Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 25 January 2013

Sejarah pembukaan Pulau Pinang.


                

 SEJAUH INI SEJARAH YANG DAPAT DIKESAN MENGIKUT ZAMAN IALAH PARA PEMULANYA YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPAKAH MEREKA TETAPI AMAT BANYAK SEKALI. MEREKA YANG MENEROKA, MEMBUKA DAN MEMAJUKAN PULAU KECIL DI HADAPAN PANTAI KEDAH TERLALU RAMAI.HAMPIR SEMUA BAHAGIAN PULAU INI TELAH TERBUKA SEMASA KEDATANGAN INGGERIS.

SEJARAH PEMBUKAAN BUKAN UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI SEBAGAI PEMILIK.SIKAP INI TIDAK ADA DALAM KAMUS MELAYU.INI ADALAH WILAYAH MEREKA UNTUK DIHUNI BERSAMA. ORANG YANG MEMBUKA IALAH ORANG YANG MENAMAI SESUATU TEMPAT.SELEPAS ITU IA MENJADI ASAS KEPADA PEMBUKAAN DAN PEMAJUAN SESUATU TEMPAT,MENJELMA MENJADI MUKIM, BANDAR DAN NEGARA.

CONTOHNYA SINGAPURA, SIAPAKAH YANG MENAMAKANNYA.SEJARAH MELAYU MENYEBUT SANG NILA UTAMA. BERKAIT DENGAN PERISTIWA LINTASAN SEEKOR HAIWAN KEPALANYA BESAR, BERBULU LEBAT HINGGA KE TENGKUK DAN LARIANNYA PANTAS.

HAIWAN APAKAH ITU DATUK BENDAHARA? KALAU TIDAK SILAP HAMBA BINATANG YG SEDEMIKIAN RUPA IALAH SINGA. LALU SANG NILA UTAMA MENAMAKANNYA SINGA PURA BERERTI KOTA SINGA.PURA BERERTI KOTA.

BEGITU JUGA DENGAN PULAU PINANG MENGIKUT CERITA LISAN YG MENAMAKAN PULAU INI PULAU PINANG IALAH SEORANG NAKHODA YG SERING BERULANG ALIK KE PULAU PINANG DALAM PERJALANANNYA MELALUI SELAT MELAKA.DATUK NAKHODA RAGAM MENAMAKANNYA PULAU PINANG.SESUAI DENGAN KEADAAN GEOGRAFINYA.SEBUAH PULAU YANG DIPENUHI POHON-POHON PINANG.

DATUK NAKHODA RAGAM JUGA MENGGELARI PULAU PINANG "PULAU KE SATU". DARI SEGI ILMU PELAYARAN "NAVIGATION" PULAU TERBESAR YG PERTAMA DALAM PELAYARAN MEMASUKI SELAT MELAKA.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM SEBAGAI TOKOH YG MENAMAKAN PULAU PINANG.

BAGAIMANA DENGAN TEMPAT -TEMPAT LAIN. PANTAI ACEH,TELUK DUYUNG,TELUK BAHANG ,BATU FERINGHI, TELUK TIKUS, TANJONG TOKONG,PULAU TIKUS,SELAT UTARA,TANJONG PUCAT MULA, SUNGAI PINANG, KUALA AWAL,BATU PUTIH, BAGAN JERMAL, TANJONG PENEGERI,TANJONG PENAGA,GELUGOR,SUNGAI NIBONG,SUNGAI ARA,KAMPUNG PALEMBANG,SUNGAI ACEH, SUNGAI PINANG,BUKIT TOK SETIA, BUKIT GAMBIR, BAYAN LEPAS, SEBERANG PAYA, BUKIT BENDERA, DATUK KERAMAT, AIR ITAM,AIR PUTIH,PANTAI EMAS, TELUK KAMPI,PANTAI KERACUT, PASIR BELANDA,GERTAK SANGGUL,TELUK KUMBAR,BAYAN LEPAS,BALIK PULAU DAN BANYAK LAGI.

SEMUA NAMA TEMPAT TELAH PUN ADA SEBELUM KETIBAAN KEPTEN INGGIRIS YG DIKATAKAN MENJUMPAI DAN MEMBUKA PULAU PINANG.SEBENARNYA PULAU INI TELAH PUN TERBUKA SEMASA KETIBAAN INGGERIS.MALAHAN SEMASA MENDARAT DI TANJONG PENAGA,KEPTEN LIGHT TELAH MEMASUKI SUATU KAWASAN YG DITADBIR OLEH DATUK NAKHODA KECIL YG TELAH MEMBUKA TEMPAT ITU 50 TAHUN SEBELUM KETIBAAN LIGHT.

SEJARAH BOLEH DIUBAH,DILAKAR SEMULA DAN DIBINA MENGIKUT ACUAN SIAPA YG BERKUASA.NAMUN SEJARAH MESTI MEMPERIHALKAN PERKARA YG MENYELURUH DAN BENAR.SEJARAH MESTI ADA LATAR BELAKNGNYA.MUSTAHIL SEJARAH PULAU PINANG BERMULA DENGAN PENJAJAHAN.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM

ABAD KE 17

TIGA NAKHODA MINANGKABAU TELAH MENGADAP BAGINDA SULTAN KEDAH UNTUK MEMBUKA BEBERAPA BAHAGIAN PULAU PINANG.MEREKA MENGADAP SYULTAN MUHAMAD JIWA.

DATUK JENATON TIBA BERSAMA DENGAN KELUARGA BELIAU NAKHODA NAN INTAN DAN NAKHODA ISMAIL PADA TAHUN 1740an.MEREKA MEMBUKA KAWASAN SEKITAR SUNGAI GELUGOR,BATU UBAN DAN TANJONG PENAGA.KAWASAN YANG MERANGKUMI PUSAT BANDAR GEORGE TOWN,JELUTONG HINGGA KE GELUGOR.

BUKTI KEDATANGAN MEREKA IALAH WUJUDNYA QURAN MINANGKABAU YG DIHADIAHKAN KEPADA BAGINDA SULTAN KEDAH ,SULTAN MUHAMAD JIWA.SATU NASKAH DARIPADA QURAN ITU ADA TERSIMPAN DI MASJID PERMATANG DAMAR LAUT BAYAN LEPAS PULAU PINANG.AL QURAN ITU BERTARIKH 1689 M

PADA AWAL ABAD KE 18 SEORANG ULAMAK ACEH TELAH MENYUSURI SUNGAI PINANG DAN MEMBUKA PERKAMPUNGAN DI JALAN PERAK. DI SEPANJANG SUNGAI ITU WUJUD PETEMPATAN ACEH DAN MASJID YG DIDIRIKAN OLEH PARA PEDAGANG ACEH.

DI KELAWAI WUJUD KAMPUNG PALEMBANG.BERMAKNA TELAH ADA PERANTAU DARI SANA BEERMASTAUTIN DI SEKITAR KELAWAI.

PADA ABAD KE 18 MUNCUL NAMA BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI.BELIAU IALAH SAUDAGAR INDIA MUSLIM YG MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISTANA KESULTANAN KEDAH DI ZAMAN PEMERINTAH SULTAN ABDULLAH.

BELIAU MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN FRANCIS LIGHT DAN MENJADI WAKIL SULTAN YG MEMBAWA FRANCIS LIGHT MENDARAT DI TG PENAGA.BAPU ALAUDDIN MENJADI JURU PANDU YG MEMBAWA LIGHT MEMASUK PULAU PINANG DARI ARAH BELAKANG PULAU ATAU DARI ARAH BALIK PULAU.KETURUNAN BAPU ALAUDDIN DIANGKAT INGGERIS MENJADI ORANG KEPERCAYAAN EIC, MEMULAKAN PENTADBIRAN AWAL PULAU PINANG.

PADA ABAD KE 19 DI ZAMAN PEMERINTAHAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS,MUNCUL BANYAK NAMA YG BERPERANAN DALAM SEJARAH PULAU PINANG MODEN.

NAMA DATUK NAKHODA KECIL DISEBUT DALAM CATATAN INGGIRIS.BELIAU TELAH MENDIRIKAN MASJID JAMIK JELUTONG PADA TAHUN 1781 SEBELUM KETIBAAN INGGERI PADA TAHUN 1786.

MUNCUL NAMA ULAMAK TERKENAL HAJI OMAR AL BASHIR, TAJUDDIN ARIFF( ANAK BAPU ALAUDDIN), DATUK ABUDUL HAMID YG DIANGKAT WIC MENJADI MAJISTRIT PERTAMA DI MUKIM BALIK PULAU,DATUK BAHAUDDIN(ANAK ABDUL HAMID) MENJADI PENGHULU PERTAMA BALIK PULAU(1860-1917), MOHD ARIFF JUTAWAN INDIA MUSLIM YG TERKENAL, TENGKU KUDIN DAN BANYAK LAGI.

SEJARAH MEREKA DAPAT DIKESAN DARIPADA SEJARAH PEMBINAAN MASJID, TANAH WAKAF, NAMA JALAN DAN SUMBER LISAN.

DI ANTARA YG PALING TERKENAL IALAH SHEIKH YUSUF BIN SHEIKH ABDUL LATIFF.NAMA BELIAU MELEKAT PADA MASJID SHEIKH YUSUF DI JALAN AIR ITAM.BELIAU BANYAK MEWAKAFKAN HARTA UNTUK UMAT ISLAM.

RAWANA KADIR MAYDIN,CAUDER @ KADER MYDIN, KHAN MUHAMAD, MN NOORDIN, ALIM SHAH WALE, HAJI WAHAB, HASHIM YAHAYA, DAN BANYAK LAGI YG AKAN DIBONGKAR.

PADA ABAD KE 20

BANYAK SANGAT TOKOH YG MUNCUL DAN AKAN DISINGKAP DENGAN CERMAT.


PULAU PINANG BANDAR BARU 
KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA 
KALAU DIKENANG MASA LALU 
RASA BERLINANG SI AIR MATA

5 comments:

Anonymous said...

Salam Darah Satria,
Saya berasa sangat bangga dan berterima kasih atas info-info yang didapati dari blog ini.
Izinkan saya memberi sedikit cadangan, mungkin lebih baik jika info-info sejarah yang diberikan disertakan dengan sumber, agar lebih kukuh dan reliable dan tidak menjadi isu untuk dipertikaikan.

Teruskan usaha!

Anonymous said...

Kerajaan brunei arif akan sejarah bayan lepas... Siapa yang ada bahan sejarah berkaitan, paparkanlah kerana penipuan banyak menyebabkan tanah melayu tergadai. Kerajaan kedah nak tunggu sampai bila lagi... Diatas tergadai dek siam, dibawah ditipu inggeris...

Unknown said...

sebenar nya bayan lepas di buka tok brune.....sejarah keturunan diraja brunei hijrah pada abad 18 dan terdapat makan keturunan diraja brunei dari dahulu hingga sekarang.

Anonymous said...

Perlunya fatwa pengharaman penjualan tanah orang islam Pulau Pinang memandangkan tanah orang islam di Penang terlalu cepat menguncup sejak 2006 lagi. Adakah kita hendak menunggu cucu cicit kita cuma membaca sejarah bahawa nenek moyang mereka pernah wujud di Pulau Pinang suatu tika dulu?

musafir said...

bernama pengiran Indra mahkota Mohd Saleh ibnu Pengiran sharmayuda telah di bunuh oleh Pengiran Hassan dan Pengiran muda Hashim berkomplot dengan James Brooke ,maka anakdanya Pengiran Jaafar berhijrah ke tanah melayu dan nama kan tempat bayan lepas sempena nama burung bayan tujuan menghibur putera raja 7 bersaudara dan menetap di bayan lepas.....saya bagai cucu cicit cerita sebenar bahawa Pengiran nakhoda ragam brunei berjumpa kerabat rajapraja Kedah datang awal sebelum moyang saya Pengiran Jaffar atau di bayan lepas kenali tok Brunei sebagai menjalan seperti orang biasa ini ada sejarah keturunan Pengiran Shahbandar Mohd Saleh ibnu Pengiran sharmayuda dari Brunei di pusat sejarah brunei tidak dapat kesan keturunan kitani masih hidup seperti orang biasa
Sekian terima kasih berani kerana benar....junjung kasih pg mazlan

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya