Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 1 July 2015

GST, kenaikan tol dan minyak untuk kerajaan 'Bail out' hutang 1MDB.




 Kerajaan seringkali menipu rakyat, menipu untuk kepentingan mereka, Apabila melibatkan isu 1MDB, kerajaan senyap dan tidak menjawab setiap persoalan-persoalan yang timbul bahkan kerajaan kini terdesak untuk mendapatkan kembali wang yang telah hilang dalam hutang berpuluh billion ringgit. Apakah kaedah terbaik dengan mendapatkan kembali wang yang telah hilang?

Kenakan cas GST


berapa bilionkah yang telah berjaya dikutip oleh Kerajaan untuk membiayai hutang 1 MDB yng di tubuhkan oleh Najib ini ?



Kenaikkan harga minyak

 Terkini, 1 Julai 15, harga minyak naik lagi
Harga runcit petrol RON95, RON97 naik


 

Mengapakah harga minyak dinaikkan tergesa-gesa sedangkan pada bulan Jun 15, kerajaan telah pun menaikkan harga minyak

1 Jun 15, Harga minyak naik 10 sen



harga-harga minyak naik sebelum ini

 


Berapa bilionkah yang kerajaan telah berjaya kutip dari kenaikkan harga minyak ini?



Kenaikkan harga tol



Dengan kenaikkan Tol, Minyak serta kutipan GST ini, Kerajaan mampu mendapatkan berbilion ringgit untuk 'cover' wang yang telah hilang dalam krisis 1MDB. 
Siapakah pembayarnya?? tak lain tak bukan dikutip dari rakyat sendiri. 

Bukankah PAC akan menyambung kembali perbicaraan mengenai 1MDB dengan kehadiran Presiden 1MDB dan bekas Presiden selepas Raya pada tahun ini?  Mungkin dengan kenaikkan minyak secara menggila dan tol akan mempercepatkan lagi proses kutipan wang untuk cover wang 1MDB yang telah hilang bukan?

Ini satu kemungkinan yang agak pasti kerana wang selebihnya telah hilang dan  tidak mampu dijawab oleh Najib bahkan menipu didalam Parlimen mengenai status wang tersebut.
Menipu mulanya dikatakan berada di Cayman Island, kemudiannya menyimpan didalam Bank di Singapura. Namun Singura menafikan adanya wang tersebut dan Najib menukar kenyataan wang itu ditebus dalam bentuk aset, aset apa? tidak langsung dijelaskan.. nampak tak penipuan Najib ini? 


Dalam krisis 1MDB, hutangnya telah mencecah sebanyak 42 bilion ringgit serta 27 bilion daripadanya tidak dapat dikesan, tetapi Najib Razak telah  memutarbelitkan fakta serta menyalahkan Tun Mahathir dengan mendakwa tuduhan  Tun M dengan nilai 42 bilion yang didapati hilang. 


Apakah Najib pekak tidak menyemak ulasan-ulasan  Tun? adakah 42 bilion yang hilang atau 27 bilion yang telah hilang?

Kenapa Najib gemar memutar belit kenyataan serta menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan dirinya dalam menyelamatkan 1MDB ? kerana dia  terlibat dalam skandal penyalah gunaan kewangan.wang rakyat hilang berpuluh bilion ringgit.  Namun begitu, PAC @ Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara dimana ahlinya terdiri dari orang-orangnya sendiri. sebab itulah PAC tidak memanggil Jho Low & Najib Razak bukan? 






23- Ini adalah pembelian yang diketahui. Jika dicampur kesemuanya menjadi RM14.7 billion. Jadi terdapat lebih RM27 billion yang tinggal.


24- Dikatakan lebih daripada USD 1 billion dibayar kepada PetroSaudi tanpa pengesahan adakah bayaran ini digunakan untuk membayar nilai syarikat tersebut ataupun membayar kepada nilai aset mereka.


25- Di manakah wang yang selebihnya?


Seperti  kegilaannya untuk mencagar minyak Terengganu.



1MDB juga cuba menjual kembali asetnya untuk mendapatkan modal membayar Faedah, 
Cuba mengambil wang dari KWSP dengan menaikkan had umur pencarum untuk keluarkan wang di KWSP.  1MDB juga cuba menjual tanah di TRX Exchange kepada Tabung Haji dengan menggunakan wang dari pencarum. Wang jemaah untuk mengerjakan haji diguna seperti bisnes untuk kepentingan mereka.! GILA!! 



Individu yang terlibat dalam penjualan tanah di Tabung Haji dimana mereka mendapat arahan dari Najib Razak sendiri.




 Apakah Rakyat begitu bodoh hari ini untuk ditipu? Apakah Kamu sudah lupa AKU JANJI KAMU KEPADA RAKYAT?

 Saya sediakan ucapan beliau ketika PRU13 yang lalu,. sila dengarkan  dengan teliti.

 


Manifesto PRU-13 Barisan Nasional


Menangani kos sara hidup

Meningkatkan kehidupan warga bandar

Menyediakan rumah mampu milik

Peluang mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti

Ke arah kecekapan terhebat pengangkutan awam

Pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan transformasi luar bandar

Membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif

Membina kecemerlangan pendidikan negara

Meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam

Memperkasa penyertaan wanita

Memenuhi aspirasi belia

Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

Mempromosi agama Islam, kebebasan dan keharmonian agama

Memerangi gejala rasuah

Memperkukuhkan perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus

Gerakan kesederhanaan global

Memulihara sumber semula jadi


Apakah anda mahu saya huraikan satu persatu manifesto BN PRU13 ini dengan keadaan yang telah berlaku? Jauh berbeza dengan apa yang diungkapkan oleh beliau. Najib telah membuatkan pengundi-pengundi UMNO & BN hilang kepercayaan kepada beliau, bagaimana pula dengan mereka yang bersimpati ketas UMNO & BN dalam PRU13 yang lalu yang disebabkan oleh undi merekalah BN terus memimpin negara??

Najib  Perdana Menteri yang tidak sedar diri, tidak boleh menerima teguran, bersikap sombong, lantas tidak langsung hiraukan rakyat yang memberi mandat kepada BN memerintah. Najib serta menteri-menteri pengampu dan blogger pembodeknya hanya bersikap sambil lewa serta berlagak syok sendiri dengan apa yang dibuat olehnya. Perintah sudah dapat, jadi AKU JANJI yang lepas tidak perlu di tunaikan.  Rakyat menyokong BN kerana Tun Mahathir dibelakangnya, Jika tidak kerana Tun M, BN telah bungkus dalam PRU13 yang lepas.. Oleh demikian, Najib tidak kenang budi Tun malah menyindir serta memperlekehkan Tun pula ditambah dengan menggunakan blogger pengampunya, Najib hanya perlu menggunakan kuasa wang untuk mengekalkan kedudukannya.. Yaa. Wang.. Money is King ! 




Dalam post akan datang, saya akan huraikan satu persatu penipuan AKU JANJI Najib ini. 

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya