Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday, 12 December 2015

Najib cuba rasuah Tun M supaya tutup mulut. !!



 1. Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2. Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3. Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4. Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.


5. Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.


6. Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.


7. Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.


8. Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.


9. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.


10. Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.


11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12. Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.


13. Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.



14. Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.


15. Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16. 1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

http://www.wsj.com/articles/goldman-entangled-in-malaysia-fund-scandal-1444795262


17. Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.


18. Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.




19. Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.


20. Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.


21. Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?


22. Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23. Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24. Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.


25. Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.


26. Apakah saya yang merosakkan imej negara?


27. Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.



28. Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.


29. Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.


30. Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan


-Najib pakar Rasuah dan pakar penipu . Presiden UMNO adalah org yang kuat menipu..
UMNO dikuasai oleh kaki-kaki pengampu untuk kepentingan peribadi serta UMNO tidak ubah seperti parti wang untuk mengkayakan diri sendiri apabila mengampu untuk Presiden.. Mereka akan diberi imbuhan wang.. Najib hanya ada wang untuk percaturannya.. Apabila wang sudah hilang dan habis, maka kaki-kaki pembodeknya tidak lagi mengampu dan lari meninggalkannya. Dia merasa hebat kerana  menggunakan wang rakyat utk kepentingan peribadinya.

UMNO bakal tumbang dlm PRU 14 akan datang kerana sikap Najib,.


Monday, 7 December 2015

Najib makin takut dengan siasatan 1MDB dan siasatan 2.6 bilion dalam akaun peribadinya ??






 1. Terima kasih di atas penjelasan mengenai isu-isu yang berbangkit. Oleh kerana terlepas pandang banyak perkara dalam kenyataan awal anda, saya terpaksa membuat andaian tertentu dan meminta penjelasan.

2. Sekarang boleh tak saya jelaskan mengapa anda masih mengelirukan pembaca di dalam blog saya dan lain-lain.


3. Anda kata 1MDB ialah syarikat pelaburan strategik. Apabila anda menjual aset yang diperoleh pada harga yang sangat rendah daripada Kerajaan dan tidak jujur adakah ini yang dipanggil pelaburan strategik? Membeli perniagaan pada harga yang lebih tinggi daripada harga, apakah ini dipanggil sebagai pelaburan strategik?


4. Anda juga akan menjual 40% bekas tanah Kerajaan di Sungai Besi yang anda dapati di bawah harga pasaran, apakah ini pelaburan strategik? Bunyinya seperti menjual AP (Approved Permit) yang didapati secara percuma daripada kerajaan.

5. Adakah ini caranya bagaimana 1MDB membuat wang melalui pelaburan strategik?

6. Sementara Edra dijual kepada sebuah syarikat asing yang cuba untuk menjual tanah kepada syarikat GLC yang mengumpul dana daripada rakyat. Maka, jemaah haji dan rakyat Malaysia perlu membeli tanah 1MDB, supaya anda boleh membayar hutang anda. Anda sebenarnya memaksa rakyat untuk membayar hutang anda dengan wang hasil titik peluh mereka. Adakah ini juga pelaburan strategik?

7. Bagaimana RM42 bilion diperoleh? Adakah melalui pinjaman? Berapa banyak yang dipinjam dalam Ringgit Malaysia? Tunjukkan bukti dokumen dan bank-bank yang anda pinjam. Jika anda membayar kembali dalam Ringgit, nilai Ringgit yang menurun tidak akan mempunyai nilai yang sama dengan Ringgit dipinjam. Setiap US Dollar sama dengan kurang dari satu ringgit. Bank-bank akan menghadapi kerugian ini. Ya ini adalah pelaburan strategik melainkan apabila meminjam anda tidak tahu nilai Ringgit susut dengan mendadak.


8. Jika anda meminjam dalam US Dollar, terangkan berapa banyak dan dari siapa. Adakah anda membayar 10% setiap komisen kepada Goldman Sachs? Yang mana anda akan membayar faedah sebanyak 5.9% daripada 100 peratus jumlah pinjaman tetapi mendapat hanya 90% daripada jumlah pinjaman. Sekali lagi tunjukkan bukti dokumen. Jangan hanya menafikan ini tidak benar.


9. Jika anda telah meminjam US Dollar, nilainya akan menjadi RM3.2 setiap dolar. Sekarang anda perlu membayar kembali pada RM4.2 setiap dolar. Berapa banyak pelaburan dolar telah dibuat? Sebahagian daripada USD 2 billion anda katakan telah dijana, anda seolah-olah tidak dapat membayar faedah atas pinjaman anda. Sila berikan bukti dokumen keuntungan anda, bagaimana ia dibuat dan daripada siapa. Anda bukan sebuah syarikat swasta. Anda di syarikat Kerajaan dan apa-apa kerugian yang anda buat akan ditanggung oleh orang ramai. Mereka mempunyai hak untuk tahu.


10. Anda mengatakan SPRM telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib bukan datang daripada 1MDB. Jabatan dan kakitangan kerajaan kini tekanan. Mereka boleh dipecat atau dipindahkan. DPP pula telah dibubar.






11. Orang yang membuat laporan pula ditahan. Peguam mereka boleh ditangkap. Orang yang tinggal di bawah ancaman tidak dipercayai apabila membuat kenyataan.


12. Oleh itu, kita tidak boleh menerima kenyataan pegawai SPRM begitu sahaja. Kami mahu bukti. Kami ingin tahu bagaimana RM2.6 bilion berada dalam akaun PM bukan dari 1MDB. Kita mesti tahu di mana semua RM42 bilion berada. Penjelasan yang anda berikan tidakpun disertakan dengan bukti.



13. Dengan menjelaskan bahawa anda mempunyai lebih banyak aset daripada pinjaman tidaklah mencukupi. Setiap sen wang yang anda pinjam mesti diambil kira. Di mana wang dari Caymans? Dalam bentuk apa? Anda kata anda melihatnya. Adakah secara tunai atau catatan dalam buku bank. Kenapa bank mengatakan mereka tidak menyimpan wang ini? Bank-bank manakah yang menyimpan wang ini? Siapakah yang berhak untuk mengeluarkan wang tersebut? Transaksi apakah yang telah dibuat. Jika anda kata ini adalah rahsia, saya mempunyai hak untuk mengatakan anda mahu menyimpan wang tersebut dan merahsiakan transaksi. RM2.6 bilion telah secara senyap dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM.




14. Peraturannya ialah apabila berlaku transaksi RM2.6 bilion, mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Wang yang telah berpindah masuk dan keluar, hanya Allah yang mengetahui di mana. Bank Negara perlu tahu. Melalui laporan Bank Negara, saya percaya, pergerakan RM2.6 bilion telah dihapuskan oleh Peguam Negara yang baru.

15. Perdana Menteri mendakwa wang ini untuk UMNO. Menurut Akta Pertubuhan, UMNO mesti melaporkan semua urusniaga kewangan. Tidak ada bukti bahawa ia telah berbuat demikian. Ia melanggar Akta Pertubuhan. UMNO telah diharamkan pada masa saya. Sebabnya tidaklah terlalu serius. Sekarang UMNO tidak dilaporkan dan tidak mengambil tindakan untuk mendapatkan semula wang itu dan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan. Apa yang diperkatakan undang-undang tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh Pendaftar?



16. Ini adalah suatu perkara biasa bagi audit luar yang perlu mereka lakukan. Ini cerita jumlah wang yang besar. Dengan hanya mendakwa ini adalah derma adalah tidak mencukupi. Tunjukkan bukti yang kukuh. Institusi kerajaan telah dihalang daripada mengaudit dan melaporkan mengenai 1MDB. Terdapat satu percubaan sengaja untuk menyembunyikan aktiviti 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, transaksi melibatkan PetroSaudi, Caymans, Seychelles, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom dan Amerika.







17. Sehingga Kerajaan membenarkan audit yang sebetulnya oleh juruaudit bukan Kerajaan, saya berhak untuk membuat andaian yang munasabah dan menganggap bahawa terdapat lebih dari sekadar kepincangan dalam transaksi 1MDB.


http://chedet.cc/?p=1931

Tuesday, 1 December 2015

Tolak Najib demi selamatkan UMNO dlm PRU14. !!




Najib dan kuncu-kuncu para pengampunya tidak dapat menutup kebenaran bahawa kepimpinan Kerajaan di bawah Najib terlalu teruk. Para pengampu diupah dengan wang..

Najib telah menyalah gunakan kuasa selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Soalan mudah, kenapa Najib takut meletakkan jawatan.??? kerana jika dia meletakkan jawatan dan hilang kuasa, dia bakal di dakwa dan dimasukkan kedalam penjara dengan beberapa salah laku yang dilakukannya..  kematian pengasas AmBank, Kevin Morais, PI Bala, Altantuya... dan banyak lagi..


1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.


2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.



4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, 





Sanggup bercakap bohong dihadapan penyokong nya semasa majlis berbuka PUASA .. kesiannya mereka yang kena tipu oleh Najib.. Mana maruah anda ?? 





Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.


http://darah-satria.blogspot.my/2015/05/1mdb-najib-menipu-rakyat-dan-salah-guna.html

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.


6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.


7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.


8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.


 http://darah-satria.blogspot.my/2015/09/najib-bakal-jatuhkan-bn-umno-pada-pru-14.html

Monday, 2 November 2015

Agenda Najib bodohkan rakyat



Apabila suruh turun secara elok, walaupun pernah bersemuka serta  memberi nasihat, Najib tidak dengar.,, dia pekakkan telinga..



Nothing to hide ,

Akhirnya selepas menunggu lebih 2 jam. Najib tidak datang serta berpakat bersama Ketua Polis Negara kononnya program ini  mencetuskan suasana huru hara..












Najib memang seorang PM tak guna yang hanya menyusahkan rakyat.. Dia membebankan rakyat dgn GST, kenaikkan minyak, tol, tarik kembali subsidi yang diberikan kepada rakyat untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dalam memastikan hutang 1MDB dan pembayaran kos pesawat mewahnya berjalan lancar.. Dia langsung tak fikir apakah rakyat akan makan? apakah mereka selesa dengan bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. ?



Najib bakal menjahanamkan apa yang dibuat oleh Tun selama 22 tahun tadbir  Negara.. Dia juga berlagak konon dipilih secara "DEMOKRASI"



 Sejak bilakah pemilihan Presiden UMNO  dibuat secara demokrasi?? walhal kerusi itu juga langsung tidak berani dipertandingkan.. ??







 Dia memang suka menipu.. orang kata.. selalu menipu lama-lama jadi pencuri.. Yaaa.. Itulah jawapannya bagaimana boleh ada RM 2.63 bilion didalam akaunnya




Wang rakyat dicuri senyap-senyap dan dimasukkan didalam akaun peribadinya.. Jika penyiasat tidak dedahkan hal ini, mungkin dia lebih banyak lagi menipu. 

Sebelum ini juga dia menipu ketika majlis berbuka puasa..
Adakah  Najib langsung tak pikirkan Dosa dan Pahala?? sanggup menipu Rakyat hanya mahu menyakinkan dan mahu tunjuk yang dia seorang yang benar? berterampilan bersih dengan memakai songkok, baju Melayu, Berjubah?? Dia seorang yang pandai berlakon. 

Dari segi kata-kata dan ungkapannya, dia memang seorang yang riak. berlagak dan mementingkan diri sendiri

Dengarkan.




Dia  bercakap bohong dan berpura-pura berlakon menjadi baik. Ada kemungkinan besar sumpah Laknat yang dibuat olehnya  berhubung Altantuya juga adalah tipu.. 

Selamat memperbodohkan Rakyat wahai Najib.
BN bakal tumbang PRU 14 kerana kesombongan dan perangai Najib ini.! 

Najib terus MEMBANGSATKAN  bangsa Melayu kerana perangainya  yang seperti sampah.!! 





Thursday, 22 October 2015

Penipuan AKU JANJI tangani rasuah oleh Najib Razak.!




 Semakin hari, keadaan semakin teruk. Najib cuba membodohkan rakyat serta  gesaan Raja-Raja Melayu agar krisis 1MDB ini diselesaikan secepat mungkin.. Dalam pada itu, Menteri Pengampunya Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Raja-Raja Melayu ini dengan kenyataan Gesaaan Mempercepatkan Siasatan tidak seharusnya berlaku..





 Siapa Zahid Hamidi mahu lawan titah Raja-Raja Melayu?? itu kurang ajar namanya.. 
Dia diangkat oleh Najib kerana Najib tahu bahawa dia memerlukan orang-orang yang kuat mengampu seperti ini untuk "backup" dirinya.


 



Rujuk blog Chedet

 1. Timbalan Perdana Menteri merujuk kepada pengasingan kuasa apabila mengulas kenyataan Raja-Raja mengenai keperluan mempercepatkan penyiasatan ke atas 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib. Adakah ini satu pelanggaran pengasingan kuasa yang diandaikan antara Raja-Raja dan Kerajaan?

2. Ianya benar bahawa Agong dan Raja-Raja Melayu adalah raja berperlembagaan. Tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka adalah pak turut semata-mata untuk mengesahkan semua tindakan Kerajaan.

3. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Negeri mengikuti Perlembagaan Persekutuan) menyatakan dengan jelas bahawa “Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana Undang-Undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, dijalankan olehnya atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada individu lain.”


4. Perkara 40 menyatakan dengan jelas bahawa Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat segala maklumat yang ada kepada Kabinet.

5. Kedua-dua bahagian ini jelas memberikan Yang di-Pertuan Agong beberapa peranan eksekutif.


6. Perkara 40 Peranggan (2) jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi:
a) melantik seorang Perdana Menteri
b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen
c) Undang-Undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas cadangan mana-mana individu atau sekumpulan individu.



 
Siasat?/ penipu!! polis tdk siasat malah memenjarakan org yang membuat laporan  mengenai 1MDB..
Polis juga ada kemungkinan telah menerima rasuah untuk berlaku berat sebelah dalam siasatan ini. Merekalah penjenayah terbesar dalam diam dan jabatan paling kuat menerima Rasuah.. 


Ini kenyataan!!


Tadi Polis pemakan Rasuah memberitahu akan menyiasat kes 1MDB tersebut,, tetapi individu yang membuat laporan polis akhirnya ditangkap dan di penjara dan didakwa atas kesalahan SOSMA (SOSMA untuk pengganas) adakah yang membuat laporan itu adalah seorang pengganas?? 

Berapa Jutakah Rasuah yang telah diterima oleh PDRM ??





7. Pada kebelakangan ini, kita melihat Raja-Raja telah menolak pencalonan oleh parti majoriti bagi jawatan Menteri Besar.

8. Sekiranya Perdana Menteri meminta untuk membubarkan Parlimen, Agong boleh menolak.

9. Sekali lagi kita lihat di sini bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh bertindak atas budi bicara mereka sendiri. Mereka juga boleh berunding dan menerima cadangan daripada mana-mana individu atau kumpulan individu.

10. Jelas sekali jika petisyen telah dibuat atau ada suara desakan ramai, Raja-Raja tidak perlu hanya mendengar Kabinet.

11. Seksyen 41 tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Jelas sekali ini bukan sahaja hak istimewa untuk pemakaian seragam tersebut.

12. Apa yang jelas ialah tiada apa jua dalam Perlembagaan yang bercakap mengenai pengasingan kuasa di antara Kerajaan dan Agong. Malah dalam kebanyakkan keadaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara sendiri.


13. Dan Agong boleh mendengar individu selain daripada Kabinet. Inilah sebenar hakikat yang diharapkan kerana kegagalan Kabinet untuk menangani aduan rakyat memerlukan Agong dan Raja-Raja menggesa Kerajaan untuk bertindak balas.


14. Dalam membuat kenyataan mereka, Raja-Raja tidak berada dalam keadaan melebihi had peruntukan Perlembagaan. Mereka sebenarnya mematuhi peruntukan perlembagaan.


15. Sebaliknya, yang sama tidak boleh dikatakan mengenai prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

16. Pada masa ini, Perdana Menteri, sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih, secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini.


17. Sebagai contoh pegawai-pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan akaun RM2.6 bilion telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan pemberhentian kerja mereka. Penggantian mereka adalah ketara dengan kelulusan Perdana Menteri.


18. Pegawai-pegawai SPRM telah diberi layanan yang sama, sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang.


19. Peguam Negara, seorang ahli badan kehakiman telah disingkirkan ketika beliau menjalankan tugas menyediakan kes tersebut untuk mahkamah. Di tempat beliau seorang hakim telah dipindahkan untuk mengambil alih tugas sebagai Peguam Negara. Ini sebenarnya perampasan kuasa badan kehakiman.


20. Peguam Negara dikatakan sakit, tetapi dia menafikan dirinya sakit. Setakat yang diketahui, tiada sijil perubatan yang mengesahkan bahawa dia sakit telah dikeluarkan.


21. Semua ini adalah pengetahuan umum. Raja-Raja mungkin pernah mendengar dan mungkin juga menerima petisyen mengenai sikap pengabaian secara authoritarian undang-undang dan peraturan Kerajaan.

22. Rakyat negara ini adalah subjek Raja-Raja. Sebagai Raja-Raja mereka perlu menjaga kebajikan rakyat.

23. Jika pada pendapat mereka, Kerajaan perlu membenarkan siasatan cepat dan cekap dijalankan ke atas isu-isu yang penting kepada rakyat dan negara ini, adalah kewajipan Raja untuk memaklumkan kepada Kerajaan rasa tidak puas hati rakyat dengan isu ini dan meminta perkara ini diberi perhatian.



 Hari ini, PDRM yang kononnya membanteras jenayah  mahu menangkap Tun Mahathir mengenai 2 laporan polis yang dibuat keatasnya.. Tetapi beratus-ratus laporan yang dibuat terhadap Najib langsung tidak diambil tindakan..


PDRM bersama-sama berpakat dengan Najib untuk menahan sesiapa sahaja individu yang menyebut tentang 1MDB.. Najib Nampaknya begitu takut.. Mengapa?? kerana dia tahu bahawa dia salah., Oleh kerana itulah dia tidak mahu meletakkan jawatan.. Meletakkan jawatan bererti  kehilangan kuasa. Apabila sudah kehilangan kuasa, dia sudah tidak boleh merasuah lagi beberapa NGO, Kakitangan Kerajaan serta beberapa orang Kabinetnya.. 


Cara yang terbaik adalah menangkap orang yang boleh menggugat kedudukannya.. siapakah dia? Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia begitu takut dari mula persoalan-persoalan yang dilemparkan oleh Tun  Mahathir termasuklah siapakah yang memberi arahan kepada Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya. Begitu juga dengan persoalan wang 1MDB, 


Penipu!! sembang saja lebih,.!


BERAPA JUTA PDRM MAKAN RASUAH ? terima Rasuah, kemudian mereka memberi makan kepada anak dan bini .. Hebatnya..


Kenyataan SPRM


Kenyataan Najib Bacul bapak penyamun


SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa  RM2.6 bilion itu adalah wang dari dana penderma. tetapi siapakah penderma yang akan memberi wang sebanyak itu  tidak langsung didedahkan juga. 




Suapan itu maknanya Rasuah,. Wang, Derma, hadiah, cagaran itu semua termasuk dalam Rasuah,.,
Ini bermakna Najib telah menerima Rasuah sebanyak RM 2.6 bilion yang didapati didalam akaunnya.


Mengapa Pihak SPRM dan PDRM tidak langsung menangkap Najib ??

Adakah Agensi ini juga menerima Rasuah??
tetapi pandai berlakon dihadapan Masyarakat kononnya akan mengambil tindakan undang-undang ..?

Adakah mereka telah menerima Rasuah dari Najib Razak selaku Menteri Kewangan ??




Amat memalukan juga apabila  MENTERI JPM PAUL LOW MERANGKAP BEKAS PRESIDEN TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA MENASIHATKAN NAJIB SELAKU TUAN RUMAH JANGAN HADIR PERSIDANGAN DUNIA ANTI RASUAH YANG DIHADIRI 130 BUAH NEGARA, DITAKUTI 130 NEGARA AKAN MENYOAL NAJIB.

Pengerusi Persidangan Dunia Anti Rasuah di dalam video ini yang menyebut tentang isu skandal 1mdb

1.Transperancy International mahu Malaysia tunjuk kesungguhan banteras rasuah dengan menjawab mengenai derma AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri.


2.Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya,


Ketua NGO anti rasuah dunia tuntut jawapan Najib. Memalukan nama Negara Malaysia sajaSelaku Tuan Rumah, tetapi pemimpinnya dihimpit dengan salah laku Rasuah. Mana nak letak muka??


3.Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan.

4."Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab

5. Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang 'kritikal terhadap kerajaan' digantikan, pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, penyiasat ditangkap dan akhbar digantung.


6. Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah, Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan,"

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan memberikan ucaptamanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low berkata beliau menasihati Najib supaya menarik diri daripada merasmikan IACC kerana khuatir keadaan menjadi 'ganas'.


Ketua peguam Negara upahan Najib juga telah menolak segala isu-isu dan permohonan Bank Negara mengenai siasatan 1MDB tersebut. akhirnya mengambil kata mudah adalah dengan menutup  kes 1MDB..


Begitu senangnya Peguam Negara upahan Najib ini buat kerja.. bagaimana dengan siasatan dari WSJ, Sarawak Report? dan Identiti penderma tidak pula didedahkan.. Berapa juta kah Najib bayar dia ?? \

Selaku Menteri Kewangan boleh berbuat sesuka hati dengan wang rakyat.!!




 

Ketika Rakyat ditekan dengan kesusasahan. Najib senang  lenang di atas wang rakyat.. pergi kesana kemari dengan wang rakyat. Mengamalkan rasuah.. !!


Mengapakah  Ketua Peguam Negara upahan Najib menutup kes  atas alasasan tiada bukti yang baru?
Lihat sini: 



 1. Gabenor Bank Negara telah menyerahkan hasil siasatan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara

2.Kevin Morais yang terlibat dalam siasatan 1MDB tersebut telah hilang dan keretanya dijumpai dibakar dengan no engine dikikis. Akhirnya mayatnya ditemui didalam tong dan disimen.

3. Ketua Peguam Negara yang baru dilantik oleh PM Najib sendiri mengatakan bahawa "TIDAK PERLU ADA PETUGAS KHAS" Petugas Khas terdahulu Adalah Ketua Peguam Negara Ghani Patail, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara serta pihak SPRM. Berpakat-pakat bersama Najib Razak.


4 Gabenor Bank Negara mengatakan bahawa dirinya akan ditangkap jika menyentuh Akaun Individu tersebut ? Siapakah Individu itu?? tak lain tak bukan adalah Najib Razak yang mempunyai sejumlah wang didalam Akaun Peribadinya AmBank sebanyak RM 2.63 bilion atau kira-kira USD 700 juta yang bersamaan tarikh matawang ketika itu.



5. Peguam Negara upahan Najib menutup kes siasatan tersebut kerana mendakwa tidak ada bukti baru..Kenapa ditutup? kerana org yang menyiasatnya sudah dibunuh.. Kaedah terbaik menghapus bukti adalah bunuh.. 



Apa kata Raja-Raja  Melayu??


 Speaker Dewan Rakyat sebelum ini telah menolak  Undi Tidak Percaya  kepada Perdana Menteri.


Punya lah nak mengampu Najib sampaikan minta senarai nama yang anti najib untuk undi tidak percaya tersebut. Adakah orang yang mengundi tidak percaya perlu memberikan senarai nama?  bukankah ianya seperti budak-budak tadika ? Layakkah dia menjadi Yang Di Pertua Dewan Rakyat ?




1. Saya membaca laporan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa pun.

2. Beliau menegaskan bahawa hanya dia boleh membuat keputusan sama ada usul boleh dibentangkan di dalam Dewan itu atau tidak.

3. Beliau berkata sebabnya ialah kerana perintah tetap (standing order) Parlimen bisu mengenai perkara ini. Juga ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

4. Benar, ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kerana tiada seorang pun daripada lima Perdana Menteri sebelum ini mempunyai 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi mereka, dan tiada pula mereka terlibat dalam skandal kewangan dan tuduhan pembunuhan sesiapa.

5. Tidak ada seorang daripada Perdana Menteri sebelum ini telah membongkarkan institusi-institusi penyiasat asal-usul dan di mana adanya wang yang mereka miliki.


6. Tidak ada seorang daripada Perdana Menteri sebelum ini meminjam RM42 bilion pada kos yang tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terlibat dalam urus niaga yang curigakan.

7. Tiada seorang pun daripada mereka telah melabur lebih satu bilion USD dalam projek usaha sama dengan syarikat-syarikat Arab yang kredibilitinya juga meragukan.

8. Tiada seorang pun daripada mereka telah membubarkan syarikat usaha sama hanya 6 bulan selepas pembentukan dan menukar modal 1MDB menjadi pinjaman dengan pasangan usaha sama itu yang mereka fikir tidak perlu lagi teruskan usaha sama itu.

9. Tetapi Najib terlibat dalam semua ini. Dan kini, selain daripada berkata aset 1MDB bernilai lebih daripada 42 bilion Ringgit yang dipinjam, dia tidak dapat membuktikan di mana wang itu berada. Aset ini adalah sebenarnya tanah Kerajaan yang Najib membenarkan 1MDB mengambil alih pada harga yang amat murah, dan kemudian dinilai semula lebih 500 kali ganda.

10. Suatu undi tidak percaya benar-benar demokratik. Parlimen mungkin tidak mempunyai apa-apa peruntukan untuk itu tetapi Perlembagaan, undang-undang tertinggi di negara ini dengan jelas menyatakan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen, beliau harus meletakkan jawatan. Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, maka, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, Perdana Menteri hendaklah menawar perletakan jawatan keseluruhan Kabinet “.

11. Jadi, adakah Yang di-Pertua Dewan cuba mengabaikan perlembagaan?

12. Hari ini, jika anda pergi ke luar negara, warga asing, terutama akhbar mereka akan bertanya, “Hai, apa yang berlaku kepada negara anda?” Anda akan berasa malu, tetapi anda tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. Mereka yang boleh melakukan sesuatu langsung tidak berasa malu. Mereka secara terbuka mengaku telah menerima jutaan wang daripada Perdana Menteri. Ini adalah rasuah pada peringkat paling teruk. Mereka menyokong PM kerana dia memberikan mereka wang, wang yang beliau sendiri tidak dapat menjelaskan dengan sebarang kredibiliti yang ianya diperolehi secara sah.

13. Tidak hairanlah Malaysia kini disenaraikan sebagai antara negara-negara korup di dunia. Dan kini penyokong kerajaan tidak langsung menghormati Perlembagaan.

14. Tiada undi tidak percaya kerana Yang di-Pertuan Dewan tidak akan membenarkannya.

Hakikatnya hari ini  nama Negara Malaysia telah menjadi buruk dengan salah laku jenayah yang tinggi termasuklah jenayah gejala rasuah .. Najib juga telah memungkiri janjinya dalam AKU JANJI BN PRU 13 yang lepas.


Antara aku janji tersebut adalah. 

 MEMERANGI GEJALA RASUAH
"Hari ini… tindakan memerangi rasuah termasuklah menjenayahkan hasil daripada perbuatan rasuah dan segera membawa perasuah ke muka pengadilan."
Memerangi dan menghapuskan rasuah akan terus menjadi prioriti kerajaan Barisan Nasional. Kami akan meneruskan usaha-usaha dan memperhebatkan komitmen untuk memperbaiki kedudukan indeks rasuah.
Selaras dengan itu, dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjanji untuk:

  1. Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
  2. Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
  3. Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
  4. Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
  5. Menubuhkan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
  6. Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.


Benarkah seperti yang dijanjikan oleh Najib??


No.3. Adakah terdapat apa-apa tindakan  terhadap siasatan yang dilakukan oleh  pemberi dan PENERIMA rasuah tersebut ?

WSJ dedahkan  2.6 bilion didalam akaun Najib.



kenyataan SPRM berhubung wang Najib.

 Siapakah Penderma yang menderma  sejumlah wang dengan nilai yang begitu banyak  didalam Akaun Najib Razak?? 


Malaysia tercatat antara negara paling tertinggi jenayah Rasuah. !! Apakah Penipuan AKU JANJI NAJIB dalam PRU 14 akan datang?? Masyarakat sudah menolaknya. Jika dia terus menjadi PM, BN bakal tumbang dengan mudah.. bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana pemimpin BN itu sendiri bodoh dan suka menipu rakyat.!!.
Sekali orang sudah kena tipu, sampai mati orang tak kan percaya lagi.. Selamat melingkup wahai UMNO & BN dan selamat menjadi pembodek untuk BOS besar anda Najib Razak. !!


Inilah layanan Kerajaan terhadap rakyat. yang mencuri RM 2 akibat menggangur tiada pekerjaan, dipenjara sehingga 2 tahun,. tetapi yang mencuri berbilion-bilion wang rakyat langsung tidak di kenakan apa-apa tindakan.. adakah BN masih lagi releven dengan slogan Rakyat Didahulukan ??




















Sunday, 11 October 2015

Ketua Peguam Negara terima rasuah ?



KE MANA PERGI USD $1.83 BILION YANG BANK NEGARA MINTA 1MDB BAWA PULANG?


Bank Negara dalam pekeliling am tadi telah membalas pekeliling am yang dikeluarkan oleh AG dengan menegaskan peranan Bank Negara selaku badan tata kelola (regulator) tertinggi negara berhubung hal-hal kewangan tetap kekal relevan biarpun Pejabat Peguam Negara telah menepis sebanyak DUA KALI kertas siasatan yang dihantar oleh Bank Negara kepada AG bagi tindakan undang-undang ke atas 1MDB yang dikesan melakukan jenayah kewangan:

Ref No : 10/15/06

Embargo : For immediate release

Kenyataan berkenaan 1MDB

Keputusan Peguam Negara berhubung dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkait dengan saranan Bank Negara Malaysia supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA). Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara.


Bank Negara Malaysia, sebagai pihak berkuasa siasatan dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA. Di pihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.


lihat berita mengenai Bank Negara mahu 1MDB bawa balik USD 1.83 bilion


Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai sebanyak USD1.83 bilion. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah sebanyak USD1.83 bilion dan mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia perancangannya berkaitan dengan perkara ini.
rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/315186
Bank Negara Malaysia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bank Negara Malaysia
09 October 2015

Rujuk sini: Bank Negara Malaysia




Selain daripada Gabenor Tan Sri Zeti, kecerdasan dan sifat amanah Bank Negara terzahir pada Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Perisikan Kewangan [Financial Intelligence]) yang mengemudi siasatan Bank Negara ke atas 1MDB dengan mengeluarkan kenyataan dan arahan tegas berdasarkan Akta Perkhidmatan Wang 2013 (FSA) yang memberi kuasa penuh kepada Bank Negara untuk menyuruh 1MDB membawa pulang semula USD1.83 bilion (~RM 7.5 bilion) kerana didapati telah melanggari Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA).


Soalnya sekali lagi, apakah kesalahan yang Bank Negara jelaskan berhubung pemalsuan maklumat yang 1MDB telah lakukan sehingga Bank Negara dengan tegas memaksa 1MDB membawa pulang jumlah wang yang amat besar itu?


Hal ini bukanlah rahsia kerana beberapa bulan lalu, akhbar The Edge yang telah digam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berserta laman siasatan kewartawanan Sarawak Report telah lama dedahkan transaksi-transaksi pelaburan 1MDB yang diyakini telah melanggar banyak undang-undang negara khusus melibatkan Bank Negara.


Antara yang menjadi perhatian adalah berhubung duit 1MDB yang telah digunakan dalam usahasama (joint venture) melibatkan PetroSaudi International (PSI) telah dipakejkan dan melalui beberapa siri transaksi rumit (complex financial engineering). (rujuk laporan panjang berkenaan penipuan ini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jho-low-petrosaudi-berpakat-tipu-malaysia-as1.83-bilion-menerusi-1mdb


Penipuan tersebut turut sama dijelaskan dalam bentuh rajah transaksi wang yang amat kompleks oleh akbar The Edge (rujuk di sini:  http://www.scribd.com/doc/272024142/20150720-FD-19-22-C ) sebelum akhbar tersebut digam oleh Kementerian Dalam Negeri.


Namun demikian kini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah batalkan penggantungan akhbar The Edge yang menafikan bahawa The Edge tidak melanggar, seperti dakwaan KDN, Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. ( http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-batal-keputusan-penggantungan-edge-74018)


Antara impak penting kenyataan tegas Bank Negara hari ini ialah:


(1) Laporan The Edge dan juga Sarawak Report berhubung peranan Jho Low dalam menghilangkan wang 1MDB dalam usahsama 1MDB dengan PetroSaudi International itu mempunyai asas yang kukuh, bukan bohongan dan fitnah. Bank Negara telah mengambil tindakan tegas berdasarkan siasatan rapi mereka ke atas semua bahan bukti tersebut.




(2) Titah Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan pada Selasa lalu bukanlah omongan kosong bilamana Majlis Raja-Raja menegaskan “mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.”. Ini menunjukkan Raja-Raja Melayu telah maklum dan memahami kesalahan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara yang telah menerima semua bahan bukti daripada akhbar The Edge sebelum ini. Majlis Raja-Raja tidak akan mengeluarkan kenyataan tegas bersabitkan hukuman kalau mana mereka sendiri tidak memahami kesalahan yang wujud dalam transaksi 1MDB seperti yang ditegaskan oleh Bank Negara hari ini.


Nampaknya kisah duka 1MDB ini sudah hampir sampai di penghujung jalan.

Soalnya, adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan juga menteri bertanggungjawab selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan diambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang Bank Negara tegaskan ke atas 1MDB dalam pekeliling hari ini?


Adakah Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu akan mentaati perintah para Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk laksanakan amanah menyiasat dengan telus, jujur dan mengambil tindakan undang-undang ke atas kesalahan yang dijelaskan oleh Bank Negara ke atas 1MDB?

 SSTDM


Note: 1MDB nk mintak menangguhan lg 6 bulan..mengapa ?

1. 1MDB ada cari baki duit yg "hilang" untk cover line kertas siasatan yg ditolak 2 kali sebb bercanggah .

2. dunia tidak percaya pd Kerajaan Pusat disebabkan skandal pemecatan peguam negara ,3 menteri kabinet ,membubar PAC serta membubar pasukan siasatan .




Rujuk pula tulisan terbaru Tun Mahathir berhubung bagaimana cara Najib mahu selamatkan dirinya:



Chedet



1MDB tiada kes. Itu jawapan yang diterima dari Peguam Negara upahan Najib


 1. Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB dari segala salah laku yang berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk pelaburan asing.

2. Tetapi Bank Negara jelas tidak berpuas hati dan merayu kepada Peguam Negara tanpa apa-apa perubahan dalam laporan itu. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan itu.

Ketua Peguam Negara upahan Najib, berapa juta rasuah yang telah diterima beliau?



3. Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.


4. Itulah cara yang betul. Tetapi sekarang nampaknya Peguam Negara telah membuat penghakiman itu, menolak kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang. Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak oleh beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini.


5. Adakah ini kedaulatan undang-undang yang negara ini patut dukung? Adakah Peguam Negara lebih tinggi daripada seorang hakim, yang penghakimannya adalah muktamad dan tidak ada sebarang rayuan?


6. Dalam kes ini rakyat ingin tahu sama ada Perdana Menteri terlibat atau tidak. Dengan menolak kes ini syak wasangka akan kekal dalam minda rakyat. Malah orang berfikir bahawa keputusan Peguam Negara ini mungkin tidak dibuat oleh Peguam Negara.


7. Sebaliknya kita melihat orang sedang ditahan di bawah undang-undang yang kononnya bertujuan untuk membendung keganasan.


8. Dalam ucapannya ketika memperkenalkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Security Offences Special Measures Act) 2012, PM berkata aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang dijalankan oleh individu atau kumpulan dengan niat untuk menjatuhkan atau melemahkan demokrasi berparlimen melalui kekerasan dan dengan melanggar Perlembagaan.


9. Undang-Undang Kesalahan Keselamatan itu sendiri membatasi pemakaiannya bagi hal-hal keselamatan. Ia memperuntukkan penangkapan dan penahanan oleh seorang pegawai polis mana-mana orang yang dia mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan selama dua puluh empat jam dan bagi maksud penyiasatan, tahanan boleh dilanjutkan selama tempoh tidak melebihi dua puluh lapan hari.





10. Penangkapan Dato Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang telah menimbulkan perasaan takut di kalangan orang ramai bahawa melaporkan tentang salah laku Kerajaan dan pegawai-pegawainya merupakan ancaman kepada keselamatan. Pemberi maklumat yang Kerajaan dikatakan menggalakkan, kini menghadapi bahaya dituduh mengancam keselamatan negara.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairuddin-ditahan-di-bawah-sosma-74288


11. Dengan ini titah oleh Raja-Raja untuk pemeriksaan dijalankan secara adil dan telus tidak lagi boleh dicapai. Terdapat berpuluh-puluh orang yang mempunyai maklumat tentang salah laku dalam 1MDB yang tidak akan mengambil risiko memberi keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka menghadapi risiko ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan.


12. Kita semua tahu bahawa siasatan dalam hal ehwal 1MDB dan USD 700 juta dalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib telah tergendala oleh pemecatan Peguam Negara, pemindahan pegawai-pegawai SPRM, pengebirian Jawatankuasa Kira-kira Awam dan ancaman tersirat terhadap Bank Negara. Sekarang peguam pembelaan boleh dipersoal dan ditahan.

Pengasas AmBank Ahmed Najadi telah membuat laporan polis  berhubung sejumlah wang didalam akaun Najib sebanyak USD 700 juta atau kira-kira RM 2.6 bilion. Kemudiannya dia ditembak mati selepas membuat laporan polis tersebut.. Siapakah penjenayah terbesar yang mengupah orang menembaknya?? Adakah pihak Polis sendiri yang telah menerima arahan pihak atasan ??

Adakah pihak Polis memang benar-benar memerangi  Jenayah ?



13. Tindakan-tindakan ini telah meningkatkan kurang keyakinan dan rasa tidak percaya terhadap mereka dalam Kerajaan. Semata-mata dengan menyatakan siasatan adalah berterusan tidak akan meyakinkan rakyat bahawa kebenaran akan berlaku.


14. Di mata dunia Malaysia telah menjadi sebuah negara pariah, sebuah negara di mana sesiapa sahaja boleh ditahan dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui menyalahgunaan undang-undang negara.


15. Dan Jabatan Peguam Negara akan menolak atau tidak mengambil hirau apa-apa laporan salah laku yang melibatkan Perdana Menteri.
-Ada kemungkinan disini Ketua Peguam Negara telah menerima rasuah dr PM Najib Razak.


16. Sudah pun ahli-ahli Kerajaan mengatakan bahawa tiada sesiapa, tidak juga Raja-Raja boleh komen mengenai penyalahgunaan yang jelas undang-undang Negara oleh Kerajaan.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-desak-najib-kembalikan-pasukan-petugas-khas-asal-1mdb


Kita agak hairan mengapa  Ketua Peguam Negara menafikan segala tuduhan dan menolak semua laporan yang telah diserahkan kepada jabatannya ?? Adakah kemungkinan Ketua Peguam Negara yang bernama Apandi ini telah menerima rasuah dari Najib ?? berapakah Rasuah yang telah diterima olehnya?? Najib hebat kerana wang.. apabila wang sudah habis, dia akan mengerahkan rakyat untuk  membayar segala hutang yang dibuat olehnya..


PM paling tak guna dalam sejarah adalah Najib Razak.!! 

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya