Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”
hi semua.. sudah bertahun lamanya saya tidak berkongsi apa-apa penulisan.. mungkin kekangan masa yang sedikit sibuk.
namun berkaitan hal PRU15. saya mempunyai beberapa pandangan tertentu..
pertama kalinya.. memang benar Zahid sudah bersama Anwar dan desas desus yang mengatakan gabungan blok BN yang cuba dibawa masuk oleh Zahid bersama PH untuk membentuk kerajaan memang berlaku..
Namun beberapa ahli parlimen BN sendiri telah menolak gabungan itu kerana mereka tidak mahukan DAP.
Kenapa DAP ini bahaya tuan2? kerana ini adalah pecahan kepada PAP singapura yang sudah lama bertapak di Singapura dan kini Melayu langsung tidak ada tempat disana.. jika ada pun hanya lah "puppet"
sebelum ini saya telah membuat beberapa ramalan dan tenyata ini benar terjadi.
saya mempunyai beberapa cadangan dan pandangan bagaimana melumpuhkan kekuatan DAP .
kenapa saya tidak bersuara.? kerana saya sudah muak dgn media masa BN yang tidak memberi peluang kepada generasi muda dan tidak mengangkat anak-anak muda.. yang mereka angkat hanyalah org2 lama yang tidak mempunyai idea dan pandangan..
sebelah pihak yang sy sokong selama ini pon seperti tidak menghargai jasa pejuang2 media sosial yang banyak membantu sehingga BN tumbang.. jadi saya mengambil kata putus untuk mendiamkan diri.. ada tetapi menjauhkan diri. namun timbul beberapa idea selama ini yang saya peram dan biar kerana hendak melihat sendiri sejauh mana peranan dan kecekapan media sosial yang menghentam DAP.. tidak ada bahkan sedikit..
Jika dilihat daripada gambar diatas kita tahu bahawa DAP dan PH menang banyak dikawasan Selangor, Pulau Pinang, Johor, KL.
sebelum ini pun saya telah membuat ramalan yang sedikit sebanyak tepat..
ramalan pada 18Nov
keputusan keluar pada 20 Nov.
tolak Sabah Sarawak yang bertanding menggunakan logo sendiri.
dan apa yang berlaku situasi di Perak? DUN Perak?
untuk menjadi kerajaan mereka perlu mendapatkan lebih 1/2 daripada kerusi DUN daripada 59.
PN-26
PH-24
BN-9
PN pernah bertemu BN bercakap mengenai pembentukan kerajaan negeri, tetapi tidak bercakap mengenai kedudukan MB,
Datang pula PH yang majoritynya DAP menawarkan kerusi MB kepada MB perak sekarang iaitu Saarani.
dia bercakap pasal kesejahteraan negeri Perak tetapi dalam masa yang sama dia hanya nk menyelamatkan dirinya selaku kekal menjadi Menteri Besar.. tetapi dia perlu tahu apa pula DAP perak mahukan. sudah tentu jawatan-jawatan penting dalam exco kerajaan negeri terutamanya Tanah dan Perumahan.
inilah yang terjadi sebelum ini dimana Nga Kor Meng sesuka hati memberi tanah kepada org-org cina hanya kerana mahukan undi dari mereka..
lihat apa kata-kata dia..
apa lagi kata dia?
JIKA KERAJAAN ISLAM MEMERINTAH PASTI BERLAKU MALAPETAKA
APAKAH YANG DIPERJUANGKAN DAP?
oleh kerana itulah BERSATU keluar daripada PH dan kerajaan PH tumbang ketika itu kerana sikap RASIS DAP yang tidak boleh berubah dengan sentimen perkauman yang kuat.
berbalik pada isu terkini. PH hanya 82 kerusi
dan PN hanya 73 kerusi.
tetapi atas kesetiaan GPS, GRS mereka ingin bergabung bersama PN untuk membentuk kerajaan.
“Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani aku janji dan memberikan mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.- Zahid Hamidi: November 20, 202221:06 MYT
Hari ini orang2 BN rasa tertipu dengan permainan Zahid dan mereka mendesak agara Zahid letak jawatan..
Jika dia pikir tentang negara dan Parti dia. sudah tentu dia berundur. sudahlah BN kalah terburuk dalam sejarah. lepas tu Presiden muka tak tau malu pulak.
Ahli-ahli Parlimen semuanya patut tendang saja dia keluar kerana dia lah punca BN ditolak ramai..
Apa nak takut.. ini undang-undang parti.. bukannya undang-undang perlembagaan.
Biar hilang Jawatan daripada Hilang Maruah dan menggadai Negara.
Hari ini Kamu GADAI MARUAH KAMU KEPADA DAP
100 TAHUN PON NANTI ANAK-ANAK CICIT KAMU AKAN MENYUMPAH KAMU DIDALAM KUBUR SEPERTI YANG BERLAKU DI SINGAPURA,.
Lee Kuan Yew bersama Tunku Abdul Rahman
LKY bertanding jawatan PM menentang Tengku Abdul Rahman.
Apa yang berlaku semasa krisis PAP di Singapura dan saingnnya merebut jawatan PM dari Tunku Abdul Rahman.
dan bagaimanakah Singapura dikeluarkan dari Malaysia.. itu akan sy jelaskan dalam post lain,
Mengambil hati orang2 Melayu Singapura, kemudian selepas menjadi Perdana Menteri,
kini mereka tidak langsung ada tempat di Singapura.
siapakah yang mengangkat mereka?
orang Melayu
Kedua-dua logo mereka ini sama
DAP & PAP
untuk mengambil alih kerajaan. dan mendapatkan sokongan orang Melayu Singapura, dia memakai songkok dan ramai Melayu ketika itu tertipu dengan permainan PAP yang kononnya PAP adalah parti berbilang kaum
seronoknya Melayu Singapura kerana ada pemimpin yang lebih Islamik dari mereka katanya..
selepas menjadi Perdana Menteri, apa yang mereka kata??
Anak Lee Kuan Yew.
hal yang sama diinginkan oleh DAP
kerana mereka sedar bahawa Agung tidak aka menerima PM selain dari bukan Melayu. jadi calon terbaik untuk menjadi PM mereka adalah Anwar Ibrahim
kerana mereka sedar bahawa hanya melayu yang boleh jadi PM
org yang sama disamping Anwar semasa sidang Media.. mereka sedang mencatur susunan dan mencari Melayu yang senang ikut rentak mereka.
kini mereka sedang menunggu keputusan BN untuk menyertai Ph dan membentuk Kerajaan..
sesiapa ahli Parlimen yang tidak setuju seeloknya ramai-ramai keluar dari BN tu kerana BN telah rosak dan kamu ahli UMNO BN membiarkannya dirosakkan oleh pemimpin kamu sendiri.
fikirkan..
BELAJARLAH DARI KESILAPAN YANG LALU UNTUK MASA DEPAN NEGARA.
Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puan Presiden,
1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73.
2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini.
3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72.
4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia.
5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari 1997 hingga 2006, yang meninggal dunia pada Ogos lalu. Malaysia mempunyai hubungan kukuh dan aktif dengan PBB ketika perkhidmatan beliau.
Puan Presiden,
6. Tema Perhimpunan Agung sesi ke-73 iaitu ‘Menjadikan PBB Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan’ kekal menjadi aspirasi nenek moyang kita. Tema ini amat relevan dan tepat pada masanya. Ia amat bersesuaian dalam konteks Malaysia Baharu. Kerajaan baharu Malaysia yang dibentuk atas mandat kukuh suara rakyat, komited dalam memastikan setiap rakyat Malaysia memiliki hak sama rata dalam perkongsian kemakmuran dan kekayaan negara.
7. Malaysia baharu terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. Rakyat Malaysia memutuskan untuk menukar kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun, iaitu sejak kemerdekaan. Kami melakukannya kerana kerajaan terdahulu mengamalkan politik kebencian, ketaksuban perkauman dan agama, selain rasuah yang berleluasa. Proses peralihan kuasa berlangsung secara demokratik tanpa keganasan atau kehilangan nyawa.
8. Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang. Mereka mahukan Malaysia yang menjadi rakan semua dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Malaysia yang kekal tidak berpihak dan berkecuali. Malaysia yang membenci peperangan dan keganasan. Mereka juga mahukan Malaysia yang berani bersuara dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan, tanpa rasa takut atau gentar. Malaysia baharu yang percaya kepada kerjasama berdasarkan sikap saling menghormati demi manfaat bersama. Malaysia baharu yang menawarkan kerjasama berdasarkan falsafah ‘hormati jiran tetangga’. Kami percaya dengan kerjasama baik, jiran yang makmur dan stabil dapat menyumbang terhadap kemakmuran dan kestabilan negara sendiri.
9. Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsa kami. Ini termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan. Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi.
Puan Presiden,
10. Kali terakhir saya berucap di sini pada 2003, saya teringat bagaimana dunia ini kehilangan arah. Saya meratapi hakikat betapa negara kecil terus melutut di kaki negara berkuasa. Saya tegaskan perlunya negara membangun mendesak supaya dunia berubah, meningkatkan pembinaan kapasiti dan mempelbagaikan ekonomi. Kita mesti kekal mengawal masa depan sendiri.
11. Namun hari ini, 15 tahun berikutnya, dunia tidak banyak berubah. Malah, boleh dikatakan keadaan dunia ketika ini jauh lebih teruk berbanding 15 tahun lalu. Hari ini, dunia berada dalam kegawatan ekonomi, sosial dan politik.
12. Perang ekonomi hebat melanda di antara dua kuasa terbesar ekonomi dunia. Dan seluruh dunia terkena perit tempiasnya.
13. Nilai sosial baharu mengurangkan kestabilan negara dan rakyatnya. Kebebasan membawa kepada terhakisnya konsep perkahwinan dan keluarga, nilai moral, hormat dan sebagainya.
14. Bagaimanapun, kegawatan terburuk adalah dalam arena politik. Kita menyaksikan perlakuan keganasan di mana-mana. Ada yang mengikat bom ke tubuh dan meletupkan diri di tempat awam. Trak dipandu merempuh pelancong bercuti. Peperangan berleluasa manakala orang dipancung sesuka hati. Perlakuan ganas disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Rakyat mempertaruhkan nyawa untuk berhijrah, sebelum dinafikan hak perlindungan suaka, tidur beratapkan langit dan kedinginan hingga meragut nyawa. Ramai menanggung kelaparan manakala ribuan lagi meninggal dunia akibat wabak taun.
15. Tiada sesiapa dan tiada negara yang selamat. Pemeriksaan keselamatan menyukarkan perjalanan orang ramai. Cecair dilarang dalam pesawat. Sedikit syak wasangka boleh membawa kepada penahanan dan soal siasat menjengkelkan.
16. Pelbagai jenis gajet dan peralatan digunakan dalam usaha menangani ‘pengganas’. ‘Kuasa besar’ sentiasa memerhati. Bagaimanapun, perlakuan keganasan terus berlaku.
17. Malaysia menentang penjahat dan pengganas untuk mencapai kemerdekaan serta mengalahkan mereka. Kami menggunakan tentera, namun apa yang lebih penting, kami berkempen untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.
18. Peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, manakala hati dan pemikiran dikuasai.
19. Apakah puncanya? Pada 1948, tanah rakyat Palestin dirampas untuk mewujudkan Israel. Rakyat Palestin dibunuh beramai-ramai dan dipaksa meninggalkan kampung halaman. Rumah dan ladang mereka dirampas.
20. Mereka cuba melawan perang konvensional dengan bantuan jiran yang bersimpati. Bagaimanapun, rakan kepada Israel memastikan cubaan itu gagal. Lebih banyak tanah Palestin dirampas manakala penempatan Israel dibina secara meluas di atas tanah Palestin. Pada masa sama, rakyat Palestin dinafikan akses terhadap penempatan yang dibina di tanah mereka.
21. Awalnya rakyat Palestin cuba melawan menggunakan lastik dan batu. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan ditangkap. Ribuan lagi dipenjarakan.
22. Kecewa dan marah, kecundang dalam menentang peperangan konvensional, rakyat Palestin beralih kepada apa yang kini dipanggil keganasan.
23. Dunia langsung tidak peduli ketika Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa. Rakyat Palestin melancarkan roket biasa yang tidak mencederakan sesiapa. Israel bertindak balas secara besar-besaran, melancarkan roket dan mengebom hospital, sekolah serta pelbagai bangunan yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak dan pesakit. Dan ramai lagi.
24. Dunia menghargai Israel dan sengaja membakar perasaan Palestin dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
25. Kemarahan membuak dan kekecewaan rakyat Palestin serta rakan yang bersimpati, mendorong mereka bertindak terhadap apa yang dipanggil keganasan. Namun demikian, penting untuk kita memperakui bahawa apa juga perlakuan yang menakutkan orang ramai, turut mendorong kepada keganasan. Dan negara yang mengebom atau melancarkan roket hingga mencacatkan atau meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, juga menakutkan orang ramai. Ini juga adalah perlakuan keganasan.
26. Malaysia bencikan keganasan. Kami akan menentangnya habis-habisan. Namun kami percaya, satu-satunya cara untuk menentang keganasan ialah dengan menghapuskan puncanya. Benarkan rakyat Palestin mendapatkan kembali wilayah mereka. Izinkan pembentukan negara Palestin. Hidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Penentangan terhadap mereka tidak akan menghentikan keganasan. Cubaan untuk mengatasi mereka juga tidak akan berhasil.
27. Kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa PBB, seperti mana Liga Negara-Negara satu ketika dulu, dibentuk dengan matlamat murni untuk menamatkan peperangan antara negara.
28. Peperangan bermakna membunuh manusia. Peperangan moden cenderung kepada pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan negara. Negara bertamadun mendakwa mereka menentang pembunuhan atas apa alasan sekalipun. Apabila seseorang membunuh, dia melakukan jenayah bunuh. Dan balasannya mungkin hukuman mati.
29. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, peperangan menggalakkan dan membenarkan pembunuhan. Malah, pembunuhan itu dianggap mulia manakala pembunuh dijulang sebagai wira. Dada mereka disemat pingat manakala patung didirikan bagi mengenang jasa mereka, nama pula dicatat dalam buku sejarah.
30. Ada yang tidak kena dengan cara kita berfikir, dengan sistem nilai kita. Bunuh seorang lelaki, itu adalah pembunuhan. Bunuh sejuta orang dan anda menjadi wira. Dan kita masih percaya konflik antara negara boleh diselesaikan dengan peperangan.
31. Oleh kerana kita masih begitu, kita mesti bersedia untuk berperang. Pepatah lama mengatakan ‘untuk mendapat keamanan, siap sedia untuk berperang’. Dan kita selama-lamanya bersedia untuk berperang, mencipta lebih banyak senjata yang merosakkan. Kita kini mempunyai bom nuklear, yang mampu memusnahkan seluruh bandar. Tetapi sekarang kita tahu radiasi yang berpunca daripada letupan akan memberi kesan terhadap negara yang menggunakan senjata itu sendiri. Perang nuklear akan memusnahkan dunia.
32. Ketakutan ini menyebabkan negara Eropah dan Amerika Utara mengekalkan keamanan selama lebih dari 70 tahun. Tetapi itu bukan untuk negara lain. Perang di negara lain boleh digunakan untuk menguji senjata baharu yang dicipta.
33. Dan mereka menjualnya ke negara berperang. Kita melihat senjata mereka dalam perang antara negara kecil. Ini bukan perang dunia tetapi tidak kurang kemusnahan yang dibawa. Ratusan ribu orang dibunuh, seluruh negara hancur dan negara itu muflis disebabkan senjata baharu yang hebat ini.
34. Namun peperangan ini memberi keuntungan kepada pengeluar dan pedagang senjata. Perniagaan senjata kini menjadi perniagaan terbesar di dunia. Mereka mendapat keuntungan tak bermaruah daripada kematian dan kemusnahan yang yang berpunca daripada mereka. Malah sebenarnya, negara yang kononnya mencintai keamanan ini yang mempromosikan perniagaan memalukan ini.
35. Hari ini, senjata menelan kos berjuta ringgit. Jet pejuang berharga kira-kira AS$100 juta. Dan kos penjagaan serta penyelenggaraan membabitkan berpuluh juta dolar. Tetapi negara miskin dipujuk untuk membeli walaupun mereka tidak mampu. Mereka diberitahu jiran mereka atau musuh memilikinya, maka penting untuk mereka mempunyai senjata sama.
36. Justeru, ketika rakyat mereka kelaparan dan tertekan akibat pelbagai jenis penderitaan, sebahagian besar bajet diperuntukkan untuk membeli senjata. Hakikat bahawa pembeli terbabit mungkin tidak tidak perlu menggunakannya langsung tidak melintasi pemikiran si penjual.
Puan Presiden,
37. Di Myanmar, umat Islam di wilayah Rakhine dibunuh, kediaman mereka dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri, lemas di lautan, berteduh di pondok jerami, ketiadaan bekalan air atau makanan, jauh sekali kemudahan sanitasi. Namun demikian, pihak berkuasa Myanmar termasuk seorang penerima Anugerah Nobel Keamanan, menafikan itu berlaku. Saya percaya kepada prinsip tidak mencampuri hal-ehwal dalaman negara lain. Namun apakah dunia hanya memerhatikan pembunuhan beramai-ramai berlaku tanpa berbuat apa-apa? Semua negara bebas merdeka. Tetapi apakah ia bermakna mereka mempunyai hak membunuh rakyat sendiri, hanya kerana mereka merdeka?
Puan Presiden,
38. Pada masa sama, dari aspek dagangan, negara tidak lagi bebas. Perdagangan bebas bermakna negara kecil tidak melindungi industri kecil mereka. Mereka mesti mengetepikan sekatan tarif dan membuka negara mereka kepada kemasukan produk negara kaya serta berkuasa. Namun demikian, produk biasa negara kecil tertakluk kepada sekatan licik supaya mereka tidak dapat menembusi pasaran mewah. Minyak kelapa sawit Malaysia dilabel sebagai berbahaya kepada kesihatan manakala ladangnya dikatakan memusnahkan habitat haiwan. Produk makanan negara kaya didakwa bebas daripada minyak sawit. Kini diesel sawit dikecam kerana memusnahkan hutan dara. Kelompok ini terlupa pemulauan minyak sawit ini menyebabkan ratusan ribu pekebun kehilangan pekerjaan dan tidak dapat menikmati kehidupan sempurna.
39. Di Malaysia, kami amat mengambil berat perihal alam sekitar. Kira-kira 48 peratus daripada negara kami adalah hutan dara. Mampukah penentang kami membuat dakwaan sama mengenai negara mereka?
Puan Presiden,
40. Malaysia komited terhadap pembangunan mapan. Kami telah mengambil pelbagai langkah, sebagai contoh meningkatkan kaedah pengeluaran bagi memastikan pengeluaran minyak kelapa sawit dilakukan secara mapan. Menjelang Disember 2019, piawaian Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) akan menjadi mandatori. Ini akan memastikan setiap titisan minyak sawit keluaran Malaysia akan diperakui mapan menjelang 2020.
Puan Presiden,
41. Di seluruh dunia, kita menyaksikan aliran berbahaya membabitkan nasionalisme yang mementingkan diri sendiri, kerajaan cenderung menjadi populis, menjauhi kerjasama antarabangsa dan menutup sempadan kepada pergerakan bebas orang ramai, barangan dan perkhidmatan walaupun pada masa sama, mereka lantang menyebut mengenai dunia tanpa sempadan, perdagangan bebas. Pada ketika globalisasi ada manfaatnya, impaknya jelas mengancam kebebasan negara kecil. Kita tidak boleh bersuara atau bergerak tanpa ada yang mendengar dan merakam pergerakan yang diguna untuk menentang kita. Maklumat berkaitan semua disimpan dan dijadikan bahan dagang oleh negara berkuasa serta pertubuhan mereka.
42. Malaysia memuji usaha PBB ke arah menghapuskan kemiskinan, memelihara bumi dan cuba memastikan setiap orang menikmati keamanan dan kemakmuran. Bagaimanapun, saya ingin merujuk terhadap perlunya pertubuhan ini melalui beberapa perubahan. Lima negara atas dasar kemenangan lebih 70 tahun lalu, tidak boleh mendakwa mempunyai hak untuk menentukan hala dunia selama-lamanya. Mereka tidak boleh memperkudakan moral, melaungkan demokrasi dan perubahan rejim negara lain di dunia sedangkan mereka menafikan demokrasi dalam pertubuhan ini.
43. Saya pernah mencadangkan kuasa veto tidak sepatutnya dipegang oleh hanya satu anggota tetap, sebaliknya sekurang-kurangnya dua kuasa besar dengan disokong tiga negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan. Perhimpunan Agung boleh menyokong keputusan itu dengan majoriti mudah. Itu saja yang ingin saya katakan,
44. Saya akui, dunia akan kucar-kacir tanpa PBB. Kita perlukan PBB, kita perlu mengekalkannya dengan dana mencukupi. Tiada siapa berhak mengancamnya dengan kekangan kewangan.
Puan Presiden,
45. Selepas 15 tahun dan pada usia 93 tahun, saya kembali ke podium ini dengan memikul tanggungjawab berat membawa suara dan harapan Malaysia baharu ke pentas dunia. Rakyat Malaysia yang bangga dengan pencapaian demokratik mereka baru-baru ini, mempunyai harapan menggunung - untuk melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran - di seluruh dunia. Kami berharap PBB akan mendengar permintaan kami ini.
Sebelum ini, umum mengetahui laman web Sarawak Report telah disekat akses masuk dibaca konon melanggar undang-undang Malaysia. Namun saya berasa janggal sedikit apabila hari ini mengetahui laman web ini boleh dibuka dengan mudah pada link ini
kelihatan beberapa perubahan yang mendadak pada website ini. antaranya mengapa terlalu banyak permohonan maaf.
lihat pada lampiran ini.
Banyak artikel-artikel tersebut memohon maaf atas artikel yang telah lalu.
Namun selepas diteliti, website ini adalah website palsu yang menyerupai Sarawak Report. tujuannya untuk menafikan semua fakta-fakta Sarawak report sebelum ini adalah benar.
Nah terbukti anda sudah mampu membuka website yang disekat bukan ??
Najib semakin takut dengan kebenaran . Sehingga mengupah orang untuk meniru web Sarawak Report dan kononnya memohon maaf atas semua tulisan2 sebelum ini.
Tidak cukup menipu rakyat dengan janji-janji manis. dia menggunakan tv3 stesen tv paling bahlol dalam sejarah dunia.Semua berita perlu melaporkan yang baik2 saja dan memuji2 pentadbirannya konon ekonomi Negara terus meningkat baik.
Apa penyebab laman web ini mula disekat ??
Selepas SR mendedahkan gambar dia bersama Jho Low dalam skandal terbesar 1MDB
Semakin lama dia cuba menutup kebenaran, semakin banyak ketirisan yang akan terbongkar. teruslah dengan sikap pengecut kamu Najib. !!
Wilayah-wilayah Negara akan sepenuhnya dikuasai oleh Negara China.. Bagaimana ini mungkin berlaku ?? Melalui jalan projek-projek Mega yang dibangunkan ?? tidak cukup dengan Projek Keretapi Pantai Timur yang menelan belanja 55 bilion, kini projek-projek Pelabuhan lebih memudahkan penguasaan itu bakal berlaku.. Mengapa saya berkata demikian ?? mari kita lihat kupasan ini satu persatu.
Surat dari kerajaan Negeri Melaka, Idris Haron bagi status pembangunan , seluas 609 ekar atas status Free Hold untuk projek Melaka Gateway yang akan dibangunkan oleh Kerajaan China. Status tanah ini adalah Free Hold yang ditandatangani oleh Menteri Besar Melaka, Idris Haron.
Baca disini untuk maklumat lebih lanjut.
Tujuh memorandum persefahaman (MoU),
melibatkan pelaburan antara Melaka dan wilayah Guangdong, China dalam
bidang hartanah, teknologi maklumat, perubatan dan makanan halal,
ditandatangani syarikat dari Malaysia dan China
Projek Mega ini akan menjadi pelabuhan yang terkenal memandangkan ia adalah laluan yang paling strategik di Asia Tenggara. Jika kita mengenali Singpura menjadi pelabuhan yang tersibuk di Asia Tenggara, kini dimasa hadapan, kita akan melihat projek Melaka Gateway yang di jual kepada Negara China akan memainkan peranan yang cukup penting ketika itu.. Ia juga akan menjadi tempat persinggahan laluan kapal-kapal pedagang.. Apa yang sayangnya ia begitu mudah dijual kepada negara China hanya kerana China menyediakan pembiayaan untuk Kerajaan membayar hutang 1MDB..
Pada masa ini, sehingga 80 peratus daripada minyak yang dibekalkan kepada China melalui Selat Melaka. Kebanyakan perdagangan juga akan melalui perairan antara Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera, kerana ia adalah laluan yang paling singkat untuk Lautan Hindi.
Projek Melaka Gateway oleh KAJ Perkembangan-PowerChina Antarabangsa JV, kos RM30 bilion untuk menuntut semula tiga pulau di luar pantai Melaka.
Apa yang lebih membimbangkan pulau-pulau tebus guna akan didakwa diberikan status pegangan bebas
Plan pembangunan di Melaka Gateway.
Pembinaan pelabuhan perdagangan luar pantai yang yang bernilai $14 bilion atau RM43 bilion, bertujuan untuk menggantikan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan utama di Asia Tenggara. Dipanggil Gateway Melaka, pelabuhan perdagangan ialah sebahagian daripada perjanjian perdagangan termasuk $ 17,8 bilion laluan kereta api Pantai Timur semasa lawatan 7-hari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke China pada awal November 16.
Pelabuhan perdagangan baru akan menjadi satu usaha sama dengan syarikat-syarikat yang dibiayai Malaysia KAJ dan Power China International. Pembinaan Melaka Gateway akan melibatkan penambakan tanah di tiga pulau luar pesisir luar pantai Malaysia dan dijadual siap pada 2025. Menurut penelitian, 100,000 kapal penghantaran akan berlabuh di pelabuhan itu, tanpa perlu berhenti melalui laluan monopoli yang dipegang oleh Singapura dalam tempoh beberapa abad yang lalu.
Sumber berkata, pulau-pulau yang ditambak akan diberikan status pegangan bebas dan pelabuhan diberikan konsesi 99 tahun.
kehadiran tentera China di seluruh perairan Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak tahun lalu. Pada bulan September tahun lepas, ketiga-tiga cabang angkatan tentera Cina mengambil bahagian dalam enam hari latihan bersama pada di Selat Melaka.
China juga telah mendapat akses ke Kota Kinabalu, port penting di Sabah berhampiran dengan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan, di mana aktiviti-aktiviti pembinaan Beijing telah menjadi sumber persengketaan diplomatik di rantau ini.
Saya melihat ia adalah satu tempat yang strategik dalam menguasai Laluan Selat Melaka, bukan sahaja didalam bidang ekonomi melalui pelabuhan, tetapi strategi ketenteraan..
Laluan sempit Selat Melaka adalah laluan yang paling penting didunia.. Laluan yang cukup strategik.! jauh dari Lautan Hindi yang mengancam kapal-kapal kerana ombaknya yang begitu kuat..
Maka pedangang akan memilih melalui laluan menerusi Selat Melaka yang lebih tenang dan terhalang dari ombak besar..
Lihatlah betapa kuatnya Ombak di Lautan Hindi..
Bukankah Pulau Sumatera merupakan benteng penghalang kekuatan lautan Hindi ini?
Kerana itu perairan air di laluan Selat Melaka lebih tenang dan menjadi pilihan pedagang-pedagang.
Apakah punca sebenarnya Kota Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis ?? Apakah yang menarik minat Portugis untuk mengambil alih Kota Melaka ?? salah satunya Melaka terletak dilaluan yang strategik iaitu di laluan Selat Melaka..
Melaka jatuh akibat berlakunya pembelotan dan membuka pintu Melaka kepada Penjajah Portugis, bukan kerana Melaka tidak mempunyai kelengkapan senjata..
Bukan hanya di Selat Melaka,Firma China Guangxi Beibu International Port Group memiliki 40 peratus daripada pelabuhan Kuantan, manakala akses China ke Kota Kinabalu, dok penting di Sabah, dilihat sebagai strategik untuk aktiviti pembinaannya di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan di Laut China Selatan Sea.
Jika kita melihat kepada perluasaan wilayah -wilayah yang diterajui oleh Negara China. Kita akan mendapati wilayah-wilayah tersebut bakal dikuasai oleh Negara besar itu..
Bukan hanya dari sudut maritim, tetapi dari sudut perluasaan wilayah pelabuhan..
Malahan apabila sudah menguasai sepenuhnya, tidak mustahil ia akan menjadi pusat ketenteraan Negara China melalui jalan Pelabuhan..
KUALA LUMPUR, 5 Feb — Sebuah firma China akan memperolehi pegangan saham yang besar dalam Konsortium Pelabuhan Kuantan dan pemilik bersama kira-kira 700 ekar tanah industri sebagai balasan terhadap beberapa pelaburan di Pahang, termasuk menandatangani perjanjian MoU dengan anak syarikat IJM Malaysia.
MOU itu dilaksanakan apabila Kawasan Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan pemimpin China, Jia Qinglin.
Sekiranya perjanjian itu diteruskan, firma China itu akan memperolehi konsesi 60 tahun di Pelabuhan Kuantan dan terminal air dalam yang baru (NDWT).
Syarat yang dinyatakan di dalam DA, termasuk keperluan mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia untuk mengubah pegangan saham KPC daripada RBH kepada firma China itu.
Perjanjian itu menetapkan syarat kerajaan memberikan 60 tahun konsesi pelabuhan Kuantan yang sedia ada dan berasingan 60-tahun, dan konsesi terminal air dalam baru (NDWT) kepada KPC — yang akan kemudian menyaksikan Guangxi mengawal 40 peratus daripada syarikat yang diswastakan pada tahun 1997 itu.
Perkongsian bersama antara kedua-dua syarikat untuk membangunkan tanah akan melihat kepentingan majoriti 60 peratus kepada IJM dan firma Cina memegang 40 peratus.
Dalam pertukaran untuk semua ini, Guangxi perlu membawa masuk pelabur untuk tiga kilang di Kuantan — sebuah kilang keluli, kilang pemprosesan aluminium, dan kilang memproses minyak masak.
Hanya kerana memajukan sebahagian wilayah di Kuantan, China diberikan tanah sebanyak 700 ekar.
Pelabuhan Staregik di Kuantan Port yang secara halusnya akan di kuasai oleh China.
Bukan itu saja, bahan api minyak dan gas juga akan dikuasai oleh China secara halus..
Kepulauan Spartly yang menjadi wilayah pertikaian dan perebutan antara negara-negara.
Sejak 2014, China memulakan kerja-kerja mengorek (dredging) untuk menukar 3 terumbu di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan (LCS) menjadi pulau tiruan. Dalam 18 bulan sahaja, sebanyak 2000 ekar terumbu iaitu Subi, Mischief dan Fiery Cross telah dibangunkan.
Walaupun kepulauan itu masih lagi dalam pertikaian akibat pertindihan tuntutan sempadan negara-negara berdekatan seperti Vietnam, Brunei, Malaysia, Taiwan, Indonesia dan Filipina, China meneruskan aktiviti mereka tanpa segan silu.
China sebenarnya sedang meluaskan kuasa dibidang Martime melalui projek-projek Mega.
Kepulaun Spratly lebih mudah menjadi hak negara China selepas China menguasai Pelabuhan di Sabah..
Pulau tiruan ini sudah diturap menjadi landasan kapal terbang sepanjang 3,000 meter dengan jalan raya, menurut satu imej satelit oleh Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).
"Dua helipad, (sehingga) 10 antena komunikasi satelit, dan kemungkinan satu menara radar juga boleh dilihat, dua rumah api dan satu kilang simen juga telah dibina di pulau itu.
Tindakan agresif China ini telah mengundang Amerika Syarikat menghantar kapal perang USS Lassen sehingga jarak 12 batu nautika daripada Terumbu Subi di Kepulauan Spratly pada 13 Oktober 2015.
Provokasi Amerika Syarikat telah menambah ketegangan antara dua negara ini.
SATU GAMBAR FAIL DIAMBIL DARI UDARA OLEH KAPAL TERBANG TENTERA FILIPINA MENUNJUKKAN PENAMBAKAN TANAH SEDANG DIJALANKAN OLEH CHINA DI TERUMBU MISCHIEF DI KEPULAUAN SPRATLY PADA MEI 2015. POOL/REUTERS
Laut China Selatan adalah lebuh raya untuk perdagangan, perkapalan dan telekomunikasi, dengan 1/3 perdagangan dunia merentasi lautan ini.
Projek perluasan sempadan wilayah Negara China dibuat oleh negara itu atas faktor "sejarah". Pada tahun 1947, Parti Koumintang telah melakar peta Laut China Selatan beserta "Sembilan Garis Putus-putus" (9GP atau 9 line dash) yang merangkumi sebahagian besar LCS.
Pada mulanya 9GP digunakan oleh kerajaan Republik China (ROC / Taiwan), dan kemudiannya juga digunakan oleh kerajaan Republik Rakyat China (PRC /China).
Mereka menuntut sebahagian besar daripada Laut China Selatan meliputi Kepulauan Paracel, Kepulauan Spratly, Kepulauan Pratas, Macclesfield Bank, Scarborough Shoal, Luconia Shoal (Beting Patinggi Ali, Sarawak) dan lain-lain.
Tuntutan itu dirancang untuk menjadi sebahagian kawasan penambakan tanah China yang dikenali sebagai "great wall of sand."
PETA CHINA PADA TAHUN 1947 MENUNJUKKAN 11 GARISAN PUTUS-PUTUS
Peta awal 9GP yang diterbitkan pada 1 Disember 1947 menunjukkan 11 garisan putus-putus berbentuk U, dan dua daripadanya dikeluarkan atas perintah Perdana Menteri China Zhou Enlai. Walau bagaimanapun, tiada tuntutan rasmi dibuat oleh China sehinggalah pada tahun 2009.
LCS berharga bukah sahaja disebabkan menjadi sumber petroleum dan gas asli, tetapi ia juga merupakan laluan perdagangan bernilai £3.17 trilion (RM20.92 trilion), dan sumber perikanan.
TUNTUTAN SEMPADAN LAUT OLEH NEGARA-NEGARA JIRAN.
9GP digunakan untuk menunjukkan tahap maksimum tuntutan China tanpa menyatakan sama ada ia bersambung atau tidak. Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Indonesia – semuanya telah membantah penggunaan garisan ini secara rasmi.
Sejurus selepas China mengemukakan peta tuntutan mereka ke PBB pada 7 Mei 2009, Filipina mengemukakan bantahan diplomatik terhadap China atas dakwaan tuntutan haram.
Vietnam dan Malaysia memfailkan bantahan bersama selepas China mengemukakan peta 9GP kepada PBB.
Indonesia juga memfailkan bantahan, walaupun mereka tidak mempunyai tuntutan di Laut China Selatan.
Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata, "Tuntutan 9GP di Laut China Selatan adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS)".
Vietnam juga menolak tuntutan 9GP, menyatakan ia adalah tidak berasas dan menyalahi UNCLOS.
Beting Patinggi Ali, Sarawak yang kaya dgn sumber minyak dan gas asli.
Pada 22 Januari 2013, Filipina memulakan pendakwaan terhadap negara China di Mahkamah Tetap bawah UNCLOS, mencabar keabsahan 9GP serta hak berdaulat China dan hak berkuasa di LCS.
.
Beberapa tahun kebelakangan ini China menjadi lebih agresif dengan merampas Scarborough Shoal dari Filipina, meletak pelantar minyak gergasi di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Vietnam, dan memulakan kerja penambakan di Spratly.
Malaysia menuntut 11 bahagian maritim di kepulauan Spratly, dan menduduki 8 daripadanya, dengan 3 lagi diduduki oleh Vietnam atau Filipina.
Malaysia merupakan pengeluar minyak dan gas asli (O&G) kedua terbesar di Asia Tenggara, dan merupakan pengeksport cecair gas asli (LNG) ketiga terbesar di dunia – dengan majoriti sumber alam ini datang dari Laut China Selatan.
Sehingga 2014, industri O&G menyumbang 1/3 daripada pendapatan tahunan negara, dengan sebahagian daripada lapangan dan pelantar terletak di dalam kawasan 9GP.
Mencegah pencerobohan adalah sebahagian daripada usaha memelihara kedaulatan dan wilayah negara, lebih-lebih lagi disebabkan Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia terpisah oleh Laut China Selatan.
China bukan saja bakal menguasai wilayah Maritim Negara kita, malahan akan menguasai tanah-tanah dan sebilangan besar aset-aset yang ada dalam Negara..
Sebelum ini dilaporkan Kapal China telah menceroboh dan masuk ke Perairan Malaysia di Beting
ANGGOTA penguat kuasa ini memerhati sebuah kapal pengawal pantai milik China yang berada di sekitar gugusan Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Sebagai kuasa besar, China pasti akan terus-menerus menunjukkan kehadiran kapal-kapal perondanya di Laut China Selatan terutama di kawasan yang terlibat dengan pertindihan tuntutan hak milik.
Sejak dahulu lagi China menganggap semua kawasan di Laut China Selatan adalah miliknya.
Disebabkan itu, kepulauan di perairan itu termasuklah Kepulauan Spratly dan Beting Patinggi Ali dianggap menjadi milik mereka sedangkan jika mengikut jarak, Beting Patinggi Ali sudah termasuk dalam kawasan perairan negara
Gugusan Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram sebenarnya bukanlah kawasan tuntutan bertindih antara Malaysia dengan mana-mana negara.
Ia terletak dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).
Di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara yang berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika jaraknya.
Apabila Kedaulatan Negara begitu mudah dicerobohi, apakah yang mampu Negara kita buat ?? hanya berdiam diri dan menjadi kaku yang tidak boleh berbuat apa-apa.. Hanya boleh menghantar nota tentangan setiap minggu sahaja..
Inilah bahanyanya apabila Negara di pimpin oleh pemimpin yang gemar menipu rakyat dan mementingkan diri sendiri.. Kesannya,, kedaulatan Negara di jual beli.. Mungkin jika melakukan perluasan wilayah sempadan dan mengganggu ketenteraman negara-negara lain akan menimbulkan syak wasangka, maka kaedah yang paling berkesan adalah dengan menjadikan wilayah-wilayah tersebut sebagai sebuah Pelabuhan.. atas kapasiti Pelabuhan, maka lebih mudah untuk menguasai sempadan itu. itulah dia Konsep Pecah & Perintah..
Kemaskini seterusnya adalah next incoming lokasi Kuala Kedah
Terminal itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Lu Hai Feng dari China, sebuah syarikat swasta berpangkalan di Qingdao, dibina di kawasan seluas 2,340 hektar di sepanjang pesisir pantai dari Taman Bersatu hingga ke Kampung Tebengau di Kuala Kedah.