Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”
Anwar sebenarnya sudah hilang punca kerana kebimbangannya dalam sokongan kepada dia sudah jatuh teruk malahan tidak pandai menguruskan urusan negara, harga barang terus melabung naik, janji-janji yang di war-warkan olehnya hanyalah penipuan semata-mata. Jadi untuk menjadi pemimpin sebenarnya sangat penting dalam urusan tipu menipu.
Dia juga tahu bahawa dia akan tumbang dalam PRU kali ini, jadi perlunya dia mencantas orang-orang yang dia rasakan merbahaya bagi pihaknya.. sebenarnya tindak tanduk Anwar sebenarnya adalah daripada tindakan DAP itu sendiri. Sebab itu selepas Anwar jadi Kerajaan, DAP tidak banyak bertindak, DAP hanyalah duduk disebalik tabir dibelakangnya dan menanti tindakan Anwar.
Umum tahu bahawa pembentukan kerajaan adalah berpunca daripada Gabungan BN yang mana ketika itu Zahid Hamidi yang mempunyai tuduhan rasuah membawa masuk gabungan dari parti BN ke dalam PH untuk membentuk kerajaan kerana PH ketika itu tidak cukup kerusi, namun berlaku beberapa perbalahan dari dalam kerana terdapat beberapa individu dari komponen BN yang tidak bersetuju dengan gabungan tersebut, Disebabkan itulah beberapa ahli BN sendiri di ambil tindakan,
PH hanyalah mempunyai 82 kerusi dan kini mereka sangat mengharapkan pembentukan kerajaan dari BN 30 untuk lengkapkan 112 kerusi tubuh Kerajaan, maka segala tuduhan dalam ceramah-ceramah, maki hamun yang dilemparkan keatas Presiden BN iaitu Zahid Hamidi terpaksa di telan, bak kata 'Jilat balik Ludah mereka sendiri'
Ini kerana tindakan tersebut bermula dari desakan DAP selepas gabungan itu berjaya.
Semua sudah tahu siapa disebalik tabir antara mereka. Itulah pentingnya hubungan baik kerana masing-masing akan menguntungkan satu sama lain. U bawak orang u jadi kerajaan, wa kasi settle kes rasuah..
Mereka pemimpin-pemimpin BN juga menipu penyokong mereka sendiri dengan berkata mereka tak akan menyokong Anwar dan PH atau bergabung bersama PH.
Jadi bila BN yang sudah kehilangan banyak kerusi terpaksa menjilat ludah mereka sendiri dan berbaik-baik bersama DAP, apa-apa saja tindakan buruk dari DAP akan dipertahankan bukan??
relevankah UMNO & BN hari ini??
TIDAK SAMA SEKALI !
Bagaimana pula dengan ini?
mahu masuk campur urusan Agama Islam pulak?
Apa pentingnya gabungan PH dan BN ini?? kerana Anwar dan Zahid masing-masing memerlukan satu sama lain.
Janji tubuh kerajaan. kemudian kita sembang belakang.
Kenapa DAP sokong sangat? sebab dia dapat Jawatan penting jugak tu dalam sektor hartanah perumahan.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Boleh lingkupkan negara dan jadikan Malaysia ini seperti Singapura, sebab itu dibawak masuk orang-orang penting dari Singapura kononnya untuk majukan Negara
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang sentiasa berbohong kerana sejak 25 tahun lalu menuduhnya seorang yang korup, terbabit salah guna kuasa, mengamalkan nepotisme dan kronisme serta memperkaya diri sendiri.
Bagaimanapun menurut bekas perdana menteri itu, apabila beliau meminta Anwar menunjukkan dokumen berhubung semua dakwaan berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu enggan memberikannya dengan menggunakan alasan yang remeh.
Dr Mahathir berkata, perdana menteri itu pada 7 April lalu, apabila ditanya wartawan berkenaan kenyataan fitnah terbabit, menyatakan dengan yakin akan menunjukkan bukti, tetapi apabila dipohon (dokumen) secara rasmi, pelbagai alasan pula dikeluarkannya.
"Sejak tahun 1998, sehingga memfailkan pembelaannya, defendan (Anwar) tidak pernah menunjukkan sebarang bukti kononnya salah guna kuasa atau nepotisme, tetapi hanya pengulangan demi pengulangan skrip fitnah politiknya terhadap saya.
6. Setahun sudah berlalu.
7. Tidak ada bukti ditunjuk.
8. Akhir sekali konon bukti ada pada Petronas.
9. Petronas terletak bawah Anwar.
10. Tetapi sebaliknya anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.
11. Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
12. Inilah Reformasi.
13. Di luar Kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa.
14. Bila jadi Kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik.
15. Kalau sokong jadi kawan.
16. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.
17. Ramai nama penyokong Kerajaan dalam Pandora papers seperti Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak disiasat, jauh sekali dari didakwa. Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.
"pasukan rentas sempadan yang terdiri daripada lebih 600 wartawan menjejaki kebocoran 11.9 juta dokumen daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang mengkhusus dalam penubuhan syarikat shell di kawasan perlindungan cukai dan kerahsiaan. Fail tersebut memperincikan tawaran kewangan dan aset tersembunyi ahli politik, selebriti, ahli perniagaan dan penjenayah di lebih 100 negara."
hi semua.. sudah bertahun lamanya saya tidak berkongsi apa-apa penulisan.. mungkin kekangan masa yang sedikit sibuk.
namun berkaitan hal PRU15. saya mempunyai beberapa pandangan tertentu..
pertama kalinya.. memang benar Zahid sudah bersama Anwar dan desas desus yang mengatakan gabungan blok BN yang cuba dibawa masuk oleh Zahid bersama PH untuk membentuk kerajaan memang berlaku..
Namun beberapa ahli parlimen BN sendiri telah menolak gabungan itu kerana mereka tidak mahukan DAP.
Kenapa DAP ini bahaya tuan2? kerana ini adalah pecahan kepada PAP singapura yang sudah lama bertapak di Singapura dan kini Melayu langsung tidak ada tempat disana.. jika ada pun hanya lah "puppet"
sebelum ini saya telah membuat beberapa ramalan dan tenyata ini benar terjadi.
saya mempunyai beberapa cadangan dan pandangan bagaimana melumpuhkan kekuatan DAP .
kenapa saya tidak bersuara.? kerana saya sudah muak dgn media masa BN yang tidak memberi peluang kepada generasi muda dan tidak mengangkat anak-anak muda.. yang mereka angkat hanyalah org2 lama yang tidak mempunyai idea dan pandangan..
sebelah pihak yang sy sokong selama ini pon seperti tidak menghargai jasa pejuang2 media sosial yang banyak membantu sehingga BN tumbang.. jadi saya mengambil kata putus untuk mendiamkan diri.. ada tetapi menjauhkan diri. namun timbul beberapa idea selama ini yang saya peram dan biar kerana hendak melihat sendiri sejauh mana peranan dan kecekapan media sosial yang menghentam DAP.. tidak ada bahkan sedikit..
Jika dilihat daripada gambar diatas kita tahu bahawa DAP dan PH menang banyak dikawasan Selangor, Pulau Pinang, Johor, KL.
sebelum ini pun saya telah membuat ramalan yang sedikit sebanyak tepat..
ramalan pada 18Nov
keputusan keluar pada 20 Nov.
tolak Sabah Sarawak yang bertanding menggunakan logo sendiri.
dan apa yang berlaku situasi di Perak? DUN Perak?
untuk menjadi kerajaan mereka perlu mendapatkan lebih 1/2 daripada kerusi DUN daripada 59.
PN-26
PH-24
BN-9
PN pernah bertemu BN bercakap mengenai pembentukan kerajaan negeri, tetapi tidak bercakap mengenai kedudukan MB,
Datang pula PH yang majoritynya DAP menawarkan kerusi MB kepada MB perak sekarang iaitu Saarani.
dia bercakap pasal kesejahteraan negeri Perak tetapi dalam masa yang sama dia hanya nk menyelamatkan dirinya selaku kekal menjadi Menteri Besar.. tetapi dia perlu tahu apa pula DAP perak mahukan. sudah tentu jawatan-jawatan penting dalam exco kerajaan negeri terutamanya Tanah dan Perumahan.
inilah yang terjadi sebelum ini dimana Nga Kor Meng sesuka hati memberi tanah kepada org-org cina hanya kerana mahukan undi dari mereka..
lihat apa kata-kata dia..
apa lagi kata dia?
JIKA KERAJAAN ISLAM MEMERINTAH PASTI BERLAKU MALAPETAKA
APAKAH YANG DIPERJUANGKAN DAP?
oleh kerana itulah BERSATU keluar daripada PH dan kerajaan PH tumbang ketika itu kerana sikap RASIS DAP yang tidak boleh berubah dengan sentimen perkauman yang kuat.
berbalik pada isu terkini. PH hanya 82 kerusi
dan PN hanya 73 kerusi.
tetapi atas kesetiaan GPS, GRS mereka ingin bergabung bersama PN untuk membentuk kerajaan.
“Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani aku janji dan memberikan mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.- Zahid Hamidi: November 20, 202221:06 MYT
Hari ini orang2 BN rasa tertipu dengan permainan Zahid dan mereka mendesak agara Zahid letak jawatan..
Jika dia pikir tentang negara dan Parti dia. sudah tentu dia berundur. sudahlah BN kalah terburuk dalam sejarah. lepas tu Presiden muka tak tau malu pulak.
Ahli-ahli Parlimen semuanya patut tendang saja dia keluar kerana dia lah punca BN ditolak ramai..
Apa nak takut.. ini undang-undang parti.. bukannya undang-undang perlembagaan.
Biar hilang Jawatan daripada Hilang Maruah dan menggadai Negara.
Hari ini Kamu GADAI MARUAH KAMU KEPADA DAP
100 TAHUN PON NANTI ANAK-ANAK CICIT KAMU AKAN MENYUMPAH KAMU DIDALAM KUBUR SEPERTI YANG BERLAKU DI SINGAPURA,.
Lee Kuan Yew bersama Tunku Abdul Rahman
LKY bertanding jawatan PM menentang Tengku Abdul Rahman.
Apa yang berlaku semasa krisis PAP di Singapura dan saingnnya merebut jawatan PM dari Tunku Abdul Rahman.
dan bagaimanakah Singapura dikeluarkan dari Malaysia.. itu akan sy jelaskan dalam post lain,
Mengambil hati orang2 Melayu Singapura, kemudian selepas menjadi Perdana Menteri,
kini mereka tidak langsung ada tempat di Singapura.
siapakah yang mengangkat mereka?
orang Melayu
Kedua-dua logo mereka ini sama
DAP & PAP
untuk mengambil alih kerajaan. dan mendapatkan sokongan orang Melayu Singapura, dia memakai songkok dan ramai Melayu ketika itu tertipu dengan permainan PAP yang kononnya PAP adalah parti berbilang kaum
seronoknya Melayu Singapura kerana ada pemimpin yang lebih Islamik dari mereka katanya..
selepas menjadi Perdana Menteri, apa yang mereka kata??
Anak Lee Kuan Yew.
hal yang sama diinginkan oleh DAP
kerana mereka sedar bahawa Agung tidak aka menerima PM selain dari bukan Melayu. jadi calon terbaik untuk menjadi PM mereka adalah Anwar Ibrahim
kerana mereka sedar bahawa hanya melayu yang boleh jadi PM
org yang sama disamping Anwar semasa sidang Media.. mereka sedang mencatur susunan dan mencari Melayu yang senang ikut rentak mereka.
kini mereka sedang menunggu keputusan BN untuk menyertai Ph dan membentuk Kerajaan..
sesiapa ahli Parlimen yang tidak setuju seeloknya ramai-ramai keluar dari BN tu kerana BN telah rosak dan kamu ahli UMNO BN membiarkannya dirosakkan oleh pemimpin kamu sendiri.
fikirkan..
BELAJARLAH DARI KESILAPAN YANG LALU UNTUK MASA DEPAN NEGARA.