Friday, 23 May 2014

Najib Razak,PM Malaysia syok sendiri tak mahu kembalikan semula ISA. !



Melihat kepada pekembangan terbaru, semakin hari aku merasakan semakin meluat dengan kerajaan pimpinan Najib Razak. Apa sahaja yang melibatkan Najib Razak aku merasakan begitu menyampah.!, termasuklah Najib yang mengepalai Presiden UMNO & Presiden BN. 

Dengan UMNO & BN jugak aku merasa menyampah.!

Apakah kenyataan diatas ini suatu perkara yang releven?? Najib sebagai PM  menyatakan  "MAJORITY" rakyat  tidak mahu semula ISA ??? 


Dengan cara apakah PM Malaysia ini ukur?? adakah berpandukan semata-mata kenyataan yang datang dari Penasihat??  Sudah acap kali Tun Mahathir tegur tentang kepincangan kerajaan.. namun seolah-oleh tidak dihiraukan sama sekali oleh PM hari ini.. 

Mungkinkah PM Malaysia yang bernama Najib Razak terlalu mengejar POPULAR ??

Takut popularitynya merudum kerana kembalikan semula ISA?? 
Najib Razak jika mahu menjadi popular, elok sahaja masuk  jadi artis.. !!



 Najib tidak perlu risau kerana kaki-kaki pengampu bersepah disekelilingnya..  Apalah sangat nasihat Tun Mahathir ini kan?? 

Mereka merasa selamat kerana siang malam mereka sentiasa diapit oleh bodyguard... jauh beza dengan apa yang berlaku terhadap pihak-pihak berkuasa terutamanya pihak bawahan.. Setiap masa diancam dengan keganasan...  

Bukan itu sahaja.. keadaan mula huru hara dengan setiap cacia & makian..

 

 

Serius?? sejauh mana korang serius?? ke hanya serius ambil tindakan  untuk orang Melayu sahaja??
Lembab  nak mampos.!!

Akta Hasutan juga dimansuh dengan di gantikan Akta Harmoni.. agaknya menghina Islam, Sultan, Raja-Raja Melayu dianggap perkara yang harmoni bukan? 

 


  Kematian beberapa pihak berkuasa ini juga tidak penting bagi kerajaan pimpinan Najib Razak bukan??

 



Pemimpin lebih syok sendiri dengan  agenda 1 Malaysia dia.. 



Banyak lagi fakta2 ni... nak senaraikan 3 hari, 3 malam pon tak habis...!

 Singapura antara negara yg membangun di rantau Asia tenggara juga masih mempertahankan ISA...


 Jadi kenapa pemimpin Malaysia hari ini mahu sangat ISA dimansuhkan ?? 
 ker sudah ada sampul bawah meja?? 

Majoriti rakyat sudah muak dan hilang respek sama sekali kepada kerajaan, sekaligus tempiasnya terkena pada UMNO & BN.

Kata HIDUP UMNO LAH.. HIDUP MELAYULAH... AKAN MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARALAH.. Skrip yang bunyinya agak bagus didengar, tetapi melingkup selepas itu kerana  lebih "Indah khabar dari rupa"


Mungkinkah Najib Razak hanya menjadi Pak turut kepada pemimpin2 pembangkang?? 


Bukankah pada bulan Januari 2014, Najib Razak bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan Anwar Ibrahim?? 

 Anwar adalah leader kepada Pakatan Rakyat yang menerajui pembangkang.

Bukti??



Najib bersetuju mempertimbangkan cadangan Anwar, tetapi langsung tidak bersetuju dengan nasihat Tun Mahathir..



Siapa Najib jika nak dibandingkan dengan Tun Mahathir?? mungkin kerana ayahnya adalah antara PM Malaysia... tak semestinya kebijaksanaan ayah akan diwarisi anaknya..

Makin hari aku semakin menyampah tengok muka Najib  ni.. berlagak pandai dan sombong.. !!

Siapa yang memimpin Kerajaan Malaysia sekarang ?? 

 BN atau PR ??

Jadi kenapa perlu ikut telunjuk pembangkang??


Pada 15 Mei yang lalu, Tun Mahathir menegur Najib Razak secara tak langsung .. tetapi teguran Tun Mahathir ini tidak penting..

Teguran ini  khas ditujukan kepada Najib.. kenapa?? bukankah  ditegaskan bahawa anggota UMNO perlu menegur pemimpin?? siapakah pemimpin UMNO jika tidak yang paling berkuasa adalah Najib Razak??

Nasihat Tun M tidak penting, nasihat Anwar lebih penting rasanya... 
Najib naik kerana diangkat oleh Tun Mahathir selaku menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.. 

Sekurang-kurangnya Najib perlu sedar diri tu sikit dan jangan berlagak sombong sangat!!

PRU 14 BN mungkin bakal tumbang berpunca dari kemarahan orang Melayu yang majority menyokong kerajaan.. Tsunami Melayu bakal berlaku sekaligus terus meranapkan UMNO & BN next election.. ! tunggulah masanya akan tiba jika pemimpin masih  tidak berubah!!




1 comment:

  1. I thought about this. It could be superstitious or crap or coincident but R.A.H.M.A.N.'s theory could be a true fact (by coincident). The "N" guy (Najib) could be the last UMNO President, PM, to lead federal government. Najib's trends is taking UMNO and current government to that way - to doom.

    My advice to everyone, get ready for the theory to prevails the truth. Don't be surprised. The theory was there since 1957, just a matter of time now.

    ReplyDelete