Tuesday, 23 April 2013

Lagi kaitan PAS & Syiah.!!





http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12826-ayatollah-khamenei-selar-kepemimpinan-diktator-pbb

PAS menyiarkan artikel berkaitan Abdullah Khamenei seolah-oleh memperakui kekuatan Ulama' Syiah ini.

 Kalau nak tahu siapa Ayatussyaitan Ali Khamenei ni, lihat gambar screenshot twitter dia. Dia ni maharaja lawak. Antaranya:
wali keramat:

Gambar 1: Ayatussyaithon Ali Khomenie: Aku sedang duduk bersama anak perempuan kecilku dan tiba-tiba ular besar melintas depan kami. Kami terlalu takut dan aku cuba membunuhnya. Ular itu melihat aku dan berkata "aku tidak akan mencederakan kau". Maka aku pun membiarkan ia. Kemudian ular itu menangis dan memukul dirinya dengan ekornya. Aku menangis menyaksikan kejadian itu.

Komen Syeikh Syaithan Hasan as-Safar: wahai wali Allah, jangan kau ceritakan itu kepada orang awam, nanti ramai akan jadi gila kerana mendengar kisahmu itu

Gambar 2: "Masih aku ingat suatu keadaan sukar yang terjadi kepadaku pada hari berlakunya letupan bangunan pada 11 September, ketika itu aku sedang berada ditingkat paling atas bangunan tersebut. Tika itu aku melihat sebuah kapal terbang datang. Lantas aku pun menyebutkan "Ya Husain", kemudian aku pun menukarkan serbanku menjadi payung terjun dan aku telah mendarat dengan selamat."

Gambar 3: hari ini saya pergi ke pantai di mana perairannya begitu masin dan tiada siapa yang suka pergi ke sana kerana kemasinan, apabila aku celup kaki aku tiba-tiba kemasinan telah hilang, saya menoleh ke belakang dan berkerumun ramai orang di belakang saya kerana hendak mandi di pantai ini!

Gambar 4: keratan akhbar harakah. Kononnya la dia menyelar, tak tahukah syiah ni taqiyyah?

Gambar 5: "Aku rindukan Sayyid Ayatullah Zahrsyadi. Tiba-tiba aku melihat beliau di dalam TV di siaran al-Kautsar sedang menyampaikan muhadharah. Lalu beliau pun tersenyum kepadaku, lalu aku pun memasukkan kedua tanganku ke dalam skrin TV, kemudian aku pun bersalaman dengan beliau.

Persoalan yang harus dibaca: menagapa Lidah rasmi PAS (Harakah) menyiarkan tentang Ulama Syiah ini?

Bukankah selama ini sering kita lihat Ulama' Syiah ini berdampingan dengan kempimpinan PAS?




Apa kata Imam Malik??


Syiah sedang berusaha menyebarkan pengaruhnya..

Berhati-hatilah kerana Fahaman Syiah ini begitu merbahaya sama sekali.


PAS tak hargai calonnya sendiri?





 Keadaan kini dilihat amat gentig bagi PAS, PKR & DAP, bukan genting sebab hujah ribut, tapi  kerusi-kerusi PAS, PKR & DAP masih menjadi perebutan   bagi pihak masing-masing.
.

Mungkin PAS terlalu berlembut sehingga membiarkan beberapa kerusinya dikebas oleh PKR & DAP. Tak hairan jugaklah PAS  yang selama ini menjadi Parti Angguk Saja hanya mempu membiarkan kerusi mereka di kebas oleh rakan sekutu mereka sendiri.

Ambik habuan!! padan dgn muka PAS.! PAS lebih  mementingkan individu ditempat lain dari ahlinya. Lihatlah sebagaimana beberapa calon PAS yang akhirnya dipinggirkan oleh PAS sendiri seperti di Parlimen Jempol, meletakkan Aisyah yang hanya sebagai penyanyi menggantikan Fairuz yang selama ini bekerja untuk PAS. Inilah yang dikatakan PAS alaf baru.


Ingatlah, Nasharuddin & Hassan Ali yang berpuluh-puluh tahun didalam PAS dipinggirkan begitu sahaja, jadi tak mustahil PAS boleh bertindak kepada ahli-ahlinya yang lain bukan??


Friday, 19 April 2013

Hudud: Hadis yang disembunyikan oleh PAS!



Photo: Hadis nabi mengenai Hudud.

Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:
 
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ 

(Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

Selama ini PAS sering mendakwa UMNO kafir kerana tak menjalankan perintah Allah lebih-lebih lagi berkaitan hudud, namun disebalik polimik ini, PAS menyembunyikan Hadis  tentang hukum ini.

Perkara berkaitan Hudud ini bukanlah satu perkara  yang hanya simple & mudah untuk dilaksanakan, namun ianya memerlukan satu perincian yang panjang lebar.

Baca apa yang dikatakan oleh Imam Syafie tentang Hudud:

http://darah-satria.blogspot.com/2011/10/hukum-hudud-menurut-imam-syafie.html

Lihatlah di dunia Arab yang melaksanakan Hukum Hudud ini, apakah disemua tempat hukum ini berjalan?

PAS harus berubah & jangan sesekali menggunakan hukum  Allah untuk mencari kesalah orang lain.
sudah-sudahlah  PAS yang selama ini wujud memecah belahkan umat Islam di negara ini.

http://darah-satria.blogspot.com/2012/09/kegagalan-melaksanakan-hukum-hudud-pas.html
http://darah-satria.blogspot.com/2011/10/mengapa-hukum-hudud-masih-gagal.html




Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:

“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.


Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).


Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ 

(Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)


Tanyalah kepada PAS yang selama ini wujud lebih 50 tahun, adakah mereka menyemak kembali Hadis ini??
Mengapa PAS menyemak Al-Quran semula selepas DAP menolak Negara Islam PAS & kemudiannya Hadi Awang mengatakan Negara Islam PAS tidak wujud didalam Al-Quran?



Akhirnya pada 11 Disember 2011, PAS sendiri mengatakan Negara Kebajikan PAS kini tanpa hukum Hudud.


Dari Ibnu Umar r.a. katanya

Bersabda Rasulullah s.a.w.

"Barang siapa berkata kepada saudaranya , "Hai kafir! maka kalimat itu
pulang kepada salah seorang dari keduanya, jika kekafiran itu benar ada,
jika tidak, maka kekafiran itu berbalik kepada diri yang mengucapkannya."

Hadis sahih riwayat Muslim

Sedarlah wahai Melayu yang masih menyokong PAS, perkara ini sudah berbalik kepada kamu satu persatu!


PRU 13, kita wajib tolak PAS, PKR & DAP!!