Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”
Sejak akhi-akhir ini, Tun kerap bersuara, adakah ini petanda yg kurang baik bagi nama sebuah negara Malaysia?
Jika dahulu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, tidak banyak teguran Tun M.Tetapi di era zaman Najib sekarang ini makin teruk, boleh dikatakan, setiap bulan akan didengari teguran dari Tun Mahathir.
Adakah pemimpin hari ini seperti Najib kisah dengan setiap teguran ini?? tidak bukan... Najib seorang pemimpin yang dilihat terlalu mengejar populariti untuk diri sendiri langsung tidak risau setiap masalah yang berlaku dalam negara. Bermula teguran kepada pemimpin, bangsa Melayu, UMNO dan sebagainya.
Saya melihat ini adalah dari satu sudut yang negatif buat masa depan negara.Sepatutnya, diusia Tun Mahatir perlu banyak berehat, tetapi apakah yang membuatkannya terus menegur & menegur? tidak kasihankah pemimpin hari ini kepada beliau? Sehingga beberapa kali Tun Mahathir masuk IJN akibat masalah jantung.. Jika sakit jantung ia petanda melibatkan stress.
Tun seorang yang berpandangan jauh, jadi setiap teguran itu ada kesan jangkamasa panjang yang jarang dimiliki oleh pemimpin dunia hari ini.
Kita beruntung kerana jasa-jasa telah menyelamatkan negara dari krisis ekonomi dunia pada tahun 1997. Janganlah terlalu bodoh sombong untuk menerima setiap pandangan beliau..
1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.
2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.
3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.
4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.
5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.
6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.
7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.
8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.
9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.
10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.
11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.
12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.
13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.
14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.
15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.
16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.
17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.
Lihatlah pada sejarah kejatuhan Melayu di Singapura,Apakah yang terjadi pada bangsa yang bergelar Melayu ketika itu? Dikelilingi kaki pembodek dan mereka lebih mempercayai bangsa lain dari bangsa sendiri..
Lagipula.. maruah bangsa Melayu hanya boleh dibeli dengan sebuah songkok sahaja..
Belajarlah Sejarah.. anda akan ketemui jawapannya......
Berbekalkan alasan negara Malaysia adalah negara berpendapatan sederhana tinggi dan peranannya sebagai pelanggan serta rakan kongsi dalam memajukan pembangunan global, hari ini kita lihat penubuhan Bank Dunia di Malaysia mula beroperasi dan membuka cawangannya di Ibu Negara.
Persoalannya, kenapa begitu mudah pemimpin negara membuat sesuatu perkara yang bakal membawa padah kepada negara??
Pemimpin seperti Najib Razak antara pemimpin yang begitu bodoh sombong sekali..!
Kemunculan matawang kertas dollar adalah hasil manupulasi Zionist selepas krisis minyak akibat perang Arab-Israel melalui usaha Amerika. Amerika yang diketuai oleh setiausaha negaranya pada masa itu, Henry Kessinger telah berjaya mempengaruhi Raja Arab Saudi untuk menjual keluaran minyaknya hanya dalam dollar Amerika sahaja. Saudi Arabia kemudiannya mempengaruhi seluruh negara arab lainnya untuk menyertai perjanjian tersebut. Bermula dari sini lahirlah penguasaan matawang kertas dollar yang dinamakan juga petro-dollar.
Inilah padahnya apabila zionis melalui sistem riba-kapitalis yang menguasai dunia melalui sistem ekonomi berdasarkan hutang.
Apabila umat Islam mengikut ajaran Islam sepenuhnya didalam setiap urusan termasuklah bidang ekonomi nescaya mereka akan menjadi kuat seperti didalam zaman kegemilangan khilafah Islammiyyah yang hanya menggunakan baitulmal sebagai sumber ekonomi negara.
Musuh Islam dari kalangan zionis yahudi menyedari akan kekuatan ini lalu ketika dihujung pemerintahan khilafah Othmaniyyah di Turki mereka telah menubuhkan perbankan kapitalis. Pada mulanya mereka menawarkan pembiayaan pembinaan jaringan keretapi dari Turki ke Mekah bagi kemudahan ibadah haji tetapi secara licik pembiayaan tersebut menyebabkan kerajaan Othmaniyyah ketika itu jatuh muflis seterusnya menyebabkan terhapusnya penguasaan kerajaan khilafah Islam yang telah menguasai dua pertiga dunia lebih dari 500 tahun!
Sebelum tahun 2000 terdapat 7 negara yang tidak dapat dikuasai oleh perbankan zionist iaitu Afghanistan, Iraq, Sudan, Libya, Cuba, Korea Utara dan Iran tetapi kini hanya tinggal 3 negara sahaja iaitu Cuba, Korea Utara dan Iran
Sepanjang Tun M memerintah 22 tahun, negara membangun begitu pesat, tidak perlu pun membuka cawangan Bank Dunia di negara ini, tetapi kenapa pemimpin tak guna seperti Najib Razak begitu mengejar popular dan langsung tak endah nasihat mantan PM kita ini?
Mungkin bagi Najib Razak, Tun M sudah tidak berguna lagi kepada dia, yelah.. siapalah Tun sekarang ni kan?
Bukankah negara bakal berdepan dengan krisis kewangan seperti yang diperkatakan Tun?
Jadi inilah masanya untuk Malaysia yang bakal berhadapan dengan krisis ekonomi kembali menambah hutang dengan Bank Dunia.
PUTRAJAYA - Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.
“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang. “Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,
Bukankah Bank Dunia berfungsi untuk menambahkan wang yang dipinjam?
Apa lagi Bank Dunia sudah ada cawangannya di Malaysia, inilah satu kaedah terbaik untuk menekan negara dlm menambahkan jumlah pinjaman kepada bank dunia.
Sengaja saya petik laporan dari Keadilan tentang ini,
Apakah benar Najib telah menjual aset negara seperti yang diperkatakan oleh Rafizi? Najib berdiam diri bukan? tidak menjawab?? Jadinya ia adalah benar sama sekali..
Jangan nak salahkan mereka diluar sana yang mempercayai setiap apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang sedangkan UMNO sendiri tidak ada unit media yang cekap untuk menangkis fitnah..
Lagipula, pemimpin UMNO akan 'settle' segala fitnah itu diluar mahkamah seperti yang terjadi terhadap tuduhan Tian Chua.- Penceroboh lahad Datu Konspirasi UMNO.
Pemimpin UMNO & Pemimpin kerajaan begitu lembab sama sekali.
Fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit, apabila belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1% seperti terkandung dalam laporan Bank Dunia, bertarikh Disember 2013. Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
Memang aku akui kerajaan dibawah pimpinan Najib begitu boros sama sekali.
Seperti yang ditegur Tun Mahathir atas desakan "KERAJAAN JANGAN BOROS"
Berbalik kepada insiden serangan WTC pada 11 September 2001.
Kenapa pesawat digunakan dalam serangan keatas WTC.?
n
Rempuhan pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 di Menara Utara WTC pada pukul 8.46 pagi waktu tempatan dan pesawat United Airlines Flight 175 di Menara Selatan WTC pada pukul 9.03 pagi itu dikatakan didalangi oleh sekumpulan pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.
Mustahil pengganas dikatakan telah merampas pesawat ini dan melakukan keganasan terhadap Amerika sedangkan sistem pengawasan di Amerika begitu ketat, lagipula jika pesawat yg membedil bengunan WTC pada kali pertama, sudah tentu agensi keselamatan Amerika melalui tentera udaranya sudah boleh memintas pesawat yang kedua bukan? US mempunyai sistem ketenteraan yang begitu canggih..Jika pesawat telah dirampas oleh pengganas, sudah tentu tindakan cepat akan dilakukan sejak rampasan itu berlaku.. Mustahil pengganas mampu merampas 4 pesawat secara serentak seperti mana yang dilaporkan dalam Washington Post salah sebuah media US sendiri
Bukan sahaja itu, bahkan Pentagon juga dijadikan sasaran sedangkan Pentagon adalah kubu kuat pertahanan Amerika. Betul tidak masuk akal serangan 11 September ini dengan dikaitan pengganas yang didalangi Al-Qaeda.
Pesawat yang melanggar WTC New York adalah pesawat jenis bersaiz sama seperti Boeing 777 dimana boleh dipandu dan dikawal dari sistem kawalan jauh tanpa memerlukan juruterbang.
Apa buktinya?
United States Air Force Special Operations Command (AFSOC) to provide Remotely Piloted Aircraft (RPA) Ground Control Station (GCS) and Combined Operations Center (Combined Ops Ctr) support.
Boeing menerima dana sebanyak USD $69.7 juta dari tentera udara Amerika Syarikat untuk fasa pertama program QF-16. Jet tanpa pemandu yang pertama.
Tentera Udara Amerika Syarikat dan aeroangkasa dan pertahanan Boeing syarikat mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menukar persara F-16 ke drone.
Boeing mengumumkan bahawa versi diubah suai daripada F-16 Fighting Falcon akan beroperasi sebagai Skala Sasaran Udara QF-16 penuh untuk digunakan dalam amalan latihan Air Force.
Secara kebetulan pula pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar ini juga adalah jenis Boeing bukan?
Missing Flight: Malaysia Flight MH370
Plane Type: Boeing 777-200ER
Pesawat yang melanggar WTC New York juga adalah jenis Boeing
Jika jet pejuang jenis Boeing boleh di tukar tanpa pemandu, inikan pula pesawat biasa untuk penumpang.??
Israel juga tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi ini
Mungkin penguasaan teknologi tanpa pesawat ini telah di ketahui sebelum didedahkan di media-media massa lagi pada tahun-tahun yang sebelumnya..
Dokumen lengkap Pemandu tanpa pesawat yang disediakan pihak US Air Force. Mahu lihat lebih detail didalamnya??
Oppss... anda bukanlah menteri.. lagipula anda tiada apa-apa kelayakkan untuk menyibuk soal risikan negara, adalah dinasihatkan untuk anda agar buat kerja sendiri kerana anda bukanlah ditugaskan untuk ambil tahu satu apa pun melainkan anda hanya layak dijadikan tukang pacak bendera sahaja..
Mungkin Penasihat PM Najib Razak lebih arif tentang ini rasanya selain arif dlm agenda melingkupkan negara satu persatu..
Maldives' "Haveeru" News: "Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somewhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia."
Kenapa setelah laporan dari penduduk Maldives yang mengaitkan pesawat MAS ini di lautan Hindi dan seketika itu juga US memberitahu radarnya ada mengesan pesawat MAS ini dan mengerahkan pencarian? Apa tujuannya?
Kenapa US boleh mengesan radar disekitar perairan Hindi selepas semua mata memandang kearah ini?
Kenapa US tidak boleh mengesan radar yang hilang di lokasi Selatan Vietnam di perairan Laut China Selatan semenjak hari pertama kehilangannya pada 8 March lagi?
Kenapa Amerika yang diterajui CIA sering menyalahkan Malaysia dan sibuk sangat dalam urusan negara ini?
Sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.
Kumpulan itu yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya telah mengeluarkan satu kenyataan dalam format PDF kepada beberapa agensi media di China semalam dengan berkata:
“Anda membunuh seorang daripada puak kami, kami akan bunuh 100 daripada anda sebagai pembalasan.”.
Sebahagian besar media di China menolak kenyataan berkenaan bulat-bulat dan menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mencipta ketegangan etnik selepas berlaku beberapa siri serangan di wilayah Barat Laut China di wilayah Xinjiang.Wilayah berkenaan ditadbir oleh puak Uyghur dengan kuasa autonomi.
Ketegangan cuba ditimbulkan dengan menguasai sebahagian wilayah China. serangan pengganas cuba digunakan di beberapa wilayah ini.
Tidak cukup menggelar pengganas dari China yang dikenali sebagai
" Chinese Martyrs’ Brigade "
Kini beralih arah pula isu pengganas keatas Juruterbang pula.
Lihat video dibawah.
Soalnya mengapa perkataan pengganas begitu gemar diungkapkan dari pihak barat keatas pihak Muslim? adakah mereka yang berjanggut, serban akan dikaitkan dengan seorang pengganas?
Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dan Malaysia meningkat dengan pesat. Sejak tahun 2008, Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar China di dalam ASEAN selama tiga tahun berturut-turut. China pula menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ini mencecah 74.2 bilion dolar Amerika, mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.
Selepas insiden kehilangan pesawat MAS ini, hubungan antara Malaysia dan China kembali tegang. Kita lihat penduduk China sering menyalahkan Malaysia, media2 barat seperti CNN menyalahkan negara dengan mengatakan negara menyembunyikan maklumat. Memang ada perkara yg perlu disembunyikan memandangkan sesuatu fakta itu begitu "high risk" untuk didedahkan..
MAS sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang yang mencecah RM4 bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada kerajaan.
Berbalik kepada soal ekonomi Malaysia dan China,
Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003). Kini nilai ekspot China melebihi 1 trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.
Dasar memencilkan China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya. Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut.
Sebab itulah AS membuat satu helah baru dengan memerterai Perjanjian Trans Asia Pacific (TPPA). Negara yang terlibat dalam rundingan ini juga termasuklah Jepun dalam agenda menguasai rantau Asia Pasifik.
Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta. AS merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan adalah dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.
Puak kanan AS, yang dipimpin oleh golongan koporat melihat China dari aspek perdagangan kerana populasi China yang besar merupakan suatu pasaran yang menjanjikan keuntungan sehinggakan golongan ini melobi pemerintah AS untuk menarik China ke dalam pasaran bebas global serta memaksa China supaya membuka pasaran domestiknya. Puak kiri AS pula, yang sejak dahulu lagi memandang China sebagai ancaman, selalu menghentam China dengan isu hak asasi manusia, menapis internet dan melaga-lagakan China dengan Taiwan.
AS meningkatkan kerjasama keselamatannya dengan Jepun dan mendukung hasrat Jepun untuk mengembangkan nuklearnya.Perkembangan di Jepun merupakan pengimbang kekuatan China di wilayah Timur.AS telah memulihkan hubungannya dengan Vietnam, menguburkan dendam masa lalu dan membangunkan kerjasama dua hala. AS berjaya menarik Vietnam dari pengaruh China sehingga memutuskan perikatan tradisional China di wilayah pasifik ini. Sehingga kini, Vietnam mempunyai konflik sempadan dengan China di sebelah utara .
Bukankah Vietnam juga antara negara yang terlibat dengan rundingan TPP ?
Mereka diluar sana diantara beberapa negara yang menolak rundingan ini.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel menerima undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-12 di Singapura, 12 Jun lalu.
Tun Mahathir melihat ini adalah salah satu usaha Amerika untuk menguasai negara Malaysia dimana kedudukannya yang begitu startegik dan merupakan penghubung antara Timur dan Barat.Sebelum ini, negara tidak terlibat dlm dasar memencilkan negara China sebagai kuasa yang mendominasi soal ekonomi di rantau Asia, namun jika pertahanan negara sudah menjadi hak kolonial bagi pihak Amerika, ianya sudah tiada apa-apa makna lagi kerana pemimpin hari ini begitu bodoh sombong dan tidak mahu langsung merujuk kepada pemimpin terdahulu yang memerintah seperti Tun Mahatir.
Walaupun diusia yang senja, namun Tun tetap bercakap untuk kepentingan negara.
Apakah pemimpin hari ini begitu ambil berat dengan setiap teguran Tun? tidak.!! mereka lebih mengutamakan suara-suara tukang penasihat 20% dan suara-suara golongan yang hanya pandai membodek sahaja.
Sebelum ini, CIA yang merupakan agen AS dilihat hampir berjaya memisahkan ideologi penduduk di Tibet dan Xinjiang,
Namun China berjaya menyatukan Tibet & Xinjiang didalam satu ideologi yang sama.. Persoalannya, tanpa ideologi, bagaimanakah China dapat menyatukan Tibet dan Xinjiang dan dengan ideologi apakah penduduk tersebut dapat disatukan?
Kenapa Tibet yang menjadi sasaran?? kerana lokasinya terletak diantara China & Sempadan India..
Dan kenapa pula 2 wilayah ini Tibet & Xinjiang menjadi perhatian bagi pihak US yang menggunakan platform sebagai CIA?
Kerana kedudukannya yang strategik di antara lokasi Sempadan beberapa negara di Asia.
Konsep pecah dan perintah .!!
Cuba lihat, jika negara Rusia & China itu tidak berada didalam satu ideologi yang sama, apakah mereka mampu bekerjasama satu sama lain walaupun diantara mereka berlainan bangsa bukan?
China & Rusia. dimanakah persamaanya??
Lihat juga bagaimana ideologi yang dicipta dari jarum-jarum halus Yahudi yang berjaya mencipta Syiah dalam agenda memerangi Sunnah.
Walaupun satu bangsa, mereka memusuhi dan berbunuhan satu sama lain kerana perbezaan ideologi..
baca apa yang ditulis mengenai agenda Yahudi ini..
Dasar meluaskan wilayah jajahan dengan menggunakan alasan "terrorist" dan agenda tersirat konspirasi disebalik nama CIA akan didedahkan dalam bahagian 3 dengan lebih detail..
Pandangan Tun M mengenai MH370 ini.. sila baca di sini