Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 29 May 2015

Agenda tersirat disebalik pembinaan keretapi Singapura - KL.






 Sudah lama hati ini mendesak agar menulis tentang  apa yang bakal berlaku dalam pendedahan persetujuan Malaysia dan Singapura yang akan membina laluan keretapi dari Singapura sehingga ke KL.

Ingatkah anda bahawa Tun Dr Mahatir pernah mengilhamkan untuk membina stesyen keretapi dari Padang Besar sehingga ke Johor Baharu ? Namun akhirnya projek ini dibatalkan oleh Tun Abdullah dan Najib Razak. 2 Projek Mega yang menguntungkan rakyat Malaysia dibatalkan oleh kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Pembatalan Jambatan Bengkok dan stesyen keretapi dari Johor hingga ke Padang Besar.

Lee Kuan Yew dalam ucapannya "

 Singapura mengalu-alukan cadangan kemungkinan mempunyai perkhidmatan rel laju antara Singapura dan Malaysia selepas cadangan pembinaan rel laju sebelum ini masih belum dilaksanakan. "
fahamkah anda mesej tersirat disebalik polemik ini ? Membina laluan keretapi antara Singapura dan Malaysia serta apa pula hubungannya dengan  pelan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sebagai satu langkah yang betul, Lee Kuan yew   akan melakukan apa yang boleh bagi menjadikan WPI berjaya.

          

 Apakah yang anda nampak disebalik mesej tersirat disebalik  pembangunan WPI ini ? mungkin anda masih tidak melihat apa yang saya nampak.

untuk menjayakan misi agar tidak diruntuhkan tambak Johor, maka misi seterusnya perlu di fikirkan oleh Singapura supaya  laluan masuk ke Selat Tebrau oleh kapal-kapal pedagang tidak menjadi kenyataan.

Baca apa yang dikupas oleh saya sebelum ini disini:
Ulasan mengenai Tambak Johor

Singapura telah berjaya menghentikan Projek Jambatan Bengkok dan tidak meruntuhkan tambak Johor.

Mari kita lihat dari sudut georafiknya.


 

 Ini adalah rupa tambak  Johor antara Malaysia dan Singapura  sekarang.



Dan ini adalah rupa bentuk Jambatan Bengkok yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir.


Projek Jambatan bengkok adalah projek yang akan menguntungkan negara pada masa hadapan.. Kerana kapal-kapal pedangan akan singgah masuk ke laluan perairan  Johor serta akan menyingkatkan perjalanan mereka  dari mengelilingi seluruh kepulauan Singapura itu. Sebab itulah Singapura akan memastikan Tambak Johor  tidak dirobohkan kerana kapal  boleh melaluinya. 


Tetapi masalah utama 2 pemimpin ini tidak berfikir untuk masa depan negara, tetapi mereka lebih memikirkan soal Singapura. Apabila Singapura tidak setuju mereka pun tidak setuju sedangkan kita mahu membina jambatan dinegara sendiri?? kenapa perlu mendapat persetujuan daripada Singapura ?



Projek Wilayah Pembangunan Iskandar adalah projek yang merugikan rakyat dan negara Malaysia sendiri.

 

Mengapa ? kerana ia dalah projek mega yang akan menguntukan pembeli daripada Singapura itu sendiri kerana perbezaan nilai matawang Singapura dan Malaysia adalah penyebab utama kepada krisis pemilikan beberapa aset yang ada  di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (WPI).

Itu dari sudut pandangan aspek yang lain..  


Disamping itu,pembinaan WPI ini akan menyebabkan perairan di sebelah Johor akan menjadi kecil. lihat dari peta pelan tersebut.


Menutup terus laluan kapal-kapal pedagang dari masuk ke Pelabuhan Johor adalah dengan cara membina sebuah  tambak diantaranya serta membangun beberapa kediaman mewah disekitar  perairannya. Itulah yang sedang berlaku. Pemimpin selepas Tun Mahathir begitu bodoh kerana ia akan menyebabkan negara sendiri mengalami kerugian. Sudahlah negara rugi berjuta-juta ringgit selepas  Jambatan bengkok dibatalkan, malahan Malaysia pula menjual pasir ke Singapura. Jadi, apakah kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh Singapura?? menambak pasir dilaluan perairannya dengan tujuan mengecilkan laluan Johor itu bukan? 

lihat saiz salah satu contoh  Tekong Island yang ditambak menjadi pulau yang besar. Mengapa ? kerana laluan perairan di kawasan Johor perlu di kecilkan serta dibuat pembangunan keatasnya. Itulah pelan rangka pembangunan WPI. 


Bijak bukan ? siapa yang kena main ? bukankah negara Malaysia sendiri ? Siapakah pelabur terbesar dalam pelan Pembangunan WPI ini ? bukankah Singapura ?

Hasilnya, pegawai pegawai Singapura sekarang sebahagian dari taskforce khas yang diwujudkan untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal immigresen, pelancongan dan soal alam sekitar. Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa keputusan dan perancangan taskforce ini. Kini Singapura diberikan ‘kuasa’ untuk menentukan isu isu yang melibatkan mereka dalam negara kita. 


lihatlah kesannya bukan ?? salah satu kaedah pecah dan perintah,. tetapi ini bukan pecah, malahan ianya bermula dengan bertapak serta perintah.. Pelan-pelan rangka strategik adalah daripada Singapura. Inilah kebimbangan yang paling terburuk dalam sejarah kerana negara Malaysia hanya kaku membiarkan negaranya di bangunkan mengikut acuan Singapura sendiri kerana mereka antara pelabur terbesar dalam Projek pembangunan WPI ini. ! 

Lihat, mengapa kem Majidee di Johor Bharu dijual kepada pihak swasta serta pembinaan tapaknya akan dibangunkan sebuah Shoping Complex ! 


Kem tertua di negara dibangunkan pada tahun 1940 seluas 132 hektar. Mengapa tanah-tanah kerajaan dijual kepada pihak swasta ? kedudukannya berada pada tempat yang strategik, berdekatan dengan sungai Tebrau  serta  sempadan antara Malaysia dan Singapura. Mengapa kem ini dijual ?


Kerana kerajaan sudah tiada wang, bebanan hutang kerajaan semakin meningkat sehingga kini hutang kerajaan telah melebihi RM800 bilion.Salah satu kaedah terbaik adalah menjual setiap khazanah-khazanah negara. Inilah juga penyebab Khazanah negara semakin berkurang. 


Kerajaan dibawah 2 pemimpin selepas Tun Mahathir amat lah lemah malahan di zaman Najib adalah antara terburuk dalam sejarah. ! tidak ada apa-apa kelebihan Najib mentadbir negara melainkan membebankan lagi dengan hutang negara yang semakin meningkat. 


Malaysia berhadapan dengan situasi bangkrap akibat bebanan hutang..Mengapa semua ini terjadi? lihatlah sendiri begitu besar pembaziran yang dilakukan Najib.!

Tiada gunanya menjual khazanah-khazanah negara kepada pemilik swasta kerana memikirkan keuntungan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor ini, kebanyakkan pemiliknya adalah terdiri daripada rakyat-rakyat Singapura. Pemimpin telah menggadaikan negara secara tak langsung. 


Tun M sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu penggantinya membina Stesyen Keretapi dari Padang Besar ke Johor Baharu. Namun hasratnya ini tidak dibuat oleh Tun Abdullah & Najib Razak


Gerakan kursur tetikus pada gambar stesen untuk mengetahui nama stesen tersebut.


Malaysia mempunyai landasan keretapi kira-kira 1791 km. Kira-kira 1665 km daripada terdapat di Semenanjung Malaysia.   Semenanjung Malaysia mempunyai  dua sistem landasan keretapi utama iaitu;

a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru  dan menganjur ke Singapura melalui   Tambak Johor.

Seperti yang saya sebutkan diatas sebelum ini, tambak Johor perlu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan. meruntuhkan tambak Johor akan memberi kesan negatif kepada negaranya kerana sekaligus bakal melumpuhkan Pelabuhan Singapura. !! 

1) Singapura membiarkan tambak Johor tidak dirobohkan
2) Singapura berjaya mengekang pelabuhan Johor melalui projek pembangunan Iskandar Malaysia. (WPI)

3) Singapura akan memastikan tambak Johor tidak terus diroboh adalah dengan membina laluan keretapi yang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.! nah .! Inilah dia agenda tersirat disebalik rencana Lee Kuan Yew. Apabila projek laluan keretapi antara Kuala Lumpur dan Singapura dibina, 100% tambak Johor akan terus kekal serta melumpuhkan terus laluan perairan di Johor.!


Jadi, untuk memastikan pemimpin negara tidak mengikuti hasrat mantan PM, Tun M yang boleh menyebabkan  kerugian kepada mereka, Maka mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan Singapura terus kekal sebagai Pelabuhan paling tersibuk didunia  memandangkan kedudukannya yang strategik. 

Bukankah apabila projek pembangunan Keretapi dari Padang Besar ke Johor akan menyebabkan sepanjang laluan itu membangun ? Salah satu strategi membangun kawasan-kawasan yang diluar bandar. Ini juga akan memberi beribu-ribu manfaat kepada rakyat Malaysia kerana projek yang di Ilhamkan oleh Tun Mahathir akan mengembangkan ekonomi rakyat setempat. Bukankah ia juga boleh mengurangkan krisis penganguran yang begitu teruk sekarang?
Masih terdapat berpuluh-puluh ribu lepasan Universiti yang masih tidak ada kerja.Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang masih tercari-cari peluang pekerjaan? kenapa pemimpin langsung tak fikirkan soal rakyat ? 

Mengapa tidak diberikan  kerja kepada mereka?? Bukankah sepanjang 22 tahun memerintah berbagai-bagai pembangunan yang dibuat oleh Tun M ?? inilah dia hakikat yang sebenar membantu ekonomi rakyat adalah dengan memberi mereka kerja. ! bukannya beri BR1M. ! sepatutnya kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat sendiri untuk menjana ekonomi rakyat dengan diberikan kerja kepada mereka. 

Namun ada seorang pemimpin itu begitu berlagak kononnya juga boleh pimpin negara selama 22 tahun? tidak ada apa-apa pembangunan yang menyenangkan rakyat malahan dirinya sentiasa menyusahkan rakyat dengan penarikan setiap subsidi kepada rakyat.

Kenapa pemimpin sekarang begitu degil dengan nasihat Tun Mahathir ?
Mungkin kerana Tun sudah tiada apa-apa jawatan lagi, jadi suaranya tidak penting..


Negara Malaysia semakin tergadai kerana sikap pemimpin yang pentingkan diri sendiri. !! 

Hargailah Tun Mahathir dia selagi dia masih ada .. 

Wednesday, 13 May 2015

Najib gunakan 1MDB untuk cagar minyak dari Terengganu ?





Amat mengejutkan apabila 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib didapati banyak terlibat dalam skandal salah laku pengurusan wang. sehingga sekarang, persoalan kehilangan sebanyak 27 Bilion juga masih tidak dijawab.. Media tv terutamanya tv3 agen pengampu terkuat Najib memutarbelitkan fakta serta persoalan-persoalan yang masih tidak dijawab sehingga hari ini termasuk wang yang telah 
hilang serta hutang negara yg sudah melebihi RM800 bilion !

Melalui pendedahan yang mengejutkan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu ini pula mendedahkan 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib pernah cuba mencagarkan minyak Terengganu. !!



Akibat dari persengketaan ini, MB Datuk Seri Ahmad Said tidak disenangi oleh PM Najib Razak. Beliau antara individu yang bukan kategori kaki pengampu seperti orang lain. Jadi, kerana itulah beliau dilucutkan jawatan Menteri Besar Terengganu..

Najib menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Mujur Ahmad Said adalah orang yang tidak ikut kegilaan PM Najib .!! Jika tidak, habis semua hasil kerajaan akan hilang ketangan si gila itu. 

Berhubung dengan itu, kita juga tidak lupa kontroversi yang melanda kedua-dua pihak terutamanya sikap Najib yang tidak mahu bertimbang rasa apabila diminta tempoh perletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu itu  kerana mahu menguruskan kenduri anaknya yang akan dilangsungkan pada 17 Mei 2014, tahun lepas.


Najib seorang yang tidak berhati perut sehingga memaksa MB Ahmad Said itu meletakkan jawatan dengan segera dengan berkata "itu masalah peribadi awak"



 “Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minnggu depan, takkan tak boleh bincang?


"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)"

Najib juga menipu kepada rakyat dengan mengatakan tidak berlaku pertukaran Menteri 


 25 April 14


Tetapi hakikatnya, MB Said ditukarkan serta digesa untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu kerana tidak mengampu untuk Najib. Najib akan memastikan setiap orang yang memegang jawatan dalam Kerajaan perlu menjadi kaki pembodek serta pengampu. Itulah sikap  Najib yang disembunyikan kepada rakyat. 

Media pada mulanya menafikan khabar angin pertukaran Menteri Besar ini, sejurus kemudian  MB Terengganu memang benar-benar ditukar.

Lihat disini faktanya.! 

12 Mei 2014 



Apakah penyebab pertukaran Menteri Besar ini dibuat secara tiba-tiba ?? adakah kerana Najib tidak boleh menerima sesiapa sahaja yang tidak menyokong hasrat kegilaannya ?? 



Cuba mencagarkan hasil Minyak dan Gas dari Terengganu ? 



Akibat dari kemelut ini, mantan MB tersebut membuat pengumuman keluar dari UMNO serta beberapa ADUN turut keluar UMNO bersama, Terengganu hampir tumbang semula ketangan PAS akibat sikap bodoh yang dimulai oleh Najib Razak sendiri. 
Jika tidak kerana mantan MB tersebut kembali masuk UMNO, maka, Terengganu sekarang sudah jatuh ketangan Pembangkang.

Ini Punca dari Najib! harus ingat.! 


Apabila Tun Mahathir menegur cara urus tadbir Najib, kini Tun pula diserang oleh orang-orang Najib.




Tidak cukup dengan itu, Tun M  dihentam teruk didalam stesyen pengampu terkemuka 'TV3'. Hari ini kita boleh lihaat serangan bertubi-tubi melalui skrip yang siap ditulis oleh individu tertentu dalam mempersoalkan tindakn Tun Dr Mahathir. mereka itu semuanya kaki pembodek. Seorang demi seorang menghentam Tun Mahathir melalui pembacaan skrip yang telah siap disediakan kepada mereka termasuk yang terbaru serangan Tunku Aziz terhadap Tun Mahathir.

 

Untuk pengetahuan anda semua, Tunku Aziz adalah antara salah seorang bekas ahli DAP.
 ya DAP..

 

Memang hebat TV3 mencari penyerang-penyerang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas beberapa ahli Pembangkang digunakan untuk menghentam Mantan PM itu. !!
Lihat gambar ini.


Akibat ketandusan menjawab segala isu serta tidak mahu menjawab status kehilangan wang rakyat yang bernilai berbilion-bilion ringgit dalam krisis 1MDB, maka skrip disediakan oleh mereka untuk menyerang keperibadian Tun M pula.., 

Apa susah, hanya perlu membaca skrip serta menunjukkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Najib, maka mereka akan diberi ganjaran yang diperoleh hasil dari wang rakyat sendiri.

Penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi itu bakal menyebabkan pemerintahan tersebut tidak dapat kekal lama..





Bersambung pendedahan berani seterusnya salahlaku kuasa yang dilakukan oleh Najib Razak,.. 

~ Disini bukan wilayah pembodek Najib.. 




biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya