Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 26 October 2011

Mengapa hukum hudud masih gagal dilaksanakan di Malaysia? Adakah salah Kerajaan Pusat?


                                 
















Siapa kata  TOLAK Hukum Hudud? UMNO cuma nak laksanakan hudud secara menyeluruh iaitu termasuk golongan bukan Islam pun tak terkecuali..tapi PAS x setuju..PAS hanya akan laksanakan hukum hudud untuk umat Islam sahaja..mcm mana nak laksanakan hudud sedangkan negara kita sekarang menggunakan undang2 sivil (common law)? jika hudud dilaksanakan, kedua2 jenis undang2 ini x sama antara satu sama lain..maksudnya jenis hukuman pun x sama walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama..

Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w dulu menggunakan hukum hudud mengikut Al-Quran manakala kaum yahudi pula menggunakan undang2/hukuman mengikut kitab Taurat..pun begitu, kedua2 hukuman ni (antara Al-Quran & kitab Taurat) menggunakan kaedah serta hukuman yang sama..contohnya dalam kes zina antara lelaki dan wanita yg dah berkahwin, mengikut kitab Taurat mereka akan direjam di mana ianya adalah bersamaan dengan hukuman dalam hukum hudud..jadi, walaupun kaum Yahudi menggunakan hukuman mengikut kitab Taurat, tapi hukumannya sama seperti hukuman dalam hukum hudud..

Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun x kena apa2 denda pun..masalah ni akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam..pasangan yg bukan Islam itu mungkin x dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin)..kat sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.

Oleh itu, hanya ada satu cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh, kita kena meminda undang2 sivil terlebih dahulu..yakni kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud..baharulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman..masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di kabinet seperti MCA, MIC, Gerakan dan DAP menerima cadangan pindaan ini?? Adakah hak meminda undang2 di Malaysia terletak di tangan menteri2 UMNO secara total?? Tentulah tidak kan?? Dan jangan ingat semua penyokong2/pemimpin PKR akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.

Kita harus ingat, segala pindaan undang2 atau perlembagaan negara perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen termasuk sokongan dari MCA, Gerakan, DAP, MIC, etc...jika sokongan majoriti diperolehi, baharulah kita boleh meminda undang2..UMNO tidak boleh sesuka hati meminda undang2 tanpa sokongan majoriti di kabinet.

Kalau negara kita ini semuanya terdiri dari orang Islam, memanglah tidak menjadi suatu masalah langsung jika undang2 hudud dilaksanakan..masalahnya negara kita terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama..memang benar, zaman nabi pun ada kaum kafir, tapi golongan kafir zaman nabi iaitu kaum yahudi pun guna undang2 mengikut kitab Taurat..jenis hukuman kedua2nya antara hudud dan hukuman mengikut Taurat adalah sama..kalau kesalahan yang dilakukan adalah sama; jika dalam kitab Taurat menjatuhkan hukuman bunuh, hudud pun sama juga..sebab tu lah tiada masalah ketika di zaman rasulullah s.a.w.

ada yang bertanya pulak kenapa hukum hudud nak dikenakan ke atas golongan bukan Islam sedangkan ibadah solat tidak diwajibkan ke atas mereka..nampaknya pembangkang tak belajar ttg rukun Islam iaitu :-

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Jadi, solat hanya wajib utk orang Islam sahaja, bukan Islam tak diwajibkan pun..hukum hudud adalah undang2 untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan segala kejahatan..


Perlu direnungkan juga tentang kaedah membuktikan seseorang itu bersalah atau pun tidak. Kita x nak nanti ada yang tak bersalah tapi dijatuhkan hukuman bersalah. Ini adalah kerana fitnah amat senang untuk dilakukan ketika ini memandang keca...nggihan teknologi yang dapat menewaskan kemampuan fikiran kita untuk menilai yang mana satukah fakta/bukti yang benar dan yg mana satu bukti/fakta yang direka2 sahaja..Inilah yang kita selalu ckp kaedah perlaksanaan hukum hudud..Rakyat nak tahu mcm mana kaedah melaksanakannya, kaedah pembuktian dan juga kaedah hukuman..sampai skrg PAS sendiri pun x berani nak jelaskan kepada rakyat tentang kaedah perlaksanaan hukum hudud..

Cuba bayangkan dah berapa lama PAS telah mencanang cerita kununnya UMNO menolak hudud sedangkan PAS sendiri pun xtau kaedah nak laksanakan hudud..baru skrg je Hadi Awang mengaku kalau nak laksanakan hudud perlukan masa, kena kaji, ekonomi rakyat perlu stabil dulu..jadi, dulu2 PAS x tahu apa satu laa..main canang2 nak laksana hudud dalam pilihanraya je lah..kesian, rakyat ditipu lagi oleh pemimpin2 PAS yang hanya gilakan kuasa.!

Persoalan :

1. kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak memberikan zakat kepada muallaf qulubhum pada zamannya walaupun jelas ada nas dlm ayat Al-Quran mengenai hak mualaf tersebut?

2. Kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak melaksanakan hukuman hudud pada masa Madinah dalam kesusahan/kemiskinan?? bukan sahaja UMNO, malah Khalifah Umar Al Khatab sendiri tidak melaksanakan hukum hudud ketika Madinah dilanda kemiskinan..jadi, adakah Khalifah Umar boleh dikatakan menolak hukum Allah?? Tahukah anda apakah hubungan Khalifah Umar dengan Rasulullah s.a.w?? admin tak perlu sebutkan di sini lagi, sebabnya semua org tahu kan..jika Khalifa Umar sendiri tidak laksanakan hudud ketika itu, kenapa UMNO yang tidak laksanakan hudud dikatakan menjadi kafir??? Siapa PAS nak jatuhkan hukum??

3. Dalam pembahagian harta rampasan perang, jelas dlm Al Quran menyatakan ia perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, tapi kenapa beliau hanya berikan 1/5 kpd baitulmal sahaja, dan selebihnya diberikan kpd sebahagian tentera sahaja??

4. Persoalan terakhir, adakah Khalifah Umar membelakangkan Al-quran dan Sunnah? Puak PAS silalah jawab!!

Kita sedia maklum bahawa UMNO hanya ada 77 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Bagaimana UMNO nak mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen? Secara kasar, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan dgn 148 kerusi sedangkan UMNO ketika ini hanya ada 77 kerusi sahaja? Kalau dicampurkan dengan jumlah kerusi parlimen UMNO, PAS & PKR (77+23+25) baru berjumlah 125 kerusi parlimen sahaja..maksudnya masih memerlukan 23 kerusi untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud..jadi, adakah kegagalan mendapat baki 23 kerusi  ini adalah salah UMNO?? renung2kan, jangan main ckp ikut sedap mulut je..

Akhir sekali, jika negara kita melaksanakan hukum hudud hanya melibatkan orang2 Islam, manakala org2 bukan Islam pula menggunakan hukuman mengikut undang2 sivil, adakah jenayah tidak akan berlaku langsung di kalangan golongan bukan Islam?? Adakah negara kita tidak akan ada lagi jenayah seperti berzina, berkhalwat, merompak, menyamun, merogol dan sebagainya di kalangan orang2 bukan Islam? Ini adalah kerana golongan bukan Islam tidak dikenakan hukuman berat sama seperti hukuman hudud. Seterusnya sudah pastilah mereka tiada rasa takut langsung untuk melakukan lagi aktiviti jenayah ataupun maksiat. Sudah pasti golongan bukan Islam akan mentertawakan orang2 Islam kerana mereka (orang2 bukan Islam) buat salahpun xkan kena hukuman berat sedangkan kalau orang2 Islam buat salah akan dikenakan hukuman berat. Pada masa ini akan wujud gejala ejek-mengejek, rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam dan tidak mustahil akan wujud suasana ketegangan kaum dan agama.


Kesimpulannya; jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud telah dilaksanakan. Ini adalah kerana hukum hudud hanya dilaksanakan untuk umat Islam sahaja. Alasannya, hanya org2 Islam sahaja yang takut untuk melakukan maksiat ataupun jenayah, sedangkan golongan bukan Islam masih bebas melakukannya sebab tidak akan dikenakan hukuman berat pun..sedarkah anda bahawa di Malaysia ni wujud gangster2 yang terdiri dari golongan bukan Islam??? Oleh yg demikian, hudud tidak akan dapat membendung golongan bukan Islam dari melakukan maksiat serta aktiviti jenayah..



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya