Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday 14 March 2017

Wilayah Malaysia bakal tergadai kepada Negara China Melalui Projek Mega.



Wilayah-wilayah Negara akan sepenuhnya dikuasai oleh Negara China.. Bagaimana ini mungkin berlaku ?? Melalui jalan projek-projek Mega yang  dibangunkan ?? tidak cukup dengan Projek Keretapi Pantai Timur yang menelan belanja 55 bilion, kini projek-projek  Pelabuhan lebih memudahkan penguasaan itu bakal berlaku.. Mengapa saya berkata demikian ?? mari kita lihat kupasan ini satu persatu.




Surat dari kerajaan Negeri Melaka, Idris Haron bagi status pembangunan , seluas 609 ekar atas status Free Hold untuk projek Melaka Gateway yang akan dibangunkan oleh Kerajaan China.  Status tanah ini adalah Free Hold yang ditandatangani oleh Menteri Besar Melaka, Idris Haron.


 Baca disini untuk maklumat lebih lanjut.


Tujuh memorandum persefahaman (MoU), melibatkan pelaburan antara Melaka dan wilayah Guangdong, China dalam bidang hartanah, teknologi maklumat, perubatan dan makanan halal, ditandatangani syarikat dari Malaysia dan China



 Pelan projek Melaka Gateway


Projek Mega ini akan menjadi pelabuhan yang terkenal memandangkan ia adalah laluan yang paling strategik di Asia Tenggara. Jika kita mengenali Singpura menjadi pelabuhan yang tersibuk di Asia Tenggara, kini dimasa hadapan, kita akan melihat projek Melaka Gateway yang di jual kepada Negara China akan memainkan  peranan yang cukup penting ketika itu.. Ia juga akan menjadi tempat persinggahan laluan kapal-kapal pedagang.. Apa yang sayangnya ia begitu mudah dijual kepada negara China hanya kerana China menyediakan pembiayaan untuk Kerajaan membayar hutang 1MDB.. 




Pada masa ini, sehingga 80 peratus daripada minyak yang dibekalkan kepada China melalui Selat Melaka. Kebanyakan perdagangan juga akan melalui perairan antara Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera, kerana ia adalah laluan yang paling singkat untuk Lautan Hindi.


Projek Melaka Gateway oleh KAJ Perkembangan-PowerChina Antarabangsa JV, kos RM30 bilion untuk menuntut semula tiga pulau di luar pantai Melaka.

Apa yang lebih membimbangkan  pulau-pulau tebus guna akan didakwa diberikan status pegangan bebas

Plan pembangunan di Melaka Gateway. 

Pembinaan pelabuhan perdagangan luar pantai yang yang bernilai $14 bilion  atau RM43 bilion,  bertujuan untuk menggantikan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan utama di Asia Tenggara. Dipanggil Gateway Melaka, pelabuhan perdagangan ialah sebahagian daripada  perjanjian perdagangan termasuk $ 17,8 bilion laluan kereta api Pantai Timur semasa lawatan 7-hari  Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke China pada awal November 16.

Pelabuhan perdagangan baru akan menjadi satu usaha sama dengan syarikat-syarikat yang dibiayai Malaysia KAJ dan Power China International. Pembinaan Melaka Gateway akan melibatkan penambakan tanah di tiga pulau luar pesisir luar pantai Malaysia dan dijadual siap pada 2025. Menurut penelitian, 100,000 kapal penghantaran akan berlabuh di pelabuhan itu, tanpa perlu berhenti melalui laluan monopoli yang dipegang oleh Singapura dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Sumber berkata, pulau-pulau yang ditambak akan diberikan status pegangan bebas dan pelabuhan diberikan konsesi 99 tahun.

 kehadiran tentera China di seluruh perairan Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak tahun lalu. Pada bulan September tahun lepas, ketiga-tiga cabang angkatan tentera Cina mengambil bahagian dalam enam hari latihan bersama pada  di Selat Melaka.

China juga telah mendapat akses ke Kota Kinabalu, port penting di Sabah berhampiran dengan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan, di mana aktiviti-aktiviti pembinaan Beijing telah menjadi sumber persengketaan diplomatik di rantau ini.


Saya melihat ia adalah satu tempat yang strategik dalam menguasai Laluan Selat Melaka, bukan sahaja didalam bidang ekonomi melalui pelabuhan, tetapi strategi ketenteraan.. 


Laluan sempit Selat Melaka adalah laluan yang paling penting didunia.. Laluan yang cukup strategik.! jauh dari Lautan Hindi yang mengancam kapal-kapal kerana ombaknya yang begitu kuat..
Maka pedangang  akan memilih melalui laluan menerusi Selat Melaka yang lebih tenang dan terhalang dari ombak besar..



Lihatlah betapa kuatnya Ombak di Lautan Hindi.. 



Bukankah Pulau Sumatera merupakan benteng penghalang kekuatan lautan Hindi ini? 
Kerana itu perairan air di laluan Selat Melaka lebih tenang dan menjadi pilihan pedagang-pedagang. 




Apakah punca sebenarnya Kota Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis ?? Apakah yang menarik minat Portugis untuk mengambil alih Kota Melaka ?? salah satunya Melaka terletak dilaluan yang strategik iaitu di laluan Selat Melaka..

Melaka jatuh akibat berlakunya pembelotan dan membuka pintu Melaka kepada Penjajah Portugis, bukan kerana Melaka tidak mempunyai kelengkapan senjata.. 

 Baca sedikit sejarah Melaka yang sebenar








Bukan hanya di Selat Melaka,Firma China Guangxi Beibu International Port Group memiliki 40 peratus daripada pelabuhan Kuantan, manakala akses China ke Kota Kinabalu, dok penting di Sabah, dilihat sebagai strategik untuk aktiviti pembinaannya di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan di Laut China Selatan Sea.



Jika kita melihat kepada perluasaan wilayah -wilayah yang diterajui oleh Negara China. Kita akan mendapati wilayah-wilayah tersebut bakal dikuasai oleh Negara besar itu..

Bukan hanya dari sudut maritim, tetapi dari sudut perluasaan wilayah pelabuhan.. 
Malahan apabila sudah menguasai sepenuhnya, tidak mustahil ia akan menjadi pusat ketenteraan Negara China melalui jalan Pelabuhan.. 


KUALA LUMPUR, 5 Feb — Sebuah firma China akan memperolehi pegangan saham yang besar dalam Konsortium Pelabuhan Kuantan dan pemilik bersama kira-kira 700 ekar tanah industri sebagai balasan terhadap beberapa pelaburan di Pahang, termasuk menandatangani perjanjian MoU dengan anak syarikat IJM Malaysia.


MOU itu dilaksanakan apabila Kawasan Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan pemimpin China, Jia Qinglin.



Sekiranya perjanjian itu diteruskan, firma China itu akan memperolehi konsesi 60 tahun di Pelabuhan Kuantan dan terminal air dalam yang baru (NDWT).

Syarat yang dinyatakan di dalam DA,  termasuk keperluan mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia untuk mengubah pegangan saham KPC daripada RBH kepada firma China itu.

Perjanjian itu menetapkan syarat kerajaan memberikan 60 tahun konsesi pelabuhan Kuantan yang sedia ada dan berasingan 60-tahun, dan konsesi terminal air dalam baru (NDWT) kepada KPC — yang akan kemudian menyaksikan Guangxi mengawal 40 peratus daripada syarikat yang diswastakan pada tahun 1997 itu.


Perkongsian bersama antara kedua-dua syarikat untuk membangunkan tanah akan melihat kepentingan majoriti 60 peratus kepada IJM dan firma Cina memegang 40 peratus.

Dalam pertukaran untuk semua ini, Guangxi perlu membawa masuk pelabur untuk tiga kilang di Kuantan — sebuah kilang keluli, kilang pemprosesan aluminium, dan kilang memproses minyak masak.


Hanya kerana memajukan sebahagian wilayah di Kuantan, China diberikan tanah sebanyak 700 ekar.


Pelabuhan Staregik di Kuantan Port yang secara halusnya akan di kuasai oleh China. 
Bukan itu saja, bahan api  minyak dan gas juga akan dikuasai oleh China secara halus.. 




Kepulauan Spartly yang menjadi wilayah pertikaian dan perebutan antara negara-negara. 

Sejak 2014, China memulakan kerja-kerja mengorek (dredging) untuk menukar 3 terumbu di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan (LCS) menjadi pulau tiruan. Dalam 18 bulan sahaja, sebanyak 2000 ekar terumbu iaitu Subi, Mischief dan Fiery Cross telah dibangunkan.




Walaupun kepulauan itu masih lagi dalam pertikaian akibat pertindihan tuntutan sempadan negara-negara berdekatan seperti Vietnam, Brunei, Malaysia, Taiwan, Indonesia dan Filipina, China meneruskan aktiviti mereka tanpa segan silu.


China sebenarnya sedang meluaskan kuasa dibidang Martime melalui projek-projek Mega.
Kepulaun Spratly lebih mudah menjadi hak negara China selepas China menguasai Pelabuhan di Sabah.. 




Pulau tiruan ini sudah diturap menjadi landasan kapal terbang sepanjang 3,000 meter dengan jalan raya, menurut satu imej satelit oleh Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).
"Dua helipad, (sehingga) 10 antena komunikasi satelit, dan kemungkinan satu menara radar juga boleh dilihat, dua rumah api dan satu kilang simen juga telah dibina di pulau itu.

Tindakan agresif China ini telah mengundang Amerika Syarikat menghantar kapal perang USS Lassen sehingga jarak 12 batu nautika daripada Terumbu Subi di Kepulauan Spratly pada 13 Oktober 2015.

Provokasi Amerika Syarikat telah menambah ketegangan antara dua negara ini.


SATU GAMBAR FAIL DIAMBIL DARI UDARA OLEH KAPAL TERBANG TENTERA FILIPINA MENUNJUKKAN PENAMBAKAN TANAH SEDANG DIJALANKAN OLEH CHINA DI TERUMBU MISCHIEF DI KEPULAUAN SPRATLY PADA MEI 2015. POOL/REUTERS


Laut China Selatan adalah lebuh raya untuk perdagangan, perkapalan dan telekomunikasi, dengan 1/3 perdagangan dunia merentasi lautan ini.



 Projek perluasan sempadan wilayah Negara China dibuat oleh negara itu atas faktor "sejarah". Pada tahun 1947, Parti Koumintang telah melakar peta Laut China Selatan beserta "Sembilan Garis Putus-putus" (9GP atau 9 line dash) yang merangkumi sebahagian besar LCS.


Pada mulanya 9GP digunakan oleh kerajaan Republik China (ROC / Taiwan), dan kemudiannya juga digunakan oleh kerajaan Republik Rakyat China (PRC /China).
Mereka menuntut sebahagian besar daripada Laut China Selatan meliputi Kepulauan Paracel, Kepulauan Spratly, Kepulauan Pratas, Macclesfield Bank, Scarborough Shoal, Luconia Shoal (Beting Patinggi Ali, Sarawak) dan lain-lain.

Tuntutan itu dirancang untuk menjadi sebahagian kawasan penambakan tanah China yang dikenali sebagai "great wall of sand." 

PETA CHINA PADA TAHUN 1947 MENUNJUKKAN 11 GARISAN PUTUS-PUTUS


Peta awal 9GP yang diterbitkan pada 1 Disember 1947 menunjukkan 11 garisan putus-putus berbentuk U, dan dua daripadanya dikeluarkan atas perintah Perdana Menteri China Zhou Enlai. Walau bagaimanapun, tiada tuntutan rasmi dibuat oleh China sehinggalah pada tahun 2009.

LCS berharga bukah sahaja disebabkan menjadi sumber petroleum dan gas asli, tetapi ia juga merupakan laluan perdagangan bernilai £3.17 trilion (RM20.92 trilion), dan sumber perikanan.


TUNTUTAN SEMPADAN LAUT OLEH NEGARA-NEGARA JIRAN. 


9GP digunakan untuk menunjukkan tahap maksimum tuntutan China tanpa menyatakan sama ada ia bersambung atau tidak. Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Indonesia – semuanya telah membantah penggunaan garisan ini secara rasmi.

Sejurus selepas China mengemukakan peta tuntutan mereka ke PBB pada 7 Mei 2009, Filipina mengemukakan bantahan diplomatik terhadap China atas dakwaan tuntutan haram.

Vietnam dan Malaysia memfailkan bantahan bersama selepas China mengemukakan peta 9GP kepada PBB.

Indonesia juga memfailkan bantahan, walaupun mereka tidak mempunyai tuntutan di Laut China Selatan.

Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata, "Tuntutan 9GP di Laut China Selatan adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS)".

Vietnam juga menolak tuntutan 9GP, menyatakan ia adalah tidak berasas dan menyalahi UNCLOS.



Beting Patinggi Ali, Sarawak yang kaya dgn sumber minyak dan gas asli.


Pada 22 Januari 2013, Filipina memulakan pendakwaan terhadap negara China di Mahkamah Tetap bawah UNCLOS, mencabar keabsahan 9GP serta hak berdaulat China dan hak berkuasa di LCS.


Beberapa tahun kebelakangan ini China menjadi lebih agresif dengan merampas Scarborough Shoal dari Filipina, meletak pelantar minyak gergasi di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Vietnam, dan memulakan kerja penambakan di Spratly.

Malaysia menuntut 11 bahagian maritim di kepulauan Spratly, dan menduduki 8 daripadanya, dengan 3 lagi diduduki oleh Vietnam atau Filipina.

Malaysia merupakan pengeluar minyak dan gas asli (O&G) kedua terbesar di Asia Tenggara, dan merupakan pengeksport cecair gas asli (LNG) ketiga terbesar di dunia – dengan majoriti sumber alam ini datang dari Laut China Selatan.

Sehingga 2014, industri O&G menyumbang 1/3 daripada pendapatan tahunan negara, dengan sebahagian daripada lapangan dan pelantar terletak di dalam kawasan 9GP.

Mencegah pencerobohan adalah sebahagian daripada usaha memelihara kedaulatan dan wilayah negara, lebih-lebih lagi disebabkan Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia terpisah oleh Laut China Selatan.



China bukan saja bakal menguasai wilayah Maritim Negara kita, malahan akan menguasai tanah-tanah dan sebilangan besar aset-aset yang ada dalam Negara.. 



Sebelum ini dilaporkan Kapal China telah menceroboh dan masuk ke Perairan Malaysia di Beting


ANGGOTA penguat kuasa ini memerhati sebuah kapal pengawal pantai milik China yang berada di sekitar gugusan Beting Patinggi Ali, Sarawak. 

Sebagai kuasa besar, China pasti akan terus-menerus menunjukkan kehadiran kapal-kapal perondanya di Laut China Selatan terutama di kawasan yang terlibat dengan pertindihan tuntutan hak milik.

Sejak dahulu lagi China menganggap semua kawasan di Laut China Selatan adalah miliknya.
Disebabkan itu, kepulauan di perairan itu termasuklah Kepulauan Spratly dan Beting Patinggi Ali dianggap menjadi milik mereka sedangkan jika mengikut jarak, Beting Patinggi Ali sudah termasuk dalam kawasan perairan negara


Gugusan Beting Patinggi Ali yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram sebenarnya bukanlah kawasan tuntutan bertindih antara Malaysia dengan mana-mana negara.

Ia terletak dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).


Di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara yang berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika jaraknya.




 Apabila Kedaulatan  Negara  begitu mudah dicerobohi, apakah yang mampu Negara kita buat ?? hanya berdiam diri dan menjadi kaku yang tidak boleh berbuat apa-apa.. Hanya boleh menghantar nota tentangan setiap minggu sahaja.. 




Inilah bahanyanya apabila Negara di pimpin oleh  pemimpin yang gemar menipu rakyat dan mementingkan diri sendiri.. Kesannya,, kedaulatan Negara di jual beli.. Mungkin jika melakukan perluasan wilayah sempadan dan mengganggu ketenteraman negara-negara lain akan menimbulkan syak wasangka, maka  kaedah yang paling berkesan adalah dengan menjadikan wilayah-wilayah tersebut sebagai sebuah Pelabuhan.. atas kapasiti Pelabuhan, maka lebih mudah untuk  menguasai sempadan itu. itulah dia Konsep Pecah & Perintah.. 


Kemaskini seterusnya adalah next incoming lokasi Kuala Kedah
Tanah Kedah- 2,340 hektar.



Terminal itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Lu Hai Feng dari China, sebuah syarikat swasta berpangkalan di Qingdao, dibina di kawasan seluas 2,340 hektar di sepanjang pesisir pantai dari Taman Bersatu hingga ke Kampung Tebengau di Kuala Kedah.









6 comments:

Anonymous said...

mampos negara cmni..

Unknown said...

Yg ni pulak boss

http://m.malaysiakini.com/news/375577

Anonymous said...

Already predicted by Juan Paul Valdez on colonization of Malay Archipelago by the superpower.

Darah Satria said...

China merancang untuk membina Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) bernilai RM3 bilion di Kuala Kedah bagi pendaratan dan pemprosesan ikan tuna.

Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata projek itu telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara pada tahun lepas.

Majlis itu terletak di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

"Kami menjangka akan menandatangani perjanjian dengan pelabur tidak lama lagi," katanya, sambil menambah projek itu akan meningkatkan pembangunan negeri Kedah apabila dilaksanakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di Alor Setar hari ini.

Terminal itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Lu Hai Feng dari China, sebuah syarikat swasta berpangkalan di Qingdao, dibina di kawasan seluas 2,340 hektar di sepanjang pesisir pantai dari Taman Bersatu hingga ke Kampung Tebengau di Kuala Kedah.

Terminal tersebut dijangka menjadi pangkalan bagi bot menangkap ikan tuna yang beroperasi di Lautan Hindi.

Huang berkata China yakin untuk meneroka industri perikanan, pelancongan, tenaga boleh baharu dan getah di Kedah untuk membina hubungan perdagangan dua hala yang lebih kukuh.

"Kami boleh menyepadukan teknologi terkini kami dengan pengeluaran getah Kedah untuk membina industri getah yang lebih maju di sini.

"Bagi pelancongan, kami akan memperkenalkan Langkawi kepada lebih ramai pelancong dari China," katanya. -Bernama

Johan said...

Kenapa airport penting Kuala Lumpur dijual. Bagaimana jet jet pejuang dutempatkan jika lapangan itu tiada?
Ada jawapan?

Anonymous said...

Inilah Yakjuk Makjuk...bermata sepek dan menguasai ekonomi dan melakukan kerosakan,,,

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya