Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday 13 March 2014

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370



Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

Flightradar24 / AFP PHOTO HANDOUT

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Majority  penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.


Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman  boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?


Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,, 
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.


Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.



Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan  passport palsu berjaya dikesan??

Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?

 Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.

Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol  membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..


Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya? 



Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Afghanistan  dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001.

 Insiden WTC ini berlaku di Amerika sendiri dimana situasinya jauh berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini.. Dalam serangan WTC, suspek yang dikatakan terlibat adalah Al-Qaeda, namun ianya kurang bukti untuk mengaitkan mereka dgn serangan pengganas. tetapi di Malaysia, kerana pendedahan 2 individu yang menggunakan passport palsu terbabit dimana salah seorangnya memakai rantai salib, tuduhan pengganas itu perlu digugurkan dari laporan Interpol sendiri.



Insiden WTC, yang menjadi mangsa adalah rakyat Islam Iraq.
Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran.. 

Soalnya kenapa China ?? 

Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..


Salah satu news  ini datang daripada CNN 


http://www.rense.com/general38/conflict.htm

Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.



US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika  pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai  FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.




" Chinese Martyrs’ Brigade "

http://hollywoodlife.com/2014/03/10/chinese-martyrs-brigade-missing-plane-malaysia-responsibility-flight-mh370/

Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi  agenda peperangan. Lihat  serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


 Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.


 Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..



Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini? 


Satu hal lagi bila difikirkan mengenai pesawat yang dikatakan dikesan radar disekitar selat  Melaka dan dikatakan berpatah balik, Mungkin ada kemungkinan yang jarang difikrkan kita semua.

Semasa flight hilang dari radar pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit kawalan trafik dinegara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang udara Malaysia..
Mengapa??


 Jika hal ini disahkan oleh MAS & DCA sendiri dengan beberapa pengesanan radar seperti gambar dibawah.. apakah perlunya pesawat ini menuju kelokasi yang mempunyai radar pengesan bagi negara-negara yang berdekatan?






Jalan yang mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia lokasi itu? 

Indian Ocean.


Dimanakah pesawat tersebut perlu dibawa dan disembunyikan adalah bergantung kepada jumlah bahan api yang mencukupi.


Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??



Tahukah anda dimana lokasi ini??

2000 km dari jarak Benua India
4500 km ke Tanah Arab
3500 km ke Benua Afrika
3500 km jarak ke Nusantara
5000 km jarak ke Benua Australia

Ingin tahu?? kita rahsia dulu..


Kenapa setelah negara-negara yang membantu dalam misi ini  beralih perhatian pada kawasan Indian Ocean dan seketika itu juga, pegawai dari US menyatakan menerima isyarat pesawat MH370 ini?

http://www.bbc.com/news/world-asia-26572172

kenapa US tidak mengeluarkan arahan atau isyarat ketika pesawat itu hilang dari radar disekitar Laut China Selatan setelah hampir 3, 4 hari yang lalu?

Adakah ini dilakukan kerana tidak  mahu  misi bantuan dari negara-negara serantau yang mencari pesawat ini menuju kesini??


Renung punya renung, akhirnya saya  temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.

Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??

TPPA ini dibuat dari tahun lepas..

Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.

Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..



Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.

Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.


Kerana telah  mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?


Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi  TPPA yang direncanakan.


Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak  dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).

Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?




Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??



Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?



Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah  serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?



Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?



Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??


Saya tidak meminta anda mempercayai sepenuhnya hasil penulisan saya ini kerana ianya adalah pendapat dari seorang Marhaen biasa yang tiada apa-apa kelayakan sehingga mampu berfikir ke tahap menteri bak kata seorang wanita UMNO terbabit  terhadap saya.. tak mengapalah...


Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

209 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 209 of 209
Anonymous said...

Bangsa x menyatukan kita...agama menyatukan kita...Allahuakbar....

Anonymous said...

Ok la.. ok la.. jom sokong jibby jela..

Anonymous said...

Hahaha.....kenapa lah tidak pandai sedar...bangun la....karma...karma...

Anonymous said...

sokong 100%

Anonymous said...

Setuju 100%.Fikir2kanlah. Janganlah biarkan diri kita termakan hasutan. Apa yang ada dihadapan kita itulah yang banyak membuat kebaikan. Belum tentu yang bercita2 mengganti yang sedia ada mampu memberi kita seperti yang sediada. Mereka boleh berjanji itu ini, sebab semuanya telah tersedia diadakan mereka yang memerentah pada masakini. Jangan biarkan diri kita diperbodoh2kan dengan janji yang belum pasti.Disebabkan mereka yang membahagi negeri yang mereka perintah mengikut acuan mereka masing2, maka merekalah yang menghancurkan Negara ini sedikit demi sedikit maka dituduhnya pemerintah yang sediada. Wahai sahabat2, janganlah kita perjudikan nasib jenerasi akan datang, Sementelah lagi, lihatlah tanah2 kita kebanyakannya dah jatuh ketangan bangsa lain. Jangan nanti kita merempat dinegara sendiri. Sayangilah bangsa dan junjungilah agama kita Islam agar kita masih dapat hidup menyedut udara yang dah tak berapa segar kerana disaluti jerebu yang tiada henti. Bersatulah kita semua agar dapat menghindari bala dari Allah swt. Semoga segala bala diangkat oleh Allah swt daripada kita semua. Ameen. Hentikanlah keji mengeji dan hina menghina sesame kita. Biar kita sentiasa rasakan kesakitan peha kiri apabila peha kanan dicubit. Cubalah kita jadikan diri kita merasa sakitnya didalam hati apabila kita menyakiti saudara kita. sendiri. Selamilah jiwa dan perasaan sendiri apabila kita disakiti., Begitulah rasanya sakit jiwa orang yang kita sakiti. Sekian. Salam mesra dari saya. Mohon maaf sekiranya apa yang saya nak cuba sampaikan ada orang terasa hati. Sekali lagi saya mohon sayangilah saudara sesame Islam.

Anonymous said...

Aku klik ok je.. ko tu yg bodoh,, hahaha

Anonymous said...

Itu pun salah satu faktor juga, tapi saya yakin itu hal lain, mmg benar kejadian tu... sahabat navy saya yg jg perairan, kita bukan politicans minded, tapi baca dan terus membaca, jangan mudah percaya... selagi nama manusia kita punya nafsu, nafsu tu juga buat kita pergunakan sekeliling, jgn nilai dr segi bahasa, perwatakan, idealogi,tapi keterampilan seseorang uruskan sesuatu... " a leader will show how to do, not ask to do "

Anonymous said...

Teori yg bagus,dh agak anwar ada kaitan tp x berani nk tuduh.Klau tgk dari mula terhempas smpai skrg ni anwar cukup sibuk ambil kesempatan memuji diri sendiri,jmpa cnn,mengutuk negara seolah2 dia tau semua.Klau dia ada hati perut dlm keadaan skg ni patutnya nasihatkn rakyat msia supaya bersatu lupakan politik utk seketika dan sembahyang hajat,berdoa atas apa yg berlaku.Musykil kenapa anwar x bersama atau meminta penyokongnya sembahyang hajat dan berdoa semoga Allah bg petujuk dan jwpn apa yg berlaku,dimana mh370.Adakah sbb takut jika Allah tunjukkan kebenaran,siapa anwar.Allahhualam..

Unknown said...

Amerika syarikat arogan

«Oldest ‹Older   201 – 209 of 209   Newer› Newest»

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya