Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 5 March 2014

Rahsia tersirat disebalik pembinaan Jambatan Pulau Pinang.



 Sebelum nak memulakan mukadimah mengenai ulasan yg panjang tentang jambatan ke-2 ini.. adalah lebih baik utk saya memperincikan kaitan perihal sejarah pembinaan jambatan yang pertama dahulu.

 

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang

Kebanyakkan idea-idea yang ditulis oleh Tun melalui buku tulisan  Malay Dilema diguna pakai sewaktu pentadbiran Tun Razak.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.
3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad


Rancangan pembinaan jambatan yang kedua ini pula berlangsung pada tahun 2005, P.Pinang ketika itu masih diperintah oleh BN yang diterajui PakLah selepas Tun bersara.


Namun, regim DAP cuba membatalkan perlaksanaan jambatan ini melalui tindakan mereka yang mahu membina terowong.Tahukah kamu kenapa DAP anak didik PAP ingin membina laluan terowong pada Pulau Pinang ??

Tahukah juga  kamu kenapa pembinaan jambatan ini sangat perlu?
Pertamanya kerana perhubungan diantara tanah besar dan tanah kecil yang dikenali sebagai sebuah pulau.. namun hakikatnya sedarkah anda apakah yang dimaksudkan perhubungan?

Bila tiada perhubungan, makanya wilayah terbabit akan menjadi sebuah pemerintahan sendiri atau dikenali sebagai "autonomy" jika wilayah itu dikuasai oleh pemerintah yang berbeza.


Proses pecah dan perintah ini dilakukan oleh penjajah yang sudah lama memisahkan tanah Melayu yg kini dikenali seperti  Phillipines, Japan, Taiwan, Singapore, Kemboja, Thailand dan gugusan Nusantara yang serantau.

Proses autonomy lebih mudah  pada tanah yg terputus hubungan dengan tanah-tanah  besar. Lihatlah pada Singapura yang sudah terlepas ketangan PAP. Lihat juga sejarah kejatuhan terlepasnya Pulau Batu Putih pada Singapura walaupun pada asalnya pulau itu adalah milik Malaysia..


Lihat pada kelemahan sistem pentadbiran negara bagaimana boleh terlepasnya Pulau Batu Putih ketangan Singapura.

Kerana kehilangan dokumen penting sejarah,

Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos1824 




Surat kebenaran yang telah diberikan oleh Temenggung dan Baginda Sultan Johor kepada pihak Inggeris di Singapura untuk membina Rumah Api Horsburgh pada 25 November 1844 juga membuktikan penguasaan dan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor di perairan tersebut.

Mengikut surat kebenaran tersebut, pembinaan serta operasi rumah api telah dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang bersesuaian.


Mungkin kerana kerajaan selepas era Tun M dan  kesultanan Johor tidak mementingkan perihal sejarah ini lagi, sebabkan itulah kehilangan-kehilangan dokumen rasmi seperti ini tidak lagi menjadi perhatian..

Tun menyedari akan perkara ini, sebab itulah perancangan rapi dibuat untuk membina Jambatan bengkok.
Tahukah kamu rahsia tersirat disebalik pembinaan jambatan bengkok?

Dr M:Teruskan pembinaan jambatan bengkok

Let's read apa yg telah didedahkan oleh saya sebelum ini.

http://darah-satria.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-mahathir-jambatan-bengkok.html

Itulah sebabnya  Singapura memberi berbagai-bagai alasan dan cuba membatalkan projek ini.



Kedudukan Pulau Batu Putih ini lebih dekat dengan wilayah Malaysia yang hanya cuma terletak 7.7 batu nautika dari Johor berbanding 25 batu nautika dari Singapura..

Namun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan negara, pembatalan projek tersebut berlaku.


Pada 12 April 2006, PM Malaysia yang ke-5 berucap:

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”



Perbalahan antara Tun Mahathir dan Tun Abdullah juga tegang seketika selepas pembatalan ini.



Wilayah ini menghadapi pertindihan antara Singapura dan Malaysia sejak 1979 yang mana Malaysia menerbitkan peta yang memaparkan batuan ini berada di dalam sempadannya

Lagi satu kelemahan sistem pentadbiran negara apabila pihak tertentu sendiri yang tidak bijak memainkan peranan.

Menurut pendapat pakar maritim, Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca bukan sebuah pulau tetapi batu. Pakar maritim Datuk Dr Abu Bakar Jaafar memberi pendapat pulau didefinisikan sebagai kawasan semulajadi yang lebih tinggi dari laut dan dikelilingi air serta boleh menampung habitat secara semulajadi. Pulau Batu Puteh menurutnya bukan pulau kerana menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi.

Mungkin kerana statusnya Pulau berkenaan dinamakan tak ubah seperti sebuah batu yang tidak boleh menampung habitat semula jadi, atau tidak mempunyai zon esklusif ekonomi, maka dengan itu mereka tidak berminat nak ambil tahu tentangnya kan?

Bagi Singapura pula, mereka tidak mementingkan status samaada ianya sebuah batu atau  kayu sekalipun, apa yang mereka pentingkan adalah perluasan sempadan wilayah..

Sebab itu, Singapura terus membuat tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.


Kerana pembatalan jambatan tersebutlah jugalah yang menyebabkan Pulau Batu Putih ini jatuh ketangan Singapura dan masuk kesempadan negara itu,


Sebarang idea yang datang dari Tun M bukanlah sebuah idea yang biasa.. jadi janganlah nak berlagak sombong sangat dan melawan cakap orang-orang yang lebih bijak dan berpandangan jauh..




Pulau Batu Putih hak Singapura

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca,

Mungkin kerana Kesultanan Johor juga  tidak mementingkan kedudukannya pada masa hadapan, atau juga tak ambil kisah dengan sebarang kaitan Sejarah, dengan itu tuntutan keatas hak milik Pedra Branca (Pulau Batu Putih) juga tak ambil peduli.

Itulah perlunya betapa kepentingan sejarah, Sejarah perlu ditekankan dengan lebih mendalam dan kerajaan perlu memainkan peranan. Jangan lupa pada sebuah pepatah yang berbunyi:

Jika hendak merosakkan tanaman, racunlah akarnya,
Jika hendak merosakkan bangsa, racunilah sejarah mereka.



Legasi wawasan 2020 yang dibawa Tun juga tidak lagi diberikan perhatian, malahan  konsep Islam Hadhari & Transformasi pula yang menjadi agenda utama selepas era pemerintahan beliau.

cerita mengenai ini belum lagi habis..

sementara menunggu sambungannya, anda bolehlah membaca apa ditulis  pada link dibawah.

http://darah-satria.blogspot.com/2012/10/agenda-singapura-mahukan-semula.html



- bersambung bahagian ke-2 -

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya