Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday, 30 January 2016

Malaysia dimalukan seluruh dunia hanya kerana skandal Najib



Semakin hari Najib si PM penipu cuba menutup kebenaran, semakin terserlah ketirisan yang dilakukannya. UMNO & BN bakal tumbang bukan kerana pembangkang bijak, tetapi kerana kebodohan Pemimpin UMNO dan BN yang menggunakan pengaruh wang untuk terus merasuah kaki-kaki pembodeknya demi mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri



Mungkin juga rakyat yang teraniaya dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat yang berdoa supaya diberikan balasan,



Rakyat ditekan dengan bebanan kos sara hidup tatkala dia dan kaki-kaki pembodeknya yang tidur diatas wang sedang bermewah-mewahan kesana kemari.


 Doa orang-orang yang teraniaya adalah makbul..

Mungkin juga dia terlalu riak dan sombong bercakap , hanya mengejar populariti, kini dia telah pun menjadi popular dimata dunia dengan skandal 1MDB dan skandal Rasuah 2.6 bilion wangnya.







 Ketua Peguam Negara yang telah diberikan rasuah cuba menutup kesalahan Najib. Maruah mereka hanya ada pada wang.. Najib hanya mengharapkan wang untuk mengatur segalanya agar dia terus menjadi PM dan terus membuli rakyat siang dan malam.  Dia juga bijak melakonkan watak-watak baik kemudiannya watak tersebut dipamerkan dimedium pengampu TV3 dan blogger-blogger pengampunya juga memainkan peranan memuji-mujinya.



Hakikatnya., dia adalah pembohong besar.!!

2 comments:

Anonymous said...

Dia memang pembohong besar

Johan said...

Pakatan berjaya memalukan PM dgn bantuan media liar negara. Syabas atas usaha keras itu nampak kejayaan. Ada juga usaha murni agar US campus tangan. Elok sangat pakatan lipat gandakan usaha dgn menubuhkan DOJ di Malaysia dgn mengadap hormat kpd President USA.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya