Ingatkah anda bahawa Tun Dr Mahatir pernah mengilhamkan untuk membina stesyen keretapi dari Padang Besar sehingga ke Johor Baharu ? Namun akhirnya projek ini dibatalkan oleh Tun Abdullah dan Najib Razak. 2 Projek Mega yang menguntungkan rakyat Malaysia dibatalkan oleh kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Pembatalan Jambatan Bengkok dan stesyen keretapi dari Johor hingga ke Padang Besar.
Lee Kuan Yew dalam ucapannya "
Singapura mengalu-alukan cadangan kemungkinan mempunyai perkhidmatan rel laju antara Singapura dan Malaysia selepas cadangan pembinaan rel laju sebelum ini masih belum dilaksanakan. "
fahamkah anda mesej tersirat disebalik polemik ini ? Membina laluan keretapi antara Singapura dan Malaysia serta apa pula hubungannya dengan pelan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sebagai satu langkah yang betul, Lee Kuan yew akan melakukan apa yang boleh bagi menjadikan WPI berjaya.
Apakah yang anda nampak disebalik mesej tersirat disebalik pembangunan WPI ini ? mungkin anda masih tidak melihat apa yang saya nampak.
untuk menjayakan misi agar tidak diruntuhkan tambak Johor, maka misi seterusnya perlu di fikirkan oleh Singapura supaya laluan masuk ke Selat Tebrau oleh kapal-kapal pedagang tidak menjadi kenyataan.
Baca apa yang dikupas oleh saya sebelum ini disini:
Ulasan mengenai Tambak Johor
Singapura telah berjaya menghentikan Projek Jambatan Bengkok dan tidak meruntuhkan tambak Johor.
Mari kita lihat dari sudut georafiknya.
Ini adalah rupa tambak Johor antara Malaysia dan Singapura sekarang.
Dan ini adalah rupa bentuk Jambatan Bengkok yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir.
Projek Jambatan bengkok adalah projek yang akan menguntungkan negara pada masa hadapan.. Kerana kapal-kapal pedangan akan singgah masuk ke laluan perairan Johor serta akan menyingkatkan perjalanan mereka dari mengelilingi seluruh kepulauan Singapura itu. Sebab itulah Singapura akan memastikan Tambak Johor tidak dirobohkan kerana kapal boleh melaluinya.
Tetapi masalah utama 2 pemimpin ini tidak berfikir untuk masa depan negara, tetapi mereka lebih memikirkan soal Singapura. Apabila Singapura tidak setuju mereka pun tidak setuju sedangkan kita mahu membina jambatan dinegara sendiri?? kenapa perlu mendapat persetujuan daripada Singapura ?
Projek Wilayah Pembangunan Iskandar adalah projek yang merugikan rakyat dan negara Malaysia sendiri.
Mengapa ? kerana ia dalah projek mega yang akan menguntukan pembeli daripada Singapura itu sendiri kerana perbezaan nilai matawang Singapura dan Malaysia adalah penyebab utama kepada krisis pemilikan beberapa aset yang ada di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (WPI).
Itu dari sudut pandangan aspek yang lain..
Disamping itu,pembinaan WPI ini akan menyebabkan perairan di sebelah Johor akan menjadi kecil. lihat dari peta pelan tersebut.
Menutup terus laluan kapal-kapal pedagang dari masuk ke Pelabuhan Johor adalah dengan cara membina sebuah tambak diantaranya serta membangun beberapa kediaman mewah disekitar perairannya. Itulah yang sedang berlaku. Pemimpin selepas Tun Mahathir begitu bodoh kerana ia akan menyebabkan negara sendiri mengalami kerugian. Sudahlah negara rugi berjuta-juta ringgit selepas Jambatan bengkok dibatalkan, malahan Malaysia pula menjual pasir ke Singapura. Jadi, apakah kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh Singapura?? menambak pasir dilaluan perairannya dengan tujuan mengecilkan laluan Johor itu bukan?
lihat saiz salah satu contoh Tekong Island yang ditambak menjadi pulau yang besar. Mengapa ? kerana laluan perairan di kawasan Johor perlu di kecilkan serta dibuat pembangunan keatasnya. Itulah pelan rangka pembangunan WPI.
Bijak bukan ? siapa yang kena main ? bukankah negara Malaysia sendiri ? Siapakah pelabur terbesar dalam pelan Pembangunan WPI ini ? bukankah Singapura ?
Hasilnya, pegawai pegawai Singapura sekarang sebahagian dari taskforce khas yang diwujudkan untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal immigresen, pelancongan dan soal alam sekitar. Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa keputusan dan perancangan taskforce ini. Kini Singapura diberikan ‘kuasa’ untuk menentukan isu isu yang melibatkan mereka dalam negara kita.
lihatlah kesannya bukan ?? salah satu kaedah pecah dan perintah,. tetapi ini bukan pecah, malahan ianya bermula dengan bertapak serta perintah.. Pelan-pelan rangka strategik adalah daripada Singapura. Inilah kebimbangan yang paling terburuk dalam sejarah kerana negara Malaysia hanya kaku membiarkan negaranya di bangunkan mengikut acuan Singapura sendiri kerana mereka antara pelabur terbesar dalam Projek pembangunan WPI ini. !
Lihat, mengapa kem Majidee di Johor Bharu dijual kepada pihak swasta serta pembinaan tapaknya akan dibangunkan sebuah Shoping Complex !
Kem tertua di negara dibangunkan pada tahun 1940 seluas 132 hektar. Mengapa tanah-tanah kerajaan dijual kepada pihak swasta ? kedudukannya berada pada tempat yang strategik, berdekatan dengan sungai Tebrau serta sempadan antara Malaysia dan Singapura. Mengapa kem ini dijual ?
Kerana kerajaan sudah tiada wang, bebanan hutang kerajaan semakin meningkat sehingga kini hutang kerajaan telah melebihi RM800 bilion.Salah satu kaedah terbaik adalah menjual setiap khazanah-khazanah negara. Inilah juga penyebab Khazanah negara semakin berkurang.
Kerajaan dibawah 2 pemimpin selepas Tun Mahathir amat lah lemah malahan di zaman Najib adalah antara terburuk dalam sejarah. ! tidak ada apa-apa kelebihan Najib mentadbir negara melainkan membebankan lagi dengan hutang negara yang semakin meningkat.
Malaysia berhadapan dengan situasi bangkrap akibat bebanan hutang..Mengapa semua ini terjadi? lihatlah sendiri begitu besar pembaziran yang dilakukan Najib.!
Tiada gunanya menjual khazanah-khazanah negara kepada pemilik swasta kerana memikirkan keuntungan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor ini, kebanyakkan pemiliknya adalah terdiri daripada rakyat-rakyat Singapura. Pemimpin telah menggadaikan negara secara tak langsung.
Tun M sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu penggantinya membina Stesyen Keretapi dari Padang Besar ke Johor Baharu. Namun hasratnya ini tidak dibuat oleh Tun Abdullah & Najib Razak
Malaysia mempunyai landasan keretapi kira-kira 1791 km. Kira-kira 1665 km daripada terdapat di Semenanjung Malaysia. Semenanjung Malaysia mempunyai dua sistem landasan keretapi utama iaitu;
a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru dan menganjur ke Singapura melalui Tambak Johor.
Seperti yang saya sebutkan diatas sebelum ini, tambak Johor perlu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan. meruntuhkan tambak Johor akan memberi kesan negatif kepada negaranya kerana sekaligus bakal melumpuhkan Pelabuhan Singapura. !!
1) Singapura membiarkan tambak Johor tidak dirobohkan
2) Singapura berjaya mengekang pelabuhan Johor melalui projek pembangunan Iskandar Malaysia. (WPI)
3) Singapura akan memastikan tambak Johor tidak terus diroboh adalah dengan membina laluan keretapi yang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.! nah .! Inilah dia agenda tersirat disebalik rencana Lee Kuan Yew. Apabila projek laluan keretapi antara Kuala Lumpur dan Singapura dibina, 100% tambak Johor akan terus kekal serta melumpuhkan terus laluan perairan di Johor.!
Jadi, untuk memastikan pemimpin negara tidak mengikuti hasrat mantan PM, Tun M yang boleh menyebabkan kerugian kepada mereka, Maka mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan Singapura terus kekal sebagai Pelabuhan paling tersibuk didunia memandangkan kedudukannya yang strategik.
Bukankah apabila projek pembangunan Keretapi dari Padang Besar ke Johor akan menyebabkan sepanjang laluan itu membangun ? Salah satu strategi membangun kawasan-kawasan yang diluar bandar. Ini juga akan memberi beribu-ribu manfaat kepada rakyat Malaysia kerana projek yang di Ilhamkan oleh Tun Mahathir akan mengembangkan ekonomi rakyat setempat. Bukankah ia juga boleh mengurangkan krisis penganguran yang begitu teruk sekarang?
Masih terdapat berpuluh-puluh ribu lepasan Universiti yang masih tidak ada kerja.Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang masih tercari-cari peluang pekerjaan? kenapa pemimpin langsung tak fikirkan soal rakyat ?
Mengapa tidak diberikan kerja kepada mereka?? Bukankah sepanjang 22 tahun memerintah berbagai-bagai pembangunan yang dibuat oleh Tun M ?? inilah dia hakikat yang sebenar membantu ekonomi rakyat adalah dengan memberi mereka kerja. ! bukannya beri BR1M. ! sepatutnya kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat sendiri untuk menjana ekonomi rakyat dengan diberikan kerja kepada mereka.
Namun ada seorang pemimpin itu begitu berlagak kononnya juga boleh pimpin negara selama 22 tahun? tidak ada apa-apa pembangunan yang menyenangkan rakyat malahan dirinya sentiasa menyusahkan rakyat dengan penarikan setiap subsidi kepada rakyat.
Kenapa pemimpin sekarang begitu degil dengan nasihat Tun Mahathir ?
Mungkin kerana Tun sudah tiada apa-apa jawatan lagi, jadi suaranya tidak penting..
Negara Malaysia semakin tergadai kerana sikap pemimpin yang pentingkan diri sendiri. !!
Hargailah Tun Mahathir dia selagi dia masih ada ..
5 comments:
Juga boleh lihat kat sini: http://www.militaryofmalaysia.net/2015/05/terusan-segenting-kra-sekadar-tinjauan-sambil-lalu/
Gilos kau height clearance 25m nak bg kapal lalu....lgpun selat tu memey kecik,ada part yg cuma sedalam 5m je..nak kena slalu buat dredging..mana la spore nak bg korek dalam kan sesuka ati sbb kita share selat dgn dia..pun takda keje kapal2 bersempit2 lalu selat bengkang bengkok cetek lak tu dan narrow klu stakat nak bypass spore..
Pak lah dan najib pemimpin boneka yang disukai kerajaan asing.......najib dan aljubiori species yg sama...ciri curi boneka. ..suka hutang banyak...boros berbelanja...cakap bohong...suka tangguh tangguh ......nrgara perlu 10 penimpin separti betkualiti seperti tun dr mahathir dari 1000 pemimpin macam najib dan aljiboori....
infonya sangat menarik,,,
mantap,,,
A PRIME MINISTER MUST NOT ONLY BE INTELLIGENT, BUT SMART AS WELL.
A PRIME MINISTER MUST BE STRONG AND KNOWS WHATT IS GOOD FOR THE PEOPLE AND THE COUNTRY.
Post a Comment