Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 24 October 2012

Janji yang belum ditunaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan!




                                

Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, pelbagai janji telah dibuat oleh  Pas. Semuanya berasaskan Islam. Sebuah potral detikperubahan.com telah menyenaraikan 14 janji yang dibuat oleh Pas sejak mula memerintah. Mari kita lihat apakah janji tersebut dilaksanakan.

1. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - sehingga hari ini Pas masih beretorik untuk laksanakan hudud. Contoh paling muda, umum hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud pada Oktober lalu tetapi sehingga sekarang surat perlantikkan pun belum dihantar. Apakah Pas perlu menunggu 20 tahun lagi untuk menghantar sepucuk surat.

2. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.

Realiti - Janji kedua ini amat menarik. Tidak perlu diulas dengan panjang lebar, lihat kebangkitan rakyat dalam isu Ladang Rakyat, di seluruh negeri ada demonstrasi. Begitu juga dengan isu Bazar Tok Guru di mana peniaga di Pasar Lama MPKB ditindas dan dipaksa berpindah selepas tanah bazar itu dijual.

3. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - Siapa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - Abdul Ariffahmi Ab. Rahman - menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disebabkan tiada kelayakan dan hanya mengharapkan bapa mentua, banyak keputusan yang dibuat oleh Ariffahmi salah dan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian lebih RM20 juta. Itu semua duit rakyat.

4. Pas akan menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

Realiti - Hanya di atas pentas ceramah. Amat sedikit yang diterjemahkan dalam pentadbiran.

5. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.

Realiti - Sehingga hari ini pindaan perlembagaan tubuh kerajaan negeri kelantan tidak pernah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

6. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.

Realiti - Hisbah tidak ada. Yang ada pembahagian nisbah kekayaan di antara pemimpin Pas Kelantan.

7. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

Realiti - Tak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang tidak kata. Itu pepatah Melayu. Lihat dalam isu PMBK dan Air Kelantan Sdn Bhd. Duit beratus juta tetapi rakyat sehingga hari ini tidak dapat merasai nikmatnya.

8. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.

Realiti - Beberapa bulan sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tambahan elaun untuk setiap wakil rakyat malah diwujudkan jawatan baru iaitu Timbalan Exco yang mempunyai elaun khas.

9. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.

Realiti - Yang banyak di bina di Kelantan terutama Kota Bharu ialah kondominium mewah dan banglo berharga ratusan ribu ringgit.

10. Semua pihak berkuasa tempatan akan dikaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.

Realiti - Kadar cukai tinggi masih tinggi walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal sama sekali, longkang tidak cuci dan sampah tidak dikutip mengikut aturan.

Bayaran tempat letak kereta di Kota Bharu adalah yang tertinggi di Malaysia jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Malah hampir semua tempat ada meter, tidak ada secebis pun parking percuma untuk rakyat.

11. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.

Realiti - Tiada perubahan yang ketara sejak 20 tahun lalu.

12. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok- pondok yang sedia.

Realiti - Mungkin program ini berlaku tetapi bagaimanakah keadaan kebajikan mereka terutama tempat tinggal.

13. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.

Realiti - Tidak diketahui sejauh mana keberkesanannya.

14. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.

Realiti - Lima tahun berturut-turut Kelantan juara dalam peningkatan penyakit HIV dan penagih dadah. Perkara ini diakui sendiri oleh Exco dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kawasan Limau Manis - tempat pelacuran utama di Kelantan - sudah beberapa kali didedahkan oleh media tetapi masih wujud sehingga hari ini.

Inilah janji sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Tenyata Pas hanya sibu di atas pentas ceramah sahaja. 

Thursday 18 October 2012

PAS semakin berubah.





 Adakah PAS benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat dan adakah PAS hanya pandai berceramah tanpa memberikan cara-cara praktikal dalam mengatasi isu-isu global dalam dunia Islam?
Soalah saya kepada Nik Aziz dan PAS:-


1. Adakah hanya kerana ingin menguasai Malaysia, PAS lebih kepada matlamat menghalalkan cara dengan bersekongkol dengan DAP?

2. Jika benar PAS mengambil tahu kebajikan rakyat, kenapa nasib orang Islam di tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat tidak ada perubahan?

3. Adakah PAS sudah ketandusan pemimpin sehinggakan pemimpin yang lebih cenderung kepada hawa nafsu perlu diperjuangkan?

4. Adakah hanya dengan PAS, Islam di Malaysia mampu diperjuangkan?

 PAS lebih dibuai mimpi Yahudi dan Nasrani yang ingin melekakan Umat Islam dengan ketaksuban melampau atas agenda tersendiri.

Wednesday 3 October 2012

PAS sendiri menggugurkan negara Islam & Hudud demi Pakatan.

.
Seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat bebas untuk bercakap mengenai hudud, tapi setakat itu sahajalah.  Persetujuan umum dalam Pakatan Rakyat, hukum hudud ini dalam apa cara sekalipun tidak akan menjadi keutamaan, malah tidak menjadi apa pun yang boleh dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Itu dinyatakan dengan jelas.  Jika ada bukti dimana pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sepakat mengeluarkan kenyataan akan melaksanakan  hudud, penulis suka nak mendengarnya di ruangan komen dibawah.

PAS tahu itu dan penulis yakin kepimpinan tertinggi PAS juga telah bersetuju untuk menggugurkan hudud.  Buktinya, bila
 dalam Muktamar PAS 2011, Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan perubahan perjuangan teras PAS dari menegakkan hudud dan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Bagi menandakan penerimaan rasmi terhadap halatuju baru perjuangan PAS yang diputuskan dalam Muktamar 2011, dokumen Negara Berkebajikan telah dilancarkan Hadi sendiri pada 11 Disember 2011 di ruang lobi Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam.
Dari 10 tawaran PAS dalam buku negara berkebajikan tersebut, tidak ada satu ayat pun yang menjurus kepada perlaksanaan negara Islam dan hudud, apatah lagi bila dijelaskan Hadi dalam Muktamar 2011,perkataan negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran!!
 Hudud bukan wajib pun untuk dilaksanakan kerana bukan salah satu dari rukun Islam yang ke- 5.
Nik Aziz perlu ingat, walaupun bertanding atas lambang parti masing-masing, PAS tidak bertanding bersendirian tapi bersama-sama DAP dan PKR dalam segala hal, termasuk dari segi logistik dan kewangan.  Maka itu penting bagi PAS mendahulukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat ini, lebih dari apa yang lain.
 PAS semakin Jahanam Bila  Pemimpinnya sudah Nyanyuk.!

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya