Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 29 May 2015

Agenda tersirat disebalik pembinaan keretapi Singapura - KL.






 Sudah lama hati ini mendesak agar menulis tentang  apa yang bakal berlaku dalam pendedahan persetujuan Malaysia dan Singapura yang akan membina laluan keretapi dari Singapura sehingga ke KL.

Ingatkah anda bahawa Tun Dr Mahatir pernah mengilhamkan untuk membina stesyen keretapi dari Padang Besar sehingga ke Johor Baharu ? Namun akhirnya projek ini dibatalkan oleh Tun Abdullah dan Najib Razak. 2 Projek Mega yang menguntungkan rakyat Malaysia dibatalkan oleh kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Pembatalan Jambatan Bengkok dan stesyen keretapi dari Johor hingga ke Padang Besar.

Lee Kuan Yew dalam ucapannya "

 Singapura mengalu-alukan cadangan kemungkinan mempunyai perkhidmatan rel laju antara Singapura dan Malaysia selepas cadangan pembinaan rel laju sebelum ini masih belum dilaksanakan. "
fahamkah anda mesej tersirat disebalik polemik ini ? Membina laluan keretapi antara Singapura dan Malaysia serta apa pula hubungannya dengan  pelan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sebagai satu langkah yang betul, Lee Kuan yew   akan melakukan apa yang boleh bagi menjadikan WPI berjaya.

          

 Apakah yang anda nampak disebalik mesej tersirat disebalik  pembangunan WPI ini ? mungkin anda masih tidak melihat apa yang saya nampak.

untuk menjayakan misi agar tidak diruntuhkan tambak Johor, maka misi seterusnya perlu di fikirkan oleh Singapura supaya  laluan masuk ke Selat Tebrau oleh kapal-kapal pedagang tidak menjadi kenyataan.

Baca apa yang dikupas oleh saya sebelum ini disini:
Ulasan mengenai Tambak Johor

Singapura telah berjaya menghentikan Projek Jambatan Bengkok dan tidak meruntuhkan tambak Johor.

Mari kita lihat dari sudut georafiknya.


 

 Ini adalah rupa tambak  Johor antara Malaysia dan Singapura  sekarang.



Dan ini adalah rupa bentuk Jambatan Bengkok yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir.


Projek Jambatan bengkok adalah projek yang akan menguntungkan negara pada masa hadapan.. Kerana kapal-kapal pedangan akan singgah masuk ke laluan perairan  Johor serta akan menyingkatkan perjalanan mereka  dari mengelilingi seluruh kepulauan Singapura itu. Sebab itulah Singapura akan memastikan Tambak Johor  tidak dirobohkan kerana kapal  boleh melaluinya. 


Tetapi masalah utama 2 pemimpin ini tidak berfikir untuk masa depan negara, tetapi mereka lebih memikirkan soal Singapura. Apabila Singapura tidak setuju mereka pun tidak setuju sedangkan kita mahu membina jambatan dinegara sendiri?? kenapa perlu mendapat persetujuan daripada Singapura ?



Projek Wilayah Pembangunan Iskandar adalah projek yang merugikan rakyat dan negara Malaysia sendiri.

 

Mengapa ? kerana ia dalah projek mega yang akan menguntukan pembeli daripada Singapura itu sendiri kerana perbezaan nilai matawang Singapura dan Malaysia adalah penyebab utama kepada krisis pemilikan beberapa aset yang ada  di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (WPI).

Itu dari sudut pandangan aspek yang lain..  


Disamping itu,pembinaan WPI ini akan menyebabkan perairan di sebelah Johor akan menjadi kecil. lihat dari peta pelan tersebut.


Menutup terus laluan kapal-kapal pedagang dari masuk ke Pelabuhan Johor adalah dengan cara membina sebuah  tambak diantaranya serta membangun beberapa kediaman mewah disekitar  perairannya. Itulah yang sedang berlaku. Pemimpin selepas Tun Mahathir begitu bodoh kerana ia akan menyebabkan negara sendiri mengalami kerugian. Sudahlah negara rugi berjuta-juta ringgit selepas  Jambatan bengkok dibatalkan, malahan Malaysia pula menjual pasir ke Singapura. Jadi, apakah kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh Singapura?? menambak pasir dilaluan perairannya dengan tujuan mengecilkan laluan Johor itu bukan? 

lihat saiz salah satu contoh  Tekong Island yang ditambak menjadi pulau yang besar. Mengapa ? kerana laluan perairan di kawasan Johor perlu di kecilkan serta dibuat pembangunan keatasnya. Itulah pelan rangka pembangunan WPI. 


Bijak bukan ? siapa yang kena main ? bukankah negara Malaysia sendiri ? Siapakah pelabur terbesar dalam pelan Pembangunan WPI ini ? bukankah Singapura ?

Hasilnya, pegawai pegawai Singapura sekarang sebahagian dari taskforce khas yang diwujudkan untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal immigresen, pelancongan dan soal alam sekitar. Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa keputusan dan perancangan taskforce ini. Kini Singapura diberikan ‘kuasa’ untuk menentukan isu isu yang melibatkan mereka dalam negara kita. 


lihatlah kesannya bukan ?? salah satu kaedah pecah dan perintah,. tetapi ini bukan pecah, malahan ianya bermula dengan bertapak serta perintah.. Pelan-pelan rangka strategik adalah daripada Singapura. Inilah kebimbangan yang paling terburuk dalam sejarah kerana negara Malaysia hanya kaku membiarkan negaranya di bangunkan mengikut acuan Singapura sendiri kerana mereka antara pelabur terbesar dalam Projek pembangunan WPI ini. ! 

Lihat, mengapa kem Majidee di Johor Bharu dijual kepada pihak swasta serta pembinaan tapaknya akan dibangunkan sebuah Shoping Complex ! 


Kem tertua di negara dibangunkan pada tahun 1940 seluas 132 hektar. Mengapa tanah-tanah kerajaan dijual kepada pihak swasta ? kedudukannya berada pada tempat yang strategik, berdekatan dengan sungai Tebrau  serta  sempadan antara Malaysia dan Singapura. Mengapa kem ini dijual ?


Kerana kerajaan sudah tiada wang, bebanan hutang kerajaan semakin meningkat sehingga kini hutang kerajaan telah melebihi RM800 bilion.Salah satu kaedah terbaik adalah menjual setiap khazanah-khazanah negara. Inilah juga penyebab Khazanah negara semakin berkurang. 


Kerajaan dibawah 2 pemimpin selepas Tun Mahathir amat lah lemah malahan di zaman Najib adalah antara terburuk dalam sejarah. ! tidak ada apa-apa kelebihan Najib mentadbir negara melainkan membebankan lagi dengan hutang negara yang semakin meningkat. 


Malaysia berhadapan dengan situasi bangkrap akibat bebanan hutang..Mengapa semua ini terjadi? lihatlah sendiri begitu besar pembaziran yang dilakukan Najib.!

Tiada gunanya menjual khazanah-khazanah negara kepada pemilik swasta kerana memikirkan keuntungan. Lihatlah pembangunan yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor ini, kebanyakkan pemiliknya adalah terdiri daripada rakyat-rakyat Singapura. Pemimpin telah menggadaikan negara secara tak langsung. 


Tun M sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu penggantinya membina Stesyen Keretapi dari Padang Besar ke Johor Baharu. Namun hasratnya ini tidak dibuat oleh Tun Abdullah & Najib Razak


Gerakan kursur tetikus pada gambar stesen untuk mengetahui nama stesen tersebut.


Malaysia mempunyai landasan keretapi kira-kira 1791 km. Kira-kira 1665 km daripada terdapat di Semenanjung Malaysia.   Semenanjung Malaysia mempunyai  dua sistem landasan keretapi utama iaitu;

a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru  dan menganjur ke Singapura melalui   Tambak Johor.

Seperti yang saya sebutkan diatas sebelum ini, tambak Johor perlu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan. meruntuhkan tambak Johor akan memberi kesan negatif kepada negaranya kerana sekaligus bakal melumpuhkan Pelabuhan Singapura. !! 

1) Singapura membiarkan tambak Johor tidak dirobohkan
2) Singapura berjaya mengekang pelabuhan Johor melalui projek pembangunan Iskandar Malaysia. (WPI)

3) Singapura akan memastikan tambak Johor tidak terus diroboh adalah dengan membina laluan keretapi yang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.! nah .! Inilah dia agenda tersirat disebalik rencana Lee Kuan Yew. Apabila projek laluan keretapi antara Kuala Lumpur dan Singapura dibina, 100% tambak Johor akan terus kekal serta melumpuhkan terus laluan perairan di Johor.!


Jadi, untuk memastikan pemimpin negara tidak mengikuti hasrat mantan PM, Tun M yang boleh menyebabkan  kerugian kepada mereka, Maka mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan Singapura terus kekal sebagai Pelabuhan paling tersibuk didunia  memandangkan kedudukannya yang strategik. 

Bukankah apabila projek pembangunan Keretapi dari Padang Besar ke Johor akan menyebabkan sepanjang laluan itu membangun ? Salah satu strategi membangun kawasan-kawasan yang diluar bandar. Ini juga akan memberi beribu-ribu manfaat kepada rakyat Malaysia kerana projek yang di Ilhamkan oleh Tun Mahathir akan mengembangkan ekonomi rakyat setempat. Bukankah ia juga boleh mengurangkan krisis penganguran yang begitu teruk sekarang?
Masih terdapat berpuluh-puluh ribu lepasan Universiti yang masih tidak ada kerja.Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang masih tercari-cari peluang pekerjaan? kenapa pemimpin langsung tak fikirkan soal rakyat ? 

Mengapa tidak diberikan  kerja kepada mereka?? Bukankah sepanjang 22 tahun memerintah berbagai-bagai pembangunan yang dibuat oleh Tun M ?? inilah dia hakikat yang sebenar membantu ekonomi rakyat adalah dengan memberi mereka kerja. ! bukannya beri BR1M. ! sepatutnya kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat sendiri untuk menjana ekonomi rakyat dengan diberikan kerja kepada mereka. 

Namun ada seorang pemimpin itu begitu berlagak kononnya juga boleh pimpin negara selama 22 tahun? tidak ada apa-apa pembangunan yang menyenangkan rakyat malahan dirinya sentiasa menyusahkan rakyat dengan penarikan setiap subsidi kepada rakyat.

Kenapa pemimpin sekarang begitu degil dengan nasihat Tun Mahathir ?
Mungkin kerana Tun sudah tiada apa-apa jawatan lagi, jadi suaranya tidak penting..


Negara Malaysia semakin tergadai kerana sikap pemimpin yang pentingkan diri sendiri. !! 

Hargailah Tun Mahathir dia selagi dia masih ada .. 

Monday, 25 May 2015

1MDB : Najib menipu rakyat dan salah guna kuasa .!






         Bukan main teruk Tun M dihentam oleh stesen pengampu terkemuka TV3 setiap hari serta menggunakan beberapa individu yang mempersoalkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamd.Mungkin kerana Najib tidak mahu penipuannya diketahui oleh rakyat, jadi dia menggunakan sepenuh kuasa yang ada untuk dirinya dan disebabkan itulah dia tidak akan letak jawatan. Jika dia meletakkan jawatan sebagai PM serta Menteri Kewangan, maka dia sudah tidak punya kuasa, sebab itu dia takut kerana meletakkan jawatan selaku jawatan PM dan Menteri Kewangan menyebabkan dirinya boleh dipenjara bersabit kesalahan pembohongan serta salah laku menggunakan kuasa.! Nah.!! Inilah jawapan mengapa Najib tidak akan meletakkan Jawatannya.. sudaj dapat dibaca bukan?


Ikuti penulisan terbaru Tun Dr Mahathir mengenai Penipuan Najib dalam 1MDB.




NAJIB DAN PEMBOHONGAN


1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.


2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.


3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.


4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.


5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.


http://www.sarawakreport.org/ms/2015/04/1mdb-mempersembahkan-dokumen-dokumen-palsu-kata-bsi-singapura-eksklusif/


6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.


7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.


-Pakar kewangan dalaman telah memberitahu  bahawa peraturan Bank Negara yang dimaksudkan dalam kenyataan Kementerian Kewangan (Najib Razak) tidak wujud sama sekali.



8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.


9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.


10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

( Seksyen 218 antara lain memperuntukkan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pengkhidmat awam yang bertanggungjawab bagi penyediaan mana-mana rekod dengan cara yang tidak betul, dengan niat untuk menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada orang ramai atau dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman undang-undang. Kesalahan tersebut akan mengakibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.)


12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.



Laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Tetapi timbul kenyataan mengapa PAC mengecualikan Najib dan Jho Low  dalam siasatan sedangkan Najib adalah orang yang terlibat dalam salah laku 1MDB ini sendiri?



Gambar ini mungkin menceritakan betapa baiknya Najib dan Ketua Audit Negara.Apakah mungkin Ketua Audit Negara mendapat arahan tertentu dari Najib ??



Mungkinkah ini penyebab gejala Rasuah negara Malaysia antara yang tertinggi didunia kerana melibatkan pihak atasan sendiri ?
Jawatan kuasa PAC sendiri dikuasai oleh beberapa penasihat Najib.. 

wah.. 
hebat.. melantik orang-orangnya sendiri untuk kepentingan dan menyelamatkan dirinya..




13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.


Mungkin mereka yang terlibat dalam "cover"isu 1MDB ini juga perlu disiasat dan dakwa serta dipenjara, Tak lupa juga TV3 yang memainkan peranan terbaik menjadi stesen tv pengampu Perdana Menteri.. Mungkin juga kaki-kaki pengampu Najib boleh juga didakwa diatas seksyen 218 kerana terlibat dalam menyembunyikan laporan palsu.Kita lihat sejauh mana Najib cuba menipu rakyat lagi. Mungkin Jho Low yang dikatakan Najib tidak terlibat dalam 1MDB, akan "cover"Najib jika Najib didapati bersalah ?? sampai bilakah Najib terus menipu rakyat? adakah dengan sikap begini membuatkan peningkatan sokongan rakyat kepadanya semakin bertambah?

Monday, 18 May 2015

Ucapan Tun M dalam program Bicarawan Negara di Ipoh






Amat memalukan apabila orang yang datang  diberi sepanduk I Love PM, lalu individu tersebut begitu perasan bahawa ada orang sokong dia. ?  Apakah Najib memang muka tak malu ?

Najib berpolitik hanyalah menggunakan wang, wang dan wang. Bila pemimpin tertinggi mengamalkan rasuah, maka yang dibawah juga dirosakkan dengan rasuah. Wang lebihan 1MDB sudah hilang, persoalan-persoalan juga tidak langsung di jawab.


Wang 1MDB konon sudah disimpan di Cayman Island, lepas itu disimpan di  Swiss Bank Singapura. Adakah salah membawa balik wang sendiri ke negara sendiri ?




Pada pandangan Tun, Najib tidak akan menang dalam pilihanraya PRU14 akan datang sekaligus meranapkan BN serta UMNO.
Cara terbaik menyelamatkan BN & UMNO dari jatuh adalah dengan menggugurkan Najib sebagai PM.! Tun ishtiharkan tidak menyokong Datuk Seri Najib. 


Ekonomi semakin jatuh, pengganguran semakin ramai, matawang negara jatuh teruk, mansuhkan ISA penyebab utama peningkatan kes jenayah. Apakah yang Najib buat untuk rakyat? 1 April 15 lancarkan GST, bebanan harga barang naik secara mendadak..



 Inilah jasa-jasa Najib kepada rakyat. 
Lebih banyak lagi krisis-krisis yang melanda negara pada hari ini.Najib membeli pesawat mewah berjuta-juta ringgit, tetapi langsung tak peduli soal rakyat. Pemimpin yang gila nak jadi popular memang tak guna. !!








Mereka berpusu-pusu datang mengikuti ucapan Tun M tanpa diberi rasuah makan, upah serta membawa sepanduk I Love PM . TV3 diguna untuk mengampu Najib serta menyalahkan Tun kerana mereka kalah dalam PRK di Permatang Pauh.  Tun Razak ayah Najib antara orang yang berusaha bangunkan UMNO, tetapi anaknya Najib seolah-olah  mahu menjatuhkan UMNO dan BN.



Friday, 15 May 2015

PI Bala dibunuh kerana dedah penglibatan VVIP dalam pembunuhan Altantuya.?







 Lihat dalam penjelasan yang diakui oleh PI Bala, Personal Investigate.. 

Pada  minit ke 1:00:42 ada disebut ttg Najib Razak,,,
Minit ke1:17:45 ada kaitan dgn Rosmah Mansor..



Untuk menghilangkan kesangsian beliau berkaitan pembunuhan Altantuya ini, beliau diberi
skrip untuknya dibacakan serta mendapat imbuhan sebuah kondominum mewah di Berjaya Timesquare serta RM200,000.. Skrip yang dibaca olehnya akan disiarkan oleh TV3..

Wow.!!!

selepas pendedahan ini dibuat, PI Bala didapati mati di hsopital.. Siapakah yang membunuh PI Bala ??
Adakah benar dia mati disebabkan oleh Heart Attack atau punca kematiannya disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu ??

Hebatnya dunia hari ini, sanggup menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan kedudukan walaupun sanggup melakukan perkara yang paling dikeji iaitu membunuh.


Adakah kematian PI Bala disebabkan oleh arahan VVIP ??  
Adakah Najib mengatur badan kehakiman untuk melepaskan individu tertentu.. ?? Namun Sirul Azhar menjadi kambing hitam serta dituduh membunuh Altantuya tetapi Razak Baginda dilepaskan.? 

Lihat apa yang telah dikatakan oleh Sirul Azhar. 



Jika orang yang membuat laporan berkaitan salah laku Jho Low ini boleh dimufliskan, apakah agaknya yang dilakukan oleh  individu yang tahu berkaitan rahsia pembunuhan Altantuya ini pula ??

Anda sendiri boleh menjangkanya bukan ? 


Dalam soalan Tun Dr Mahathir, pernah mempersoalkan, siapakah yang mengarahkan Altantuya dibunuh ?? 





Namun Najib terus mendiamkan diri serta menggunakan beberapa individu untuk menyerang kembali Tun Dr Mahathir. Ini yang sedang dilakukan oleh TV3 stesyen pengampu Najib serta media-media kerajaan.

Tun hanyalah membawa suara rakyat, menyerang Tun Dr Mahathir ibarat menyerang rakyat..

Baca apa yang telah didedahkan disini sebelum ini.




Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

 Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.


Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.




Wednesday, 13 May 2015

Najib gunakan 1MDB untuk cagar minyak dari Terengganu ?





Amat mengejutkan apabila 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib didapati banyak terlibat dalam skandal salah laku pengurusan wang. sehingga sekarang, persoalan kehilangan sebanyak 27 Bilion juga masih tidak dijawab.. Media tv terutamanya tv3 agen pengampu terkuat Najib memutarbelitkan fakta serta persoalan-persoalan yang masih tidak dijawab sehingga hari ini termasuk wang yang telah 
hilang serta hutang negara yg sudah melebihi RM800 bilion !

Melalui pendedahan yang mengejutkan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu ini pula mendedahkan 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib pernah cuba mencagarkan minyak Terengganu. !!



Akibat dari persengketaan ini, MB Datuk Seri Ahmad Said tidak disenangi oleh PM Najib Razak. Beliau antara individu yang bukan kategori kaki pengampu seperti orang lain. Jadi, kerana itulah beliau dilucutkan jawatan Menteri Besar Terengganu..

Najib menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Mujur Ahmad Said adalah orang yang tidak ikut kegilaan PM Najib .!! Jika tidak, habis semua hasil kerajaan akan hilang ketangan si gila itu. 

Berhubung dengan itu, kita juga tidak lupa kontroversi yang melanda kedua-dua pihak terutamanya sikap Najib yang tidak mahu bertimbang rasa apabila diminta tempoh perletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu itu  kerana mahu menguruskan kenduri anaknya yang akan dilangsungkan pada 17 Mei 2014, tahun lepas.


Najib seorang yang tidak berhati perut sehingga memaksa MB Ahmad Said itu meletakkan jawatan dengan segera dengan berkata "itu masalah peribadi awak"



 “Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minnggu depan, takkan tak boleh bincang?


"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)"

Najib juga menipu kepada rakyat dengan mengatakan tidak berlaku pertukaran Menteri 


 25 April 14


Tetapi hakikatnya, MB Said ditukarkan serta digesa untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu kerana tidak mengampu untuk Najib. Najib akan memastikan setiap orang yang memegang jawatan dalam Kerajaan perlu menjadi kaki pembodek serta pengampu. Itulah sikap  Najib yang disembunyikan kepada rakyat. 

Media pada mulanya menafikan khabar angin pertukaran Menteri Besar ini, sejurus kemudian  MB Terengganu memang benar-benar ditukar.

Lihat disini faktanya.! 

12 Mei 2014 



Apakah penyebab pertukaran Menteri Besar ini dibuat secara tiba-tiba ?? adakah kerana Najib tidak boleh menerima sesiapa sahaja yang tidak menyokong hasrat kegilaannya ?? 



Cuba mencagarkan hasil Minyak dan Gas dari Terengganu ? 



Akibat dari kemelut ini, mantan MB tersebut membuat pengumuman keluar dari UMNO serta beberapa ADUN turut keluar UMNO bersama, Terengganu hampir tumbang semula ketangan PAS akibat sikap bodoh yang dimulai oleh Najib Razak sendiri. 
Jika tidak kerana mantan MB tersebut kembali masuk UMNO, maka, Terengganu sekarang sudah jatuh ketangan Pembangkang.

Ini Punca dari Najib! harus ingat.! 


Apabila Tun Mahathir menegur cara urus tadbir Najib, kini Tun pula diserang oleh orang-orang Najib.




Tidak cukup dengan itu, Tun M  dihentam teruk didalam stesyen pengampu terkemuka 'TV3'. Hari ini kita boleh lihaat serangan bertubi-tubi melalui skrip yang siap ditulis oleh individu tertentu dalam mempersoalkan tindakn Tun Dr Mahathir. mereka itu semuanya kaki pembodek. Seorang demi seorang menghentam Tun Mahathir melalui pembacaan skrip yang telah siap disediakan kepada mereka termasuk yang terbaru serangan Tunku Aziz terhadap Tun Mahathir.

 

Untuk pengetahuan anda semua, Tunku Aziz adalah antara salah seorang bekas ahli DAP.
 ya DAP..

 

Memang hebat TV3 mencari penyerang-penyerang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas beberapa ahli Pembangkang digunakan untuk menghentam Mantan PM itu. !!
Lihat gambar ini.


Akibat ketandusan menjawab segala isu serta tidak mahu menjawab status kehilangan wang rakyat yang bernilai berbilion-bilion ringgit dalam krisis 1MDB, maka skrip disediakan oleh mereka untuk menyerang keperibadian Tun M pula.., 

Apa susah, hanya perlu membaca skrip serta menunjukkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Najib, maka mereka akan diberi ganjaran yang diperoleh hasil dari wang rakyat sendiri.

Penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi itu bakal menyebabkan pemerintahan tersebut tidak dapat kekal lama..





Bersambung pendedahan berani seterusnya salahlaku kuasa yang dilakukan oleh Najib Razak,.. 

~ Disini bukan wilayah pembodek Najib.. 




Monday, 11 May 2015

Najib telah malukan UMNO & BN serta nama negara Malaysia. !




Najib menjawab serta mengutuk Tun Mahathir dalam ucapannya ketika di Tawau Sabah, konon berlagak rakyat masih sokong dia.. Apa kah Najib tidak tengok didalam facebooknya sendiri orang mencaci maki beliau.?? Apakah Najib ni jenis pekak dan muka tak tau malu ?

Page Najib Pekak: https://www.facebook.com/najibrazak
Amat memalukan apabila orang ramai memintanya meletakkan jawatan tetapi beliau terus menjadi pekak badak tidak hiraukan mereka.. yaa.. mereka itulah rakyat. suara yang harus didengari.. Jadi  darimanakan kenyataan Najib yang menyatakan Rakyat masih mahu dia memerintah? adakah sama kenyataannya dengan ini ?

Sendiri keluarkan kenyataan untuk menyelamatkan diri sendiri. Ini jenis pemimpin yang gila namanya.!!


Apakah Najib pekak tidak pernah keluar lihat kehidupan rakyat yang susah? yang masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ??

Najib ini sudah gila kuasa.Najib menyalah gunakan kuasa, menyalahgunakan kewangan, menyalahgunakan Kerusi UMNO sekaligus membuatkan UMNO & Barisan Nasional terus ditolak oleh rakyat.!!



Tulisan terbaru Tun Mahathir kepada Najib.


 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.


2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.


3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.


4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.


5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.


6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.
 (Rompin, BN Kurang 6,219 majority berbanding PAS hanya kurang sebanyak 25 kerusi sahaja... manakala BN kalah teruk di Permatang Pauh dgn majority sebanyak 11,375)



7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.


8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.


9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

http://darah-satria.blogspot.com/2014/04/negara-masuk-perangkap-penubuhan-bank.html


10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.



12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.








13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.



14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.


15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.


16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-kesal-najib-jemput-penasihat-british-yang-diusir-sewaktu-merdeka


18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.


19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.


20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.


21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.


22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.


23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.



25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.



26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.


27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.



28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.


29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.


30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.




31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.


32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.





@ baca dalam artikel Bahasa Melayu disini:






33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.


34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.



35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.


36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.


37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.


39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.


40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.


41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.





Chedet


Sementara itu, Zainuddin Maidin menyelar pembohongan Najib yang menipu tentang sokongannya kepada Tun Mahathir.


  "Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.

 Baca selebihnya disini: http://zamkata.blogspot.com/2015/05/anggota-mkt-umno-mesti-berani-papar-dan.html?m=1

Ucapan penuh Najib boleh lihat disini:


Najib juga menipu rakyat serta penyokong BN dengan menyatakan Majority rakyat tidak mahu ISA dikembalikan. Lihat disini:



http://darah-satria.blogspot.com/2014/05/najib-razakpm-malaysia-syok-sendiri-tak.html


Najib adalah seorang yang tidak sedar diri serta masih berasa bagus setiap masa. Dia menggunakan wang untuk mengekalkan kedudukannya sekaligus menyalahgunakan kuasa yang ada. Lihatlah bagaimana perancangan konspirasi Najib ketika mengekalkan kedudukan Naib Timbalan Presiden UMNO.. Kenyataan ini tepat dengan huraian yang saya berikan.Baca disini,

http://darah-satria.blogspot.com/2013/10/hisyammudin-zahid-hamidi-shafie-kekal.html


Adakah akibat bebanan kewangan yang disalahguna, bebanan hutang yang semakin tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa mendesak mereka yang disaman perlu membayar saman dengan segera atau menggunakan waran tangkap ? apakah perkara ini demi menyelamatkan hutang-hutang yang semakin dibebani negara lebih-lebih lagi hutang 1MDB ??

Adakah kerajaan akan sign TPPA seperti apa yang dinyatakan disini?


                                 

Najib menyatakan kedudukan dia sebagai Presiden UMNO adalah kerana dirinya layak. Apakah dia lupa bahawa kerusi Presiden & Timbalan Presiden tidak di pertaruhkan ??


http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOKalabakanmahujawatanPresiden_TimbalanPresidenUMNOtidakdipertandingkan/m/mArticle

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-umno-sambut-baik-jawatan-tertinggi-tidak-dipertandingkan-15684

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOSelangorsokongjawatanPresiden_TimbalanPresidentidakdipertandingkan/m/mArticle


Jadi jika kerusi tertinggi UMNO tidak dipertaruhkan, ini bermakna Najib mahu terus berkuasa menjadi Presiden bukan ?

 Jadi bagaimana Najib boleh mengatakan orang sokong beliau menjadi  Presiden UMNO kerana  kerusinya  itu langsung tidak di pertaruhkan ?  Ini bermakna, Najib merasa syok sendiri dengan percaturan yang dilakukannya serta menggunakan kuasa wang untuk membuat segala sesuatu demi kepentingan peribadinya.!

Ini juga penyebab utama Najib tidak layak menjadi PM!!! 



biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya