PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 23 May 2012

Asal Usul nama Tanjung Tokong (Pulau Pinang)




TANJONG TOK KONG BUKAN TANJONG TOKONG :MENGGALUR ASAL –USUL KAMPUNG WARISAN MELAYU TANJONG TOK KONG

Ada pengisytiharan wujudnyapetempatan China di P.Pinang sebelum kedatangan KeptenFrancis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Kononnya wujud di Jeti/Pengkalan Weld(Weld Quay), Balik Pulau dan Tanjong Tokong. Justeru berasaskan ini telah memberi laluan mudah untuk menjadi zon warisan secara automatis meski pun berada di luar George Town yang telah diisytiharkan sebagai zon warisan dunia.

Sedangkan petempatan Melayu yang sudah tentu wujud lebih dulu sebelum kedatangan British tetap terabai dan terumbang ambing status kewarisannya tanpa sebarang pengiktirafan. Usaha menjadikan Tanjong Tok Kong dan Batu Uban sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang menghadapi laluan yang sangat sukar di era kemerdekaan. Ia terkeluar daripada skop warisan yang diiktiraf UNESCO.Tidak wujud warisan Melayu. Pulau Pinang baru berpenduduk hanya selepas kedatangan British pada tahun 1786. Benarkan fakta ini dan boleh ditelan begitu sahaja?

Hatta Kementerian Kebudayaan dan Warisan tetap membisu tentangnya dan hanya akur dengan warisan Jawi Pekan yang dicipta Inggeris. Perkara ini amat bertentangan dengan takrif warisan oleh KEKWA pada tahun 2005:

Warisan ialah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun oleh seseorang atau kumpulan masyarakat daripada generasi sebelumnya. Ia menggambarkan memori daripada seluruh kehidupan yang melengkapkan ketamaudannya( KEKWA: 2005)

Dari segi sejarah petempatan China yang terkenal di Malaya sebelum kedatangan Britishialah di Bukit China Melaka. Mereka dibawa oleh Sultan Mansor Shah selepas baginda dihadiahkan Puteri Hang Li Po oleh maharaja China pada tahun 1435 M.
Bersama dengannya dibawa para dayang dan shaolin( pahlawan kungfu China) yang diberi izin bermukin di Bukit China, Melaka. Mereka terismilasi dengan budaya masyarakat Melayu dan sebahagiannya menganut Islam. Selepas itu berita tentang kewujudan petempatan China di Malaya tiada langsung tibul dan ketara di mana-mana sehinggalah British membawa mereka masuk secara beramai-ramai pada awal ke 20.

Pengisytiharan bahawa wujudnya penempatan China di Pulau Pinang iaitu di Tanjong Tokong telah diterima dengan mudah tanpa sebarang bukti. Hakikatnya setiap petempatan asing yang bertapak di Pulau Pinang mestilah mendapat restu sultan Kedah. Pulau Pinang adalah wilayah kekuasaannya. Pasti sesebuah petempatan dibuka dengan keizinan baginda. Begitu juga dengan petempatan Melayu.

Hal ini telah berlaku ke atas pembukaan kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang. Gelugor dibuka oleh Datuk Jenaton atas restu 
Sultan Mohamad Jewa pada tahun 1742. Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Intan pada pertengahan abad ke 18. Bagitu juga dengan Jelutong dan Tanjong Penaga(George Town) dibuka oleh Datuk Nakhoda Kecil.
Bayan Lepas, Datuk Keramat,Batu Feringhi,Teluk Tikus, Kelawai dan sebagainya telah dibuka oleh para peneroka,pedagang dan nakhoda Melayu dari alam Nusantara.Petempatan ini menjadi perkampungan para nelayan yang berulang –alik di antara pantai Kedah dan Pulau Pinang. Pantai di pesisir Pulau Pinang dan seberang Kedah jelas pada pandangan mata.Hanya dipisahkan oleh selat sempit “ Selat Utara”.

Mengumumkan Tanjong Tokong sebagai petempatan China yang terawal kerana wujudnya berhala adalah satu dakwaan dan kepercayaan semata –mata untuk mengesahkan kehadiran masyarakat China di peringkat yang terawal tanpa sebarang bukti yang konkrit. Ini telah dilakukan di banyak tempat di Pulau Pinang. Disebabkan agama adalah satu perkara yang sensitif maka pengistihar ini kononnya pantang dicabar dan boleh disentuh lagi. Hakikatnya berhala dan sejarahnya boleh dibawa dari negeri China. Boleh didakwa ribuan tahun tapa memerlukan apa –apa pembuktian pun.

Tanjong Tok Kong adalah kawasan penempatan nelayan Melayu yang terkenal dan terulung.Nama Tanjong Tokong tidak ada kaitan sama sekali dengan Tua Pek Kong atau sebarang berhala, tuhan atau kepercayaan orang China. Masyarakat China mengaitkannya dengan tuhan kemakmuran, dewa laut dan sebagainya. Kepercayaan seperti ini sebenarnya dibawa dari luar. Ianya bukan berasal usul dari bumi Tanah Melayu untuk mendakwanya sebagai sesuatu yang sahih dan asli.

Nama Tanjong Tokong jelas terserlah adalah nama Melayu. Tanjong iaitu satu kawasan yang mengunjur ke laut. Tok kependekan daripada perkataan Datuk dan Kong adalah nama gelaran yang berkaitan dengan tokoh, ketua atau panglima Melayu yang di gelar Datuk Kong. Kependekannya disebut Tok Kong. Itulah asal –usulnya yang terpancar daripada penamaannya yang sebenarnya yang diberi nama oleh orang Melayu.
Makam Datuk Kong tokoh Melayu yang telah dipuja oleh masyarakat China dan dipercayai berada di dalam berhala China yang wujud kini. Makam para pahlawan Melayu yang tersohor seperti Datuk Panglima Hitam, Datuk Panglima Puteh, Datuk Rahman,Datuk Ali juga terdapat di belakang berhala China tersebut.

Makam-makam ini juga dupuja. Makam yang paling terkenal dan diberi pujaan yang berlebihan ialah Datuk Kong dan dialih menjadi Tua Pek Kong untuk menserasikannya dengan budaya dan kepercayaan orang China. Lalu masyhurlah namanya menjadi Tanjong Tokong. Dengan sedikit kesalahan teknikal sejarahnya telah berubah. Begitu juga nama Bukit Meriam di atas bukit Tanjong Tok Kong diubah menjadi Mount Meriam telah menghilangkan asal-usulnya kerana dia atas bukit tersebut terdapat meriam lama.

Keulungan Datuk Kong, Datuk Panglima Hitam dan Datuk Panglima Putih memang terkenal sebelum kehadiran masyarakat China di Pulau Pinang.Tanya sahaja kepada masyarakat Melayu Tanjong Tok Kong yang berusia 80 tahun ke atas, mereka boleh menceritakannya. Mereka juga sering membayar niat dan menghantar persembahansebelum era pemodenan dan ke makam-makam tersebut. Ianya telah dipuja, disemarakkan oleh masyarakat China dan dipuja sehingga menjadi tokong.

Mengikut kajian penulis di tapak bangunan opera China mengikut dakwaan penduduk Tanjong Tok Kong yang tertua, sebenarnya ialah tanah perkuburan orang-orang Islam.Pihak muzium, badan berwibawa seperti USM wajib menggalinya untuk membongkar bukti sejarah yang sebenar tetapi telah tetrimbus

Pengesahan ini sangat perlu untuk mencungkil bukti sejarah yang hilang akibat penjajahan. Ini dapat membongkar rahsia sejarah Tanjong Tok Kong yang telah dikaburkan akibat kedatangan kaum imigran secara besar-besaran ke Pulau Pinang selama 200 tahun era penjajahan.Tempat itu dikenali dengan nama Tanjong Perangin.
Orang Melayu yang beragama Islam tidak akan menamakan sesuatu tempat dengan namayang bertentangan dengan aqidah dan tahid.Mereka tidak akan menamakannya denganTanjong Berhala atau Tanjong Tokong. Jika ada pun penamaan yang berkaitan dengannya yang paling hampir ialah perkataan keramat.

Ia termaktub pada nama pulau di hadapan pantai Tanjong Tok Kong yang dipanggil Pulau Keramat kerana wujudnya sebuah makam seorang wali. Begitu juga dengan nama tempat Kampung Makam dikaitkan dengan kewujudan makam Haji Kassim seorang pendakwah yang berasal dari Yaman.Beliau adalah peneroka kampung tersebut.

Membuktikan kampung Tanjong Tok Kong adalah petempatan asli Melayu seratus peratus tanpa petempatan asing dapat disahkan kerana wujudnya sebuah tanah perkuburan Islam yang luas di atas bukit Tanjong Tok Kong. Di sekitarnya terdapat banyak kampung dan naam yang hilang dek perbandaran yang pesat di era kolonial.

Di antaranya ialah kampung Tembaga, Kampung Alur,Kampung Mata Air, Kampung Telaga Air, Kampung Kepala Tanjong,Kampung Balik Batu, Kampung Anjung Dangau dan Daun Peringgit.Terdapat banyak nama- nama kampung dan mukim yang kedapatan berhampiran dengannya seperti Bagan Atas, Bagan Jermal, Bau Putih, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang dan Kampung Fuad. Inilah realiti sejarah yang hilang.

Sejarah Tanjong Tok Kong dapat disusur dengan kedatangan seorang ulama dari Pulau Madura yang bernama Haji Hassan Fusanah yang tiba di pantai Tanjong Tok Kong pada awal abad ke 19. 
Namanya disemadikan dengan terdirinya masjid Tuan Guru.Makamnya juga terdapat di atas bukit Tanjong Tok Kong.

Susur galur keturunannya sebagai salah seorang peneroka terawal Tanjong Tok Kong dapat dikesan hingga ke hari ini. Salah seorang daripada keturunannya ialah Datuk Elyas Haji Omar bekas datuk bandar Kuala Lumpur. Kaum keluarganya telah mengadakan perkumpulan keluarga mereka pada tahun 2004 dengan menghimpunkan 500 waris.
Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan Melayu yang bersejarah dan merupakan petempatan nelayan yang tertua di Malaya. Di sini berkumpulnya para panglima,dukun dan pawang Melayu yang tersohor.Mereka mengusahakan penngkapan ikan laut dalam yang dikenali sebagai jermal. Dalam buku Malaysian Pictoral history 1400-2000 ada dirakamkan:


Ada sebuah nyanyian boria yang didendangkan oleh penduduk Tanjong Tok Kong untuk membuktikan wujudnya kampung lain di sekitarnya seperti Kampung Tembaga
Orang Melayu pandai mengebat
Seluar hitam baju berkilat
Sepa Kampung Tembaga sudahlah sepakat
Hidup muafakat membawa berkat
Mengenai Tanjong Tok Kong terdapat sebuah pantun lama yang wujud di awal pembukaan tanah baru tebusguna laut pada tahun 1940an dan 1950an.Bunyinya :

Tanjong Tok Kong tanah merah
Anak dara murah-murah.

Penamaan Tanjong Tok Kong sudah pasti dengan mengambil sempena nama tokoh, panglima dan ulama.Itu adalah salah satu cara menamakan tempat seperti namaanPermatang Tok Gelam, Ceruk Tok Kun, Teluk Panglima Garang, Permatang Pak Elong, Kampung Haji Mahmud, Bagan Tuan Kecil dan sebagainya.

Sejarah sering boleh direkacipta seperti yang sedang berlaku apabila warisan British dinobatkan sebagai warisan terunggul di Pulau Pinang oleh UNESCO diera kemerdekaan menenggelamkan warisan Melayu yang wujud sebelumnya walau pun negara telah merdeka lebih 50 tahun. Namun sejarah colonial masih utuh di sini. Dalam hal ini negara-negara lain seperti India, Burma dan Indonesia lebih terkedepan dalam menobatkan warisan asal bumiputera.mereka telah menukar nama tempat seperti Batavia menjadi Jakarta dan Madras menjadi Chennai.

Namun kita masih berbangga dengan George Town.Sedangkan tempat itu bernama Tanjong Penaga yang dibuka oleh seorang nakhoda Melayu Datuk Nakhoda Kecil, seorang nakhoda Melayu yang berjasa dari alam Nusantara. Tidak kah wajar jejaknya dijelmakan kembalikan dengan nama yang asli Bandar raya TANJONG.
Warisan China di Tanjong Tok Kong telah dibentuk dan diisytiharkan menjadi warisan olehTan Sri Koh Tsu Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2007. Mengapakah warisan Melayu Tanjong Tokong tidak boleh diterima oleh Kerajaan Persekutuan yang memegang hak milik kampung ini selepas diserahkan kepada Perbandanan Pembangunan Bandar(kini UDA Holdings Bhd).

Hakikatnya dari segi pembangunan Melayu telah menjadi rakyat yang terpinggir dan dalam aspek warisan mungkin terhapus apabila kita merelakan pelupusannya untuk mengisi tembolok para korparat yang keparat.

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA-WARISAN MELAYU ENTAH DI MANA

Apa jadi jika DAP berjaya memerintah negara??




Mengatur straregi bagaimana untuk mengusir keluar orang-orang Melayu Pulau Pinang dibawah plan straregi En. Tony Phua (Master Mind)

Mengkristiankan orang-orang Melayu Sarawak sekurang-kurangnya 2 orang setiap minggu


10 tahun lagi menjelang 2020 - Agama rasmi Malaysia adalah Kristian dan kini 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian

Sekiranya parti pembangkang (PR) dapat memerintah, Malaysia akan dijadikan sebuah "Negara Republik bergelar REPUBLIC OF MALAYSIA"

Yang DiPertua Pulau Pinang hendaklah terdiri dari bukan orang Melayu

Siatem Raja berpelembagaan akan dihapuskan dan digantikan dengan "PRESIDENT" - Raja-Raja Melayu yang ada sekarang adalah bekas perompak

Laungan azan tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya mengganggu ketenteraman masyarakat yang lain

Tilawah Al-Quran dihapuskan kerana Negara-Negara Islam lain tidak melakukannya

Kesatuan NGO's yang dipegang oleh orang-orang Melayu akan dihapuskan seperti PEKIDA dan PERKASA

Perkahwinan campuran digalakkan dan akan diberi saguhati sebanyak RM 5000.00

Bagi menentukan agama seseorang itu, hendaklah ditentukan ketika berusia 18 tahun

Bahasa Inggeris adalah bahasa utama Negara dan Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua

Mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah akan dihapuskan - Pelajaran agama Islam boleh diajar di surau-surau atau masjid-masjid.

Setiausaha Agung Komunis Malaya "Chin Peng" akan dibawa pulang dan akan diberi gelaran "TUN". Ngeh Kok Ham (DAP Sitiawan) dan Ngar Kor Ming (DAP Taiping) adalah anak saudara Chin Peng.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibubarkan

Syarikat-syarikat GLC akan diterajui oleh orang-orang Cina

Lagu "Negaraku" akan diubahsuai dan tiada gambar bulan dan bintang pada bendera Malaysia

Rejimen Askar Melayu DiRaja akan dibubarkan kerana semasa "13 Mei" askar-askar Melayu ini telah banyak membunuh orang-orang Cina.

Ketua Polis Negara dan Ketua Turus Angkatan Tentera mesti dikalangan orang-orang Cina

Kakitangan Kerajaan yang terdiri dari orang-orang Melayu akan dikurangkan - Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan utama seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan akan diterajui oleh orang-orang Cina

KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup kerana jabatan-jabatan inilah yang merosakkan minda dan pemikiran orang-orang Melayu

'Good Friday' dan 'Easter Day' akan diberikan cuti umum

Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia - Lim Guan Eng akan menerima USD 300 juta dari Kerajaan Israel yang mana wang ini disalurkan melalui bank di Singapura

Port Dikson akan dijadikan Pengkalan Tentera Israel

Majlis Agama Islam akan dibubarkan

Wang Zakat boleh digunakan oleh orang-orang bukan Islam

Mahkamah Syariah akan dibubarkan dan digantikan dengan Mahkamah Sivil

Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dibubarkan

Parti-Parti Politik yang berteraskan agama Islam akan dibubarkan

PETRONAS, TNB, TM dan beberapa syarikat gergasi mesti diterajui oleh orang-orang Cina

Tuesday, 22 May 2012

Anwar Atur Strategi Malaysian Malaysia?


                                                   


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.
“Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu,” katanya di sini hari ini.
Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.
Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.
Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.
“Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal,” katanya.
Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.
“Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.
“Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya

Melayu DAP kini dalam Dilema..



                                             
 Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

                                            
Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

Saturday, 19 May 2012

Strategi DAP menjatuhkan kuasa Melayu



DAP Mahu Tubuh MCA ( Malay Christian Association )


DAP secara halus sedang merancang mahu menubuhkan MCA (Malay Christian Association) iaitu Persatuan Melayu Kristian.

DAP mendapati manipulasi sentimen Kristian bukan sahaja dikalangan kaum Cina malah jika disebarkan kepada BCA (Bumiputera Christian Association) masyarakat Bumiputera Sarawak boleh memenangkan PRK Parlimen Sibu dulu dan berjaya mendapat 12 kerusi DUN PRN Sarawak.

Modus Operandi DAP dalam menyebarkan MCA ialah Kristianisasi dibuat dengan cara "menggaram dan meragi". Baru-baru ini DAP meraikan BCA di Pulau Pinang atas kejayaan DAP di PRN Sarawak.

DAP demi kuasa dan menuju Putrajaya telah berjaya dengan:
  • Menghasut pengundi Cina bandar membenci pemimpin UMNO dan BN
  • Memecahbelah perpaduan orang Melayu menerusi pakatan dengan PKR dan PAS
  • Menghasut Bumiputera Sarawak, Sabah dan Orang Asli membenci pemimpin UMNO dan BN menerusi Bumiputera Christian Association
  • Menubuhkan Malay Christian Association secara halus dan rahsia

Islam tergugat kerana penularan kes murtad oleh golongan Kristian.

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, seramai 200,000 orang Melayu Islam murtad dan ini adalah angka tiga tahun lepas,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Beliau berkata sedemikian di forum bertajuk Islam tergugat: Apa tindakan kita? anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Pusat Islam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Seramai 200 peserta dari 35 NGO menghadiri perhimpunan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam Se-Malaysia itu.

Tambah beliau usaha murtad yang dijalankan pihak Kristian umpama usaha menggaram dan meragi kerana ‘kita tidak nampak garam dan ragi dalam makanan tetapi boleh merasanya.

Mengulas lebih lanjut perkara ini, beliau mendakwa bahawa Universiti Malaya pernah menjadi pusat penyebaran agama Kristian ketika beliau berkhidmat di situ dalam tahun 1980-an dan Petaling Jaya pula merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu.

Justeru itu beliau melihat penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai usaha menyebarkan agama Kristian.

“Kes murtad lebih serius di Johor kerana terdapat MCA di Singapura.”

MCA merujuk kepada Persatuan Kristian Melayu.

Peranan ulama turut disentuh oleh bekas pensyarah tersebut.

Beliau membidas para ulama yang mengungkitkan isu remeh-temeh seperti nikah dalam masjid.

“Sepatutnya mereka bicara isu besar seperti perebutan mayat saudara baru.”

Sementara itu, Zainul Rijal dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia(PPPM) menyatakan bahawa kerisauan beliau terhadap Islam bermula apabila kumpulan pendesak Cina Suqiu membuat tuntutan semasa pilihan raya umum 1999, Suruhanjaya antara agama (IFC) dan writ saman Hindraf.

“Writ itu difailkan pada 31 Ogos 2007 di England antara lain meminta agar Perlembagaan persekutuan memansuhkan sekolah dan institusi agama seperti majlis agama Islam kerana Malaysia, dakwa mereka, negara sekular.”

Selain Ann dan Zainul Rijal, Abdullah Zaik dari Ikatan Muslim Malaysia (IMM) dan Zaid Kamaruddin dari Jamaah Islah Malaysia (JIM) turut menjadi panelis.

Ahli parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan penulis blog Mahaguru-58, Mohamad Zainol Abideen yang mewakili Perikatan Bloger Muslim turut hadir.

Updated! PR Kantoi lagi,Perhimpunan Gambar bersih yang sebenar


Nie gua dedahkan kat u all gambar perhimpunan Bersih yang sebenar yang kononya puak2 PR kata ratusan Ribu.
 lihat gambar ini.


hahahha.. kantoi menipu beb. mana nak larii...

Saturday, 5 May 2012

Ketua menteri Melayu di P.Pinang kalau DAP kalah



 Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN: 21 di tanah besar dan 19 di sebelah pulau.
Dalam PRU12 pada tahun 2008, Pakatan menang 29 kerusi – DAP 19, PKR 9, PAS 1 – dan BN 11.
Peta di bawah menunjukkan taburan pengaruh Pakatan lawan BN.
                                       
Kesemua kerusi BN dipegang Umno dan Adun-adun Melayu.
Kesemua kerusi DAP dipegang Adun-adun Cina dan India, tiada yang Melayu.
  • Kerusi Perai (N16) dipegang P. Ramasamy, timbalan ketua menteri (II) iaitu seorang “warlord” DAP.
    .
  • Kerusi negeri yang dipegang DAP di tanah besar (N7, N8, N9) ketiga-tiganya terletak di Bagan, iaitu kawasan Parlimen Lim Guan Eng yang berciri bandar.
    .
  • Juga di tanah besar ialah kerusi negeri DAP N13 dan N15 yang kedua-duanya terletak di Bukit Mertajam, iaitu kawasan Parlimen Chong Eng, ketua Wanita DAP.
    .
  • DAP telah memenangi N19 – sebuah kerusi dekat sempadan Kedah – dengan menumpaskan Tan Cheng Liang, ketua Wanita MCA Pulau Pinang.
Kerusi-kerusi DUN selebihnya yang dipegang DAP adalah terletak di bahagian pulau.
Adun PAS yang seorang itu menang di Permatang Pasir, iaitu sebuah DUN di kawasan parlimen Permatang Pauh.
Daripada 9 kerusi PKR — Adun Cina 5, Melayu 3 dan India 1.
Kerusi PKR: 4 terletak di pulau, 5 di tanah besar. Yang di pulau: Adun Cina dua orang, Melayu dan India masing-masing seorang satu.
Melihat sekali kepada peta, mampukah warna biru muda (kawasan luar bandar dan separa luar bandar) berjaya ditukar supaya menjadi biru tua?
Khususnya adakah boleh BN menumbangkan Pakatan di 5 kerusi yang dipegang PKR dan sebuah lagi oleh PAS di tanah besar?
Timbalan ketua menteri (I) Mansor Othman kalah di Pulau Betong (N39) dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 tetapi menang pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei 2009.
BN tidak meletakkan calon di PRK Penanti dan peratusan yang keluar mengundi hanya 46.15%.
Daripada analisa statistik, nampak benar kemenangan Pakatan di negeri kecil di utara itu diperolehi di atas tonggak undi Cina. Malah Adun PKR Maktar Shapee pun bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang bergalaskan undi Cina.
Penduduk Pulau Pinang berjumlah 1,561,383 orang — Cina 670,400, Melayu 636,100 dan India 153,500. Bumiputera bukan-Melayu seramai 6,100.
Melayu yang tinggal di tanah besar seramai 410,700 orang (49% penduduk) berbanding Cina 287,100 orang (34%).
Melayu yang duduk di pulau pula seramai 226,400 (31%) berbanding Cina 382,400 orang (53%).
Lebih ramai yang tinggal di tanah besar (838,999 orang) dari di pulau (722,384). Kaum Melayu majoriti di tanah besar dan kaum Cina majoriti di bahagian pulau.
Dalam tempoh lima tahun (2006-2010) lepas, etnik Melayu di Pulau Pinang bertambah seramai 38,800 orang manakala etnik Cina bertambah seramai 26,300 orang.
(Nota: Data dari tahun 2006-2009 adalah anggaran dan data tahun 2010 adalah dari Banci Penduduk dan Perumahan 2010.)
Dalam tempoh yang sama juga (2006-2010), jumlah penduduk di tanah besar Pulau Pinang bertambah seramai 22,800 orang manakala di bahagian pulau hanya bertambah seramai 15,900 orang.
DAP membayangkan parti itu tidak memerlukan undi kaum India, katanya
Ketua menteri Lim Guan Eng telah berkata baru-baru ini ketika berucap di jamuan mengutip derma DAP yang berjaya mengaut sebanyak setengah juta ringgit(termasuk dari developer yang murah hati?) bahawa dia memerlukan 90 peratus undi Cina bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu. [Kemaskini: 4.40pm Mac 20, Zairil Khir Johari baru memuatkan rakaman ucapan di YouTube]
Petikan laporan The Star (18 Mac 2012):
“Lim Guan Eng was not exaggerating when he claimed to have the support of 90% of the Chinese in Penang.
The Chinese did make up about 90% of those who paid between RM60 and RM100 per head to attend the DAP’s election fund-raising dinner on Tuesday night.”
Waima Guan Eng dan partinya DAP tidak memandang pun kepada kaum India walaupun masyarakat itu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk negerinya.
Penyokong DAP berkata ketua Pemuda Umno P. Pinang (gambar atas) lebih hitam legam lagi dari menteri besar yang "hitam metalik" itu
Perangkaan menunjukkan etnik Melayu bertambah pada kadar yang lebih tinggi berbanding etnik Cina, dan pertumbuhan penduduk di tanah besar ialah pada kadar yang lebih tinggi berbanding pertumbuhan penduduk di bahagian pulau.
Namun lebih ramai pemuda Cina yang berdaftar sebagai pemilih berbanding Melayu kerana DAP giat menjalankan kempen pendaftaran.
Memandangkan undi Cina ‘solid’ (kukuh) di belakang DAP, nampaknya jawatan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri tidak akan tergugat pada PRU13 dan PRU14.
Namun sekiranya BN berjaya merampas balik Pulau Pinang (kebarangkalian rendah dalam masa terdekat ini), ianya akan berlaku hanya kerana undi Melayu diberikan solid kepada Umno.
Kesimpulannya jika BN menang di Pulau Pinang, ketua menteri akan dilantik dari kalangan pemimpin Umno (mengimbas kepada sejarah Sabah).
Apapun, keputusan PRU menggambarkan Pulau Pinang negeri yang paling ketara menggaris gejala pemisahan kaum.

Strategi DAP dalam menyusun melayu sertai parti itu.

                             


                                           

''DAP  sedang mengatur strategi untuk memindahkan pengundi dari kerusi yang mereka menang selesa ke kawasan yang dijangka diletakkan calon DAP pada PRU akan datang,

Semua strategi itu dirancangkan, kerana parti itu telah belajar daripada kegagalan wakil DAP menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU-12 disebabkan perlembagaan negeri mensyaratkan jawatan itu mesti disandang oleh orang Melayu.

Bagi orang Melayu terutamanya penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas mereka mungkin sukar mempercayai nafsu besar DAP itu yang jelas sekali cuba mendominasi pakatan pembangkang dengan memastikan seramai mungkin calon mereka menang pada pilihan raya.

Malah mungkin ada yang menganggapnya ia hanya khayalan. Ini memandangkan DAP terpaksa bergantung kepada PKR dan Pas kerana parti itu tidak diterima majoriti rakyat terutamanya orang Melayu.

Namun hakikatnya, itulah yang sedang dirancang DAP bagi menawan negeri-negeri berkenaan dan seterusnya Malaysia seperti mana dilakukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. DAP yang didaftar secara rasmi pada 18 Mac 1966 adalah parti serpihan PAP.

DAP ini sebenarnya sudah lama diperkatakan di kalangan pemerhati politik di negara ini. Ia diperkukuhkan lagi dengan kemasukan bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 2008 yang kini Naib Pengerusi DAP dan senator. Terbaru yang masuk DAP, Zairil, anak bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Mohd. Khir Johari.

Seorang lagi Melayu dalam hierarki DAP sekarang ialah Ahmad Ton yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat. Rata-rata aktivis Melayu dalam DAP sekarang adalah elit bandar berfikiran liberal yang mungkin kurang kefahaman mengenai kehendak majoriti kaum itu.

                                    
Sekiranya ada orang Melayu menjadi Menteri Besar di atas tiket DAP, mereka hanya berfungsi sebagai simbol sahaja kerana kuasa sebenar akan dipegang Exco-exco DAP di belakangnya.

Atas nama demokrasi dan hak sama-rata, DAP secara terang-terangan sering kali mempersoalkan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu, jadi kita jangan harapkan pendirian ini akan berubah.

''Jika dilihat sejarah parti ini, memang terdapat orang Melayu dalam kepimpinan DAP. Ada di kalangan mereka yang menang ketika pilihan raya seperti Naib Pengerusi DAP, Ahmad Nor bagi kerusi Parlimen Bayan Baru pada 1990," katanya yang juga bekas Pengerusi Program Sains Politik USM.

                                                 
Menyentuh mengenai hasrat DAP untuk mendominasi pakatan pembangkang, ia adalah strategi biasa setiap parti politik untuk memastikan mereka mempunyai lebih kuasa tawar-menawar ketika pembentukan kerajaan nanti.

Kepada orang Melayu, usah gadaikan maruah kaum sendiri semata-mata kerana terpengaruh dengan janji manis DAP. Lihatlah nasib orang Melayu di Singapura yang terus terpinggir walaupun terdapat di kalangan mereka menjadi calon atas tiket PAP.

Orang Melayu dalam parti pembangkang khususnya PKR dan Pas pula, mereka sepatutnya menilai semula tahap kejujuran DAP itu.

DAP nampaknya mahu lebih kuasa berbanding sekarang. Jadi kaum Melayu jangan menjadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.

Thursday, 3 May 2012

PAS muka tak malu mengaku "Pakar Demonstrasi."hahaha


Aku sebenarnya meluat kalo nak bercerita pasal bersih 3.0 nie.Bukan meluat apa, banyak kelemahan KDN yang terlalu bagi muka kat mereka nie. Tapi disebabkan ramai yang menunggu2 akan tulisan aku kali nie, maka biarlah aku menulis sedikit sebanyak tentang ni.

 Kita lihat semula apa yang dikatakan oleh PAS menerusi suaranya Pemuda PAS yang menjamin Bersih 3.0 akan berlangsung dengan aman. PAS sendiri mengakui bahawa mereka adalah pakar demonstrasi.
  Bersih kali ini membawa slogannya Duduk & Bantah.

                                       
                                                               
                                              
                                             

                    
                                  


Tapi hakikatnya, apa yang sudah terjadi ketika Bersih nie berlangsung?? adakah ianya berlaku dengan aman seperti janji PAS? Adakah ianya berlangsung secara "DUDUK & BANTAH"??

MARI KITA LIHAT SELANJUTNYA PERISTIWA YANG MENIMPA SEPANJANG DUDUK & BANTAH INI DIMAINKAN.

Mari kita lihat apa yang disiarkan oleh suara Haprakah ini sendiri.

         
                                          Link : PAS pakar Demonstrasi, jamin Bersih 3.0 aman.           
PAS dengan muka tak malunya mengatakan adalah Pakar Demonstrasi, tapi apakah kepakaran PAS dalam berdemonstrasi ini yang menyebabkan keadaan menjadi huru hara??


Mari kita lihat siapakah yang mula memberi Arahan untuk membuat huru hara ini?



Nah.!! sekarang mana PAS nak letak muka? sebelum nie bagi jaminan Bershit 3.0 nie aman, tapi apa yang sudah jadi sekarang nie? Mereka tak lain tak bukan tetap akan menyalahkan kerajaan terutamanya pihak polis dalam mengaitkan insiden ini. Inilah sikap sebenar Pembangkang.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya