Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Friday, 9 September 2011

Ini Jawapan Mengapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia!!


                                    


 Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London. 




 Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya. 


 dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.   



Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya. 

Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu. 


Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an. 

Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya. 


Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung MalaysiaSabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi SingapuraPulau PinangMelaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.


Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia..

Tetapi hairan Hari ini kita melihat Puak2 Melayu Pakatan Rakyat Menuding Jari dengan menuduh Tunku Sengaja menyerahkan Singapura kepada Parti PAP yang di naungi kaum cina. Apakah mereka sudah buta hati tidak tahu sejarah??
Benarlah kata Pepatah..

Jika mahu merosakkan Tanaman, Racunlah Akarnya..
Jika Mahu Merosakkan Bangsa, Racunilah Sejarah Mereka..



6 comments:

Darah Satria said...

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-69378.html

Unknown said...

info terbaik... sejarah yang hampir hilang... terima kasih admin...

C L J said...

Maaf.
Biarlah hamba simpan perkataan perkataan hamba didalam hati sahaja.
Hamba percaya ramai sahabat bersetuju dengan keputusan itu dan bertindak begitu juga.
Inshaallah.

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

info menarik. terima kasih utk info ni.

kerol said...

Wayang ar.. Gula gula melayu..

Anonymous said...

Ini sepatutnya sejarah yg perlu diajar di sekolah..

PErsetankan pandangan minoriti katakan ini racist. Tidak akan ada racist kalau mereka yg tidak mulakan nya.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...