Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 8 November 2011

Ibrahim Libya Mati Sia-Sia Rupanya Selepas 25 Tahun,

Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.
Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69.  Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.
Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.
                                              
Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya.  Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.
Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.
Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS.  Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.
Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan.  Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”
Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.
                                                               
Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.
Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada.  Betul-betul hampeh punya parti.
Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini.  Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan.  Besok lusa entah apa pula lagi.

4 comments:

Darah Satria said...

Ingat tak cerita pasal Holocaust. Pasal pembunuhan beramai-ramai orang-orang yahudi oleh Hitler. Sehingga sekarang, inilah modal yang Israel gunapakai bahawa diaorg dianiaya dan teraniaya sehingga membikin dendam kesumat tak berkesudahan terhadap rakyat Palestin. Walaupun hakikatnya bukan rakyat Palestin yang membuat angkara, tetapi Hitler. Rakyat Palestin cuma jadi kambing hitam jer.

Serupa jugaklah ngan UMNO, sehingga sekarang dipersalahkan walhal UMNO takde kaitan pon pasal memali. Tapi sehingga sekarang, PAS menuduh UMNO sebagai dalang pembunuhan tu. Aku cabar orang-orang PAS, tolong bukak balik fail kes memali ni kat Bukit Aman. Selain tu, kita korek cerita sebenar dari saksi-saksi yang terlibat pada masa tu.

Cerita ni dah lama berlalu. Adakah kita sanggup memulaukan barangan Jepun hanya kerana Orang Jepun pernah memancung datuk nenek moyang kita ? Sampai bila UMNO nak dipersalahkan dalam kes memali ? Sudah-sudahlah tu

Darah Satria said...

kalau PAS menyerang mengunakkan parang kepada pasukkan keselamatan, maka kita guna perkataan “MENYERANG” sebagai bukti yang menyerang adalah PAS ke pasukan keselamatan negara!!!! BILA di serang maka wajib di pertahankan diri dari di serang, kalau tak pertahankan diri maka bukan diserang yang mengakibatkan kematian 4 orang psukan keselamatan tuu… pasal mati syahid tu kena tengok pulak , mereka mati disebabkan mempertahankan IBRAHIM LIBYA supaya tak di tahan mengikut ISA , bukan pasal pertahankan ISLAM…. perkataan ” ditahan mengikut ISA” bermaksud ditahan untuk penyasatan supaya masalah hasutan yang boleh menganggu negara di hapuskan , tapi bukan membunuh IBRAHIM LIBYA… yang pas pi “over action” tu pe sal..

NIAT ASAL KERAJAAN ialah menahan IBRAHIM LIBYA DI BAWAH AKTA HASUTAN / ISA .INGAT PERKATAAN DI TAHAN BERMAKSUD MENGASINGKAN DIA DARI YANG LAIN… TETAPI SI PAS telah spin cerita sampai yang ngok akan nganguk macam itulah pejuang islam

Darah Satria said...

BALING 28 Jan. – Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan Pas Kedah berikutan bukunya itu dikatakan telah mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.
Zainon Ismail, 54, yang menulis buku “Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali” membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira 3.30 petang tadi.
Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siong di sini.
Zainon membuat laporan bahawa Lujnah Keselamatan Pas Kedah telah mengizinkan anggotanya mengambil tindakan kekerasan terhadap dirinya berikutan terbitnya buku tersebut.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan daripada penulis berkenaan. – Bernama

Darah Satria said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya