Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 8 September 2011

Ini Jawapan Isu Royalti Minyak Kelantan





"Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari persisir pantai dan terletak di perairan antarabangsa, ia adalah hak Kerajaan Pusat dan tidak timbul soal tuntutan royalti di pihak Kerajaan Kelantan.

"Jadi kalau kata UMNO tak bagi royalti, itu tak betul... tak diberi secara langsung, kita bagi secara tak langsung, tetapi apa hasil yang diperoleh itu bukan hasil Kerajaan Negeri Kelantan,

Keputusan dalam Jemaah Menteri hari ini kerana ada pihak yang putar belit kenyataan, Datuk Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed) juga sudah memberikan penjelasan dan memang itu hakikatnya.

Abdul Fattah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan 
Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.Dalam sistem demokrasi, siapa saja boleh cabar Kerajaan Pusat, namun kerajaan bertegas dalam perkara ini.

Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan. Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya. "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum,
                      
Petroleum Act 1
                                     
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato� Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975. Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. 



                 Aseambanker - 3

                   Telaga Minyak Semenjanjung
Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato�, 


                          EEZ Act - Distance

                  Petroleum Development Act - Cash Payment

Saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu



                  PM301 - 1
                   
 Blok PM3 atau dikenali dengan nama Commercial Arrangement Area adalah kawasan bertindih diantara Malaysia dan Vietnam. Pertindihan ini kerana Kerajaan Malaysia mengakui kawasan itu terletak dan milik salah satu negeri yang membentuk persekutuan. 


                                       PM3


Kawasan CAA mempunyai telaga minyak mentah yang telah mengeluarkan hasil. Ia juga adalah sebuah kawasan yang makmur dengan hasil bumi.


Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di  Block 46-Cai Nuoc.
Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997  bagi phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya and Bunga Seroja . 
Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.  
Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui  paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.



K'tan dapat wang ehsan minyak Nov 4, 09 10:58am Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini. Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan. Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini. Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih. Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.


                      Sumber Petroleum dan Gas Kelantan



Kawasan Joint Development Authority yang telah di sentuh secara panjang lebar sebelum ini merupakan kawasan pertindihan diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan tuntutan ini kerana kawasan itu adalah dikatakan oleh Malaysia sebagai di dalam perairan salah satu negeri yang membentuk persekutuan


                               JDA
Akta 440 Malaysia-Thailand Joint Authority 1990 menjamin bahawa kedaulatan Malaysia tidak terhakis di kawasan JDA. Undang-undang, peraturan, hak dan keistimewaan terus kekal di JDA. 
                  Hess JDA

 Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.
Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990


      



Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.


Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.
Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,


“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”


Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.


             Offshore Magazine



A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.


B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.



Terlebih dahulu perlu difahami kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung sempadan negeri dan negara dalam konteks negara persekutuan seperti Malaysia dan hak mencari gali petroleum menerusi undang-undang tempatan dan antarabangsa.


Undang-Undang tempatan dan antarabangsa yang terlibat adalah:-


    (a) Kanun Tanah Negara 1965


    (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967)


    (c) Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]


    (d) Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95]


    (e) Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]


    (f) Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984[Akta 311]


    (g) Perlembagaan Persekutuan


    (h) United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982


    (i) Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958


    (j) Convention on the Continental Shelf 1958


 — Sungguhpun Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) mendefinisikan “tanah negeri” sebagai semua tanah di dalam negeri sama ada daratan atau dasar laut berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi terbatas setakat sempadan daratan dan perairan wilayahnya sendiri sahaja. KTN mengguna pakai definisi “perairan wilayah (territorial waters)” yang sama sebagaimana didefinisikan oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967).


(Rujukan):


—   Definisi “Tanah” :


       "Land" includes-


       (a)    that surface of the earth and all substances forming that  surface ;


       (b)   the earth below the surface and all substances therein;


       (c)   all vegetation and other natural products, whether or not  


              requiring the periodical  application of labour to their


              production, and whether on or below the surface;


       (d)   all things attached to the earth or permanently fastened to


               anything attached to the earth, whether on or below the          


               surface; and


        (e)   land covered by water.


 Definisi “Tanah Negeri”:


 "state land” means all land in the State (including so much of the bed of any river, and of the foreshore and the bed of the sea, as is within the territories of the State or the limits of territorial waters) other than –


       (a)  alienated land;


       (b)  reserved land;


       (c)  mining land;


       (d)  any land which, under the provisions of any law relating to          


       forests (whether passed before or after the commencement of 


       this Act) is for the time being reserved forest


—Definisi “Perairan Wilayah (territorial waters)”:


    "territorial waters" has the meaning assigned to it in subsection 4(2)   of the Emergency (Essent ial Powers) Ordinance, No.7/1969   


        [P.U.(A) 307A/69].


 Dalam konteks perairan wilayah, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967) dengan jelas menyatakan ukuran sempadan untuk negeri iaitu tidak lebih daripada 3 batu nautika yang diukur daripada “tikas air surut (low water marks)” [di bawah kuasa Kerajaan Negeri] dan ukuran sempadan untuk negara adalah 12 batu nautika yang diukur daripada “garis pangkal (baselines)” [di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan].


 (Rujukan):


 Definisi “Perairan Wilayah (territorial waters)” di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967)


 Untuk Negara:


Subseksyen 3(1)


Kelebaran perairan wilayah Malaysia hendaklah dua belas batu nautika dan kelebaran hendaklah kecuali di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Celebes diukur menurut Artikel-Artikel 3 , 4 , 6 , 7 , 8 ,9 , 10 , 11 , 12 dan 13 Geneva Conventionon the Territorial on the Territorial Sea and Contiguous Zon e ( 1958 ) , yang Artikel -Artikel tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual .


                                                                                    [P.U.(A) 468/1969]


Untuk Negeri:


Subseksyen 4(2)


Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], KanunTanah Negara 1965 dan mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai perairan wilayah yang terdapat di dalamnya hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai bahagian laut bersempadan dengan pantai negeri tersebut tidak lebih daripada tiga batu nautika yang diukur daripada tikas air surut.


                                                                                                           [P.U.(A) 468/1969]


 Ukuran-ukuran bagi sempadan perairan wilayah ini diterima pakai oleh negara menerusi“Convention On The Territorial Sea And Contiguous Zone 1958” dan “Convention On The Continental Shelf 1958” yang kemudiannya di atasi oleh “United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982”



 (Rujukan):


 Article 3 UNCLOS 1982


Breadth of the territorial sea


Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from    baselines determined in accordance with this Convention.


 Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.


 Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.


Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.


Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.


            Admiralty Chart
            JDA Location MAP

          


                  Pipeline
Oleh itu, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.




Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?


Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” dan tiada di mana bahagian sama ada di dalam Akta 144 atau Perjanjian 1975 mendefinisikan atau merujuk perkataan ‘bayaran tunai’ sebagai ‘royalti’.



Apakah kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Pengerusi Petronas) bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan adalah berasas?


—  Kenyataan ini tidak berasas sama sekali dan menyimpang dari lunas fakta dan undang-undang serta mengelirukan. Sepatutnya, YB menerangkan fakta sebenar bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai hak mutlak ke atas hasil petroleum yang diperoleh di luar kawasan perairan wilayah Negeri Kelantan dan dengan budi bicara Kerajaan Persekutuan, sebahagian daripada hasil tersebut turut dapat dinikmati oleh rakyat walaupun di sisi perundangan dan kontrak Negeri Kelantan tidak layak dan/atau berhak kepadanya.




Apakah cadangan pindaan yang diusulkan oleh Ketua Pembangkang dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)?



—  Ketua Pembangkang (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) pada 30 November 2009 telah mengemukakan cadangan agar  peruntukan Seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan-perkataan yang berikut:


—  “…dan perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Eksklusif bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan.”


—  Berdasarkan cadangan pindaannya, nyatalah Ketua Pembangkang menyedari bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri.




Apakah jalan penyelesaian untuk merungkai kemelut ini?


— Pihak-Pihak boleh rujuk ke mahkamah sebagaimana yang pernah dibuat menerusi kes tuntutan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2001.





Adakah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 akan terhapus apabila Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikuatkuasakan?



—  Tidak. Akta Kemajuan Petroleum 1974 adalah berkenaan pemberian seluruh hak pemunyaan eksklusif di atas petroleum dan  hak, kuasa dan keistimewaan eksklusif untuk mencarigali, mengeksploit dan memperoleh petroleum sama ada di dalam (onshore) atau di luar pantai (offshore) Malaysia kepada PETRONAS.


—  Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 terutama sekali Ordinan No.7 dan No.11, 1969 masih terpakai kerana ia memperuntukkan kedudukan had perairan wilayah negeri. Peruntukan ini amat penting dalam konteks mengenai hak negeri-negeri di perairan Malaysia.




Kenapa kedudukan Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri Semenanjung dalam isu pembayaran royalti?


Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.


Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.


Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.


Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.


Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.




Mengapakah Kerajaan Persekutuan menawarkan Wang Ehsan kepada Negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta dan bagaimanakah ia disalurkan?


Kerajaan Persekutuan menawarkan jumlah tersebut atas dasar ihsan dan budi bicara bagi tujuan membantu rakyat negeri Kelantan walaupun petroleum yang dihasilkan dari telaga gas PM301 itu berada di luar perairan wilayah Negeri Kelantan.


Wang ihsan berkenaan akan disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP) dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang akan dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan.





 Sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara. "Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama. Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu."Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya. 


    Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan. Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya. "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,� katanya.


                PM2 Sudah Operasi


 Najib berkata meskipun peruntukan perundangan itu jelas, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ehsan kepada Terengganu dengan mengambil kira keluaran petroleum di luar perairan negeri itu selain berdasarkan pembangunan dan pendapatan rakyat. Kerajaan pusat memberi wang ehsan kepada Terengganu mulai 2000 yang dianggarkan RM1 bilion setahun selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 1999. "Kerajaan persekutuan komited untuk memberi pertimbangan adil dan saksama kepada semua negeri dan atas dasar itu Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama," kata Najib. Menurut perdana menteri, berdasarkan maklumat Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan. Selepas jawapan Najib, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun dan berkata bahawa Kelantan bukan "peminta sedekah" sambil terus menuntut royalti minyak untuk Kelantan. 


              Terengganu


Najib kemudian menyifatkan kenyataan ahli parlimen PAS itu sebagai sengaja mempolitikkan isu pemberian royalti. "Hendak politikkan isu ini...tak habis-habis politik dia. Saya tidak tahu Yang Di-Pertua apa yang penting...kita sediakan dana ini untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, sama prinsipnya seperti Terengganu," katanya. Suasana persidangan menjadi tegang dengan beberapa wakil pembangkang termasuk Salahuddin, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menuntut penjelasan mengenai perbezaan antara royalti minyak dan wang ehsan yang diberikan. Cubaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) untuk meredakan keadaan dengan mengutarakan soalan tambahan tidak berjaya menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua ahli parlimen duduk atau menghadapi tindakan keluar dewan. "Yang Berhormat...kalau perdana menteri, menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya sebelum meminta Najib meneruskan jawapan beliau. 


Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), perdana menteri berkata bahawa sebelum ini wang ehsan itu tidak diberikan kerana berdasarkan peruntukan undang-undang Kelantan tiada hak untuk menerimanya. "Ini melibatkan kawasan pertindihan...sekarang ini Petronas sahkan ada blok yang boleh dipertimbangkan, sebab itu kita timbang selain untuk pastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat," katanya. Ahli-ahli Parlimen pembangkang kemudian terus mengemukakan pelbagai soalan kepada Perdana Menteri sehingga menuntut Pandikar Amin menghentikannya dengan meminta Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengutarakan soalan kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. http://www.malaysiak...com/news/116596 p/s : bukankah terenganu dah dapat kembali wang royalti ? 

1 comment:

Darah Satria said...

http://www.mtja.org/exploration.php

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya