Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday 30 January 2024

Anwar Ibrahim salah guna kuasa !

 



Anwar sebenarnya sudah hilang punca kerana kebimbangannya dalam sokongan kepada dia sudah jatuh teruk malahan tidak pandai menguruskan urusan negara, harga barang terus melabung naik, janji-janji yang di war-warkan olehnya hanyalah penipuan semata-mata. Jadi untuk menjadi pemimpin sebenarnya sangat penting dalam urusan tipu menipu. 


Dia juga tahu bahawa dia akan tumbang dalam PRU kali ini, jadi perlunya dia mencantas orang-orang yang dia rasakan merbahaya bagi pihaknya.. sebenarnya tindak tanduk Anwar sebenarnya adalah daripada tindakan DAP itu sendiri. Sebab itu selepas Anwar jadi Kerajaan, DAP tidak banyak bertindak, DAP hanyalah duduk disebalik tabir dibelakangnya dan menanti tindakan Anwar.

 Umum tahu bahawa pembentukan kerajaan adalah berpunca daripada Gabungan BN yang mana ketika itu Zahid Hamidi yang mempunyai tuduhan rasuah membawa masuk gabungan dari parti BN ke dalam PH untuk membentuk kerajaan kerana PH ketika itu tidak cukup kerusi, namun berlaku beberapa perbalahan dari dalam kerana terdapat beberapa individu dari komponen BN yang tidak bersetuju dengan gabungan tersebut,  Disebabkan itulah beberapa ahli BN sendiri di ambil tindakan, 


 PH hanyalah mempunyai 82 kerusi dan kini mereka sangat mengharapkan pembentukan kerajaan dari BN 30 untuk lengkapkan 112 kerusi tubuh Kerajaan, maka segala tuduhan dalam ceramah-ceramah, maki hamun yang dilemparkan keatas Presiden BN iaitu Zahid Hamidi terpaksa di telan, bak kata  'Jilat balik Ludah mereka sendiri' 


Ini kerana tindakan tersebut bermula dari desakan DAP selepas gabungan itu berjaya.




Semua sudah tahu siapa disebalik tabir antara mereka. Itulah pentingnya hubungan baik kerana masing-masing akan menguntungkan satu sama lain. U bawak orang u jadi kerajaan, wa kasi settle kes rasuah.. 

Mereka pemimpin-pemimpin BN juga menipu penyokong mereka sendiri dengan berkata mereka tak akan menyokong Anwar dan PH atau bergabung bersama PH.


tipu? 

mari dengar sendiri kata-katanya


NO ANWAR !!! NO DAP !!!!

 https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=2224280


Jadi bila BN yang sudah kehilangan banyak kerusi terpaksa menjilat ludah mereka sendiri dan berbaik-baik bersama DAP, apa-apa saja tindakan buruk dari DAP akan dipertahankan bukan??



relevankah UMNO & BN hari ini??

TIDAK SAMA SEKALI !




Bagaimana pula dengan ini?

 mahu masuk campur urusan Agama Islam pulak?


 

 

Apa pentingnya gabungan PH dan BN ini?? kerana Anwar dan Zahid masing-masing memerlukan satu sama lain. 

Janji tubuh kerajaan. kemudian kita sembang belakang. 

Lihat apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir. 


Ucapan Tun pada November 2022

Kini benar tak terjadi?? 

47 kes rasuah digugurkan 







Kenapa DAP sokong sangat? sebab dia dapat Jawatan penting jugak tu dalam sektor hartanah perumahan.



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Boleh lingkupkan negara dan jadikan Malaysia ini seperti Singapura, sebab itu dibawak masuk orang-orang penting dari Singapura kononnya untuk majukan Negara











Anwar jadi Perdana Menteri
 serta mengangkat Zahid Hamidi sebagai Timbalannya.

 
Jadi bila sudah berkuasa, maka mudahlah untuk menggugurkan kes-kes rasuah, janji boleh jadi Kerajaan okeylah. 


 Usaha untuk membebaskan Najib sedang berlaku.,

 

DAP makin besar kepala sebab mereka di BACK-up oleh BN yang merayu-rayu sokongan kepada PH untuk menjadi kerajaan..

 Maka berdirilah sebuah kerajaan yang penuh dengan penipuan.rasist serta salah guna kuasa. 





 𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇…𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈

 
1. Anwar tuduh saya memiliki berbillion Ringgit kerana menyalahguna kuasa semasa jadi Perdana Menteri.
 
2. Saya minta bukti kebenaran kenyataan ini.
 
3. Anwar tidak bagi bukti.
 
4. Saya saman Anwar kerana fitnah terhadap saya.


5. Saya minta bukti dikemuka dalam mahkamah.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang sentiasa berbohong kerana sejak 25 tahun lalu menuduhnya seorang yang korup, terbabit salah guna kuasa, mengamalkan nepotisme dan kronisme serta memperkaya diri sendiri. Bagaimanapun menurut bekas perdana menteri itu, apabila beliau meminta Anwar menunjukkan dokumen berhubung semua dakwaan berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu enggan memberikannya dengan menggunakan alasan yang remeh. Dr Mahathir berkata, perdana menteri itu pada 7 April lalu, apabila ditanya wartawan berkenaan kenyataan fitnah terbabit, menyatakan dengan yakin akan menunjukkan bukti, tetapi apabila dipohon (dokumen) secara rasmi, pelbagai alasan pula dikeluarkannya. "Sejak tahun 1998, sehingga memfailkan pembelaannya, defendan (Anwar) tidak pernah menunjukkan sebarang bukti kononnya salah guna kuasa atau nepotisme, tetapi hanya pengulangan demi pengulangan skrip fitnah politiknya terhadap saya.
 6. Setahun sudah berlalu.
 
7. Tidak ada bukti ditunjuk.
 
8. Akhir sekali konon bukti ada pada Petronas.
 
9. Petronas terletak bawah Anwar.
 
10. Tetapi sebaliknya anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.
 
11. Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
 
12. Inilah Reformasi.
 
13. Di luar Kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa.
 
14. Bila jadi Kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik.
 
15. Kalau sokong jadi kawan.






 
16. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.
 
17. Ramai nama penyokong Kerajaan dalam Pandora papers seperti Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak disiasat, jauh sekali dari didakwa. Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.

"pasukan rentas sempadan yang terdiri daripada lebih 600 wartawan menjejaki kebocoran 11.9 juta dokumen daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang mengkhusus dalam penubuhan syarikat shell di kawasan perlindungan cukai dan kerahsiaan. Fail tersebut memperincikan tawaran kewangan dan aset tersembunyi ahli politik, selebriti, ahli perniagaan dan penjenayah di lebih 100 negara."


18. Inilah keadilan Reformasi

19 Januari 2024

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya