu lama-lama jadi pencuri..
Itulah hasil yang kita sudah lihat dan nampak.. Kata-katanya berlagak, sombong, dia pikir dia hebat.. Kini dia telah mencuri bilion ringgit tatkala rakyat ditekan dengan kesusahan dan kos sara hidup yang melampau. !
Sebenarnya hutang 1MDB penyebab utama ringgit jatuh teruk, ini buktinya.
Soalan yang dilontarkan oleh mantan PM kita Tun Dr Mahathir kepada Najib tidak dijawab.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/redeemed-cayman-island-funds-to-pay-off-1mdb-debt-interest-ceo-says
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak
US$700 Juta bersamaan RM 2.63 bilion jika dikira setakat tarikh matawang tersebut.. Kini kita telah dapati wang sebanyak 2.6 bilion ringgit ini ada didalam akaun Najib.Apa benarkah USD 700 Juta itu telah dibayar kepada Petro Saudi ?
http://www.bharian.com.my/node/41379
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perolehan-pesawat-baru-bertujuan-kurangkan-kos-jpm-55776
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
http://www.bharian.com.my/node/41379
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perolehan-pesawat-baru-bertujuan-kurangkan-kos-jpm-55776
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
Zeti Aziz sebelum ini menyatakan bahawa dirinya akan di tangkap jika menyentuh akuan individu tertentu.. Siapakah individu tersebut ? tak lain tak bukan adalah Najib Razak kepala penyamun terbesar yang mencuri berbilion-bilion ringgit dan menyusahkan rakyat untuk membayar hutang yang dibuat olehnya.
Dalam pada itu, pengampu upahan blogger dan facebooker Najib mempertahankan beliau kerana mereka telah diberi upah wang untuk berkerja kearah tersebut. 1MDB pula tidak berpuas hati dengan kenyataan Gabenor Bank Negara kerana mengaitkan isu 1MDB.. Lihat kenyataan dari berita upahan Najib Razak.
Apakah mereka fikir Zeti Aziz Gabenor Bank Negara adalah budak-budak upahan seperti yang sering mereka lakukan terhadap beberapa blogger pembodek mereka ? menerima wang dan melakukan kerja mengampu. Seolah-oleh pembodek tersebut tidak mempunyai kaki dan tangan untuk bekerja dan semata-mata mengharapkan kerja mengampu untuk mencari makan ?
Siapakah Dr Zeti Aziz ?
Beliau melakarkan sejarah apabila dilantik sebagai Gabenor Bank Negara ketujuh pada 1 Mei, 2000 dan merupakan wanita pertama di Malaysia dilantik ke jawatan tersebut.
Puteri tunggal Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958 dan berjaya ke menara gading apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal pada tahun 1970. Berbekalkan kegigihan, semangat maju dan jati diri, beliau terus mengorak langkah melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1978.
Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia dan seterusnya dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1 September 1998.
Beliau telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar monetari serta memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia. Selain dari itu beliau berjaya membangunkan kewangan Islam di dalam dan di luar negara serta industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Beliau turut memainkan peranan yang penting dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat dagangan Sukuk di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 – 2000. Dr. Zeti juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
Dr. Zeti diiktiraf dan dikurniakan beberapa anugerah seperti Gabenor Bank Pusat Tahunan Asia 2010 oleh Majalah Emerging Markets, anugerah Ahli Bank Pusat Tahunan 2005 dari Euromoney, Ahli Bank Pusat Tahunan 2004 dari Majalah Banker dan Gabenor Bank Terbaik Asia 2003 dari Majalah Emerging Markets.
Pada 13 September 2010,Dr. Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Untuk pengetahuan anda semua, ayah Zeti Aziz iaitu Gabenor Bank Negara adalah yang terlibat dalam Pengurusan Tabung Haji.
Dua orang tokoh hebat negarawan, Tun Dr Mahathir dan Profesor Ungku Aziz
Profesor Diraja Ungku Aziz mengemukakan kertas kerja kepada pihak kerajaan bertajuk ”Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” kepada Kerajaan pada bulan Disember 1959.
Beliau mengesyorkan penubuhan satu perbadanan untuk mengendalikan urusan orang-orang beragama Islam menunaikan Fardu Haji.
Mereka bukan calang-calang orang kerana jasa-jasa mereka menguntungkan Negara dan rakyat.. Rakyat sekarang tidak mudah ditipu oleh permainan Najib yang gila kuasa. !
tv3 mmg kaki putar belit.!
ReplyDeleteNilai RM ditentukan oleh pasaran kuasa besar ekonomi, selagi malaysia tak tandatangan TPPA maka ia kekal memberikan tekanan kepada malaysia. itu sebenar yg berlaku. 1MDB hanyalah kambing hitam untuk memperbodohkan rakyat.
ReplyDeleteCuba hang terang kn sikit..1mdb hanya la kambing itam untuk memperbodoh kn rakyat..
Delete