Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Monday 17 November 2014

Agenda tersirat disebalik insiden MH17-Part 2




 Agenda tersirat disebalik insiden MAS MH17

 Sambungan dari tajuk diatas,,,


Dalam bahagian pertama, saya telah mendedahkan konspirasi  US serta Nato menjalankan misinya keatas Rusia..Dalam krisis insiden tembakan pesawat MH17 ini, negara Malaysia membuat hubungan risikan dengan Ukraine, tetapi  tidak melalui cmpurtangan Rusia.. Amerika adalah punca utama dalang konspirasi disebalik semua ini kerana krisis yang melibatkan Ukraine adalah melalui campurtangan kuasa besar negara itu sendiri.

 Kenapa??

 Jika MH370 Amerika menyalahkan China, jadi atas insiden MH17 ini juga Amerika  akan mengaitkan Rusia.. Baca tulisan saya pada bahagian pertama MH370 disini: Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MH370

Apakah kamu sudah lupa siapakah yang menyerang Iraq? yang menyerang Afganistan?? yang membunuh berjuta-juta penduduk disana yang tidak berdosa?? US sedari awal lagi menghulurkan bantuan  keatas inisden yang berlaku ini...Namun perkara ini dapat dihidu oleh Russia...

Rusia dalam pada itu mengesan sebuah pesawat tempur milik Ukraine  SU25 yang terbang pada jarak 3-5 km diatas udara berada menghampiri pesawat MH17 ketika kejadian ini berlaku...



Amerika membuat tuduhan demi tuduhan dengan mengaitkan BUK milik Rusia yang melakukan tembakan keatas pesawat ini. Begitu juga laporan bagi pihak Ukraine.. Namun imej satelit dipihak Rusia mendedahkan tidak ada BUK yang dikatakan  menembak pesawat terbabit di kawasan berkenaan..

                             No Buk missile defense units in Donetsk Region, 5km north of Donetsk city, on July 17, 2014.Photo courtesy of the Russian Defense Ministry

 Apabila pesawat tempur milik Ukraine ini didedahkan oleh pihak Rusia, kemudiannya berlaku inisiden  2 jet tempur jenis sama yang dikatakan ditembak jatuh oleh puak pemberontak Rusia.

 Baca laporan berita : Pemberontak tembak jatuh 2 jet pejuang Su-25 Ukraine

Bukankah media menyalahkan Rusia dengan mengatakan Jet Pejuang tempur Ukraine ditembak oleh Pro Rusia?? 

Tahukah kamu mengapa berlaku sedemikian?? tak lain tak bukan adalah untuk mengalih perhatian kerana bukti yang jelas menunjukkan pesawat tempur milik Ukraine SU25 berada berhampiran pesawat komersial MAS 17 ketika itu...


Hal ini juga langsung tidak dijawab oleh pihak Amerika serta Ukraine sehingga hari ini bukan??



 Tidak rugi untuk mengorbankan 2 atau 3 buah pesawat  mereka  sendiri dengan tujuan  menghapuskan kesan-kesan bukti.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, mungkin pesawat tempur berkenaan tidak boleh dikesan oleh radar-radar dari satelit negara lain, tetapi Rusia mempunyai sistem satelit yang canggih. Mungkin ini yang menjadi ancaman terbesar kepada setiap percaturan konspirasi Amerika Syarikat dan NATO...Rusia tidak boleh dibiarkan, percaturan untuk menggulingkan Rusia sedang dirangka dengan begitu teliti..

 Amerika perlu menggunakan kerjasama diantara negara-negara besar seperti German dan Belanda dalam misinya menawan Rusia serta menguasai ekonomi negara China... Bukankah  Belanda hanya disebelah  negara German??


Bukti 1

 Jika BUK menembak jatuh pesawat MH17 ini.. dari mana pula datangnya serpihan lubang kesan tembakan pada pesawat ini pula??

lubang kesan tembakan peluru 




Bukti 2

Fakta: Analisa pakar penerbangan Jerman mengatakan pesawat bukan ditembak dari BUK, tetapi dengan 'shell' dari jet pejuang.



 Lihat serpihan kesan tembakan pada bahagian pemandu ini.


Bukti 3 : Satelite Rusia mengesan pesawat tempur SU25 pada masa kejadian
 



Bukti 4 : Serpihan tembakan pada bahagian sayap disebelah kiri

Seperti yang sudah saya jelaskan kepada anda semua, pada pandangan saya sejak dari mula lagi, pesawat MH17 ini telah ditembak dari atas udara lagi.



Kesan tembakan serpihan pada bahagian Juruterbang itu berpunca dari tembakan dari sudut seperti ini.

Kerana disebabkan itu juga terdapat kesan serpihan peluru pada bahagian sayap disudut kiri.. 






Juruterbang telah ditembak terlebih dahulu kerana segala perbualan juruterbang akan direkod melalui kotak hitam.. Ini juga salah satu kaedah menghapuskan bukti.

Lihat pada rakaman  kedudukan pesawat ini terhempas dari udara.. 


Kelihatan seperti ianya sudah tidak lagi mampu dikawal seolah-olah Juruterbang telah ditembak semasa pesawat berada beribu kaki lagi diudara bukan?? 



Dalam pada itu, Rusia mengemukakan beberapa bukti serta membuat analisis  mengenai tembakan yang sama yang dilihat pada serpihan Boeing MH17.


Bukti 5 : Analisa pakar Rusia menggunakan pesawat jenis sama seperti senjata yang digunakan pada jet pejuang SU25 menembak model pesawat


Canon test yang dijalankan mendapati kesan tembakan lubang pada pesawat model ini mempunyai saiz yang sama dengan serpihan yang terdapat pada MH17. Kesan peluru bersaiz 30mm adalah selari pada pesawat MH17.



Media US memainkan sentimen menuduh Pro Rusia terlibat, tetapi tidak disertakan bukti yang jelas.



Bukti 6 : US & NATO  berbohong mengenai tembakan dari BUK

 Kesan berlubang akibat tembakan ini datangnya dari pesawat tempur milik Ukraine bukan dari BUK dari Rusia seperti yang telah didedahkan oleh pihak Amerika..


Bukankah jika dikatakan tembakan dari BUK milik Rusia, ia akan meninggalkan kesan seperti ini??
dan mengambail masa sekurang-kurangnya paling cepat untuk hilang adalah dalam tempoh 10 minit dimana waktu itu sudah cukup untuk seseorang mengambil gambar serta direkod dari perbulan jurterbang dari pesawat yang lain bukan??


Rusia lebih "Gentlement" dalam memberi kerjasama tidak seperti Ukraine yang sering menyalahkan pihak lain..Amerika pula mengenakan sekatan Ekonomi keatas Rusia dengan mengharapkan sokongan dari EU..

Tetapi begitu malangnya hari ini, media-media dalam negara Malaysia kelihatan lebih memihak kepada Ukraine serta kerjasama pertahanan negara Malaysia & Ukraine juga begitu  giat dilakukan... 

Ini sesuatu yang tidak adil sama sekali.


Apakah yang sudah jadi keatas risikan CIA  mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang pada awal Mac lalu?? kenapa tiada sebarang berita dan laporan mengenainya? 
 Begitu malang juga pemimpin negara Najib Razak merasa syok sendiri dan melebel hebat kerana dianggap seorang yang berani berunding bersama puak pemisah Ukraine..Lebih parah Menteri  Pertahanan iaitu Hisyamudin lembik juga sering memuji apa sahaja yang dilakukan oleh Najib dan melebel PM Najib antara hero.. Beliau juga tak setuju dengan pandangan Tun Mahathir.. Lu dah lupa ka sapa tu Tun Mahathir ?? 



 “Bukan banyak pemimpin di dunia boleh lakukan apa yang Najib lakukan, tanya sama ada Obama atau Putin boleh lakukan? Dan kalau itu tidak boleh dinilai oleh orang ramai, saya rasa ia sesuatu yang menyedihkan  "

Hisyammudin pun terlibat antara individu yang kuat mengampu Najib.. !! Mana dia penilaian anda wahai Hisyamudin apabila Najib memansuhkan ISA ?? apa pula penilaian anda terhadap pandangan anda sendiri yang mengeluarkan kenyataan
 "Polis teliti kemungkinan Juruterbang bunuh diri " ?? 



Inilah seorang mentaliti Menteri Pertahanan yang begitu gagal, KPI Najib Razak juga gagal kerana negara semakin huru hara, keadaan menjadi semakin teruk.

Mereka tidak faham startegi disebalik  strategi mengkambing hitamkan Malaysia, malah merasa bangga kerana dianggap pemimpin yang berani berunding dalam krisisi ini...
Pegi jahanamlah!!

Hisyamudin ( Menteri Pertahanan yang lembik ) juga telah menafikan pesawat MH17 telah ditembak dari udara.. Baca disini:


Lebih kelakar apabila Menteri Pertahanan Negara memberitahu pesawat ini ditembak dari BUK milik Rusia. Nampak sangat ianya memihak kepada apa sahaja yang disampaikan Amerika serta sekutunya NATO

,"Ini kerana risikan ketenteraan mendapati bahawa ia adalah tembakan dari darat ke udara bukannya dari udara ke udara."

Ini risikan ketenteraan atau risikan sampah??

Mana perginya risikan ketenteraan apabila pesawat MH370 hilang walaupun menyedari ada terdapat pesawat yang tak dikenali ketika itu??

Sama seperti apa yang dilaporkan pihak barat dalam melalui media 


Bersama Setiausaha  Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel, Hisyamudin sedang dalam rangka menjadikan Pertahanan Negara hak Kolonial Amerika.


Pertahanan negara bakal menjadi hak kolonial Amerika sekaligus mengukuhkan penguasaanya serangannya keatas  China dan Rusia. 

Bukti??

Kebimbangan Tun Mahathir dalam ucapannya pada 26 August 13


MALAYSIA MENGIKAT DIRI PADA AMERIKA SYARIKAT - TUN M



                                            

Hari ini saya baca dalam surat khabar bahawa kita akan terlibat dalam perjanjian dengan Amerika dalam bidang pertahanan. Ini akan menjadikan kita sebagai tanah jajahan Amerika. Kita telah berjuang untuk memerdekakan negara kita supaya dapat kita uruskan hal ehwal negara kita tanpa campurtangan luar. Tetapi dengan kita mengikatkan diri kita dengan Amerika Syarikat maka kita tidak ada kebebasan lagi. Segala dasar hubungan kita dengan negara lain akan dikuasai oleh (kepentingan) Amerika Syarikat. - Tun M 
(26/08/13)

"We don't have a cold war with the United States... we are already a part of the United States and now we want to have a defense agreement with them.." - TUN MAHATHIR (26/08/13)


Patutlah Negara makin huru hara kerana mendapat pemimpin yang tak cukup bijak serta pendek akal.

Najib, Hisyamudin serta beberapa Menteri Kabinet memang terus menerus menjahanamkan negara sejak akhir-akhir ini.


Pesawat ini adalah pesawat MAS Malaysia Airliner, kepunyaaan Malaysia.. Sudah tentu Malaysia  akan diberikan keutamaan dalam kerjasama di antara puak pemisah terbabit. Jika pesawat tersebut bukan pesawat Malaysia, tidak ada apa yang perlu dirundingkan.

Pemimpin tidak perlu berasa bangga kerana diberi ruang, tetapi mereka perlu melihat lebih jauh dari perspektif yang berbeza apakah kesan disebalik punca kejadian-kejadian ini berlaku.. Boleh simpan lah sifat berbangga dan syok sendiri tu sebab takkan membantu apa-apa langsung.. 

Kerajaan hari ini lebih mementingkan pujian-pujian tinggi melangit.. Berhati-hatilah dengan pujian itu..



Kesan tembakan pada pesawat MH 17  ini adalah berdiameter lebih kurang 30 mm. Ianya selaras dengan  perbandingan pada peluru pesawat  pejuang tempur milik Ukraine SU25  yang dilengkapi senjata pada saiz 30 mm berlaras dua , jenis GSH -302 / AO - 17A dengan 250 pusingan.



Adakah ini petunjuk kepada  Satelit Rusia yang mengesan pesawat tempur milik Ukraine SU25 yang dikesan  berada hampir pada pesawat  Malaysia Airliner MH 17 ketika itu??


 Bukti-bukti yang disertakan oleh Rusia menunjukkan Pesawat MH 17 telah ditembak jatuh  dari peluru yang besaiz 30 mm.. Ini membuktikan pesawat tempur Ukraine yang menembaknya??


Kenapa sehingga hari ini Amerika serta Nato mendiamkan diri dalam menjawab tuduhan ini??


Bukti 7 : Seorang saksi  melihat sebuah pesawat tempur pada ketika kejadian.


Jadi, apakah  pesawat kedua tersebut yang dimaksudkan ?? "small military aircraft in the sky" 
Pesawat pejuang kecil berada diatas udara ketika itu..
Saya percaya mungkin terdapat lebih dari satu pesawat  tempur milik Ukraine semasa kejadian.

Bukankah jet pejuang SU25 lebih kecil berbanding pesawat MH17??

Pesawat tempur milik Ukraine adalah kecil, ianya secocok dengan penjelasan dari seorang saksi semasa kejadian.



Bukankah dalam Krisis Ukraine dan Rusia, Amerika telah memberi amaran kepada Rusia??
 Kenapa Amerika begitu menyibuk?

Amerika adalah dalang utama untuk mengenakan serangan keatas Rusia serta mempergunakan Ukraine yang berada disempadan Rusia..


Bukti 8 : Ukraine ATC loses Contact


13:15 -Ukraine ATC loses Contact.

19 July 14 : Rusia mempertikaikan mengenai kemana hilangnya ATC (Air Traffic Control ) rakaman dipihak Ukraine.

Hal ini juga dipersoalkan oleh negara Malaysia.


Kenapa PM Ukraine meletakkan jawatan  selepas insiden ini?

Kenapa beliau meletakkan jawatan selepas diasak oleh pihak Rusia untuk menjawab mengenai  hal ini??

The Russian military detected a Ukrainian SU-25 fighter jet gaining height towards the MH17 Boeing on the day of the catastrophe. Kiev must explain why the military jet was tracking the passenger airplane, the Russian Defense Ministry said

Jadi, cara terbaik adalah meletakkan jawatan serta  melepaskan tangan dari menjawab bukan?


Sementara itu, Pemuda UMNO yang dikuasai pemimpin jenis liberal begitu benak apabila membuat DEMONSTRASI dihadapan kedutaan RUSIA dengan menuduh RUSIA yang menembak pesawat MH17 ini.



Ketua Pemuda UMNO, KJ bersama OBAMA,
Mungkin lawatan OBAMA ketika itu untuk menaikkan nama Sukan DiMalaysia agaknya bukan??

Jadi, untuk meneruskan delegasi US, penyokong bawahan digesa berdemo dikedutaan RUSIA  untuk menampakkan sokongan tak berbelah bahagi kepada Amerika agaknya.

Adakah kepimpinan kerajaan di bawah Najib sekarang lebih memihak kepada CIA dan barat??


Inilah dia UMNO yang mangkuk hayun.. Bila sebut sahaja nama UMNO, aku jadi meluat, bukan sebab apa.. sebab melihat kebebalan pemimpin-pemimpinnya serta penyokongnya yang tak tahu apa-apa.. hanya mengikut apa sahaja arahan BOS diatas. 

Pemuda UMNO serta UMNO keseluruhannya begitu gagal hari ini dalam mentadbir negara selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya.. Mereka menjadi pak turut serta mewarisi kebebalan dari pihak diatas.

Mungkin sebab ini dasar pandang ketimur sudah bertukar kepada dasar pandang kebarat, sebab itu Kerajaan pimpinan Najib lebih beratkan pihak Barat. 

Rusia antara sebuah negara yang tidak melatah apabila dituduh dengan bermacam-macam tudahan dari pihak barat malahan mengemukakan bukti. 

Tetapi kenapa negara Malaysia (mangsa) terus berdiam apabila bukti-bukti yang didedahkan pihak Rusia ??? 


Apakah dasar pandang ke BARAT melalui Transformasi Najib telah menyebabkan pemimpin Malaysia terus berdiam diri?? Tak kisah dengan apa yang berlaku terhadap mangsa kejadian yang mati ditembak begitu saja??  atau hanya menjadi hebat dihadapan penyokongnya sahaja. ??


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep berkecuali, Malaysia tidak sepatutnya melebihkan mana-mana pihak, Negara perlu membuat penilaian keatas dasar kedua-dua negara besar ini. Tetapi Najib Razak begitu berminat atas segala konsep yang datang dari US terutamanya berminat dalam perjanjian TPPA ini.



Tahukah kamu apa yang akan dilakukan US serta rakannya NATO keatas RUSIA??

Tahukah kamu agenda disebalik TPPA itu?? nanti saya huraikan lebih lanjut hal  kerana ianya begitu penting kepada pihak NATO dalam melancarkan misinya keatas kedua-dua negara China & Rusia ini. 


Malaysia terletak diantara laluan yang paling strategik,..



Kasihan melihat mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan akibat percaturan-percaturan  politik sampah ini.!! Negara terus berdiam diri dan hanya mengharapkan kepada siasatan CIA dari pihak barat semata-mata. 


Kerajaan dibawah pemerintahan Najib Razak telah gagal.. Beliau seorang yang lembik, tidak tegas, berterusanlah huru hara jika Najib terus menjadi PM sekaligus BN takkan kekal lama memerintah. Najib perlu meletakkan jawatan dan sila berambus dari kerusi Perdana Menteri serta tak usah jadikan UMNO hanya untuk kepentingan anda  kerana   Malaysia serta UMNO ini bukan hak individu tertentu. Ianya hak kepunyaan Rakyat Malaysia serta bangsa Melayu.. 

Kita tidak juga lupa apa yang berlaku keatas Afganistan dan  Iraq semasa serangan dari tentera Amerika disana.. Mungkin pemimpin negara kita hari ini sudah lupa dengan itu semua dan terus menerus dibuli. 

 


Dunia semakin menghampiri dengan situasi Perang Dunia Ketiga, kemungkinan peperangan yang besar ini bakal berlaku diantara Soviet Union dan NATO..


 Sambungan kupasan lebih menarik dalam bahagian 3 MH 370 dan MH 17 ini..










Thursday 9 October 2014

Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohammad penyelamat bangsa Melayu dan Negara.




Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” 

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.


Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.  Sebenarnya, dasar-dasar yang dibuat oleh Tun Abdul Razak ini diambil dari hasil penulisan buku dari Dr. Mahathir Mohammad ketika itu dalam penulisannya bertajuk 'Malay Dilema'



Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.



Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. 

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan. 

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.


 Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.  


Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.


Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.


Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.


Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB. 

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.





Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981


Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.



Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. 


Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.


Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.


Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan. 

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia. 


Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Thursday 2 October 2014

Harga minyak naik 20 sen ? Najib PM terakhir BN.




Hari ini negara dikejutkan dengan pengumuman kenaikkan minyak 20 sen bagi setiap liter untuk Ron95 dan Diesel.
Mulai tengah malam ini, KPDNKK mengumumkan harga runcit baharu petrol RON95 akan meningkat sebanyak 20sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan ini juga melibatkan harga diesel dengan harga baharu adalah RM2.20 seliter..

Apabila Tun Mahathir mengkritik dasar-dasar Transformasi Najib yang dilihat semakin hari semakin melingkupkan negara, maka si kaki pengampu akan tegar memeprtahankan Najib terutamanya si Khairy Jamaluddin.



Adakah mereka mendengar??



Tidak sama sekali.

Pada beberap minggu yang lepas, Kerajaan mendakwa mendengar segala teguran Tun Mahathir ini secara terbuka.. 


 

Kerajaan telah banyak berhabis wang berpuluh-puluh Jutaan Ringgit.. nilai pembaziran yang berskala besar ini dianggap satu  bentuk yang berpatutan. lihat video diatas.
Jangan haraplah rakyat akan terimanya bulat2 apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin hari ini sedangkan mereka tidak pun mendengar secara hati terbuka, tetapi tak peduli dengan setiap teguran-teguran itu..

Sebab teguran itu datang dari individu yang sudah tidak ada apa-apa jawatan.. pemimpin UMNO memang tak sedar diri.!!
 

Apa gunanya kerajaan memberi BRIM, menaikkan gaji, bonus serta memboros dengan keterlaluan tetapi dalam masa yang sama menarik subsidi Rakyat??

Apakah Najib fikir rakyat   boleh menerimanya ?? Apa yang lebih merunsingkan, rakyat bakal ditekan dengan kenaikkan harga barang yang melambung tinggi,.

ooo.. gua lupa... Pendapatan rakyat Malaysia sudah mencecah  dalam angka RM5,900 kan?? 

 Selang masa PRU13 yang lalu berlangsung  hanya beberapa tahun, tetapi kenaikkan mendadak gula 34 sen, tarif elektrik sehingga 15%, serta beberapa  kos yang lain.

Rakyat semakin terbeban dengan setiap kenaikkan kos ini kerana  memerlukan lebih wang untuk kos sara hidup.. 
Belum lagi habis kebencian rakyat kepadanya dalam hal  mahu mansuhkan Akta Hasutan, kini bertambah lagi dengan hal sebegini.


Benarkah Najib memberi jaminan akan ikut harga minyak pasaran?

kenapa status menunjukkan harga pasaran minyak dunia sudah turun tetapi Kerajaan dibawah pimpinan Najib menarik kembali subsidi minyak ini untuk rakyat?


Mari kita lihat harga minyak dunia semasa.



Pada tahun lepas, Kerajaan telah mengumumkan kenaikkan harga minyak dengan pengurangan subsidi..

 Apabila tun menegur untuk menghentikan BRIM.. kaki-kaki pembodek akan tegar mempertahankan Najib.

Page kaki kuat bodek najib iaitu Friend of BN juga tak mahu update isu semasa ini sebab adminnya kan kaki kuat ampu Najib..

Tak percaya masuk sendiri tengok.

Berapa Najib dan BN bayar untuk  ini??


Adakah kerajaan benar-benar mendengar masalah rakyat? Jika mendakwa mendengarnya.. kenapa perlu menarik subsidi yang diberikan kepada rakyat?? Adakah  kerajaan sudah benar-benar tiada wang selepas berbelanja ratusan juta  serta memboros yang keterlaluan??


Kerajaan  menarik kembali subsidi untuk rakyat dengan kesan kenaikkan harga minyak  pada 2 Oktober sedangkan pada 5 Oktober Umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Mesti ramai yang akan pulang kekampung bukan?? bila pulang kekampung mesti mengisi minyak.

Ini adalah satu startegi yang begitu baik untuk mengutuk kerajaan dibawah BN kerana pada masa ini mereka akan berkumpul bersama sanak saudara.. Ini akan menjadi bahan utama setiap perbualan serta gua yakin, kesannya akan membuatkan setiap keluarga yang berhimpun akan menolak BN kerana kenaikkan minyak serta kos yang secara mendadak akan menjadi bahan bualan.


Apakah mereka tidak terkesan dengan kerajaan kerana mereka terdiri dari orang Melayu yang menyokong penuh UMNO & BN pada PRU yang lepas??

Inilah hadiah  Hari Raya Qurban buat penyokong BN sendiri.
Kesilapan startegi yang bakal menumbangkan Barisan Nasional..

Tunggulah masanya akan datang serta ditumbangkan oleh rakyat yang marah dengan setiap tahun kenaikkan, Kerajaan juga dilihat  tidak menunaikan janjinya untuk  tidak menaikkan harga barang selepas Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu..


BN takkan lama memerintah kali ini..Selamat mengampu untuk kaki-kaki pengampu pemimpin kesayangan anda yer...



biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya