Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 22 January 2014

Kegagalan Najib Razak menurut Tun Daim



  

 1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal. 

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar. 

3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yg baik kpd rakyat dan negara. 

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang. 

5- Menteri-Menteri tidak pandai menerang dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah. 
6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara. 

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri-menteri yang bercuti di luar negara. 

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau di dalam keadaan yang sebegini rupa. 

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah. 

10- Perbelanjaan besar dalam perkara-perkara 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN. 

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga. 

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu. 

Kerajaan UMNO dibawah pimpinan PM tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dlm pemerintahan negara pada PRU akan datang. Polisi dan tadbirurus negara oleh Kerajaan UMNOBN ternyata gagal memberikan kesan yang baik kepada rakyat malah rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. UMNO ternyata GAGAL memperjuangan nasib orang melayu tetapi orang Melayu terus diperbodohkan demi menyelamatkan kuasa dan kemewahan Pemimpin UMNO. Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mempergunakan Melayu untuk kepentingan dan survival Pimpinan UMNO untuk terus berkuasa dan memperkayakan diri,keluarga dan kroni mereka.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya