Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday 22 July 2014

Agenda tersirat disebalik insiden MAS MH17




Sekali lagi, seluruh dunia digemparkan dengan insiden yang begitu menyayat hati dimana sebuah pesawat MAS MH17 ditembak jatuh.

 Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.


 Cuba anda lihat. pesawat ini adalah jenis BOEING.. belum lagi habis pertanyaan mengenai  MAS MH370.. kini timbul pula isu baru.

 saya telah mendedahkan beberapa perihal konspirasi yang mengaitkan negara China serta penjelasan hubungkait sistem pesawat yang mampu di kawal tanpa pemandu.. "remotely pilot" Jika negara China cuba  disekat kemaraannya melalui MAS MH370, tak mustahil MH17 ini untuk Rusia pula... mengapa 2 negara ini begitu menjadi pilihan pihak NATO serta sekutunya ?? kerana China negara yang memegang ekonomi dan menjadi pesaing untuk US manakala Rusia negara yang memiliki aset ketenteraan yang canggih..

Mengapa pesawat Malaysia Airliners MAS yang menjadi mangsanya?? kerana Malaysia bersikap berkecuali untuk mencampuri urusan kuasa-kuasa dunia besar ini..Sekali lagi MAS Malaysia dijadikan kambing hitam disebalik perancangan konspirasi demi konspirasi yang terlindung.

Secara diplomatiknya Kesatuan Soviet telah runtuh bersama hancurnya negara-negara blok komunis di Eropah Timur. Tetapi pengaruhnya masih kukuh kepada Rusia, negara paling berpengaruh dalam Kesatuan Soviet. Ukraine merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 1991 tetapi ideologinya masih di bawah pengaruh Rusia. Ukraine yang terbelah dua; barat dan timur dan pengaruh Rusia menguasai di sebelah timur apabila majoriti rakyatnya menggunakan bahasa Rusia, sementara di barat lebih kepada pengaruh Eropah Timur.

US mencampuri krisis politik Ukraine dengan alasan menghalang Rusia menceroboh kedaulatan Ukraine yang sudah merdeka. Dalam bahasa mudahnya US menjadi pejuang kepada negara-negara merdeka daripada diceroboh oleh negara lain. Tetapi kita jangan lupa bahawa perkara yang sama kerap dilakukan US misalnya menyerang Afghanistan dan Iraq, dua buah negara yang sudah merdeka.

Kemaraan US tidak akan pergi jauh kerana faktor Rusia yang mengimbangi pengaruh US dalam Majlis Keselamatan menerusi hubungan baik dengan China. Sebagai kuasa ekonomi utama dunia, China mempunyai pengaruh yang cukup besar, apa lagi dalam keadaan US yang terperosok dengan krisis ekonomi yang masih belum pulih.


Krisis di Ukraine membayangkan konflik yang lebih besar kerana sudah dimanipulasi oleh US. Pada masa sama Rusia yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi telah mempertahankan rakyat Ukraine berbahasa Rusia. Ini bermakna Putin mempunyai kecenderungan untuk mempertahankan sesuatu yang mempunyai pertalian dengan Rusia termasuk pengguna bahasa Rusia yang merentasi bekas Kesatuan Soviet - dari Asia Tengah hingga ke Baltic.

Di sisi inilah sukarnya AS untuk menundukkan Rusia. Sebabnya tindakan Rusia berakar umbi daripada sejarah yang panjang, ditambah dengan nasionalisme yang utuh antara Rusia dan orang Rusia di seluruh negara bekas Kesatuan Soviet.




Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh US dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan selang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang membawa Putin.


Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya.


Namun timbul beberapa persoalan logik. Jika Rusia dikaitkan antara yang terlibat menebak pesawat ini.. apakah di pihak Rusia mahu menembak pesawat yang mirip milik Presidennya sendiri??

Ukraine: Crew that shot down MH17 was Russian

 Kenapa US serta NATO antara pihak paling awal  mengeluarkan kenyataan seolah-olah melindungi UKRAINE ?? Apakah UKRAINE mendapat pertolongan dari pihak US berhubung insiden pemberontakan yang berlaku disana?
Jika tiada campurtangan dari pihak US serta NATO.. kenapa media-media yang didalangai CIA seringkali menyibuk perihal negara China dan Rusia ini ?


                                        

Jika insiden kehilangan pesawat  MH370 cuba dikaitkan dengan negara China yang digelar
" Chinese Martyrs’ Brigade "

Apakah insiden yang berlaku keatas  MH 17 ini juga cuba dikaitkan dengan Rusia ??
Memang benar. Media barat akan menyalahkan Rusia sekaligus menyebabkan Rusia menerima ancaman dari negara-negara lain.


CIA menggunakan platform agen penyiasat menggunakan ruang yang secukupnya dengan berbekalkan keadaan huru hara dan ketegangan di beberapa buah negara..Lihatlah apakah yang terjadi selepas Al-Qaeda dituduh melakukan serangan atas insiden 9 September New York... yang menjadi mangsanya adalah rakyat Afghanistan yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita yang mati dibunuh atas alasan mencari individu yang dikaitkan dengan Osama Bin Laden sedangkan Osama Bin Laden itu sendiri adalah agen CIA.. nanti saya kupas lebih lanjut perihal strategi NATO  dalam menjayakan misi menawan Afghanistan seterusnya  menawan Iraq, Libya, Syiria serta negara-negara teluk serantau dalam bahagian 3 "Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH 370 " ini..

Apa yang lebih menariknya dalam insiden ini.. lokasi dimana pesawat ini jatuh adalah bersempadan dengan Rusia..Inilah waktu terbaik untuk memasuki Rusia berbekalkan agen penyiasat yang didalangi CIA serta FBI.


Media-media Barat melaporkan sebuah BUK9K37 milik Rusia dikaitkan dengan insiden ini.

Kenapa mereka begitu berani membuat spekulasi sedemikian?? kerana Rusia akan dituduh terlibat dalam serangan ini seterusnya Rusia bakal menerima ancaman dari negara-negara luar termasuk Australia, Belanda, German, British yang merupakan antara beberapa negara besar semasa era jajahan... 

Rusia mempunyai keluasan negara yang begitu besar, manakalah sistem ketenteraannya begitu canggih ini tak mungkin boleh diganggu gugat oleh pihak NATO melainkan perancanaan  sebuah strategi untuk menghentam negara Soviet Union ini melalui ancaman dari kuasa-kuasa besar.

US tak boleh  bersendirian dalam melaksanakan misi perangnya terhadap Rusia, inilah sebabnya mereka memerlukan sokongan dari beberapa negara yang kuat seperti Belanda , German & British.

Jika BUK milik Rusia ini dikatakan menembak pesawat MH17.. pesawat tersebut sudah tentu meletop diatas udara lagi..


Tetapi ini tidak.. pesawat tersebut telah terhempas akibat dari tembakan atau apa-apa yang boleh menyebabkannya jatuh..

Lihat video dibawah dari media pihak US CNN ini.


Media Barat juga sebelum ini melaporkan bahawa Juruterbang  pesawat MAS MH370 dikaitkan dengan pengganas bukan?


Media yang dikuasai pihak Barat terutamanya didalangi oleh US sendiri begitu berani membuat andai serta spekulasi seterusnya cuba 'mind control' minda pihak lain melalui spekulasi-spekuasi yang dicipta oleh mereka. 

Hari ini seluruh dunia melaporkan BUK jenis ini yang menembak pesawat MH17.
Pada pandangan saya.. BUK ini tidak menembak pesawat MAS MH17 tetapi pesawat ini ditembak dari atas udara lagi melalui pesawat yang tidak mampu dikesan dari radar satelit. Mungkin ??

Kenapa BUK ini dikatakan menembak pesawat terbabit?? kerana Rusia mempunyai peralatan ini.. 
Cuba anda lihat beberapa news milik US ini semdiri.



Rusia mempunyai sistem radar yang begitu hebat, apakah mereka tidak boleh mengesan pesawat lagi-lagi pesawat  ini miripnya seperti pesawat Presiden mereka ?

Apa untungnya menembak pesawat  komersial ini ?? Lagipula kenapa pesawat itu boleh terhempas di Ukraine jika dipihak Rusia yang menembaknya?? 
Apakah Rusia menembak pesawat yang lalu dikawasan jiran negaranya ? 

Jika atas alasan pesawat ini ingin masuk melalui Rusia.. sudah tentu amaran dari pihak Rusia akan diberikan serta menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat MAS yang sudah masuk kekawasannya.. Ini tidak lagi masuk di ruang udaranya, malahan terhempas di kawasan Ukraine..

Cuba anda lihat semula krisis yang berlaku di Ukraine dan Rusia.. 
Mengapa Amerika begitu menyibuk dan mahu campur urusan negara lain lagi-lagi perihal Rusia ??


Suasana panas dan tegang antara Rusia dan Amerika Syarikat yang disokong Kesatuan Eropah terus meninggi pasca referendum Crimea yang memutuskan ingin menyertai ke Rusia.

Sejak krisis di Ukraine dan Crimea bermula, Rusia terus menunjukkan kekuatan tenteranya , baik di sempadan Ukraine dan di dalam wilayah Crimea sebagai sokongan terhadap wilayah yang baru saja melepaskan diri dari Ukraine itu.

Di sisi lain, Amerika Syarikat dan negara - negara NATO serta Kesatuan Eropah secara terang - terangan menyokong Ukraine dengan mengecam referendum Crimea dan merancang sekatan untuk Rusia serta  sekatan yang akan dilakukan US termasuk menyingkirkan Rusia daripada menganggotai G8.


Tahukah kamu, pihak barat yang didalangi US  mempunyai beberapa startegi untuk mengawal beberapa wilayah di dunia?? East Asia Timur, South ( lokasi Tanah Arab telah berjaya menggulingkan Libya, Iraq, Afghanistan, Syiria dan lain-lain)

Middle Space (Rusia)


Sekarang, Konspirasi untuk menggulingkan Middle Space kini telah bermula..

Mengapa China & Rusia ini paling berbahaya bagi pihak US dan NATO ?? kerana ia adalah ancaman terbesar dalam misi mereka menawan seluruh dunia lagi pula 2 negara ini terbabit dalam penubuhan Bank yang boleh menjahamkan ekonomi US serta menyebabkan nilai USD jatuh serta  nilainya tidak akan berguna lagi.. apakah ia??




3 comments:

Anonymous said...

I loved as much as you will receive carried out right here.
The sketch is tasteful, your authored subject matter stylish.
nonetheless, you command get bought an nervousness over that
you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again as exactly
the same nearly a lot often inside case you shield this hike.


my web blog; video thumbnail generator online

Anonymous said...

Undeniably believе that աhich you saіd.
Υoսr favorite reason sеemed to be on tɦe web the simplest thing to be aware of.
ӏ say tto ƴou, I сertainly ɡet irked whnile people tҺink aboսt worries thɑt they just
don't know aƄοut. You managed tօ hit the nail uρon the top ɑnd
alѕo defined οut the whole thіng witɦout hɑving sidе-effects
, eople ϲan takе a signal. Will probabloy Ьe back to gеt more.
Tɦanks

Here is my homepage; garcinia cambogia reviews

Anonymous said...

Hi to every body, it's my first visit of this weblog; this webpage,
, contains remarkable and genuinely good data in favor of readers.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya