Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday 11 September 2015

Najib bakal jatuhkan BN & UMNO pada PRU 14. !




 Ikuti perkembangan terbaru mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad..

 Tun antara pemimpin yang genius dalam dunia dan bijak meramal masa depan negara. Pemikirannya jauh kehadapan.. Negara membangun kerana jasa-jasa  beliau.. Semenjak beliau memerintah, rakyat hidup aman, rakyat begitu berterima kasih kerana beliau telah membantu ekonomi mereka  dengan disediakan peluang pekerjaan yang banyak serta membangun kembangkan ekonomi.. Semenjak beliau memerintah juga, pelbagai kaum hidup aman dan harmoni. Saling hormat menghormati, jurang perkauman tidak berlaku dengan teruk. Kita begitu berterima kasih kepada  Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerja untuk rakyat dan menjadi seorang pemimpin yang disayangi oleh jutaan rakyat  dalam negara mahupun  luar negara..



Wahai Ahli UMNO


 1.Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.

2.Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.


3.UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.

4.Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.



5.Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.


6.Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.


7.Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.


8.Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.


9.Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.


10.Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.

11.Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.


12.Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

13.Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.


14. Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.



 Ingatlah.. bukan mudah perjuangan  Datuk Nenek kita yang terdahulu yang melawan Malayan Union serta menubuhkan UMNO. UMNO adalah persatuan Bangsa-Bangsa Melayu.. tetapi, sekarang ianya telah pecah kerana mereka yang gilakan kuasa.. pemimpin dalam UMNO adalah pemimpin yang menjaga amanah bangsanya dan negaranya.. tetapi keadaan berbeza dengan sekarang, ianya pecah kerana banyak berlaku rasuah dan penyalahgunaan kewangan serta pembaziran yang tak tentu hala..

Najib pula banyak menggunakan wang rakyat untuk merasuah  setiap ketua-ketia bahagian serta para menteri yang tidak menyokongnya akan dipecat.. Dia akan memastikan setiap orang akan menyokongnya kerana dia boleh menggunakan wang sesuka hati. Itulah sebab mengapa dia terus memegang jawatan selaku Menteri Kewangan.. tak hairan jugalah wang rakyat sebanyak RM 2.63 bilion ditemui dalam akaun peribadinya..

Tun walaupun sudah bersara tetapi mengambil berat tentang rakyat, tidak seperti Najib yang tak ambik tahu apakah rakyatnya susah atau tidak, yang dia tahu menekan mereka untuk membayar hutang yang dibuatnya.. 


Sekarang buatlah pilihan yang tepat.. menyokong Najib umpama menjatuhkan UMNO  dalam PRU14 nanti dan penyebab Melayu akan kehilangan kuasa.. Tun sudah berkali-kali memperingatkan ahli-ahli UMNO.. usia Tun sepatutnya perlu berehat dengan tenang, tetapi kerana perbuatan Najib yang semakin menggila akan memusnahkan segalanya..



 BN & UMNO  bakal tumbang pada  PRU 14 kerana  Najib. !! 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya